Gambar sekadar hiasan

KES:

Berkongsi kisah pahit manis kehidupan berumah tangga ibu kepada dua orang anak perempuan, Rohayu Abdul Manaf (bukan nama sebenar) 29 tahun, yang dibina bersama suami, Amiruddin Ahmad (bukan nama sebenar) 45 tahun. Mereka diuji dengan masalah kewangan yang berpunca daripada ketidak tentuan pekerjaan suaminya. Sudahlah duit perbelanjaan sentiasa tidak cukup muncul pula kelibat orang ketiga yang mengeruhkan lagi keadaan. Isteri mana yang tidak terluka apabila suami mula berlaku curang. Namun disebabkan jarak umur yang jauh berbeza serta rasa hormat yang tinggi, Rohayu sering memberikan silent treatment kepada suaminya. Tanpa disedari keadaan itu berlanjutan sehingga berbulan-bulan. Masalah tidak juga selesai malah menambah tekanan dalam diri Rohayu.

Dalam kes ini, majoriti wanita akan menjadi ‘mangsa’ kepada perasaan sendiri dan tidak tahu apa yang perlu mereka buat untuk mempertahankan rumah tangga. Jadi, ada tiga langkah awal yang wajib dilakukan apabila berlakunya ‘ribut’ dalam hubungan yang dikongsikan oleh Puan Diyana Tahir, Pakar Hubungan & Keintiman.

‘Ribut’ Dalam Rumah Tangga, Ini Cara Halus ‘Jampi’ Suami

1.Being Present

  • Ramai orang gagal mengecapi kebahagiaan kerana tidak being present. Masih terperangkap dengan dendam, kemarahan, kekecewaan akibat peristiwa lalu yang menyebabkan kita tidak nampak apa nikmat yang telah kita kecapi hari ini.
  • Apa kata, pejamkan mata sejenak, lihat dengan mata hati,“Adakah aku sudah being present dalam hidup? Adakah dengan ‘hidup’ pada masa lalu akan membuatkan hubungan ini makin baik?”

2.Perbaiki Diri

  • Tumpukan pada diri, bukan pada pasangan anda. Jangan harapkan pasangan berubah tetapi anda yang perlu mula ubah diri. Upgrade diri, emosi dan minda. Penuhkan diri dengan mindset positif. Inilah antara elemen self-love. Ramai yang tidak percaya dengan mencintai diri sendiri, energi kasih sayang akan berkembang dan ‘berjangkit’ kepada orang lain.

3.Gali Ilmu Rumah Tangga

  • Setiap kebahagiaan perlukan ilmu. Apatah lagi ilmu untuk melayari alam perkahwinan yang banyak cabaran dan rintangan. Cubalah mengikuti program-program yang boleh membantu pasangan yang mengalam masalah seperti ini.

Semarakkan Kasih Sayang

Dalam menyemarakkan kasih sayang dalam rumah tangga, ada beberapa tip hebat untuk anda gunakan secara halus dan berkesan untuk keintiman dalam rumah tangga.

IKLAN

1.Kagumi Kelelakian

Lelaki akan merasa menang apabila wanita wanita mengkagumi kualiti kelelakiannya.
Ungkapkan ‘saya kagum dengan kematangan dan ketenangan abang, saya suka sebab saya rasa abang seksi macam tu’. kata-kata ini membuatkan suami sentiasa merasa hebat dan gembira.

2.Tunjukkan Bahagia

Setiap hari tunjukkan rasa bahagia kepada suami. Sentiasa gembira dan tersenyum, hadapi masalah dengan tenang dan tidak menyalahkan suami semata-mata. Seorang isteri perlu membahagiakan dirinya dahulu barulah dia boleh membahagiakan suami dan keluarganya.

3.Hargai Suami Seadanya

Ada kalanya kita tidak suka dengan perangai dan tingkah laku suami. Namun, kita perlu
berusaha menerima dia seadanya. Belajar bersama dan sentiasa menambah baik diri masing- masing dengan membaca, menghadiri ceramah dan sebagainya. Sekiranya dia berbuat salah maafkan dia kerana kita juga seperti dia pernah berbuat salah dan tidak sempurna.

IKLAN

4.Tanya Pada Suami

Tanya pada suami ‘Apa yang buat abang rasa menang ketika bersama sayang?’. Soalan seperti ini akan membuatkan kita lebih memahami kehendak suami dan sama-sama meningkatkan frekuensi diri. Tanamkan di dalam hati bahawa ‘aku akan menangkan suami’, sentiasa fokus kepada solusi. Ungkapkan pada suami ‘saya faham apa abang cakap’.

5.Beritahu Apa Yang Anda Suka

Ungkapkan apa yang anda suka apabila suami lakukan sesuatu, contohnya ‘saya rasa bahagia apabila menonton wayang bersama abang’.

6.Rasai Kemaafan

Setiap insan di dunia pasti melakukan kesilapan, namun kita tidak sepatutnya menjatuhkan
hukuman ke atas mereka sebaliknya perlu sentiasa belajar dari kesilapan agar tidak
mengulanginya lagi. Ungkapkan ‘saya faham kenapa abang buat macam tu, saya harap abang tak buat lagi’.

IKLAN

7.Isteri Bijak Urus Diri

Jangan salah faham. Ini tidak bermakna suami melepaskan tanggungjawabnya terhadap isteri. Namun suami akan rasa menang dan bangga apabila isterinya mampu berdikari dan bijak menguruskan dirinya.

8.Sentiasa Beri Respon

Puji dia ‘Allahamdulillah, tahniah abang berjaya dapatkan kontrak tu’. ‘Wah bersih dan
cantiknya kereta abang, baru cuci ke?’. Sentiasa sedar dan berikan pujian supaya suami rasa menang dan hebat di mata isterinya.

9.Suami Dihargai

Ucapan terima kasih adalah amat berkuasa dalam konteks ini. ‘Terima kasih abang tolong
sayang basuh pinggan, sayang abang’ atau ‘Terima kasih abang belanja sayang dan anak-anak makan’.

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI