Sebagaimana yang dikongsikan Siti Suryani Yaakop, rumah kayu palet tak guna paku ini adalah lambang cinta seorang suami kepada isterinya. Kerja tukang bapa saudaranya itu terlihat indah dan cantik di pandangan mata.
Lebih unik lagi, rumah kayu pallet hasil kerja tangan bapa saudaranya itu menggunakan skru untuk menyambung satu palet ke palet yang lain.
Unik sekali rumah yang dihasilkan atas lambang cinta seorang suami untuk isterinya. Sehinggakan dia memanggilnya ‘Taj Mahal Pak Lang buat Mak Lang.’
Rumah Kayu Palet Hasil Kederat Seorang Suami
Bagi orang ini cuma sekadar rumah. Tapi bagi saya rumah ni adalah lambang cinta. Cinta itu akhirnya menghasilkan sebuah karya seni yang utuh dan unik.
Uniknya sebab hampir keseluruhan rumah ni dibina dari kayu palet. Pak Lang saya kata dia kumpul sehari-hari kayu palet yang masih elok dan cantik. Lepas tu dia buatlah sikit demi sikit.
Uniknya lagi rumah ni tak pakai paku. Pak Lang kata dia guna screw. Kebanyakkan tempat semua dia screw sendiri untuk sambungkan satu palet ke satu palet yang lain. Nak berpaku semua memang tak lalu.
Bertambah unik lagi sebab bukan setakat rumah. Tapi kebanyakkan perabot juga dibina dari kayu palet. Gerobok simpan tilam bantal, almari baju, katil, kabinet dapur, rak kasut, meja, kerusi beranda.
Dan lebih unik di antara paling unik, rumah ni Pak Lang gigih buat sorang-sorang. Dengan pinjaman kederat buat dia. Perlahan-lahan. Satu persatu. Diteman Mak Lang setiap waktu. Makan hampir 8 tahun sebelum rumah ini siap dibina sepenuhnya.
Sebab itu saya tak panggil ini rumah.
Saya panggil Taj Mahal.
Taj Mahal Pak Lang buat Mak Lang.
Hasil Kerja Tukang Pak Lang Yang Bersen
Ini hasil keseluruhan rumah. Siapa yang tengok mesti jatuh cinta. Unik, cantik dan traditional. Siapa sangka ini hasil dari kayu palet dan kederat seorang lelaki.
Ruang masuk pintu utama. Pagar ni penting. Cucu ramai. Kalau tak dipagar tak larat nak kejar.
Ads
Beranda ni menghadap rumput hijau. Tenang. Larat Pak Lang buat. Kat sini lah pagi-pagi Mak Lang lambai Pak Lang pergi kerja.
Reka Bentuk Tingkap Yang Unik
Ruang TV. Almari TV itu juga dibuat sendiri. Begitu hiasan tetingkap dan ruang angin. Reka bentuk sendiri. Kat sini suami saya suka nyanyi lagu “Adabi melazatkan…” bila nak buka tingkap waktu pagi.
Ruang membawang. Kalau tak sampai pukul 5 pagi, tak tidur. Biasa lah sesekali jumpa. Mengilailah kita semua sampai pagi buta.
Ruang rehat lagi satu. Ruang sebelum masuk ke dalam ruang solat. Ada pulak mesin jahit lama dengan pasu tu kat situ. Nampak vintage sungguh.
Ni gerobok selimut, bantal, tilam. Senang orang datang. Sedara mara satu batalion. Pun Pak Lang buat sendiri. Jenis buat rumah memang siap-siap sedia untuk terima sedara mara.
Kawasan ruang tamu juga. Sebelah TV. Dan sebelah tempat membawang tadi.
Semua kabinet dapur ni hasil tangan Pak Lang.
Ads
Bilik Solat Kemas Lagi Bersih
Ni bilik solat. Besar. Kemas. Bersih. Rak gantung sejadah pun buat sendiri. Kabinet letak Quran pun buat sendiri. Pagi-pagi angin di sini sejuk. Macam ada aircond. Bilik penuh cahaya iman barangkali.
Laluan untuk ke tandas dan laundry. Maya kata dia suka laluan ni. Siap ada gerbang sebelum masuk jamban.
Rumah Kayu Palet Yang Unik
Atap dapur. Sebab Mak Lang kata panas. Orang datang nanti bersauna. Buat pulak dia atap dengan kayu palet ni. Sungguh. Kawasan ni kalau dah masuk payah nak keluar. Cuaca sedap. Makanan apatah lagi.
Ni lah keseluruhan kawasan dapur. Saya suka berdiri tengok tempat ni. Tak sangka hasil kayu palet boleh jadi seindah ini.
Mingguan Wanita :Memang cantik sungguh hasilnya. Tentu isterinya bahagia.
Rupanya jika mahu tanaman seperti Bayam Brazil daunnye elok cantik, tak berlubang mahupun rosak dimakan oleh ulat dan siput, kena tanam sekali bawang putih. Ini kerana bau dan aroma bawang putih tersebut, mampu menjadi penghalau serangga semulajadi.
Ni cara saya tanam bayam brazil dengan bawang putih, cucuk je bawang putih seulas-seulas atau satu labu bawang putih pun boleh. Kadang saya beli yang dah siap kupas tu je, terus cucuk dekat pokok.
Macam saya buat ni, nanti bawang putih akan naik hidup sama dengan pokok bayam tu, pokok cili awal-awal pun saya buat macam ni. Boleh juga buat macam ni dekat pokok-pokok yang lain.
Saya dapat video sharing ni dari youtube. Dulu saya blender bawang putih dan spray tapi lama-lama tak terbuat dah, sejak jumpa video tu, tu je saya buat.
Sebelum ni tak boleh makan bayam brazil tu, penuh ulat beluncas halus, geli pulak. Siput pun tak suka kot bau ni, sebab takde dah siput halus-halus dan besar dah.
Bukan binatang lari, hantu pun lari bau bawang putih nih. Alhamdulillah, sekarang ni dah cantik bayam brazil saya.
Semoga bermanfaat ilmu ni dari saya.
Info Ekstra!
Bawang putih tu tak kupas pun boleh, jika kupas, kulit tu tabur je kat pokok tu, kadang saya beli yang siap kupas.
Daun bawang putih ada bau. Selang seli tanam sekali bawang putih sebagai kawalan biologi.Dia macam penghalau serangga semulajadi. Serangga tak nak datang dekat sebab bau daun bawang putih tu ulat, siput tak suka bau bawang putih.
Mingguan Wanita: Jadi buat mak-mak yang bercucuk tanam, ada masalah ulat,siput pada pokok mahupun tanaman, boleh cuba tip yang dikongsikan ini. Tanam sekali dengan bawang putih, aromanya mampun menjadi ‘penghalau’ serangga perosak.
Sama ada isteri bekerja atau tidak, stok cili kisar tahan seminggu ini seharusnya ada dalam list simpanan bahan mentah di dapur anda. Ianya benda wajib yang kelak memudahkan dan mempercepatkan kerja memasak.
Tak adalah penat-penat urus anak atau balik dari tempat kerja nak menggodek satu-satu cili kering. Sebaiknya sewaktu hujung minggu, boleh usahakan untuk buat stok cili kisar ini.
Simpan dalam peti ais, bila nak guna boleh cedok saja. Ini petua yang dikongsikan oleh Arep Ismail akan cara beliau membuat stok cili di rumah ketika hujung minggu.
Guna Food Processor Asingkan Biji Cili Kering
Hari ni i nak share satu benda yang sangat membantu suri rumah dalam menyediakan masakan dengan pantas dan sedap. Almaklumlah kita ni rakyat Malaysia mana boleh lari dengan menu yang berkait dengan sambal dan cili.
Leceh kan bila nak masak time time tu la nak buat cili kisar atau lebih dikenali sebagai cili boh. Dah la kebanyakan masakan nak gunakan cili kisar ni. Nak buat kemain renyah, nak beli cili boh ada yang tak menepati citarasa.
Jom saya kongsikan cara saya sediakan stok cili kisar yang mudah dan sedap juga senang digunakan. First kita kena ada alatan bantuan yang memudahkan hidup iaitu food processor dan mesin kisar.
Guna Food Processer Untuk Buang Biji Cili
Ehhh mesin kisar tu memang la perlu, yang nak libatkan food processor tu apehal? Sabar sedara zaman dah moden apa nak buang masa gunting cili tu, masukkan je dalam food processor untuk asingkan cili dan biji nya untuk memudahkan urusan.
Stok Cili Kisar Tahan Seminggu Simpan Dalam Peti Sejuk
Bahan yang kita perlu adalah cili kering, bawang besar dan belacan. Cili kering tu lepas kita asingkan biji kita rebus dahulu selepas itu tos kan, masuk dalam mesin pengisar bersama bawang dan belacan maka kisar la sehingga menjadi cili paste.
Senang kan? Saya selalu buat untuk stok seminggu, dan petua penting untuk tahan lama simpan dalam bekas kedap udara taburkan sedikit garam dan gula. Kadang kadang saya campurkan sedikit minyak masak juga.
Memang sedih dah risau bila barang hilang. Lebih-lebih lagi jika barang berharga dan ada nilai sentimental tersendiri. Namun jika dah rezeki tidak kemana. Berkat membaca ayat pertama surah Yassin sebanyak 41 kali, cincin yang terjatuh dan tercicir di tempat letak kenderaan dapat dijumpai semula.
Ini yang dikongsikan di Instagram Maryamanatiyang merupakan sahabat baik kepada Datin Anne Ngasri yang juga pemilik Mamy Scarves By Bawal Exclusive.
Dalam perkongsian video tersebut, Datin Anne Ngasri terjatuh di kawasan ‘parking’ area kedai pemilik butik lebih 2 minggu. Sewaktu di kawasan parking tersebut, tergerak hati untuk mencari semula cincin yang tercicir tersebut sambil membaca ayat pertama surah Yassin sebanyak 41 kali. Berkat amalan ayat tersebut, cincin emas yang tercicir akhirnya dapat dijumpai semula.
Ada petua yang boleh diamalkan dalam mencari barang yang hilang ini boleh dijadikan panduan.
PETUA : CARI BARANG HILANG!!!
Sebenarnya dah banyak kali Mamy cuba petua ni memang jumpa balik. Ada jugak beberapa kali Mamy baca tak jumpa, pastu Mamy mintak Mak bacakan pastu doa untuk Mamy.
Ya Allah makbul ye makbul! Doa Mak sama kan. Pernah sekali tu handphone dah hilang sebulan lebih. Lepas beberapa hari Mak baca Yaaasin 41 kali ni lepas solat tengok-tengok HP tu ada depan pintu rumah. Selama ni tak perasan pon.
Kuasa Allah. Tapi kalau tak dapat jugak anggaplah bukan lagi rezeki kita at least kita dah usaha dan doa kan. Jangan lupa save and share petua ni dengan sedara mara ke kawan-kawan!
Semoga Allah sentiasa limpahkan rezeki yang baik yang berkat buat sahabatku yang baik ni @annengasri_official .
Ibu Fatin Syazwani luah kesedihan, "Makcik memang takut duduk seorang diri dalam sel lokap polis. Dipakaikan baju tahanan reman selain dipisahkan dari suami dan...