Resipi Roti Canai Homemade, Lembut Dan Tak Liat, Boleh Simpan Sampai Petang
Roti canai telah mendapat penganugerahan sebagai roti terbaik di dunia oleh Tasteatlas. Ini bukan pertama kali roti canai menerima pengiktirafan daripada Tasteatlas. Sebelum ini pada Julai lalu, ia pernah dinobatkan sebagai ‘roti rata’ terbaik di dunia dan sekali lagi berjaya mengalahkan roti naan dari India.
Tahun lalu juga, roti canai turut dianugerahkan sebagai ‘makanan jalanan’ terbaik di dunia oleh laman antarabangsa itu. Roti canai bukan sahaja berjaya mengalahkan India yang popular dengan roti naan tetapi juga Eropah yang dikenali sebagai negara penghasilan pastri terbaik dunia.
Selalu kita makan roti canai di kedai, apa kata kita belajar untuk buat sendiri roti canai homemade di rumah. Nak makan pun senang, tak kiralah pagi, petang atau malam.
Seperti resipi yang dikongsikan oleh Iza Haliza Mohd Zaid ini, anda pasti puas hati bila dapat makan lebih roti canai bersama keluarga. Roti canai sedap dimakan dengan kuah dhal, kari dan sambal bilis.
ROTI CANAI HOMEMADE
Ads
BAHAN-BAHAN:
3 cawan tepung gandum
1 – 1 ½ cawan air
1 sudu besar marjerin
Garam secukup rasa
2 sudu besar susu pekat manis
1 sudu besar minyak masak
CARA-CARA:
1. Campurkan air + garam + susu di dalam satu bekas. Kacau-kacau hingga sebati. Jadikan sebagai bahan A.
2. Bahan A dicampur sedikit demi sedikit dengan tepung (uli cara manual) tapi campur semua kalau pakai mesin.
Ads
3. Masukkan minyak masak. Gaul lagi.
4. Kemudian, masukkan marjerin. Gaul lagi hingga semua sebati.
5. Uli doh hingga lembut dan elastik. Selepas doh telah siap dibuat, tutup dengan kain yang lembab dan rehatkan selama 30 minit.
6. Buatkan bulat kecil-kecil 75gm-90gm setiap satu (satu adunan ni boleh dapat dalam 10 keping roti canai).
Ads
7. Salutkan dengan marjerin untuk mengelakkan doh dari melekat (saya salut dengan minyak).
8. Biarkan selama 2 jam. Kemudian, apabila cukup 2 jam, doh siap untuk ditebar dan dibentuk sama ada nak buat style 4 segi atau style sanggul/pusing.
9. Lepas dah masak, jangan lupa masa masih panas-panas tu, tepukkan roti canai tu guna dua belah tangan macam di kedai. Nanti baru timbul segala layer yang kat dalam tu.
PETUA UNTUK BUAT ROTI CANAI:
1. Untuk menjadikan roti canai itu LIAT = letak minyak.
2. Untuk menjadikan roti canai itu CRISPY = letak gula atau tambah susu pekat manis.
3. Untuk menjadikan roti canai itu lembut sehingga ke petang = uli dengan air sejuk/ais.
Bagi orang Johor, sambal kicap bagaikan satu kemestian dan stok wajib ada dalam peti sejuk untuk dijadikan pencicah. Tak kiralah pencicah pisang goreng, tempe, tahu, keledek atau dicampur dalam kuah soto.
Ada caranya nak buat sambal kicap yang sedap dan boleh tahan berbulan bila disimpan dalam peti ais ni.
Saya ni orang Johor wajib ada sambal kicap dalam peti ais. Sambal kicap ni boleh dimakan dengan soto, dicicah dengan goreng pisang, keledek, tempe, tauhu dan macam lagi lah. Ni saya nak share cara saya lah buat sambal kicap ni, boleh tahan berbulan simpan di peti ais.
Bahan-Bahan:
30 biji Cili padi
2 labu Bawang putih (digoreng hingga perang)
½ botol Kicap masin atau ikot paras cili dalam jug blender
3 sudu besar Cuka/air limau
5 sudu besar Gula
Cara Membuat:
1. Goreng bawang putih sehingga perang.
2. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam jug blender.
3. Kisar hingga halus dan masukkan dalam botol kaca.
Mingguan Wanita: Mudah je nak buat sendiri sambal kicap cara orang Johor ni. Elok tahan berbulan simpan dalam peti ais. Boleh cuba nanti, senang nak buat pencicah makan dengan pisang goreng, soto, keledek, tempe dan sebagainya.
Selama ni kan Wani main beli jek tepung beras. Asal kat plastik tu namanya tepung beras, terus rembat gi bayar kat kaunter. Patut la kuih kuih haku semuanya tak bagi kerjasama. Ada yang penyek, lembik, menyembah bumi, terlajak kempis. Macam macam lagi lah. Wonderpet betul.
Rupa rupanya setiap jenis tu ada kegunaan masing masing.
Ah jommm baca kegunaan setiap tepung beras kat caption setiap gambar yang Wani dah list untuk korang.
Kesimpulannya, bilangan gajah menentukan jenis kuih yang korang boleh bikin. Tak boleh semberono. Kalau tidak, siap sedia lah dengan perisai tudung periuk untuk tepis serangan kecaman dan kutukan bertubi-tubi.
Tip Pilih Tepung Beras
Pertama : Yang first sekali ni tepung beras cap teratai. Tepung beras jenis ni sesuai la kalau korang nak buat rempeyek atau apam. Kandungan tepung beras ni dah dicampur dengan tepung jagung tau.
Kedua : Ok next cap satu gajah. Yang ni pulak sangat sesuai untuk buat adunan menggoreng macam adunan goreng pisang, keledek, cempedak atau adunan gorengan ikan, sotong, ketam. Jenis ni pun dah dicampur dengan tepung jagung.
Sebab tu la sesuai untuk buat kudapan ringan macam rempeyek, kuih rose, kulit pai tee, tumpi kacang hijau atau dhall. Rangup gitu.
Ketiga : Yang cap dua gajah ni kegunaan dia pun sama jek macam cap tiga gajah.
Keempat : Kalau nak buat kuih-kuih tradisional macam kuih lapis, kuih koci, apam dan jenis kuih lain boleh la guna tepung beras cap tiga gajah. Nanti korang akan dapat tekstur kuih yang lembut plus berkilat macam letak cermin gitu.
Kelima : Yang last ni pulak cap lima gajah. Sesuai untuk buat laksa, pelbagai jenis mee dan bihun. Kandungan tepung beras ni lebih padat tau.
Hendak buat barbeque (BBQ) atau makanan yang dipanggang sedap dan tidak melekat ketika dibakar atas bara api tidaklah sesukar mana.
Paling penting kita tahu bagaimana cara hendak memanggang makanan tersebut dengan betul. Selain itu, kita juga perlu pastikan resipi perapan yang digunakan itu menepati citarasa.
Boleh cuba tip dan resipi untuk buat BBQ yang dikongsikan oleh Ben Safwan di grup Masak Apa Hari Ni (MAHN).
Ben nak bagi tip nak dapatkan rasa bbq yang super duper sedap dari awal hingga akhir.
1- Jangan terlalu rendah jarak bara api dengan pemanggang. Sejengkal dewasa ialah jarak elok untuk dapatkan rasa grill/salai dan kurang hangit.
2 – Jangan letak air. Minimakan air. Air hanya diperolehi daripada baki yang melekat pada ayam/kambing hasil tos sahaja. Ianya untuk elakkan bahan perap tak melekat pada permukaan ayam/daging. Cecair datang dari minyak/madu.
Resipi ini untuk 3 ekor ayam seberat 1.5 kg setiap satu,1 kg kambing,1 kg udang malah ada lebih sebekas kecil lagi untik kegunaan harian.
Jadi secara kasar resipi di bawah untuk 9-10 kg bahan perapan. Jelas kan ?
800 gram madu jenama CED ( di pasaraya ada jual.Dijual dalam botol 500 gram setiap satu
330 gram sos lada hitam Jalen ( 1 botol ni berat dia )
200 ml minyak masak
3 sudu makan serbuk cili Babas untuk bagi sedikit rasa pedas dan warna merah cantik
3-4 sudu teh garam bukit
2 sudu teh serbuk perasa
1 sudu makan penuh setiap satu bahan untuk basil/parsley/rosemary/thyme kering.
2 helai daun bayleaf diramas hancur
Cara Buat
Satukan semua bahan-bahan di dalam bekas dan kacau.
Baru ambil adunan ikut keperluan dan masukkan dalam ketulan ayam daging. Sapu sekata pada semua bahagian.
Dah siap,masukkan dalam plastik dan ikat. Boleh letak di freezer/chiller untuk perap semalaman minima.
Dah siap.
Bila bakar seperti cara di atas,puas hati cukup terasa semua bahan dan melekat cantik.
Shu Shukri "sekolahkan" Hafidz Roshdi, "dah kalah tu kalahlah, nafkah anak sesen pun tak bagi. Hari ini, di instagram storiesnya, pempengaruh Nurul Shuhada Mat...