Hasrat pelakon dan usahawan, Che Ta atau Rozita Che Wan meraikan ulang tahun perkahwinan ke -10 11 Disember lalu terbantut selepas dia disahkan positif COVID — 19 baru-baru ini.
Isteri kepada Zain Saidin itu bagaimanapun reda dengan ujian menimpanya.
“Ikutkan semua persiapan nak raikan ulang tahun perkahwinan ke -10 itu sudah siap. Jemputan, lokasi majlis, solekan, busana pun sudah diatur.
“Tapi malang tak berbau, pada 8 Disember lalu saya melakukan ujian kendiri COVID-19 dan keputusannya positif. Nampaknya gelombang baharu virus ini datang kembali bukan omong kosong.
Ads
“Saya pun tak mahu risikokan diri, keluarga dan tetamu untuk majlis sambutan perkahwinan ini. Jadi buat sementara waktu, tunda dulu majlis berkenaan. Biar semuanya baik-baik dulu,” katanya kepada pihak media.
Rozita Che Wan positif COVID-19
Ditanya mengenai keadaannya kini yang melakukan kuarantin kendiri di banglo mewah di Damansara, ibu kepada tiga cahaya mata itu mengakui keadaannya sedikit lemah.
“Nak tidur pun susah. Sakit kepala rasa macam nak pecah otak. Saya pun batuk berterusan macam nak terbelah dada.
Ads
“Pada 9 Disember lalu, saya buat lagi ujian kendiri COVID-19 dan masih positif. Harap semua akan baik-baik saja selepas ini.
“Jadi kita jangan ambil mudah perihal virus ini yang belum lagi ‘nyah’ dalam hidup kita,” katanya.
Ads
Dalam perkembangan lain, Che Ta baru saja selesai penggambaran program masakan Cuit Cuit CheTa musim ketiga yang akan disiarkan di TV Okey bulan Ramadan depan.
“Kali ini, saya mengendalikan program 30 episod itu bersama suami tercinta dengan kehadiran tetamu di kalangan artis sebagai ‘chef’ masakan.
“Selepas itu, saya akan jadi juri program The Mask Singer musim keempat. Selain itu saya akan lancar produk terbaharu ByRCW awal tahun depan,” katanya yang baru-baru ini turut menerima anugerah dari Bumiputera Business Excellence Award 2023.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Rezeki suami isteri! Itulah yang boleh digambarkan hasil usahasama suami isteri membuahkan hasil yang terbaik. Dua selebriti popular tanah air, Puteri Sarah dan Nad Zainal telah menerima Anugerah Khas di Majlis Pelancaran dan Malam Anugerah MommyHana yang berlangsung di Setia City Convention Centre, Shah Alam pada 6 Julai lalu.
Menurut Pengasas dan Pengarah MommyHanna, Hana Shahadan berkata, kandungan dihasilkan oleh dua selebriti wanita popular itu berjaya menyumbang kepada impak positif terhadap penjenamaan syarikat, sekali gus melayakkan mereka menerima Anugerah Khas.
Anugerah itu diberikan apabila melihat impak positif diterima oleh syarikat MommyHanna mengenai produknya melalui akaun media masing-masing. Konten yang dihasilkan oleh pasangan suami isteri ini telah menjadi tular dan berjaya meraih jutaan tontonan dalam masa yang sama dapat membantu perkembangan minda dan pendidikan kepada kanak-kanak.
Kandungan dihasilkan bersama suaminya, Ungku Ismail memberi impak positif kepada masyarakat bagaimana perlunya sentiasa bermaafan dan mudah memaafkan. Mereka menghasilkan kandungan yang memberi impak baik kepada masyarakat sebagai keluarga, malah sebagai suami isteri. Disebabkan itu kami beri satu penghargaan kepada mereka,”ujarnya.
“Nad Zainal dipilih disebabkan dia seorang pempengaruh yang membantu MommyHana daripada segi kandungan sehingga apa yang dihasilkan meraih tontonan keseluruhan sebanyak 10 juta.
“Puteri Sarah juga sama seperti Nad Zainal, tetapi dia adalah ikon ibu tunggal yang kita rasa sangat memberi impak positif kepada masyarakat di luar sana yang masa seorang wanita harus menjadi kuat untuk anak-anak.
Kandungan dihasilkan Puteri Sarah menjadi ‘viral’ dengan mendapat jutaan tontonan, malah banyak memberi impak baik daripada segi kekeluargaan.
“Dia mengajar dan memberi nasihat bagaimana seorang ibu sangat menyayangi anak-anaknya. Kandungan ‘viral’ dihasilkannya menyebabkan kami rasa tersentuh dan ingin memberikan anugerah khusus kepada mereka kerana membantu MommyHana daripada segi kandungan dan pemasaran,” katanya.
Pelancaran beg sekolah berteknologi tinggi dan mesra kanak-kanak
Demi memastikan jenama MommyHanna terus bertahan dalam peredaran masa kini, Hana Shahadan turut mengumumkan pelancaran reka bentuk baharu beg kanak-kanak MommyHanna yang lebih baik dan mesra pengguna termasuk memperkenalkan produk ‘My First Book’ iaitu kolaborasi bersama siri animasi terkenal, Upin & Ipin.
“Semasa majlis tersebut kita lancarkan 6 reka bentuk terkini beg MommyHanna. Beg-beg itu kami buat penambah baikan daripada segi ketebalan span supaya budak-budak lebih rasa ringan semasa bawa beg. Kita juga ada tambah tali dekat dada. Kita letakkan teknologi yang lebih bagus pada beg tersebut untuk membantu anak-anak kita supaya dapat merasakan beg mereka lebih ringan untuk ke sekolah.
“Kita juga ada beg beroda yang lebih selamat. Selain menghasilkan teknologi baharu untuk penambah baikan beg, kita letakkan juga ‘safety issue’ di beg tersebut seperti pantulan untuk budak-budak yang pergi sekolah awal pagi. Beg tersebut adalah kolaborasi dengan edisi-edisi terhad daripada MommyHana.
“Selain itu, produk kedua yang dilancarkan adalah ‘My First Book’ iaitu kolaborasi bersama Upin & Ipin. Itu adalah produk yang pernah berjaya sebelum ini tapi kita keluarkan balik versi Upin & Ipin. Ia lebih mantap dan hebat daripada segi kolaborasi dan reka bentuk. Ia bakal memberi imej baharu yang lebih segar terhadap produk itu,” katanya.
Majlis Pelancaran & Malam Anugerah MommyHana bertemakan ‘Malam Pesona Klasik’ itu, diadakan bagi menghargai semua individu yang terbabit secara langsung atau tidak dalam membantu jenama mereka hingga ke tahap sekarang.
Terdahulu, Majlis Pelancaran & Malam Anugerah MommyHana diserikan dengan persembahan nyanyian daripada Haqiem Rusli termasuk dihadiri beberapa selebriti serta pempengaruh media soaial lain seperti DJ Fuzz, Puspa Gomen, Syarafi Sudarmaji, Auntie Purple dan ramai lagi. Manakala, pelawak daripada kumpulan Bochey iaitu Achey dan Fad bertindak selaku hos acara.
MommyHana adalah jenama yang menumpukan kepada mempromosikan nilai Islam melalui pelbagai penyelesaian dengan memenuhi keperluan keluarga Muslim moden.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pelakon terkenal. Sharifah Sakinah mengesahkan rumah tangga sudah sampai ke titik penamatnya. Dia yang mendirikan rumah tangga selama 5 tahun bersama Alif Adha yang juga juruterbang sebuah syarikat pengangkutan udara sudah bercerai sejak Mei lalu.
Namun, perpisahan selebriti ini bukan berpunca dari orang ketiga. Sakinah menafikannya. “Kami berpisah dengan baik.” Kata Sakinah, keputusan itu diambil demi memikirkan anak mereka Anais Adha yang baru berusia tiga tahun.
Pasangan ini sudah lima tahun mendirikan rumah tangga. Bernikah pada 28 Mac 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.
“Saya tak boleh jadi isteri yang baik. Saya sedar kekurangan diri.” kongsinya dalam temubual bersama BH Online.
Sejak Mac lalu, Sakinah memaklumkan yang dia sudah tidak tinggal sebumbung dengan Aliff. Namun berpisah secara rasmi, Mei lalu.
Biarlah Bahagia Dengan Cara Masing-masing – Sharifah Sakinah
Desas desus rumah tangga adik Sharifah Shahirah yang dikesan mulai bergoyah itu bermula apabila Alif dikatakan secara terbuka menggunakan aplikasi untuk bersosial di internet.
“Soal dia nak guna aplikasi ‘dating’.. itu haknya. Suka hati dialah nak buat apa, saya tak campur.
Selebihnya, biarlah saya dan dia bahagia dengan cara masing-masing… itu sebaik-baiknya.” Luah Sakinah.
Terjawablah sudah teka-teki rumah tangga pelakon ‘Girlfriend Aku Dari Neraka’ ini.
Mak-mak memang super mom, Ozlynn akui bangun jam 4am. Siapkan sarapan bawa ke makan malam, dah selesai baru keluar kerja.
Separuh mak-mak memang begini. Akan siapkan makanan bermula dari sarapan membawa ke makan tengahari dan kalau berbaki boleh dibuat makan malam sebelum keluar mencari rezeki.
Mak-Mak Memang Super Mom, Ozlynn Akui Bangun Jam 4am
Jika ramai yang bertanya, tak penat ke dengan rutin begini hari-hari pasti jawapan mak-mak tak langsung. Entah dari mana kudratnya tapi ada saja tenaga yang datang dari Allah untuk mak-mak menjadi kuat tak kira apa saja situasi berlaku.
Satu perkongsian dari Ozlynn yang juga suri hati Johan yang berkongsi rutin hidupnya membuatkan ramai salute. Ya seperti kata Ozlynn dia sendiri berbangga dengan mak-mak sama ada suri rumah atau bekerja yang akan dahulukan keluarga walau sakit sekali pun.
Dalam satu perkongsian di instagramnya jelas dirinya memasak se awal jam 4 pagi dari sarapan untuk suami dan anak-anak membawa ke lunch sebelum keluar atas urusan kerjanya.
Orang selalu tanya, Ozlynn.. Tidur pukul berapa, bangun pukul berapa. Nampak energy itu sentiasa ada. Bhaiiii jadi Ozlynn Waty tak mudah ye. Bangun seawal 4am (kadang babas gak kul 4.30am. Pernah la dalam setahun 2-3 kali sesar kul 5am. Bersilat la aku kat dapur tu.. ).
Siapkan Sarapan Bawa Ke Makan Malam, Dah Selesai Baru Keluar Kerja
Aku jenis masak semua sendiri. So ni contoh apa yang aku ckp kt live Tik Tok semalam masa buat karipap. Roti bakar tu dalam ada kaya & cheese. Luar aku sapu butter yang very light salted. Selalu brand lurpak or maybe boleh je pakai planta kalau tak ada. Tu kira aku menipu tau. Sebab nak cepat.
Pagi tadi almost 5am aku baru sedar. Pas tu mandi sat terus masak. Goreng karipap untuk En Somi bawak bekal kerje tadi. So untuk lunch bebudak aku buat udang goreng kunyit. Buh la sayur sikit, kira macam menipu nak bagi cepat dan mesti ada buah.
So bila bebudak balik rumah pukul 4 petang dari sekolah, menu dia org pun berubah. Supaya dia orang tak bosan dengan lauk dekat sekolah. So akum asak chicken curry tak ada santan. Udang goreng cili api dengan sayur baby sawi tu.. done!!!!
Malam nanti kita rembat dia orang tido awal. So aku boleh la kemas-kemas, settle apa yang patut, so aku pun tidur awal. Tapi kalau aku shooting kalau habis malam pun, semua menu tetap aku masak cuma lauk lunch aku akan masak pukul 7am.
Nanti suami aku balik dia pun panaskan lauk. Tak pun Dorthy pun boleh panaskan. Aku shooting ke, meeting ke, tetap settlekan rumah dulu. Tapi selalunya mak-mak nie memang kuat semangat lebih lagi untuk anak-anak dan suami. Kadang demam pun tetap gagah fikir untuk depakan. Saya bangga dengan semua mak-mak tak kira yang bekerja atau suri rumahtangga. Tetap tiada masa rehat ye.
Awal dan Scha pening melihat Lila menyakat Lara. Memang anak kedua selalu perangai begitu ya? Jangan lupa pula ya ibu-bapa di luar sana untuk sentiasa menjaga hygiene gigi anak-anak, penting tu!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pengantin baharu maut kemalangan motosikal berkuasa tinggi, rempuh Proton Saga. Seorang lelaki yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan dilaporkan maut dalam kemalangan membabitkan motosikal berkuasa tinggi di Kilometer 79, Jalan Kuala Terengganu–Kota Bharu berhampiran Bukit Grebar, pagi Rabu.