Risau TREND Orang Pergi UMRAH Sekarang, Sekadar Nak Buat ‘Content’ Promosi Produk! Mendapat panggilan ke Tanah Suci untuk menunaikan ibadah umrah merupakan nikmat rezeki yang luar biasa. Seiring niat untuk mendekatkan diri kepada Allah, selepas pulang dari umrah diharap dapat lebih memperbaiki diri ke arah yang lebih baik.
Namun cukup membimbangkan trend ramai orang menunaikan umrah sekarang ini. Meskipun bukan semua, pergi umrah dilihat hanya sekadar suka-suka pergi melancong mahupun buat ‘content’ dan promosi produk di media sosial. Sekadar menunjuk-nunjuk di media sosial sekaligus hilang fokus beribadah dan tidak dapat merasa keagungan Allah di tanah suci.
Risau Trend Umrah
Ini antara kebimbangan yang disuarakan oleh Ustaz Dr. Kamilin Jamilin, yang juga merupakan seorang pensyarah di Fakulti Pengajian Pengajian Al-Quran dan As-Sunnah di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
“Saya sebenarnya risau dengan trend orang sekarang pergi umrah. Bukan semua, tapi boleh nampak ramailah dekat media sosial.Dulu-dulu sebelum muncul media sosial dan influencer-influencer yang terkenal. Orang kalau nak pergi Mekah dan Madinah, satu benda yang besar.Memang menjadi satu medan keinsafan yang kita betul-betul terasa dengan keagungan Allah dan kemuliaan tanah suci.”
“Ramai bila pergi sana, jadi bertaubat dan berubah ke arah lebih baik. Tapi sekarang ni pergi sana macam takde apa dah. Orang kita yang pergi sana balik lagu tu jugalah. Orang kata Pi mai Pi mai Tang tu jugalah.”
Sekadar Jadi ‘Content’
Sebahagian artis-artis, selebriti-selebriti bukan semua, pergi sana lebih sekadar nak jadi ‘content’, ‘selfie’ sana sini. ‘Berlakon’ cium Kaabah. berlakon solat bagai. Ada juga yang pergi sana nak ‘promote’ produk. Nak nampak macam produk barakah, snap gambar berlatar belakangkan Kaabah.
Ads
Pergi Mekah dan Madinah dah sekadar pergi melancong bukan nak ibadah sangat pun. Ada duit pergi, sekadar nak ‘happy-happy’, show off sana sini dan cari populariti.Cari duniawi, hilang rasa keagungan Allah dalam hati. Ke’izzahan dua tanah suci tu dah tak rasa apa dah.
Ibadah haji dan umrah yang besar tu pun, dah macam sekadar tentatif atau content yang nak menarik views.
Sedangkan Allah berfirman dalam surah Al Haj:
Mengagungkan syiar Allah yang meliputi ibadah dan tempat masa kita buat ibadah haji dan umrah itu petanda takwa dalam hati. Tapi bila takwa sudah tipis dalam diri agama hanya sekadar jadi pembalut kotak kosong. Luarnya diperlihatkan indah di mata manusia, sedangkan di dalamnya tiada apa yang bernilai di sisi Allah.
Mingguan Wanita: Semoga kita sama-sama muhasabah diri, niat dan tujuan apabila ingin menunaikan umrah. Janganlah hanya sekadar pergi suka-suka untuk ‘content’ namun tiada pengisian jiwa dan takwa di hati untuk beribadah dan berubah menjadi lebih baik.
Seperti mana yang dikongsi menerusi akaun Instagramnya, Zahirah menyatakan, anaknya itu dilahirkan pada jam 2.26 petang dan ia adalah hadiah paling bermakna yang pernah diperoleh.
Zahirah turut berkongsi sebahagian wajah bayi lelakinya dan kelihatan dua lesung pipit yang menarik perhatian ramai.
“Alhamdulillah pada 5 Januari 2021, anak lelaki pertama kami selamat dilahirkan pada jam 2.26 petang. “Kami rasa sangat terharu dengan semua pengalaman yang dilalui dari bilik bersalin sehinggalah menjadi ibu dan bapa baru.
Gembira Rasai Saat Istimewa Bergelar Ibu & Bapa
“Pengalaman ini rahmat terbesar dan kami sangat gembira kerana dapat merasai setiap saat yang istimewa itu. Syukur Alhamdullilah,” tulisnya menerusi akaun Instagram miliknya.
Ucapan Tahniah
Zahirah dan Aimah memilih untuk pulang ke Perth, Australia sejak Oktober tahun lalu bagi membuat persediaan menyambut kelahiran anak pertama mereka bersama keluarga Zahirah di sana.
Sungguh malang tidak berbau, hasrat untuk makan ‘cendawan busut’ mengakibatkan anak beranak muntah-muntah dan jatuh sakit kerana rupanya termakan cendawan beracun.
Seorang wanita berkongsi kisah pengajaran terbesar buat dirinya apabila seluruh ahli keluarganya mengalami muntah-muntah yang sangat teruk selepas makan hidangan cendawan tumis air yang dipercayai beracun.
Kelihatan Seperti ‘Cendawan Busut’
Menurut perkongsian wanita itu di akaun TikToknya mas.ita, dia berkata, cendawan tersebut dipetik oleh suaminya di tepi kawasan rumah mereka.
“Saya ambil cendawan itu, dan membersihkannya seperti biasa untuk dijadikan hidangan.
“Apabila diteliti cendawan itu, ia kelihatan sama seperti cendawan busut tetapi ada sedikit perbezaan pada teksturnya,” katanya.
Masakan Bertukar Warna ‘Kehijauan’
Menurutnya wanita ini lagi, dia agak was-was apabila cendawan yang dimasak itu menjadikan hidangan tersebut bertukar warna kehijauan tetapi tidak mengendahkannya.
“Rasa cendawan itu juga sedap sama seperti cendawan busut.
“Tetapi, selepas sahaja kami memakan hidangan itu, kami mula berasa sakit. Saya ‘google’ cendawan itu, rupa-rupanya betul kami dah termakan cendawan beracun,” jelasnya.
Katanya, akibat daripada itu mereka sekeluarga berada dalam keadaan sangat lemah sehingga memaksa wanita itu menghubungi talian kecemasan sebelum mereka semua dikejarkan ke hospital.
Ramai yang meluahkan rasa simpati terhadap keluarga tersebut dan menasihati mereka supaya lebih berhati-hati apabila memakan tumbuhan liar.
Mingguan Wanita: Jadikan kisah ini sebagai pengajaran. Pesanan buat semua, semoga lebih berhati-hati apabila ingin memakan cendawan liar. Pastikan ia betul-betul selamat dimakan dan bukan jenis yang beracun.
Mula mengaji pada usia 3 tahun, rahsia adik Zinnirah khatam hafazan 30 juzuk pada usia 10 tahun. Usianya masih muda, baru 12 tahun. Namun ada sesuatu yang istimewa pada pelajar darjah 6 ini.
Ini kerana pada usianya 10 tahun 11 bulan, adik Zinnirah Abu Dzar sudah pun menghafal 30 juzuk Al-Quran. Perkongsian menarik mengenai diri adik Zinniriah dikongsikan di fb Jabatan Agama Islam Malaysia (JAWI) sempena Pertandingan Tilawah dan Hafazan Peringkat Wilya Persekutuan yang diadakan baru ini.
Mula Mengaji Pada Usia 3 Tahun
Adik Zinnirah Abu Dzar sudah pun menghafal 30 juzuk Al-Quran. Dirinya memasuki pertandingan Tilawah & Hafazan anjuran JAWI pada usia 12 tahun.
Sebagai peserta hafazan yang agak muda, berusia 12 tahun, adik Zinnirah murid darjah 6 Pusat Tahfiz Darul Haafizhiin, sudah mula menghafaz Al-Quran pada usia 3 tahun secara talaqqi bersama ibu dan ayahnya.
Rahsia Adik Zinnirah Khatam Hafazan 30 Juzuk Di Usia 10 Tahun
Dan, Masya-Allah, adik Zinnirah sudah khatam hafazan 30 juzuk Al-Quran pada usia 10 tahun 11 bulan.
Ini kali pertama dia menyertai Majlis Hafazan Peringkat Negeri. Kami tanya apa rahsia mengekalkan hafazan? Katanya rutin menghafaz setengah muka Al-Quran setiap hari di rumah.
Bersama kedua ibu bapa dan adik-adiknya
Dalam pada itu, bapanya, Abu Dzar yang juga mudir di Tahfiz Darul Haafizhiin Al-Furqan sempat menitipkan nasihat buat ibu bapa.
Katanya, “anak-anak sangat mudah menghafaz sebab akalnya masih suci bersih. Kalau kita tak galakkan anak-anak menghafaz Al-Quran, mungkin mereka akan hafal perkara lain yang kurang baik. Lebih-lebih lagi dengan persekitaran mencabar hari ini. Jadi tanamkan Al-Quran dalam jiwa anak sedari kecil, insya Allah mereka lebih mudah menghafalnya, katanya yang menitipkan sedikit pesanan buat semua.
Nahas SUV di Bukit Kawah meragut nyawa sepasang bakal pengantin apabila Toyota Fortuner yang dinaiki terjunam ke dalam gaung. Baca kronologi penuh, siasatan polis dan peringatan keselamatan jalan raya.