Sekali pandang memang nampak seperti span cuci pinggan, tapi siapa sangka ia merupakan kek yang boleh dimakan. Jika ingin kelainan dan keunikan boleh cuba buat Kek Span Cuci Pinggan VIRAL ini. Resipinya cukup mudah, guna loyang 9 x 11 boleh dapat 6 biji.
Berikut resipi yang dikongsikan oleh Puan Zue Wawa sebagai rujukan;
“SPONGE DISH CAKE VIRAL”
Kek Span cuci pinggan VIRAL, Jenama ‘scotch brite’. Buat loyang 9 x 11 je, dapat 6 pcs. Hijau tu perisa pandan.Kuning tu perisa sunquick.
Kalau ikut resepi asal untuk lekatkan kek tu guna madu. Tapi zue guna cream cheese.Zue sapu nipis-nipis je. Simpan kek dalam esbok kejap, untuk kek tu melekat.
RESEPI SPONGE DISH CAKE VIRAL
Bahan-Bahan:
A
4 biji telur gred A
15 gm ovellete
180 gm gula halus
C
70 gm air
50 gm minyak jagung
1 sudu teh esen vanilla ~ cari yang oil base
Cara Menyediakan:
1. Ayak bahan B.
2. Campurkan semua bahan kecuali minyak.
3. Pukul bahan hingga kembang. Bila dah kembang, tuangkan minyak jagung dan kaup balik jer.
4.Bahagi adunan 2/3 bahagian letak pewarna lemon yellow dan 1/3 bahagian dari adunan letak pewarna hijau. Tuang dalam loyang yang dialas kertas minyak. BAKAR SATU-SATU YE
Ads
5. Bakar hingga masak. SEJUKKAN.
6. Sapu permukaan kek berwarna kuning dengan madu@krim cheese nipis-nipis je.Tindihkan dengan kek warna hijau. Sejukkan sekejap.
MW:Kreatif sungguh. Yang pastinya ‘span cuci pinggan’ yang ni sedap dan boleh dimakan. Mak-mak yang nak cuba buat sendiri untuk keluarga atau nak buat jual boleh ikut resipi yang dikongsikan ini.
Amalan berkongsi makanan dengan jiran sebelah ini tak ramai dah yang praktikkan. Mungkin disebabkan, masing-masing sibuk bekerja atau tak kenal jiran. Apa pun alasannya, cara Abdul Muiez Ruslee dan isteri menghidupkan semangat kejiranan melalui masakan sambal tempoyak daun kayu bagus untuk dicontohi.
Haa.. nak tahu macam mana nak buat sambal tempoyak daun kayu dalam jumlah yang banyak dan sedap, ini caranya.
“Kalau Pahang ada patin masak tempoyak, Perak ada sambal tempoyak, Negeri Sembilan pula ada sambal masak daun kayu. Semuanya berasaskan tempoyak.”
“Lain orang lain cara masaknya. Inilah cara kami. Pusinglah macam mana pun, matlamat utama ialah SEDAP.”
Resepi Sekuali Besar Sambal Tempoyak Daun Kayu
Perkara Yang Perlu Ada
1. Daun pucuk ubi
2. Daun kunyit
3. Kunyit hidup
4. Kunyit serbuk
5. Petai
6. Serai
7. Santan
Kalau ikutkan ada beberapa daun lagi yang perlu dimasukkan. Antaranya pucuk labu dan daun kadok. Tapi hari ini tak ada pula yang menjual daun-daun itu. Jadi, kita guna apa yang ada sajalah. Asalkan jangan daun ketum sudah.
Berapa banyak nak guna? Ikut pandailah. Bergantung kepada berapa banyak yang kalian nak buat. Macam kami, kalau tak cukup sekuali besar memang tak sah. Besar perut, besarlah kualinya. Ehhh. Macam pepatah baru pulak.
Oh ya. Hero kepada masakan ini ialah daun kunyit. Jadi daun kunyit perlu lebih sedikit. Cuma yang jangan lebih ialah jadi kunyit. Tak rela i.
Bahan Ini Pun Wajib Ada
Bapak segala hero dalam masakan ini ialah tempoyak. Kalau tempoyak kalian tinggal sesudu saja, tak payah. Kalian sudukan sajalah dalam mulut tu.
Tempoyak kena banyak tau. Berapa banyak? Pun terpulang kepada kalian. Rasa masam tempoyak tu yang buat sedap.
Tambahan yang perlu ada ialah cili api atau cili api yang panjang tu dan ikan bilis. Ada juga yang bubuh udang.
Ikan bilis dan udang ni penyedap saja. Tak ada pun tak apa. Macam kami ni masak sekuali besar, kalau bubuh udang nanti tak tahan lama pula.
Bersihkan segala mak nenek daun dan serai, kemudian ikat cantik-cantik. Sebab apa?
Ini Sebabnya Daun Kena Ikat Cantik-cantik
Nah. Kita akan racik semua daun ni halus-halus. Alah. Macam kalian buat bunga rampai tu. Cuma, jangan pula disembur minyak wangi dalam daun tu.
Inilah rupa kejadiannya.
1. Pucuk ubi
2. Daun kunyit
3. Serai
Hati-hati ya. Kalau terhiris jari, luka di hati siapa yang tahu. Ewahhh.
Blender tempoyak, kunyit hidup dan cili api.
Kemudian, dah siap blender, campakkan dalam kuali non stick. Gunakan api perlahan.
Kalau kuali yang biasa boleh? Dah lah biasa, bontotnya hitam pula tu.
Boleh. Asalkan bukan kuali masak-masak anak kalian. Mengamuk dia nanti.
Masukkan ikan bilis dan petai. Biarkan mereka berenang-renang ke tepian.
Bila sudah agak ok, masukkan santan. Ikutlah sama ada santak kotak atau santan parut. Asalkan santan.
Lepas itu, masukkan daun kunyit. Kalau tak cukup kuning, tambah sedikit serbuk kunyit.
Last sekali, masukkan pucuk ubi. Nampak? Sampai melimpah kau. Hambik.
Rahsia Sedapnya ‘Masa’ Inilah
Oklah. Bab ini kalian perlu pandai mainkan perasaan. Eh, pandai mainkan ramuan.
Kalau rasa macam kering, tambahkan tempoyak, santan, sedikit air dan kunyit. Main -main macam tulah.
Tapi jangan sampai berkuah ya. Jangan sampai kering juga. Agak-agaklah.
Kemudian mainkan garam dan gula. Kalau rasa kurang masam, tambahkan asam keping. Begitulah pusingannya sampai jadi sedap.
Nah. Akhirnya, beginilah rupanya.
Kuali ni besar tau. Masak mi 5 kilo pun steady. Punyalah banyak kami buat.
Sebenarnya buat banyak ni nak bagi jiran-jiran sebelah. Itu je.
Selamat memasak ya.
Inilah rupa kejadiannya.
Yang Ini Boleh Makan Anak Beranak, Buat Lebih Beri Jiran
Mak-mak naik pening bila memikirkan idea menu masakan untuk famili. Petang-petang begini, sambil scroll laman sosial, tiba-tiba muncul gambar kacang tanah.
Apatah lagi bila ada yang berkongsi resepi Kacang Goreng Pedas, memang terliur dibuatnya.
Berebut Anak-Anak Makan
Memandangkan bahan-bahan yang digunakan ada saja di dapur, jadi mak-mak bolehlah terus ke dapur dan sediakan menu kudapan ini. Memang berebut anak-anak makan sambil menonton TV.
Resipi ini memang mudah dan sedap. Cuma sediakan kacang tanah, telur dan tepung bestari. Selamat mencuba gais!
Kacang Goreng Pedas (Resipi Asal)
Bahan-bahan: 1 kg kacang tanah (basuh dan keringkan) 1 biji telur 1 cawan tepung Bestari pedas
kacang & telurGaul bersama tepung Bestari
Cara Membuat:
1. Gaulkan kacang dengan telur hingga rata. 2. Kemudian masukkan tepung sikit demi sikit dan gaul rata. 3. Panaskan minyak. 4. Goreng dalam minyak panas dan api perlu dipasang sederhana sahaja. 5.Kacau-kacau supaya masak sekata dan tidak hangus. 6. Angkat dan toskan minyak. 7 Biarkan sejuk dan sedia untuk dimakan.
Ini petua masak untuk mak-mak yang suka buat kerja nak cepat dari seorang suri rumah, Suhana Mat Rasu yang mana cara penyimpanan yang diguna berkesan untuk tempoh masa lama bagi bahan-bahan masakan yang mesti ada di dapur tapi kadang kita guna sikit je…
1.Daun sup
Pokok daun sup perlu di simpan di dalam botol plastik (bekas minuman 1.5L) dan diletakkan didalam peti ais
Caranya:
Potong 2 botol minuman, masukkan pokok daun sup dan tutup. Penting untuk memastikan air diletakkan sedikit sahaja setakat cecah pada HUJUNG AKAR sahaja. Air yang banyak akan menyebabkan bahagian batang pokok tenggelam dan batang daun sup jadi lembik dan busuk.
Pokok yg disimpan dengan kaedah ini dapat bertahan lebih dari sebulan.
2.Lengkuas dan Serai
Disimpan di dalam botol kaca dan di isi dengan air sehingga tenggelam keseluruhan lengkuas dan serai tersebut.
Air boleh ditukar 2 minggu sekali atau ikut keperluan.
Perlu disimpan dalam peti ais dan mampu bertahan berbulan lamanya.
3.Cili api dan Lada Merah
Cili api dan lada merah perlu dibuang tangkai terlebih dahulu sebelum disimpan utk mengelakkan tangkai menjadi lembik sekaligus menyebabkan cili dan lada menjadi busuk.
Disimpan dalam bekas bertutup yg di alas dengan tisu dapur atau kertas surat khabar.
Setiap kali menggunakan bahan ini, rajin-rajinkan diri untuk lap penutup bekas simpanan cili supaya wap-wap air hilang dan salin tisu dan kertas jika dah terlalu basah.
Simpan dalam peti sejuk InshaaAllah akan tahan lama.
Bahan-bahan yang disimpan dengan cara yg betul akan dapat bertahan lama. Di samping memudahkan dan mengelakkan pembaziran, duit belanja dapur kita juga dapat dijimatkan.
Selamat mencuba!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pengantin baharu maut kemalangan motosikal berkuasa tinggi, rempuh Proton Saga. Seorang lelaki yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan dilaporkan maut dalam kemalangan membabitkan motosikal berkuasa tinggi di Kilometer 79, Jalan Kuala Terengganu–Kota Bharu berhampiran Bukit Grebar, pagi Rabu.