Resipi ‘Sichuan Beef’, Perapkan Dengan Telur Sebelum Goreng, Daging Jadi Lembut & Ranggup

Share

Daging jadi lembut. Kalau tak kena cara hiris, daging boleh jadi keras dan membantutkan selera. Mungkin sebab itu tak ramai yang suka makan daging. Bimbang beginilah jadinya.

Mungkin mak-mak ada cara berbeza untuk pastikan daging jadi lembut. Ada yang rebus berjam-jam dan tak kurang juga guna petua tertentu.

Kali ini, video perkongsian daripada Limau Nipis tentang cara nak lembutkan daging untuk masak Sichuan Beef. Memang menyelerakan.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Resipi Daging Goreng Kunyit Kelate Style ‘Terpaling Sedap’! Kena Rebus Dulu Barulah Tak Liat

Resipi Daging Masak Hitam Pekat Likat, Rasanya Macam Makan Lauk Kenduri!

Daging Jadi Lembut, Perapkan Dengan Telur

Dikongsikan satu resipi lain dari yang lain. Rasanya sangat sedap dan menggunakan bahan yang mudah dicari dan ia seakan “Sichuan Beef”

Bahan perapan daging:

300gm daging batang pinang/tenderloin – hiris memanjang.
1 biji telur
Sedikit garam
2 sudu teh minyak masak
1/3 cawan tepung jagung

Bahan sos:

1/2 biji bawang holland
Cili benggala
3 ulas bawang putih ditumbuk
1/2 inci halia – disagat
1 sudu makan taucu
1 sudu makan cili kisar
2 sudu makan stok ayam (saya campur kiub ayam dengan air panas)
2 sudu makan kicap cair
3 sudu makan perahan jus limau nipis/lemon
1/2 cawan air
1 sudu makan tepung jagung
2 sudu makan gula pasir

Cara Membuatnya:

1. Hiris nipis daging dan masukkan garam, minyak masak dan sebiji telur.

2. Gaul sebati campuran tadi sehingga tekstur daging itu lembut dan licin.

3. Kemudian, perap selama 10 minit.

4. Selepas itu, campurkan dengan tepung jagung. Kacau sebati.

5. Goreng daging bagi crispy. Goreng sehiris demi sehiris untuk elakkan bergumpal atau berketul. Kaup balik dan nampak ranggup.

6. Sementara itu, dalam kuali yang sama, ambil sedikit saja minyak yang menggoreng daging tadi. Tumis bawang dan bahan lain seperti halia dan bawang.

7. Dalam mangkuk lain, campurkan taucu, stok ayam, kicap cair, perahan limau dan bahan sos yang lain. Kacau sebati.

8. Kemudian, masukkan ke dalam kuali dan daging yang telah siap digoreng. Gaul sebati dan sedia dinikmati.

Mingguan Wanita : Bila tengok masakan ni, auto buat kita lapar. Nanti bolehlah buat ye.

Sumber: Limau Nipis

Jom jadi vendor akak-akak bakers biskut raya terpaling sedap dan meletup di FIESTA HOMEBAKER USHA-USHA BISKUT RAYA anjuran Mingguan Wanita dan CSR Sugar.

Klik : https://toko.ideaktiv.com/product/fiesta-homebakers-vendor/

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

IKLAN