Resipi Pulut Udang Terpaling Mewah Dengan Inti, Puas Makan Anak Beranak
Selalunya bila kita beli pulut udang, jaranglah dapat yang memuaskan hati. Inti tu jangan cakaplah. Pulut sahaja lebih. Intinya adalah ‘secoet.’ Memang rasa tak puas nak makan.
Kalau nak puas makan, kenalah usaha lebih sikit. Apa kata kita cuba masak sendiri. Berapa banyak inti kita nak letak, ikut suka hati kita. Tak perlu nak ‘sekat-sekat.’ Bila buat sendiri memang puas hati sebab boleh makan berulang-ulang.
Resipi pulut udang ini sesuai dijadikan sebagai menu minum petang bersama keluarga. Jom kita cuba resipi yang dikongsikan Ariff Budiman Zainal Abidin ini.
RESIPI PULUT UDANG
BAHAN INTI PULUT:
Ads
3 cawan kelapa parut putih (dalam 1 biji)
2 batang serai*
2 biji bawang merah*
2 sudu besar udang kering* (dalam segenggam)
1 inci kunyit hidup atau serbuk kunyit*
2-3 sudu besar cili kisar*
1 sudu besar jintan manis* | tumbuk halus
1 sudu kecil garam
2 sudu besar gula
Sedikit udang hidup | goreng dulu dan asingkan
CARA MEMBUAT:
1. Kisar bahan-bahan bertanda.* Sementara itu, masak pulut macam nasi. Masuk santan, garam dan daun pandan.
2. Panaskan minyak. Tumis bahan yang telah dikisar.
Ads
3. Masukkan garam, gula. Kacau hingga agak kering.
4. Kelapa dikisar sehingga halus.
5. Masukkan kelapa, udang hidup dan kacau hingga sebati. Lebih kurang selama 10 minit.
Ads
6. Ambil pulut, penyek bagi leper dan letak inti tadi. Saiz pulut ikut masing-masing nak besar mana.
7. Kemudian, bakar di atas dapur sehingga masak.
Memang rasa berbaloi sangat bila buat sendiri. Bagi mak-mak yang ada anak ramai, lagilah berbaloi bila masak sendiri.
Nasi khaomok Thailand ini nama lain dia, Khao Mok Gai iaitu nasi briyani ayam. Dipanggil juga nasi komok Thailand. Nak membuatnya ada rempah khas yang boleh didapati di negara itu.
Norrihan Ars berkongsi cara membuat nasi khaomok untuk 3 orang makan menggunakan rempah yang mudah didapati. Tak perlu sampai nak ke Siam sana.
Waktu memasak guna beras basmathi itu pun ada cara betulnya. Jadi, nasi akan menjadi cantik dan tak patah.
“Nasi khaomok 3 orang makan. Tak guna rempah khaomok. Mudah dan sedap. Jom buat. Resepi bergambar step by step untuk rujukan sahabat muka buku. Moga bermanafaat”
Resepi Nasi Khaomok Thailand Tak Guna Rempah
Bahan-bahan
Beras basmathi 1 cawan – rendam 30 minit.
Air -13/4 cawan
3 sekawan
Serai
2 sudu besar minyak sapi
Daun pandan
1 kiub ayam
Daun ketumbar
2 sudu besar rempah kurma
1 sudu besar kunyit
Halia, bawang merah, bawang putih – ditumbuk
Guna beras biasa pun boleh. Tapi jangan rendam. Basuh macam biasa dan sukatan air pun adjust macam masak nasi biasa.
Bagi mak-mak yang gemar masakan cina, Sup Dumpling ini antara menu kesukaan. Memang boleh beli je kulit dumping yang sedia ada jual di pasaran, tapi lebih puas hati dan berbaloi bila kita buat sendiri. Terjamin halal dan bersih.Nak uli tepung dan nak buat kulitnya pun mudah je. Paling penting jenis sup ini antara menu sihat dan sedap sesuai bagi yang sedang berdiet, sebab tak menggunakan minyak dan guna kaedah rebus.
Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Zurina Zulkefli ini sebagai rujukan;
“Hari ni saya masak sup dumpling sempena hari jadi suami. Nak buat kek saya tak reti. Jadinya saya uli tepung buat dumpling. Senang. Saya share resepi (rujuk gambar) sebab jarang-jarang saya buat dumpling ni. Semoga bermanfaat ya.”
Sup dumpling bersama sos cili bawang putih
Bahan-Bahan:
(Inti)
Tauhu
Isi daging ayam
Daun bawang
Lobak merah
Cendawan shitake
(Kulit Dumpling)
2 cawan tepung gandum (cawan ikea)
1 cawan tepung ubi
1 cawan air suam
1 sudu teh garam
(Sup)
Air
2 hirisan halia
1 biji bawang putih
1 asam keping
1 setengah kiub pati ayam
Daun bawang diikat
Cara Membuat:
1.Cincang semua sekali bahan-bahan untuk inti dan gaul bersama perencah Nasi Goreng Cina.
2.Kemudian gaulkan kesemuanya bahan-bahan untuk buat kulit dumpling, uli tepung dan jadikan doh.
3.Uli doh senipisnya dan tekap guna cawan ikea.
4.Siap kulit dan inti. So, apa lagi masukkan la inti ke dalam kulit nya. Bila dah pegang kulit nya, jadi teralih bentuk. Mencabar sedikit bahagian ni. Pada sesiapa yang tak tahan sabar part ni, sila beli kulit dumpling yang instant ya. Senang. Haha.
5.So, siap dumpling. Kita rebus ke dalam sup.
Siap.
Info Ekstra!
Acuan tu saya beli kat kedai RM2 The Store. Dia pakej dgn kayu uli tepung tu. Lebih kurang acuan karipap. Tapi macam yang saya beli ni, kecik je.. acuan karipap besar lagi.
Ini petua masak untuk mak-mak yang suka buat kerja nak cepat dari seorang suri rumah, Suhana Mat Rasu yang mana cara penyimpanan yang diguna berkesan untuk tempoh masa lama bagi bahan-bahan masakan yang mesti ada di dapur tapi kadang kita guna sikit je…
1.Daun sup
Pokok daun sup perlu di simpan di dalam botol plastik (bekas minuman 1.5L) dan diletakkan didalam peti ais
Caranya:
Potong 2 botol minuman, masukkan pokok daun sup dan tutup. Penting untuk memastikan air diletakkan sedikit sahaja setakat cecah pada HUJUNG AKAR sahaja. Air yang banyak akan menyebabkan bahagian batang pokok tenggelam dan batang daun sup jadi lembik dan busuk.
Pokok yg disimpan dengan kaedah ini dapat bertahan lebih dari sebulan.
2.Lengkuas dan Serai
Disimpan di dalam botol kaca dan di isi dengan air sehingga tenggelam keseluruhan lengkuas dan serai tersebut.
Air boleh ditukar 2 minggu sekali atau ikut keperluan.
Perlu disimpan dalam peti ais dan mampu bertahan berbulan lamanya.
3.Cili api dan Lada Merah
Cili api dan lada merah perlu dibuang tangkai terlebih dahulu sebelum disimpan utk mengelakkan tangkai menjadi lembik sekaligus menyebabkan cili dan lada menjadi busuk.
Disimpan dalam bekas bertutup yg di alas dengan tisu dapur atau kertas surat khabar.
Setiap kali menggunakan bahan ini, rajin-rajinkan diri untuk lap penutup bekas simpanan cili supaya wap-wap air hilang dan salin tisu dan kertas jika dah terlalu basah.
Simpan dalam peti sejuk InshaaAllah akan tahan lama.
Bahan-bahan yang disimpan dengan cara yg betul akan dapat bertahan lama. Di samping memudahkan dan mengelakkan pembaziran, duit belanja dapur kita juga dapat dijimatkan.
Selamat mencuba!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Nur Izati Mohd Hairi reda dengan pemergian anaknya, seorang murid autisme lemas ketika aktiviti air di Kompleks Sukan Desa Tasik. Beliau tidak menyalahkan cikgu-cikgu dan menerima takdir dengan tabah.