Bagi penggemar sos cili thai, rasanya memang tka smaa dengan sos cili biasa. Biasanya sos ini sesuai untuk dicicah dengan makanan bergoreng seperti cucur, keropok, celup tepung dan sebagainya.
Harga untuk sos cili thai pun lebih kurang harganya dengan sos-sos yang lain. Kadang-kadang, terfikir pula dengan keadaan sekarang ini, mesti nak kena buat sendiri untuk jimatkan kos.
Rupnya, boleh saja nak buat sos cili thai di rumah. Senang sangat dan modal pun ta sampai RM5 untuk dapatkan 3 botol kecil. Inilah yang dikongsikan oleh Haslindawati Omar.
Dengan hanya bermodalkan RM5, kita boleh dapat 3 botol kecil sos cili thai homemade.
Tak perlu nak pening untuk dapatkan botol sos, boleh saja recycle, basuh bersih dan buang label.
Resipi Untuk 3 Botol Kecil
5 biji cili besar merah – dibuang biji.
4 biji cili padi merah – tidak perlu dibuang biji.
5 ulas bawang putih.
1/3 cawan air.
Ads
Caranya:
Kisar semua bahan di atas. Jangan terlalu hancur untuk mendapatkan tekstur sos cili thai tersebut.
Bahan lain:
Sedikit cuka makan
1-1½ cawan gula (ikut tahap selera dan kemanisan masing-masing)
Sedikit garam3 sudu besar makan tepung jagung – dibancuh dengan sedikit air.
2 cawan air
Caranya:
Masukkan bahan yang telah dikisar tadi ke dalam periuk.
Tambahkan dengan 2 cawan air dan masak bahan kisar sehingga mendidih.
Kemudian, masukkan cuka, gula, garam. Kacau sehingga hancur dan sebati.
Ads
Masukkan bancuhan tepung jagung dan biarkan ia mendidih sehingga sos tadi berkilat.
Bila dah masak, sejukkan dulu sos tadi dan barulah masukkan ek dalam botol. Simpan dalam peti ais untuk tahan lama.
.
Mingguan Wanita : Senang sangat nak membuatnya. Nanti bolehlah buat. Memang sedap kalau cicah dengan makanan bergoreng ni.
Jom jadi vendor akak-akak bakers biskut raya terpaling sedap dan meletup di FIESTA HOMEBAKER USHA-USHA BISKUT RAYA anjuran Mingguan Wanita dan CSR Sugar.
Raya Haji makin mendekat, sudah tentu yang tinggal di belah Pantai Timur tak sabar nak balik kampung. Di sana, Aidiladha cukup meriah sambutannya. Kalah hari raya Aidilfitri. Dalam pada itu tentu banyak daging korban diagihkan ke rumah-rumah.
Selain dijadikan hidangan sup, ada satu lagi menu simple yang menambat hari keluarga. Ini perkongsian daripada Puan Wan Samira, resepi daging goreng Kelantan.
“Raya haji tinggal berapa hari lagi? Sebenarnya counting day nak balik kampung. Asal raya korban, menu daging goreng mesti ada. Ni Mira nak share style goreng daging style kelantan.”
Bahan-bahan Daging Goreng Style Kelantan
Daging ( Nak sedap, guna lembu Malaysia)
1 Biji bawang holland
2 Biji Lada besar
Air
Garam
Perasa
Kicap
Minyak masak
1 sudu kecil Serbuk kunyit
Sos tiram
Cara-cara Membuat
1. Hiris daging ikot saiz yang nak, kalau nipis-nipis lapis lagi best.
2. Masukkan daging ke dalam kuali berserta dengan air. Lagi banyak air, lagi empuk daging. Gua api besow.
3. Masukkan serbuk kunyit sedikit. Bagi ada warna gitu.
4. Masukkan bawang besar, lada, garam dan perasa.
5. Bila dah air dah kering, masukkan minyak sedikit dan sos tiram dan kacau kacau (api perlahan). Last, masukkan kicap.
Kacau-kacau siap! Bolehlah nikmati daging goreng style Kelantan ni dengan ahli keluarga ya.
Apa nak masak hari ni ye? Jengok ke dalam peti ais, stok sotong masih ada. Selalunya masak resepi sotong celup tepung, sotong goreng kunyit je…apa kata kali ini cuba resipi sotong sumbat pulut Kuah Percik dan ketupat sotong ala Kelantan?
Anak-anak kecil pun boleh makan, sebab tak pedas pun. Ada orang jadikan lauk untuk dimakan dengan nasi tapi ada juga yang makan macam tu saja, umpama manisan.
Nak cuba? Masak resipi di bawah ni…
Masak Resepi Sotong Sumbat Pulut Kuah Percik
Bahan-bahan:
600-700 gram sotong putih
2 cawan beras pulut | Rendam 1 jam
1 ½ cawan santan kelapa
Garam secukup rasa
Bahan-bahan sos percik:
10 gram bawang putih
30 gram bawang merah
30 gram halia
5 batang serai
5 tangkai cili merah
20 gram kunyit hidup
10 gram lengkuas
2 keping asam gelugur
40 gram gula Melaka
100ml santan
100ml minyak
Garam secukup rasa
Lidi secukupnya
CARA MEMASAK:
Kukus beras pulut hingga setengah masak, kemudian angkat dan gaulkan bersama santan yang telah dicampur dengan garam dan kukus lagi sekali hingga masak.
Sumbatkan pulut yang telah siap dimasak ke dalam sotong dan sematkan bahagian hujungnya dengan lidi. Panggang sotong hingga masak. Angkat dan ketepikan.
Untuk membuat sos; kisar hancur bawang merah, bawang putih, halia, kunyit, serai cili merah dan lengkuas.
Panaskan minyak, tumis bahan kisar hancur hingga naik minyak dan naik bau.
Masukkan asam gelugur, gula melaka,santan masak hingga sos pekat dan perisakan dengan garam.
1 kg sotong sederhana besar – jika hendak lagi sedap pilih yang bertelur
1 1/2 cawan beras pulut – dibersih dan ditoskan
2 cawan santan pekat
1 cawan air
1 ketul gula Melaka/gula merah
1 sudu teh garam
3-4 helai daun pandan
1/2 sudu teh halba
CARA MEMASAK:
Mula-mula, bersihkan sotong. Kepala sotong jangan dibuang. Ketepikan.
Tanak pulut bersama satu cawan air untuk menghasilkan pulut suku masak (Untuk mempercepatkan pulut dalam sotong masak).
Sumbat pulut yang telah ditanak ke dalam badan sotong, kira-kira 3/4 penuh. Selepas itu sumbat kepala sotong dan sematkan dengan lidi sate agar pulut tidak terkeluar.
Sotong yang telah siap diisi dengan pulut dimasukkan ke dalam periuk yang telah dialas dengan daun pandan. Kemudian masukkan santan, gula Melaka, halba dan garam secukup rasa.
Masak dengan api sederhana dan sentiasa dikacau supaya santan tidak berketul. Masaklah sehingga santan agak pekat.
Kuih Seri Muka antara kuih Tradisional Melayu yang sering menjadi pilihan dan kegemaran ramai orang. Rasanya pulutnya yang lemak bersantan dengan lapisan hijau aroma daun pandan, menjadikan kuih ini amat sesuai dinikmati pada bila-bila masa, baik ketika sarapan mahupun minum petang. Namun bagi yang tak boleh makan telur sebab rasa hanyir atau faktor kesihatan seperti alergik, tetap boleh menikmati kuih ini.
Mak-mak boleh cuba buat kuih seri muka yang sedap, lembut, cantik warnanya ikut resipi lengkap yang dikongsikan oleh Puan Hasnahini. Menurutnya resipi ini menggunakan pati daun pandan dan tak menggunakan telur seperti kebiasaannya.Malah cukup mudah dibuat sebab guna sukatan cawan dan tak perlu nak guna alat timbangan.
Resipinya seperti berikut;
Bahan-Bahan:
(Pulut)
2 cawan beras pulut direndam dahulu.
Santan (sebiji kelapa) ½ bahagian untuk pulut, ½ bahagian untuk kepala
(Sukatan hijau-kepala seri muka)
3 sudu makan tepung gandum *boleh tambah tepung kalau suka keras
7 sudu gula
1 cawan air pandan pekat
1 cawan santan pekat
½ cawan air
Cara Membuat:
1.Masukkan beras pulut yang telah direndam ke dalam loyang size 8.
2.Masukkan setengah sudu kecik garam ke dalam santan dan kacau.
3.Tuang santan tadi ke dalam loyang.
4.Kukus pulut separuh masak.
5.Ratakan pulut sehingga tiada ruang/rongga.
6.Untuk kepala seri muka, mula-mula blend daun pandan. Air sikit je tak sampai ½ cawan. Agak-agak jangan sikit sangat takut tak hancur nanti.
7.Tapis air daun pandan.
8.Satukan tepung gandum dan gula. Kacau sebati.
9.Kemudian tuang air pandan sikit demi sedikit dan kacau.
10.Masukkan juga santan sedikit demi sedikit.
11.Tapiskan adunan yang telah dibancuh.
12.Tuang adunan pandan atas pulut tadi dan kukus dalam setengah jam.
MW:Boleh cuba resipi kuih Seri Muka tanpa gunakan telur ni. Mudah sebab gunakan sukatan cawan, kuih elok cantik. Paling penting kalau alergik tak boleh makan telur pun boleh makan kuih ni.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Founder wanita antara ditahan terlibat pengedaran pil kuda di Kelantan, nilai rampasan RM6.16 juta. Memaparkan gaya hidup mewah termasuk menayang kenderaan mewah antara trend...