Setiap tahun biasanya setiap kali tibanya bulan puasa pasti ada jualan kuih muih yang sedap-sedap dan nampak menarik di Bazar Ramadan. Puding Roti Batik ini antara yang selalu kita nampak dan cukup meriah berwarna warni.
Rupanya mudah je jika nak buat sendiri Puding Roti Batik ni. Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Siti Hajar, menu wajib yang diniagakan setiap kali bulan puasa.
Menu wajib untuk jualan di gerai-gerai pada bulan puasa. Tiap-tiap tahun saya jual RM2 sebekas sebab hantar kat gerai. Bila tolak upah tuan kedai saya dapat RM1.40. Alhamdulillah. Dulu macam-macam lagi buat kuih tapi sekarang buat sejenis je.
Puding Roti Batik
Bahan-Bahan:
2 bungkus Agar-agar tali cap moon 30g
5 cawan Gula pasir
Esen vanila
Pewarna
3,4 keping Roti
1 tin Susu cair
2 biji Telur
Gula batu
Cara Membuat:
1.Masakkan agar-agar 1 bungkus dengan air 1.9 liter sampai betul-betul larut.
2.Bila dah larut masukkan 2 cawan gula dan gula batu beberapa biji.
3.Bila dah betul-betul larut, masukkan dalam bekas-bekas dan letak warna-warna ikut suka hati.
4.Masakkan pula agar-agar 1 bungkus lagi dengan air 1.9 liter sampai betul-betul larut.
5.Bila dah larut masukkan gula 3 cawan dan gula batu beberapa biji.
6.Bila dah betul-betul larut, blendkan roti, telur dan susu cair, masukkan
ke dalam periuk agar-agar tadi.
7.Masukkan esen vanila, sedikit garam dan biarkan mendidih.
8.Letak dalam bekas-bekas acuan.
9.Bila suam-suam potong agar-agar berwarna tadi dan masukkan ke dalam bekas agar-agar yang ada susu tadi.
10.Biarkan keras dan sedia dimakan.
Selamat Mencuba!
Ads
Tip Ekstra!
Resepi ni untuk agar-agar tali yang 30g. Kalau yang sikit tengok ada di plastik sukatan air. So gula kena anggar-anggar berapa. Yang warna-warna pulak tu boleh letak untuk 3 kali buat agar-agar yang letak susu dan roti tu.
Kalau tak mahu membazir beli agar-agar pack kecik untuk warna-warna so gula pun kena agak-agak la berapa.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Ada sukatan tertentu untuk pastikan Agar-Agar Sirap Ros yang dibuat sedang elok kejadiannya, tak keras dan tak lembik. Agar-Agar Sirap Ros ini merupakan pencuci mulut orang dulu-dulu dan selalu dihidangkan sewaktu kenduri kendara. Nak buat agar-agar ni memang mudah, tapi kena ikut sukatan yang betul, barulah ia harum, wangi daun pandan dan sirap ros serta elok kenyal. Malah lebih bertambah sedap bila dinikmati sejuk-sejuk.
Boleh cuba resipi dan tip yang dikongsikan oleh Puan Ani Zam ini.
Hari ini buat agar-agar orang dulu-dulu. Ada peminat agar-agar sirap ni ke. Biasanya kalau time kenduri kendara ada agar-agar ni untuk pencuci mulut.
TIP untuk sukatan Agar-Agar Sirap Ros
10 gm agar-agar serbuk @ tali = 1 liter air
20 gm agar-agar serbuk @ tali = 2 liter air
30 gm agar-agar serbuk @ tali = 3 liter air
Sedang elok kejadiannya, tak keras dan tak lembik.
1. Masak agar-agar bersama air hingga larut.
2. Kemudian masukkan gula pasir, gula batu, sirap ros, daun pandan yang disimpul dan garam.
3. Bila semua sudah sebati, matikan api, tapis dan masukkan ke dalam loyang @ acuan yang disukai.
4. Bila sudah sejuk, masukkan ke dalam peti ais. Keluarkan potong dan sedia untuk dihidangkan.
Mingguan Wanita: Memang mudah nak buat Agar-Agar Sirap Ros ni. Selalu kita jumpa waktu kenduri kendara. Namun kena ikut sukatan yang betul barulah sedang elok kejadiannya, tak keras dan tak lembik. Makan sejuk-sejuk, memang sedap!
Rupanya mudah je jika mak-mak nak buat sendiri aiskrim perisa Kacang Merah di rumah. Lebih puas hati dan jimat bila buat sendiri. Boleh ‘adjust’ ikut kesesuaian citarasa kita. Nak kurang manis, berlemak, lebih kacang dan sebagainya. Rasanya kacang merahnya yang manis dan lemak berkrim dimakan sejuk memang sedap lalu ditekak lebih-lebih lagi ketika cuaca panas.
Boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh Puan Siti Norazliana ini.
“Panas-panas ni layan Aiskrim Kacang Merah sedap jugak.Siapa peminat aiskrim ni kita geng”
Kat sini Mekna ada share resipi. Selamat Mencuba ye
Bahan-bahan:
Kacang merah (lebih kurang 300grm )
1.5 liter air masak
1 cawan gula
1/2 cawan susu pekat
1 satu kotak santan (kecil)
1 tin susu cair
3 sudu tepung pulut
3 sudu tepung jagung
Sedikit sirap
Sedikit garam
Cara Membuat:
1.Rendam kacang semalaman, selepas itu rebus sampai empuk dan lenyek.
(Lagi lama rendam kacang lagi bagus senang empuk)
*kacang merah saya suka letak banyak, lagi sedap. Resipi diatas anggaran sahaja.
2. Masukkan 1.5 liter air + 1 cawan gula masak atas dapur sampi gula hancur.
3. 3 sudu tepung pulut + 3 sudu tepung jagung bancuh dan tuang dalam air
gula tu. Kacau sampai tepung larut. Nak senang guna mixed
4. Masuk 1/2 susu pekat, 1 kotak santan yang kecik, 1 tin susu cair.
5. Masukkan garam sikit, sirap sikit untuk bagi color cantik. Buka api kecik kacau sampai mendidih. Last sekali masuk kacang yang ditumbuk tu kacau sampai kacang sebati.
Tutup api.
6. Masukkan dalam plastik aiskrim dan bekukan.
Siap! Selamat Mencuba!
MW: Mudah je buat aiskrim kacang merah ni dan lebih jimat bila buat sendiri. Manis, lemak berkrim secukup rasa, anak-anak pun mesti suka.
Menarik sungguh bubur sagu ni, penuh ceria dan warna warni. Diletakkan pula dengan inti ubi keladi. Secukup rasa, manis, lembut dan kenyal bubur ini.Memang sedap dan nak buat pun mudah dan tak renyah. Malah tak gunakan banyak bahan pun. Sesuai sangat dinikmati untuk minum petang.
Boleh cuba resipi yang dikongsikan ini.
“Saya share resepi Bubur Sagu bagi sahabat-sahabat cuba ya, sedap”
Bahan-Bahan:
500g Sagu
Ubi Keladi atau ubi-ubi lain ikut suka
Cara Membuat:
1. Cuci bersih biji sagu dan rendam selama 15 minit dalam air biasa dan campurkan warna ikut suka. Kemudian tapis ye.
2. Kupas kulit ubi keladi, cuci bersih, potong kiub kecil dan rebus sampai empuk.
3.Selepas itu, ambil sedikit sagu letak atas tangan dan ambil pula kiub kecil ubi yang rebus tadi letak atas sagu terebut.
4. Buat bulat-bulat dan sebiji-sebiji sampai habis sagu.
5. Kemudian masak air dalam periuk dan biarkan sehingga mendidih.
6. Masukkan sagu yang kita buat bulat-bulat tadi rebus sehingga masak, angkat dan letak tepi.
Cara masak air santan
Santan
Gula pasir
Sedikit Garam
Daun Pandan (disimpul)
Cara Membuat:
Campur semua bahan, biar sampai mendidih dengan api perlahan.
Ibu tiga anak digilis lori simen ketika berhenti di lampu isyarat, kegagalan brek jadi punca. Seorang anggota penjara yang juga ibu kepada tiga anak,...