Jeruk rambutan resipi orang lama, memang asyik bila makan sejuk-sejuk. Musim buah rambutan sudah tiba! Mana-mana tempat pun ada ramai peniaga menjual buah rambutan. Buah rambutan selain dimakan begitu sahaja, sedap juga kalau dibuat jeruk.
Berikut dikongsikan cara-cara untuk membuat jeruk rambutan. Mereka yang ada pokok rambutan dan buahnya tak habis dimakan, bolehlah cuba buat jeruk rambutan. Mesti jadi kegemaran seisi keluarga.
2. Masukkan dalam balang selapis demi selapis. Setiap lapis tabur dengan garam kasar. Garam mesti lebih sebab kulit rambutan tebal.
Ads
3. Masukkan air masak menutupi rambutan.
Selepas dua minggu apabila kulit rambutan bertukar kehitaman ia menandakan jeruk buah rambutan sudah boleh dimakan. Rasa jeruk rambutan masam, masin dan sedikit rasa manis rambutan.
Ads
Ads
Jeruk buah rambutan ini tahan berbulan-bulan bahkan boleh sampai ke musim berikutnya. Orang dulu-dulu jeruk dalam tempayan. Nenek moyang kita dulu sangat kreatif dalam mencipta cara menyimpan makanan.
Kekalkan warisan nenek moyang kita. Tiada yang dulu tiada yang baru. Biasanya orang guna rambutan masam@rambutan telan. Tapi sekarang susah nak jumpa rambutan itu jadi buat sahaja rambutan apa yang ada. Rasanya tetap sedap.
Resipi Ayam Bakar Guna Air Fryer, Punyalah Sedap, Licin Sampai Tinggal Tulang
Resipi ayam bakar antara menu yang menjadi kegemaran seisi keluarga. Tidak susah pun hendak menyediakan menu ayam bakar. Dengan hanya menggunakan air fryer, kita boleh menyiapkan ayam bakar dalam tempoh yang singkat.
Mak-mak yang bekerja tentu suka dengan resipi ini bukan? Senang sangat nak sediakan. Balik kerja terus boleh masak. Nak lagi sedap perap dulu sebelum pergi kerja. Selain menu yang sihat kerana tidak perlu menggunakan minyak, menu ayam bakar menjadi menu pembuka selera seisi keluarga.
Mari kita cuba resipi Ayam Bakar Air Fryer seperti yang dikongsikan oleh Munira Ali ini.
BAHAN-BAHAN:
3 sudu sos tiram
3 sudu sos cili
4 ulas bawang putih
Halia
1 sudu rempah kari
3 sudu madu
2 sudu minyak masak
1/2 sudu besar serbuk lada hitam
2 sudu besar kicap
1/2 sudu makan secukup rasa
CARA MEMBUAT:
1. Perap ayam dengan halia, serbuk lada hitam dan bawang putih yang telah ditumbuk hancur.
2. Masukkan secukup rasa. Selepas itu masukkan bahan-bahan lain.
3. Perap. Lagi lama lagi sedap. Boleh kelar-kelar sedikit ayam supaya bahan mudah meresap dan sebati dengan ayam.
4. Bakar ayam dengan suhu 180’C selama 20 minit. Balikkan dan bakar selama 15 minit lagi. Terbalikkan sekali lagi dan bakar semula selama 5 minit. Ini bergantung pada saiz ayam.
5. Air yang di bawah penapis air fryer bolehlah siram atas ayam bila ayam sudah masak. Lagi nampak ‘juice.’
Sumber kredit: Munira Ali via Resepi Air Fryer (Malaysia)
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Kesalahan Menggoreng Bihun, Rupa-rupanya Ada Pantang Larang Mak-mak Jangan Langgar
Bukan semua orang boleh memasak bihun sampai jadi lembut, kenyal, sedap dan tak hancur. Biarpun pelbagai tip dicuba, selagi mak-mak tak betulkan beberapa kesalahan atau melanggar pantang larang, memang sampai ke akhirnya bihun yang digoreng akan keras, lembik dan boleh jadi tawar atau terlebih masin.
Bihun goreng memang enak dinikmati ketika masih panas. Masalah yang kerap dihadapi ialah apabila setiap kali menggoreng, bihun akan jadi hancur.
*Bihun keras sampai susah nak ‘kokak’ *Terlampau lembik, benyek pun pernah jadi.. adoiilah. *Berpintal-pintal sebab dah terlalu lembik habis dikacau sampai tak sudah. *Masin ya amat.. sebab garam tak sekata.
1. Tak Tengok Arahan Pada Paket
Tengok pada bungkusan bihun. Apa arahannya. Adakah perlu direndam kemudian tos, atau rendam dalam air panas atau air sejuk.
2. Tidak Perasan Bihun Tersebut Rupa Sahaja Sama Tapi Kekenyalan Berbeza
Kenal dulu sifat bihun. Ada sesetengah bihun mentah yang perlu direndam lama sebelum di masak. Ada yang direndam walau dalam lama pun tetap tak memberi hasil yang baik semasa digoreng. Contoh; bihun Faiza bihun mentahnya keras dan perlu direndam lama. Manakala bihun Eka atau Pama bihunnya cepat lembut bila direndam air.
3. Lupa Uji Bihun Dengan Jari
Air tangan itu kan penting. Jadi gunalah jari jemari itu untuk menguji sama ada bihun yang dah direndam itu lembut atau sebaliknya. Cuba putuskan guna jari boleh ke tidak. Kalau senang, itu sudah cukup lembut.
4. Tak Ambil Pusing Semasa Merendam
Gunakan besen besar semasa merendam bihun. Biarlah bihun itu sampai tenggelam. Kacau-kacaulah sekejap-sekejap, sampai anda dapat merasakan bihun itu sudah menjadi lembut.
5. Anggap Lalukan Bihun Bawah Air Dan Tos Tak Penting
Ini kalau rendam dalam air panas, sebaiknya lalukan semula bawah air paip. Jangan pula rendam lama sangat, sampai sudah terlalu lembik baru hendak lalukan bawah air. Nanti masa menggoreng ia mudah hancur dan tak lagi kenyal. Lepas lalukan bawah air, barulah toskan. Satu lagi rahsianya kenapa perlu lalu bawah air dan tos, sebab nak buang kanji yang ada dalam air rendaman bihun. Jadi bihun itu tidaklah melekat sangat bila sudah siap digoreng.
6. Tak Campur Air Masa Menumis, Goreng Bihun
Jika gunakan bihun jenis keras atau kasar, lebihkan air semasa menumis. Nanti bihun akan serap air dan dengan sendirinya akan jadi lembut. Gaullah sampai bihun lembut. Tapi jangan keterlaluan nanti bihun hancur. Katakanlah masih juga keras, tambah sedikit air panas sampai ia jadi lembut. Jika guna bihun jenis lembut, tak perlulah tambah air yang banyak. Sedikit sudah memadai. Bimbang bihun jadi hancur dan lembik.
7. Tak Gunakan Dua Tangan
Memasak bihun memang mencabar. Macam nak berkungfu pun iya. Sebab itu, disarankan guna dua tangan masa menggoreng. Sebabnya yang sebelah boleh menggaul, sebelah lagi tangan boleh gaul rata sebatikan rempah/perencah bihun. Jadi ianya tidak berketul dan berpintal.
8. Tak Tahu Bila Nak Masukkan Garam
Jangan masukkan garam sebelum memasukkan bihun. Sebaiknya selepas bihun dimasukkan dalam kuali. Ini untuk mengelakkan terlebih masin.
Selepas ini mak-mak sudah mahir memasak bihun. ‘Rupa’ kejadian pun sudah tentu elok. Tak segan lagi nak masak lebih beri pada jiran sebelah rumah.
Kuih lepat liat memang sedap, nak-nak kalau dapat makan panas-panas. Memang terbaik! Kalau beli agak susah juga nak dapat kuih yang rasanya memuaskan hati. Di kampung-kampung agak mudah untuk ‘jumpa’ kuih yang sedap sebab ramai orang-orang lama suka kuih ini.
Jadi, apa kata anda cuba buat sendiri. Bila buat sendiri, boleh dapat banyak. Makan pun puas. Siap boleh makan berulang-ulang.
Sangat mudah rupanya nak buat kuih ini. Bahan-bahannya pun senang nak cari dan tak banyak. Lebih istimewa lagi sukatan bahannya pun menggunakan cawan sahaja. Senanglah nak sukat. Jom cuba. Pasti rasanya sedap.