Restoran nasi kandar ditutup kerana beroperasi dalam keadaan kotor, dapur menjijikkan, berbau dan ada tahi lipas. Sebuah restoran nasi kandar 24 jam dikesan beroperasi dalam keadaan kotor dan menjijikkan diarah tutup selepas diperiksa dalam Operasi Khas Penguatkuasa Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak di sekitar Station 18, di Ipoh.
Restoran Nasi Kandar Ditutup Kerana Beroperasi Dalam Keadaan Kotor
Pemeriksaan dilakukan juga mengesan, barangan masakan seperti mi segera, bawang, kentang dan tepung dibiarkan dalam keadaan terbuka dan hanya ditempatkan di laluan tangga kediaman pekerja.
Dapur Menjijikkan, Berbau & Ada Tahi Lipas
Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak, A Sivanesan berkata, arahan penutupan selama 14 hari itu dikeluarkan mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983.
Dalam pemeriksaan bermula sekitar jam 9.30 malam itu mendapati, premis terbabit sengaja membiarkan dapur dalam keadaan tidak bersih, berbau dan terdapat tanda najis lipas.
“Saya sangat sedih dan tidak boleh terima perkara seumpama ini masih berlaku di premis makanan sedangkan di luar ramai pelanggan dan mereka tidak tahu pun keadaan sebenar.
“Kalau boleh diberi penilaian mengenai tahap kebersihan premis ini, saya akan beri markah kosong. Keadaannya sangat teruk sehingga boleh membuatkan kita rasa loya dan hampir muntah,” katanya.
Operasi bersepadu dijalankan bersama Jabatan Tenaga Kerja (JTK), Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan polis itu turut disertai Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Noor Rizawati Mahpot dan Pengarah JTK Perak, Muhamad Fauzi Abd Ghani.
Sivanesan berkata, operasi sama telah digerakkan di seluruh negeri bertujuan menambah baik isu kebersihan premis makanan khususnya yang beroperasi 24 jam dan premis-premis yang beroperasi pada sebelah malam.
Ads
Katanya, sebanyak 359 premis terlibat dalam pemeriksaan tersebut dan sejumlah 316 notis kesalahan dikeluarkan kepada pengendali makanan melibatkan kompaun RM44,200 kerana tidak mematuhi kehendak di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan (PPKM) 2009.
“Bagi penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 pula, sebanyak 81 notis kesalahan telah dikeluarkan dengan nilai kompaun lebih RM20,000.
“Operasi kali ini turut dijalankan aktiviti pensampelan makanan dan swab pengendali makanan bagi menentukan tahap kebersihan sebenar premis,” katanya.
Beliau berkata, sepanjang tempoh Januari hingga Mei tahun ini, sebanyak 5,443 pemis makanan diperiksa melalui aktiviti penguatkuasaan Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan dibawahnya.
“Daripada jumlah itu, 1,330 notis kesalahan telah dikeluarkan dengan nilai kompaun RM244,176 dan sebanyak 31 premis makanan pula telah dikenakan perintah penutupan sementara kerana premis tidak suci,” katanya.
Ads
Dalam pada itu, petugas media yang mengikuti pemeriksaan di empat restoran makanan dimaklumkan, penempatan pekerja di semua premis berkenaan tidak mendapat perakuan penginapan daripada JTK.
Mengulas perkara itu, Sivanesan berkata, pemeriksaan lanjut mendapati pihak majikan melakukan pelbagai pelangaran Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446) dan Akta Kerja 1955.
Kesalahan itu termasuklah tiada kontrak kerja, tiada penyata gaji, gagal melaporkan penggajian pekerja asing dan bayaran kerja lebih masa yang tidak mengikut akta ditetapkan.
“Jumlah pekerja terlibat dalam isu ini adalah seramai 61 warga asing dan 20 warga tempatan, namun saya yakin jumlah sebenar adalah lebih ramai.
“Akta kita tidak mengasingkan pekerja asing dan tempatan jadi saya telah minta kepada Pengarah JTK dapatkan kenyataan daripada mereka mengenai pelanggaran ini,” katanya.
“Rasa dunia ini milik akak…inilah respon gembira usahawan pandan yang terpilih menerima Anugerah Ibu Inspirasi Mingguan Wanita X Nona di Malam Gala baru ini.
Kisahnya membesarkan 8 anak dengan air mata hingga hampir meracun mereka kerana tidak tahan dengan ujian tetapi akhirnya bangkit memerah keringat demi memberi pendidikan buat anak-anak.
Kisah usahawan pandan berjaya ini cukup memberikan inspirasi dan dirinya menitip pesanan buat ibu-ibu yang membesarkan anak sendirian.
“Pandanglah diri akak. Jadilah ia satu perkongsian kehidupan,” katanya yang tidak pernah menyangka menerima anugerah dari Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah dalam hidupnya.
Malam gala Ibu Inspirasi dibawakan oleh @alkauthareduqids_hq, diserikan oleh @sabihahgoldhq
Rasa cinta & tanggungjawab, Dayang martabatkan ritma melayu klasik jadi rujukan generasi baru. Hakikatnya bergelar seorang penghibur bukannya mudah. Apatah lagi untuk mengekalkan kualiti pada naskhah yang dihasilkan.
Siapa yang tidak kenal dengan sosok tubuh kecil molek Dayang Nurfaizah suaranya begitu menambat jiwa si pendengar.
Walaupun lebih 20 tahun dalam industri hiburan namun Dayang tidak pernah puas untuk menghasilkan karya terbaik. Air tangannya sentiasa dinanti oleh para peminat setia wanita yang berasal dari Sarawak ini.
Rasa Cinta & Tanggungjawab
Pemilik nama sebenar Dayang Nurfaizah Awang Dowty ini, setiap kali tampilkan karya sentiasa mendapat perhatian ramai.
Baru sahaja tampil dengan album kontemporari klasik berjudul Belagu II yang juga merupakan kesinambungan daripada Belagu yang dihasilkan pada tahun lalu.
“Penghasilan album ini adalah salah satu daripada usaha saya untuk memartabatkan ritma Melayu klasik supaya terus malar segar dan menjadi rujukan generasi sekarang dan akan datang.
“Atas rasa cinta dan tanggungjawab, saya cuba merakamkan kembali lagu-lagu Melayu klasik ini dengan nafas dan susunan muzik baharu tanpa mengubah keindahan dan nilai sedia ada dalam karya-karya ini,” kongsi Dayang kepada Mingguan Wanita.
Bekerjasama Dengan Pemuzik Budapest Scoring Orchestra Untuk Belagu II
Ditemubual pada majlis pradengar album Belagu II baru-baru ini, dayang mengakui melalui proses yang cukup panjang dan rumit.
“Pembikinan album ini dibuat denagn sangat teliti, bermula daripada proses pemilihan lagu, nyanyian sehinggalah kepada gubahan muziknya.
“Proses yang panjang, tetapi sangat berbaloi melihat hasilnya.
“Saya juga tidak pernah terfikir dapat menimba pengalaman berharga bekerjasama dengan Budapest Scoring Orchestra, apatah lagi dalam projek istimewa pembikinan lagu Melayu klasik ini.
”Bangga bukan sahaja kerana peluang itu, tetapi apabila melihat bagaimana karya Melayu klasik kita dimainkan pemuzik luar yang turut sama mengakui akan keindahannya,” sambung Dayang.
Bakal Jayakan Konsert Istimewa
Dayang akui jadual seninya pada tahun ini agak padat, dirinya bakal tampil dalam sebuah konsert istimewa, Dayang Nurfaizah & MPO: Belagu yang akan berlangsung di Dewan Filharmonik Petronas pada 11 Mac depan.
Dayang juga bakal beraksi di pentas AJL37 sebagai finalis menerusi lagu duetnya bersama Amir Masdi, Debu, pada 12 Februari depan.
“Jadual pada awal tahun 2023 ini agak padat dan menyaksikan saya terlibat dengan beberapa acara penting dan memerlukan persediaan yang sangat rapi.
“Mungkin orang fikir sebagai penyanyi berpengalaman, saya tidak ada masalah menyiapkan diri.
“Namun sebenarnya ia bukan perkara yang saya boleh ambil mudah. Sebaliknya memberi lebih tekanan kerana mahu memastikan penampilan saya itu hadir bersama kualiti yang diharapkan,” sambungnya.
Pelakon Yatt Hamzah, 40 selamat melahirkan anak keenamnya pada 3 Julai lalu, selepas 3 hari di tahan di wad. Kongsi Yatt pengalaman melahirkan anak keenamnya iaitu anak lelaki pertama dalam keluarga ini disifatkan begitu luar biasa sekali.
Ini kerana, dia hampir dijadualkan bersalin secara pembedahan. Akhirnya, berjaya melahirkan secara normal. ‘Hebatnya kuasa doa.. Allahuakbar!’ tulisnya di instagram miliknya.
Inilah Anak Lelaki Pertama Bonda
Jam 11 malam semalam hampir-hampir masuk ke OT (operation theater) untuk dibedah (caesarean), dengan kuasa YANG MAHA BESAR, pada saat-saat akhir, dapat juga melahirkan secara normal genap jam 11.16 malam, 3 July 2021 (Sabtu), setelah hampir 3 hari di wad. Pengalaman yang LUAR BIASA.. HEBATNYA KUASA DOA.. ALLAHUAKBAR!
Alhamdulillah Bonda ini telah selamat melahirkan anak ke 6 (1 di Syurga), inilah anak LELAKI PERTAMA Bonda.. satu-satunya anak LELAKI. Terima kasih semua keluarga, sahabat-sahabat dan followers Bonda yang baik hati telah mendoakan keselamatan baby dan Bonda. Allah sahaja yang tahu betapa bersyukur dan leganya hati ini.
Paling utama doa suami @zulfadhli_khiruddin
Genap 1 hari usia Baby Boy Bonda ni pada jam 11.16 malam ini. Alhamdulillah.. Syukur Alhamdulillah. Doakan juga Baby terus sihat dan jadi anak yang Soleh, Pejuang Agama.
In shaa Allah nanti Bonda akan share perjalanan di Labour Room dan betapa besarnya KUASA DOA. Tapi sekarang Bonda dan baby nak rehat dulu ya.
SUBHANALLAH WALHAMDULILLAH ALLAHUAKBAR.
Sebelum ini, sekitar pertengahan September tahun lalu Yatt berkongsi berita sedih apabila dia mengalami keguguran pada kehamilan kelima selepas keracunan makanan.
Pesanan Yatt Untuk Mak-mak Yang Ada Anak Kecil
Tak mudah nak uruskan anak-anak kecil di rumah ketika Lockdown ni. Memang sukar dan mencabar, lebih-lebih lagi jika bekerja dari rumah. Lebih-lebih lagi jika sedang hamil. Lebih-lebih lagi jika anak-anak ada kelas online setiap hari. Dan sekarang pula sedang musim mid year Exam untuk pelajar-pelajar. Bonda ini akui semua ini sukar dan mencabar emosi.
Ibu-ibu, please jangan simpan dan tanggung semua bersendirian. Dapatkan bantuan.. Bincang dengan suami kerana ini adalah team work bukan 1 man show! Elakkan stress yang hanya akan menjadi TOXIC jika tak diuruskan dengan baik.
Suami-suami AMBIL PERHATIAN! Isteri anda sedang penat Zahir dan Batin! Dengarkanlah dia dan bantulah dia. Jangan biar dia berseorangan pikul semua. Jangan kerana dia nampak OK dan terus ingat dia memang OK. GET TO KNOW HER BETTER. APPROACH, TALK & LISTEN TO HER.
Ibu-ibu, kalian tidak pernah berseorangan. Carilah bantuan, luahkan.. Biar lega dan kita akan tersenyum. Kuatkan pegangan Tauhid kita. Yang kita kita tak pernah berseorangan.. Di keliling kita ramai manusia, mereka boleh bantu.. PALING PENTING, ALLAH ADA. TUHANLAH PENYELAMAT KITA JIKA KITA BENAR-BENAR YAKIN PADANYA.
Bonda doakan semua ibu yang sedang penat berjuang, agar diberikan KEKUATAN, dan setinggi-tinggi darjat di sisiNYA di dunia dan akhirat. Semoga dibalas Syurga tertinggi segala keperitan ini. Kuncinya SABAR, SENYUM, KEMBALI PD ALLAH. In shaa Allah kita sama-sama kuat.
Mingguan Wanita : Tahniah buat Yatt sekeluarga dengan kehadiran orang baru.
Di media sosial, terdapat segelintir artis yang sering menayangkan dalam gelekan mereka. Makin ditegur semakin menjadi-jadi. Ada yang buat kerana duit. Bahkan ada yang berani melakukannya tanpa memikirkan apa yang dilakukan itu mempunyai manfaat pada ummah atau bukan kerana mereka beranggapan itu kerjaya dan ianya satu keseronokan. Menakutkan ada yang buat demi duit.
Sebagai umat islam, kita dituntut mencari rezeki yang halal.
Firman Allah Taala dalam surah Al-Jumu’ah, ayat 10
Mafhumnya: “Dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah serta ingatlah Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan ), supaya kamu berjaya dunia dan akhirat”.
Namun ada segelintir yang beranggapan individu merasakan pekerjaan mereka hak mereka. Hal ini mendapat teguran dari Ustaz Ahmad Dusuki di fbnya berikutan komen seorang artis bahawa dirinya bergelek pun dapat duit.
Kata pendakwah terkenal ini di fbnya, “tak semua yang boleh bawa masuk duit tu menjadi keuntungan bagi kehidupan kita, yang di bimbang jika yang masuk duit tu membawa kepada kecelakaan di masa depan kita.
Setiap mukmin akan di soal di hadapan Allah nanti dari mana ia mendapatkan hartanya dan kemana ia membelanjakan hartanya di jalan Allah. Jika hartanya hanya mengenyangkan perutnya, tergolek goleklah ia di akhirat nanti, menjawab di hadapan Allah, lebih lebih lagi hartanya dari sumber menggolek mengelek punggungnya di khalayak ramai di dunia ini.
Dalam nada tegas, tulisnya, “kau ingat gelek di khalayak tu dapat pahala ke?” Bangganya kau!!”
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Gadis 15 tahun hilang sejak Oktober 2025 dan keluarganya merayu bantuan orang ramai. Baca laporan penuh dan ketahui ciri-ciri Qaseh untuk membantu pencarian.