Bagi mak-mak yang suka berkebun, perasan ada ketika pokok yang kita tanam dah berbunga namun putiknya gugur dan menjadi sebab ia tak jadi berbuah. Walaupun kita dah letak baja, cahaya matahari dan siram air secukupnya.

Sebenarnya cuba perhatikan dua faktor yang menjadi punca buah tak lekat seperti yang dikongsikan oleh Sepang FarmVil ini.

Pokok berbunga tapi buah tak lekat. Cuba perhatikan dua faktor berikut:

1. Pasu/Bekas yang Kecil

Pasu/bekas yang kecil menyebabkan akar terkumpul dalam pasu dan tidak dapat terus berkembang.

Boleh cuba tebuk bahagian bawah pasu. Atau gantikan dengan bekas yang lebih besar. Atau tanam terus ke dalam tanah.

Saya ada satu pokok lemon yang sebelum ini hanya sempat berputik, kemudiannya luruh. Setelah saya keluarkan dari pasu, saya dapati akarnya telah terlalu padat. Setelah dipindahkan ke tanah, alhamdulillah banyak buah yang lekat.

Rupanya Bila Pokok Berbunga Tapi Buah Tak Lekat, Ini Sebabnya!

IKLAN

Rupanya Bila Pokok Berbunga Tapi Buah Tak Lekat, Ini Sebabnya!

2. Semut Hitam

Terdapat semut hitam yang merosakkan bunga dan akhirnya bunga tersebut gugur.

Boleh cuba letak ubat semut untuk menghalau. Atau gunakan kerengga. Yaa. Kerengga boleh menghalau semut dan membantu sebagai agen pendebungaan.

Saya ada satu pokok bidara epal yang berbunga lebat, tapi tiada satu pun buah yang lekat. Saya dapati ada semut kecil yang berkampung di sekitar bunganya.

IKLAN

Saya ambil satu sarang kerengga dan letakkan pada pokok tersebut. Alhamdulilah berhasil dan sekarang banyak putik buah yang ada.

Rupanya Bila Pokok Berbunga Tapi Buah Tak Lekat, Ini Sebabnya!

Rupanya Bila Pokok Berbunga Tapi Buah Tak Lekat, Ini Sebabnya!

Boleh mencuba jika mempunyai masalah yang sama. Moga berjaya!

IKLAN

Baca lagi disini:

Campuran Telur & Yakult, Cara Organik Hasilkan Hormon Penggalak Pokok Berbuah Lebat!

Cara BETUL Guna Baja Air Ajinamoto, Siram Dekat Tanah Bukan Pokok Sekali Seminggu!

MW: semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi jika ada masalah pokok berbunga namun buah payah nak lekat, boleh pertimbangkan dua faktor ni.

Sumber: Sepang FarmVill

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI