Lebih 10 Tahun Jadi Ibu Tunggal Masih Menunggu Jodoh Kiriman Tuhan. Pemilik nama sebenar Datuk Seri Rossa Roslaina Handiyani atau lebih popular dengan panggilan Rossa sememangnya seorang wanita yang begitu ceria dan tidak pernah lekang dengan senyuman.
Seperti yang diketahui ramai, Rossa merupakan ibu tunggal. Walau sudah lebih dari sedekad hidup solo bersama anaknya selepas rumah tangga dengan pemain dram kumpulan Padi, Yoyo tidak berpanjangan Rossa begitu gigih meneruskan kehidupan.
Rossa Gigih Teruskan Kehidupan
Baru-baru ini ketika bertandang ke Malaysia, sewaktu ditemubual penyanyi yang berbadan genit ini diajukan tentang persoalan jodoh. Meskipun acap kali diaju persoalan serupa berkait kehidupan peribadi, Rossa tidak pernah melatah, malah sentiasa bersikap terbuka.
“Saya masih menunggu jodoh kiriman Tuhan. Jujurnya saya tidak pernah menutup pintu hati, apa lagi menolak jodoh. Cuma mungkin lebih berhati-hati untuk memulakan sesuatu hubungan”, katanya yang pernah mengalami keruntuhan rumah tangga pada 2009.
“Setiap Manusia Tidak Mampu Hidup Sendirian”
Hadir ke Malaysia untuk mempromosikan single terbaharunya, Khanti, yang juga merupakan lagu runut bunyi atau OST drama bersiri Viu Indonesia, Bidadari Bermata Bening Rossa akui tidak pernah menutup pintu hati menerima lelaki bergelar suami dalam kehidupannya semula.
“Sejujurnya, saya tidak pernah terfikir hidup solo selamanya. Malah, saya tidak pernah menyatakan hidup solo amat menyenangkan.
Ads
“Bagi saya, setiap manusia tidak mampu hidup bersendirian, sebaliknya tetap perlukan teman hidup.
“Saya tidak pernah menutup pintu hati, cuma lebih berhati-hati memulakan perhubungan baharu.
“Saya juga tidak suka berbicara soal cinta, sebaliknya lebih gemar meluahkannya dalam lagu,” kongsi Rossa.
Ads
Teruja Bertemu Peminat
Malaysia umpama rumah keduanya, Rossa teruja setiap kali dapat bertemu peminat dan kenalannya di sini. Rossa turut berkongsi perancangannya untuk sekali lagi kembali ke Malaysia selepas Aidilfitri nanti untuk majlis pelancaran album terbaharunya, Another Journey: The Beginning dan diikuti showcase istimewa pada Julai depan.
Elak jadi mangsa kecaman. Segalanya sangat cepat viral dengan kuasa media sosial. Silap cakap, buat perangai, mulalah akan terima kecaman dan kutukan. Bukan untuk menjatuhkan tapi sebagai satu pengajaran.
Jangan main-main dengan media sosial sekarang ini. Boleh dikatakan, bila buat baik pun viral, apatah lagi yang tidak menyenangkan hati akan lagi cepatlah komen-komen dari netizen.
Mungkin kisah ini dari minggu lepas lagi dan hingga sekarang masih ada yang tidak puas hati atas tindakan dan percakapan dan jawapan dari seorang penyanyi tanahair.
Bukan untuk mengeruhkan keadaan, tidak memihak pada mana-mana sekali pun. Cuma apa yang perlu kita ambil pengajaran adalah adab ketika berurusan dengan orang.
Perkongsian daripada dari Nor Zabetha ini adalah untuk memberitahu, tak kira kita orang terkenal atau hebat sekali pun, jaga adab bila berurusan dengan orang sn semua ini boleh elak jadi kecaman orang yang mendengarnya.
Saya terlihat sedutan laporan berita antara penyampai berita dan Dato Hattan.
Dato Hattan berulang kali bertanya siapa penulis lirik lagu XPDC. Bagus pembaca berita mengendalikan situasi. Dia cuba juga menjawab dan dia cuba ketawa kecil sedikit.
Sudah diberikan jawapan masih lagi, Dato Hattan menyampaikan rasa tidak puas hatinya. “Adoi”.
Bila saya baca komen, rata-rata tidak setuju dan marah. Cara pengendalian yang tidak betul. Kalau kita berurusan dengan orang, jangan kaedah ini. Tidak berapa lagendanya kita atau hebatnya kita.
Jangan malukan orang lain dan membuatkan dia jelas kelihatan tidak bijak di hadapan orang lain. Pembaca berita atau penyampai berita bukanlah wartawan yang menyingkap atau mengupas setiap satu berita atau segmen yang bakal dia hasilkan.
Nama pun penyampai.
Sebab itu, ayatnya “Boleh Dato ceritakan.” Kita dengar dari yang lebih berpengetahuan.
Sebab itu dalam segmen berita jika ada sesi atau slot, perlu tanya pakar ekonomi, pakar psikologi, doktor, peguam, pakar politik. Ikut kepakaran masing-masing. Biar pakar yang menjelaskan. Orang yang ditemubual bual itu, tidak boleh tanya sambil merendah-rendahkan.
Saya tahu ada yang membezakan wartawan dengan penyampai, sebab wanita itu hanya penyampai dan bukan wartawan. Kalau wartawan sekalipun, dia bertanya kepada yang lebih tahu atau yang pakar dalam bidangnya. Adakah wajar kita merendah-rendahkan dia?
Contoh minta pandangan peguam untuk jelaskan tentang undang-undang. Tiba-tiba peguam tanya “Ha! Pengubahan wang haram apa seksyennya? Apa elemennya? Takkan tak buat homework sebelum interview saya”.
Banyak wartawan yang saya jumpa. Ya, Allah segala hal mereka perlu selidik dan teliti. Contoh dalam satu liputan keganasan rumahtangga untuk satu slot siaran.
Jadi mereka mengharapkan pendapat pakar dalam bidang psikologi. Pendapat peguam dalam bidang guaman. Pendapat polis berkaitan dengan jenayah yang dilaporkan.
Tanya pada yang pakar. Itu lebih baik. Dunia penyampaian berita dan siaran berbentuk liputan atau dokumentari ini perlu dilakukan dengan baik. Sebab itu, mereka menemualbual orang yang selayaknya untuk memberi pandangan.
Kalau tidak, tidak perlu temubual. Mereka ‘study’ sendiri dan terus siarkan. Kadang-kadang perkongsian dari yang lebih tahu dan yang lebih pakar itu berbeza.
Saya banyak kali bekerjasama dengan wartawan dan mereka memang sangat profesional. Sangat peramah dan belum pernah sepanjang pengalaman saya ada pengalaman yang tidak senang.
Itulah, melihat situasi ini. Kadang-kadang kita selalu mempersoalkan kenapalah kehidupan kita ini ada saja halnya. Orang tidak suka. Orang tidak faham. Pada saya cara pengendalian.
Kita bayangkan pula kalau temubual semalam Dato Hattan jawab dengan cara lain pula. “Lirik yang ditulis sangat mendalam kerana…”. Sambil menjelaskan, memberikan penghargaan kepada karya dan menjelaskan karya begini barangkali tidak lagi bakal dihasilkan.
Sambil memberi pesanan pada kita untuk menghargai karya seni dan penghormatan terakhir kepada arwah.
Barangkali klip video itu tidak viral dan barangkali Dato Hattan juga tidak dikritik. Barangkali Dato Hattan, lebih dihormati.
Tapi itulah, cara kita mengendalikan sesuatu hal sangat memberikan kesan pada sesuatu hal.
Lihat bagaimana setiap kali Khairul Aming menjelaskan setiap isu. Simple and humble. Majoriti orang suka. Lihat cara influencer lain yang jenis tidak mengaku salah dan mempersoalkan kenapa dia sentiasa menjadi mangsa kecaman atau ‘play victim’. Kita tak lagi kesian tetapi tambah meluat.
Semuanya berbalik kepada cara pengendalian. Jangan cari masalah kalau tak mahu masalah.
Jadi setiap kali, kita berurusan dengan orang, pikir cara bagaimana yang memudahkan urusan kita dan orang sana. Kita tidak pening kepala, dia pun mudah. Orang sekeliling pun tidak menghukum.
Mingguan Wanita : Tidak memihak pada mana-mana tapi sebagai manusia, tinggi atau rendah pangkat seseorang itu, jagalah adab, jangan malukan orang lain.
Tunang Suka Berhutang. Golongan wanita janganlah jadi bodoh ya, jika tahu bakal suami punya masalah kewangan janganlah susahkan diri.
Pada hari ini banyak kes yang kita dengar wanita yang bekerjaya terpaksa menanggung suami yang tidak bekerja dan mempunyai hutang keliling pinggang.
Jadilah wanita bijak ya! Takut nanti hidup merana lepas berkahwin kerana terpaksa menanggung ‘biawak hidup’.
Seperti mana perkongsian dari Facebook saudara Mohd Ezairol Rezan Zainol ada benarnya. Wanita hari ini kebanyakkannya berpelajaran tinggi dan janganlah susahkan masa depan sendiri dek kerana tersalah memilih teman hidup.
“Cinta itu kadangkala boleh membutakan mata. Jadilah cerdik agar diri kita tidak diperguna.🥰
Zaman sekarang sebelum decide nak terima pasangan kita tu, selain dari check darah kat klinik untuk ujian HIV, kena semak juga ctos report depa dahulu.
RM25 je kalau kita beli online tau… Kalau depa banyak alasan nak beri, hati²lah. Something fisshylah tu.😅
Kalau bakal pasangan jenis suka berhutang dan tak pandai uruskan kewangan, baik adik fikirkan 10,000 kali sebelum nak terima dia jadi teman hidup kita.
Takut nanti kita terpaksa bela biawak hidup yang menyusahkan hidup kita dikemudian hari…😓
Zaman sekarang semua orang nak cepat…Cepat senang, cepat kaya dan nak cepat bebas dari masalah kewangan.
Maka jalan termudah adalah mencari pasangan yang berduit atau mudah membuat pinjaman, begitulah modus operandinya.
Ingat dik,
Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian kena kejar Ah Longlah jawabnya…
Silap² ditinggalkannya kita begitu saja,” nasihatnya.
Hero Kedua Emma Maembong. Emma dan suaminya Shazli mendirikan rumah tangga pada Februari 2020. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Shariq Gabriel. Terbaru Emma kini ibu kepada dua orang anak.
Empunya diri selamat bersalin anak lelaki keduanya seberat 3.4 kilogram secara normal di sebuah pusat perubatan pada 10 Mei 2023.
“Hello Sayang, Selamat Datang Ke Dunia” itulah antara ucapan daripada rakan artis buat Emma. Malah berita gembira tersebut dikongsikan menerusi laman sosial Instagram Emma dengan memuat naik sebuah video pendek bersama bayi lelakinya itu.
“ALHAMDULILLAH, @EMMA_MAEMBONGOFFICIAL WE GOT ANOTHER ONE,” TITIP SUAMI EMMA, MUHAMMAD SHAZLI AZHAR.
Menerusi ruangan komen ramai yang memberi ucapan tahniah.
Paling membahagiakan Syawal kali ini cukup gembira apabila munculnya ahli keluarga baharu. Belajar dari pengalaman melahirkan anak pertama Emma kali ini mengelak dari membazir.
“Saya dan suami memang merancang untuk menimang cahaya mata dalam tempoh berdekatan dengan anak pertama kami agar barang dan perkakasan bayi yang sedia ada dapat dipakai semula. Tak perlu beli yang baharu.
“Cuma selepas bersalin nanti saya hanya perlu berbelanja untuk keperluan diri dan bayi. Itu sahaja.
“Saya belajar daripada kesilapan. Ketika mengandungkan Shariq dahulu saya banyak membeli benda yang tak perlu. Sekarang saya tak mahu membazir, pakai sahaja apa yang ada,” jelasnya seperti mana dilaporkan menerusi Utusan Malaysia.
Rupanya tragedi lemas akibat kepala air di Sungai Sedim itu sedang meraikan sambutan ulang tahun anak kepada kakak sulungnya Nur Atikah, Nur Atiya Sofiya Shazwan, 7, dengan aktiviti perkelahan.