Jika suka makan steak di restoran barat, ada caranya untuk kita buat menu ni di rumah. Memang mudah, malah ikut cara yang dikongsikan ini, tak payah beli Daging Wagyu dan Angus pun dah sedap! Memang puas hati makan dan lebih jimat kos bila buat sendiri.
Ikut resipi dan langkah satu persatu yang dikongsikan oleh Dr Ahmad Firdausini.
Untuk para suami yang berkahwin dengan isteri yang bekerjaya, anda boleh cuba recipe ini. Mudah dan pantas je nak buat. Sejak saya belajar recipe ni, saya dah jarang makan steak di restoran sebab biasanya mereka masak sehingga terlalu well done.
Saya lebih suka medium to medium rare. Baru dapat rasa betul-betul nikmat makan daging. Tak payah beli daging Wagyu dan Angus pun dah sedap.
Ok, let’s joms. Boleh ikuti langkah dalam gambar.
Bahan-Bahan:
150-200 gram Daging
Garam
Lada Hitam
Minyak Zaitun
Mentega
Bawang Putih
Daun Rosemary (optional)
1. Pilih daging yang tidak terlalu tebal. Dalam 150-200 grams dah ok. Biasanya saya beli daging di Jaya Grocer atau Lotus’s. Banyak jenis cuts yang ada.
Sebelum masak, pastikan daging berada di suhu bilik. Basuh dan keringkan dengan kitchen towel.
2. Lumurkan setiap bahagian dengan garam, lada hitam (freshly grounded lagi bagus) dan minyak zaitun.
3. Seeloknya panaskan minyak di atas non stick pan. Api pula set pada high heat. Dalam gambar ni, saya tak tambah minyak. Nak lebih sihat la konon.
Ads
4. Tak perlu masak lama. Dalam 5 minit on each side dah ok. Ada nampak char sikit dah cukup.
Tambahkan butter secukup rasa dan bawang putih yang telah diketuk (crushed). Kalau ada fresh rosemary lagi sedap.
5. Lumurkan butter yang cair tadi ke atas seluruh bahagian daging. Masa ni asap banyak gila. Satu rumah bau harum!
Tak perlu lama buat benda ni. 2 minit cukup.
Ads
6. Keluarkan dari pan dan biarkan dahulu. Let it rest for 5 minutes. Kena banyak bersabar masa ni. Kalau tengok Gordon Ramsay, ia untuk hasilkan juiciness of the meat. Tak nak kasi kering.
7. Potong potong daging macam Saltbae dan lihat semua meat juices keluar. Memang lazat.
Untuk hidangan yang lengkap, boleh buat steak sandwich. Pakai je apa jenis roti yang ada. Bakar roti, tambah daun salad (lettuce & tomatoes) dan letakkan beberapa potongan daging.
Ads
Kalau buat perfect steak ni, malam nanti pasti isteri gembira dapat suami yang se-perfect steak yang dimasak. Chia chia chia
Mingguan Wanita: Mudah je rupanya nak buat sendiri steak yang sempurna dan sedap rasanya ikut citrasa di rumah. Lebih jimat kos dan puas hati makan. Guna daging biasa, tak payah beli Daging Wagyu dan Angus pun dah sedap!
Kuah kacang salah satu menu kegemaran ramai dan sedap dimakan dengan nasi impit atau ketupat.Nak buat kuah kacang yang sedap ada cara dan resipinya yang tersendiri.Menerusi perkongsian Ruziati Amat Sarbini, kuah kacang ini merupakan resipi daripada arwah emaknya.Malah menurut beliau, kesedapan kuah kacang ini juga diakui kawan-kawan, sehingga ada yang memujuk agar kuah kacang ini dijual!Punyalah hebat penangan kuah kacang ini.
Berikut merupakan perkongsian resipi beliau yang mak-mak boleh cuba sendiri nanti.
“Kawan kata kuah kacang saya sedap, siap pujuk saya jual kuah kacang, ni resepi kuah kacang saya.”
Bahan-Bahan:
1 kg kacang tanah (goreng dan kisar dengan air)
800 gm gula
2 setengah sudu garam
3 biji bawang besar (dikisar)
4 ulas bawang putih (dikisar)
Segenggam asam jawa (bancuh pekat)
4 batang serai(diketuk)
Seinci lengkuas
Minyak masak
Air
Udang kering ditumbuk kasar(ikut selera)
Rm3 cili kering ( kalau rasa nak lebih pedas boleh tambah cili)
Cara Membuat:
1.Tumis bawang putih dan bawang merah yang dikisar sehingga naik bau.
2.Kemudian masukkan semua bahan-bahan lain, kacang tanah, serai, lengkuas, cili kisar, udang kering dan air asam jawa.Kemudian tambah sedikit air.
3.Biarkan mendidih sehingga agak-agak pekat (sambil tu kacau selalu untuk elak hangus bahagian bawah).
4.Kecilkan api, renihkan kuah sehingga naik minyak sambil kacau sesekali.
Tip Ekstra!
Kacang yang dah digoreng, dikisar dengan air. Ia bagi memudahkan sewaktu memasak kuah kacang dan hanya perlu tambah hanya sedikit air sahaja nanti.
Siap!
# saya izinkan sesiapa yang nak kongsi resepi ni. Tak perlu minta izin
# resepi arwah mak saya doakan untuk mak saya ye.
Halia memang banyak khasiatnya. Apabila dijadikan serunding, ia seringkali dinikmati oleh mak-mak sewaktu dalam berpantang. Namun kalau tak berpantang pun boleh makan untuk dijadikan kudap-kudapan. Memang sedap, rasa garing, pedas menyengat. Buat sendiri Serunding Halia ni lebih puas hati, malah lebih jimat berbanding beli.
Boleh ikut cara dan resipi yang dikongsikan oleh Puan Masfaliza Ab Jaafer ini.
Sumpah sedap serunding halia ni.Buat makan kudap-kudapan. Kalau kita buat sendiri, boleh letak bahan-bahannya lebih. Rasanya yang garing-garing pedas menyegat.. padu!!
Disini CikAyu sertakan resepi seperti yang CikAyu janjikan semalam.Selamat mencuba. Boleh buat stok untuk bulan puasa yang bakal tiba tak lama lagi.
Antara bahan-bahan untuk buat serunding halia ni.
Halia tua (disagat)
Ikan bilis
Garam bukit
Perencah hilal
Minyak masak
Cara Membuat:
1.Okey semalam rezeki CikAyu dapat halia yang cantik dan panjang-panjang. Mudah untuk disagat dan cantik kejadiannya. Selepas sagat, letakkan sedikit garam bukit dan digaul rata.
2.Tengok teksur halia ni selepas disagat. Hasilnya nanti pasti anda akan jatuh hati dengan serunding halia ni.
3.Lepas habis sagat, perah air halia ni sekuat hati. Kita nak amik halia tu je. Air halia tu buang ye. Lepas proses perahan ni cepat-cepat sabun tangan ye, kalau lambat nanti confirm tangan akan rasa pijar.
4.Panaskan minyak. Kena guna minyak yang banyak untuk mendapatkan tekstur yang cantik untuk serunding halia ni.
5.Okey ni halia yang dah kecik, takut pulak nak sagat, mau berdarah tangan pulak nanti. Baki halia ni boleh kita tumbuk, blender atau gunakan chopper. Proses masih sama, perahkan air halia ni.
6.Gunakan api yang besar untuk dapatkan tesktur serunding yang garing dan cantik.
7. Agak-agak dah warna seperti dalam gambar cepat-cepat angkat ye.
8. Tengok hasil serunding ni. Cantikkan!! Tapiskan lebihan minyak ini dahulu ye.
9.Ikan bilis digoreng garing dan dikisar. CikAyu gunakan chopper je. Mudah dan pantas.
10.Selepas dikisar, gaulkan sebati ikan bilis dan sedikit serbuk hilal pada halia tdi. Sebelum itu, toskan halia yang digoreng dengan tisu dapur untuk buang lebihan minyak.
11.Hasil kejadian selepas digaul mesra. Sedap dimakan begitu saja.
12.Kalau dirumah dah ada bawang putih crispy boleh gaulkan bersama-sama serunding tadi. Ini lagi ummphhh.
Serunding halia dengan garlic crispy.
Kalau garing macam gini sepinggan pun boleh makan sorang. Fuh panas perut. Tengok pun dah nampak garingnya!!
Tip Ekstra!
Cari halia yang tak begitu tua dan yang panjang-panjang supaya mudah nak sagat nanti.
Serbuk Hilal adalah perasa macam secukup rasa, boleh diletak dalam masakan.
Kek Jantung Pisang merupakan kek warisan asli dari Negeri Sarawak. Namun jangan salah faham, kek ini sama sekali tidak menggunakan jantung pisang.Tapi hanya rupanya yang berlapis seakan bentuk jantung pisang.
Uniknya dan cantiknya rupa kek ini, ia tidak dibakar didalam oven seperti kebanyakan kek biasa. Sebaliknya perlu digoreng, ditindan satu persatu dalam kuali bagi mendapatkan bentuk lapisan yang cantik. Untuk membuatnya agak renyah, tapi berbaloi dengan rasa dan hasilnya nanti.
Mak-mak boleh cuba resipi Kek Jantung Pisang yang dikongsikan oleh Puan Ummi Lynn ini sebagai rujukan.
1.Putar marjerin dengan gula hingga kembang.
2.Kemudian, masukkan telur putar sehingga betul-betul kembang.
3.Akhir sekali, masukkan semua bahan-bahan yang lain.
4.Putar sampai sebati.
5. Ambil satu senduk kecil, masukkan dalam kuali, ratakan nipis dan goreng sampai masak.
6. Angkat dan keluarkan, kemudian buat lapisan kedua. Apabila lapisan kedua hampir masak, lapiskan dengan lapisan pertama tadi.
7.Buat berulang-ulang langkah ini, sehingga habis bancuhan tepung.
8. Biarkan sejuk seketika, dan bolehlah dipotong.
Siap!
Kek ni tak menggunakan oven tau..goreng guna kuali kecik yang dalam, Barulah ia cantik berbentuk bujur jantung pisang.
Model Rusia buat laporan polis selepas jadi mangsa komen lucah, dimalukan ketika makan berseorangan di restoran. Seorang wanita warga Rusia tampil membuat laporan polis...