Rezeki anak ni sememangnya tidak boleh disangkalkan lagi. Bagi pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad kehamilan kali ini banyak memberi impak terhadap dirinya baik dari segi kehidupan mahupun kerjaya.
Baru-baru ini, Uyaina mengumumkan dirinya bakal menimang cahaya mata lelaki untuk kehamilan keduanya yang kini telah memasuki usia tujuh bulan.
Teruja dengan kehamilan kali ini, Uyaina melahirkan harapan agar bayi dalam kandungannya itu sihat dan berjalan lancar.
“Saya cuma berdoa agar anak saya sihat serta sempurna akal, fikiran, hati dan fizikal.
Uyaina ditemui pada majlis pengumuman jantina anak keduanya dan pelantikannya sebagai duta bagi suplemen kesihatan kanak-kanak, Baby Ayo Berries Gummy yang berlangsung di ibu kota baru-baru ini.
Ketika ditanya adakah dirinya kecewa belum dikurniakan zuriat perempuan, Uyaina mempunyai jawapannya yang tersendiri.
“Saya tidak kecewa kerana belum dikurniakan anak perempuan tapi saya sangat bersyukur. Jika diikutkan, dalam keluarga saya, dua adik-beradik di atas saya adalah lelaki. Kemudian, kakak dan barulah saya.
Ads
Duta Suplemen Kesihatan Kanak-Kanak
“Anak buah saya pula seorang sahaja lelaki dan yang selebihnya perempuan. Bila ada Raja Urhan (anak sulung) dan bayi kedua ini, bertambahlah bilangan lelaki,” katanya.
Sementara itu, suami kepada Uyaina Arshad, Raja Syahiran pula meluahkan rasa syukur apabila bakal menimang cahaya mata lelaki sekali gus menjadi tunjang utama buat keluarganya satu hari nanti.
“Saya sangat bersyukur. Lelaki atau perempuan, saya terima saja. Seperti ibu bapa lain, mereka pasti gembira jika mempunyai anak sepasang.
“Bila dikurniakan dua anak lelaki pun saya bersyukur sangat. Mungkin dia boleh menjaga ibu, nenek dan adik-beradiknya yang lain nanti.
“Saya juga berharap agar dapat menjadi seorang bapa dan pemimpin yang baik buat anak-anak saya. Saya juga nak didik mereka menjadi manusia berguna buat masyarakat,” katanya.
Bercerita mengenai pelantikannya sebagai duta Baby Ayo, Uyaina berkata, dia menganggap tawaran yang diterima sebagai rezeki buat anak-anaknya.
Ads
“Sebagai ibu saya mesti nak yang terbaik untuk anak-anak saya. Jadi apabila mereka melamar saya sebagai duta, saya terlebih dahulu meneliti kandungan yang ada di dalam suplemen ini.
“Tawaran ini memberi peluang kepada saya berkongsi rezeki dengan anak-anak. Segala hasil yang diterima adalah untuk mereka pada masa mendatang,” katanya.
Menurut Pengarah Urusan Baby Ayo, Saidatul Amin berkata, selepas mengkaji khasiat Elderberry dan Acai Berry yang mampu meningkatkan dan menguatkan sistem imunisasi anak-anak ia sekali gus memberi inspirasi kepada AYOGI Sdn. Bhd. untuk tampil dengan produk sulung berasaskan Elderberry dan Acai Berry menerusi jenama Berries Gummy Kids Vitamin.
Menguatkan Sistem Imunisasi Anak-Anak
“Idea ini terhasil apabila salah seorang anak ahli keluarga kepada pengasas produk ini sering mengalami masalah demam dan selesema selepas mula masuk ke sekolah. Salah seorang rakan baiknya mengesyorkan satu produk berasaskan Elderberry dan Acai Berry dari Australia dalam bentuk cecair, anaknya sudah jarang demam dan selesema.
Sekali gus memberi idea untuk membuat satu formulasi baharu tetapi dalam bentuk gula-gula kunyahan (gummy) supaya lebih mudah dan lebih digemari oleh anak-anak kecil terutamanya.”
Terdahulu, Uyaina Arshad menerima kejutan sempena majlis perlantikan sebagai duta Baby Ayo dan majlis memperkenalkan dirinya sebagai duta jenama Baby Ayo.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pasangan itu milik Allah, dia manusia biasa yang hatinya boleh berubah. Kadang-kadang sang isteri sudah melakukan yang terbaik dalam menjaga hati suami, tetapi suami tetap berubah hati.
Isteri sanggup lakukan itu dan ini demi menjaga hati suami, namun masih ramai saja suami yang curang di belakang isteri. Ternyata hati suami ini berbolak-balik, tidak kiralah sama ada isterinya cukup sempurna atau tidak. Segala yang berlaku atas kehendaknya.
Ada orang kata, isteri kena pandai layan suami, baru suami tak cari lain.
Malah ada orang kata, isteri kena kongkong suami, barulah suami tiada peluang cari yang lain dekat luar.
Ada juga orang kata, isteri jangan kongkong suami sangat. Nanti suami rimas dan cari yang lain.
Dan ada orang kata, isteri kena jadi terbaik, barulah suami tak cari lain.
Pasangan Itu Milik Allah, Hatinya Boleh Berubah
Saya pernah berdepan dengan satu kes dulu. Isteri menuntut cerai walaupun mereka ini dilihat sebagai pasangan romantis, sangat sepadan dan tidak ada potensi langsung untuk mereka mengkhianati sesama sendiri.
Dia dan suami mengusahakan sebuah syarikat jual kereta. Mereka agak kaya. Ada seorang anak perempuan yang masih kecil masa itu, baru berusia empat tahun, comel.
Suami isteri ini bekerja bersama. Selalu bersama. Semua hal kewangan daripada syarikat sampailah ke keluarga, dijaga oleh isteri. Mereka tak pernah terpisah, di rumah dan di tempat kerja sentiasa bersama.
Suami Manusia Biasa & Hatinya Boleh Berubah
Mustahil suami boleh cari lain kan?
Tapi mana tahu, satu hari kami tersilap hantar surat ke alamat suami. Sebab suami beli rumah. Dia memang ada pesan, semua surat jangan pos. Dia akan datang ambil. Tapi entah macam mana boleh terlupa, kami terpos sekeping surat.
Bukan surat penting pun, cuma cc copy je (salinan surat), walhal selama hari ni cc surat kami cuma email saja.
Datanglah si isteri ke pejabat kami, bertanyakan tentang surat tu. Katanya bila masa pula suaminya beli rumah? Maka, pecahlah rahsia.
Rupanya si suami belikan rumah itu untuk perempuan simpanannya. Bahkan, mereka sudah ada seorang anak lelaki berusia dua tahun. Isteri mana yang tak kecewa kan?
Namun dia pelik juga. Segala kewangan, dia pegang. Setiap masa suami bersamanya. Bila masa pula dia jumpa perempuan lain, siap ada anak bersama.
Dipendekkan cerita, rupanya setiap bulan mereka akan ambil duit gaji masing-masing. Walaupun itu syarikat mereka, mereka masih disiplin mengambil duit gaji sama seperti pekerja lain.
Sebab tak nak campur adukkan duit syarikat dengan duit perbelanjaan sendiri.
Dan mereka akan terpisah selama dua jam setiap hari, iaitu masa makan tengahari. Sebab salah seorang perlu berada di pejabat, tak boleh dua-dua keluar sekali.
Maka, dari situlah si suami memiliki perempuan simpanan. Walau hanya terpisah 2 jam sahaja sehari.
Segalanya Tentang Hati, Suami Manusia Biasa
Kepada pada isteri di luar sana, walau apapun yang kita sudah buat untuk suami kita, cara keras, cara lembut….
Segalanya tentang hati…
Walau bagaimana kongkong suami, kalau dia nak buat hal, dia buat juga.
Walau bagaimana kita berlembut dan biarkan dia, pun dia boleh buat hal juga.
Begitu juga dengan isteri. Walau dapat suami sebaik mana sekalipun, masih ada isteri yang berpaling tadah.
Pasangan kita itu milik Allah. Dia manusia biasa. Hatinya boleh berbolak-balik. Nasihat orang kita dengar dan fikir kebaikannya, bukan ikut melulu. Selebihnya, berdoalah kepada Allah, hanya Dia yang terbaik, kerana Dia yang memegang hati setiap hamba-Nya.
Farizal Radzali
MW: Paling penting sebagai isteri dan juga pasangan, serahkan dan berdoalah kepada Allah untuk memegang hati suami hanya untuk kita. Namun jika pasangan tetap curang, percayalah ianya adalah kehendak Allah dan pasti ada hikmah setiap satunya walaupun perit.
‘Patah tangan janganlah pergi mengurut, jumpa bomoh.’ Cacat kemudian hari, menyesal jadinya. Bertindak biarlah menurut akal fikiran.
Tidak dinafikan masih wujud segelintir mak ayah yang masih percayakan bomoh daripada doktor. Kadang-kadang sudah berjumpa dokto tetapi akhirnya memilih untuk meneruskan rawatan dengan bomoh.
Patah Tangan
Ketahuilah, patah tangan dengan terseliuh itu jauh bezanya. Ikuti perkongsian Dr Arisman MD ini dan hadam baik-baik perkongsiannya:
Patah tangan kemudian jumpa bomoh untuk pecahkan simen.
Saya berjumpa senario yang mana seorang perempuan berusia jatuh tergelincir kemudian patah tangan.
Dia berjumpa dengan doktor di hospital kemudian dipastikan patah tangan dan dipasangkan simen selama beberapa minggu.
Apabila dia balik ke rumah beberapa hari, dia merasa tidak selesa dan sedikit sengal-sengal. Tiada gejala lain yang serius.
Seperti kebanyakan kita yang suka mencuba “rawatan kampung”. Saudara mara pula cuba membantu dengan memberi nama dan nombor telefon bomoh-bomoh atau orang yang boleh merawat patah tulang ini untuk cantum balik dan sembuh tanpa simen.
Kita sudah basi dengan situasi begini kan dan ia turut berlaku dalam keluarga terdekat kita sendiri. Betul?
Jumpa Bomoh
Dipendekkan cerita, dia pergi ke satu tempat dan tukang atau bomoh itu pergi buka simen pada tangan yang patah itu dan mulakan rawatannya.
Pesakit tadi balik ke rumah dan beberapa hari, tangan yang patah itu semakin sakit. Dia bercadang untuk mendapatkan x-ray di klinik swasta kerana saudara maranya suruh periksa x-ray lagi.
Saya tanya “kenapa tak pergi semula ke tukang bomoh tu puan?”
“Bomoh tu tak pandai tengok x-ray. Dia tak tahu dalaman ni. Lepas saya buat x-ray ni baru anak saya bawa pergi jumpa bomoh tu semula.” katanya.
Krik krik krik.
Saya masih tak faham. Buat x-ray dan percaya pada diagnosis si doktor, tapi tidak percaya dengan rawatan doktor. Sebaliknya jumpa bomoh untuk rawatan ajaib mereka.
Menyesal Jadinya
X-ray beliau menunjukkan kedudukan tulang patah sudah semakin lari. Jari-jari pesakit sudah ada yang kebas dan lemah. Boleh jadi sudah mencederakan saraf atau pembuluh darah disampingnya semasa proses rawatan dengan mengurut pada tempoh hari dengan si bomoh itu.
Saya berdoa semoga ia dapat dipulihkan dan tidak jadi cacat.
Nak salahkan si bomoh ke kalau macam tu? Ada yang berani? Atau sekadar berdiamkan diri sahaja kemudian jumpa doktor semula untuk rawatan seterusnya.
Pesanan saya: Jika patah tangan tu, janganlah pergi mengurut atau pergi jumpa tabib/bomoh. Bahaya. Cacat kemudian hari, menyesal hingga ke mati.
Mingguan Wanita : Kadang-kadang orang keliling juga main peranan dalam mendapatkan rawatan perubatan. Sebaiknya berjumpalah dengan doktor atau dengan mereka yang lebih pakar sebelum menyesal kemudian hari.
“Alhamdulillah. Abang Mus suami yang baik dan dikurniakan isteri yang taat setia,” begitulah komen daripada pengikut Mus May yang bernama axzlan25lc di akaun Instagram Mus May @immus2020.
Bukan saja komentar tersebut, malah ramai lagi rakan artis dan juga pegikut yang juga peminat Mus May mendoakan yang terbaik buat dirinya dan isteri, Suraya Bahari.
Mus bersama isteri kesayangan.
Isteri Tulang Belakang Mus
Mengimbas kembali, dua tahun lalu, industri hiburan telah digemparkan dengan berita penyanyi lagenda ini dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dan berada dalam keadaan koma. Selepas lapan hari koma barulah Mus sedar dan hari ke 10 barulah boleh bercakap.
“Ini lah tulang belakang saya. 23 tahun kami kawin sampai sekarang. Bila time susah dia tak pernah mengeluh.
“2 tahun lepas saya terlantar di hospital selama 35 hari dia sentiasa di sisi.
Puan Suraya
Allah begitulah mulianya seorang isteri di sisi suami. Tugas isteri sememangnya di samping suami walau di waktu susah atau senang.
Malah isterinya juga sanggup hidup susah senang bersama. Ketika dia terlantar di hospital isteri yang setia menjaganya disisi. Tanpa mengeluh!
Isteri Mandikan, Cuci Penggung Sewaktu Mus Terlantar Di Hospital
“Mandikan saya cuci punggung saya masa di hospital dulu. Tak pernah dia mgeluh. Selepas sakit dulu saya ada masalah memori susah nak ingat.
“Saya akan bertanya perkara yang sama berulang kali dan isteri saya akan menjawab berulang kali juga dengan penuh sabar.
“Dia juga yang menguruskan karier saya. Dia memang akan sentiasa di sisi saya.
“Tq my ..Suraya,” tulis Mus di akaun Instagramnya.
Walaupun pasangan ini belum dikurniakan cahaya mata namun ikatan cinta mereka begitu utuh.
Rakan Artis & Peminat Doakan Pasangan Ini Kekal Bahagia Hingga Ke Jannah azharina_a @immus2020 amiiin semoga bahagia dn kekal sampai jannah abg. Tahniah atas kemenangan abby_ra1818 Moga kekal bhgia selamanya…wjh seri yg memukau pesona kau d pandang..terpegun dan terhayal sejenak..matamu gemilang bagaikan..ada sinar d dlmnya..capai tgnmu kita berganding berdua..genggam tgnmu kita nyanyikan..lagu yg seiramaaaaa muhammad_alfateh_86 aminn semoga abg bahgia ke akhir hayat..tiada siapa yg susah senang bersama kita selain ibu bapa kita..isteri kita la org tu..aminnn.. nurnahdatul Semoga dikurniakan kebahagian d dunia dn akhirat… ️️️️ naharazmi69 Semoga muss kekal bahagia hingga ke syurga..tahniah buat isteri Muss yg setia,susah senang tetap bersama….️️️
Foto: Instagram Mus May. Sewaktu konsert akhir GV7 baru-baru ini.
MW: Terharu dengan kesetiaan isteri Mus, semoga pasangan ini kekal bahagia hingga ke Jannah.
Pelajar tingkatan tiga jatuh asrama kritikal, ibu rayu doa orang ramai anak kembali pulih. Tiada yang lebih menyakitkan daripada melihat darah daging sendiri terbaring...