Mudahnya nak buat Kek Pandan yang gebu dan lembut, adun dengan hanya menggunakan ‘blender’ sahaja. Tak perlu risau kalau tak ada ‘mixer’ atau mesin pengadun di rumah, buat kek cara macam ni pun tetap jadi.Sedapnya buat untuk minum petang, dinikmati dengan air teh atau kopi.
Ikut resipi yang dikongsikan oleh Puan Sally Aquaini sebagai rujukan.
1. Blend telur, gula castor dan sedikit esen vanilla. Blend sampai halus dan kembang.
2. Kemudian masukkan plantadan blend lagi sampai sebati.
3. Lepas tu masukkan dalam bekas dan masukkan tepung gandum cawan lagi. (Kak guna tepung blue key, memang kek gebu sangat puas hati), baking powder dan kacau sebati.
Ads
4. Masukkan sedikit pewarna hijau dan perasa pandan. Tapi kak punya kali ni terlajak tuang pewarna pulak dah macam warna incredible hulk..hihi
5. Bakar selama 40 minit, suhu 140°. Kak guna air fryer saja. Kalau nak guna oven pun boleh, kukus pun boleh.
Mingguan Wanita:Mudah resipi kek pandan ni. Memang gebu dan lembut kejadiannya. Paling penting kisar halus dalam blender je, tak perlu guna mixer.Nak bakar dalam air fryer, oven atau nak kukus pun boleh.
Ada caranya untuk buat Jeruk Mangga sedap, rangup tak lembik tanpa guna bahan pengawet dan kapur. Bukan apa sebaiknya elakkan guna bahan pengawet untuk mengekalkan kerangupan atau ketahanan sesuatu makanan untuk kesihatan diri. Jadi jika ada banyak buah mangga di rumah boleh buat sendiri jeruk mangga ini. Lebih jimat, terjamin kebersihannya dan paling penting tanpa bahan pengawet.
Boleh cuba cara dan tip yang dikongsikan oleh Puan Akma Razali ini sebagai panduan.
Saya nak share cara membuat jeruk yang rangup dan tidak lembik, tanpa guna kapur rasa inshaallah memang sedap dan tidak mengecewakan. Resepi ni mak saya yang ajar. Terima kasih mak resepi mak semua terbaik. Moga secebis ilmu ini bermanfaat buat semua.
1. Buang kulit dan basuh bersih buah mangga muda tersebut.
2. Potong mengikut citarasa masing-masing, saya suka panjang-panjang macam ni.
3. Cari bekas yang ada bertutup.
4. Masukkan air paip (air bertapis), separas buah.
5. Kemudian, masukkan garam kasar.
6. Masukkan pula cuka.
7. Kacau sebati,toksah ganas-ganas timbul balik je untuk cuka tu sekata dengan air.
8. Tutup, biarkan di luar untuk semalaman. Tipuware ni memang khas saya guna untuk buat jeruk, sebab tutup nye jernih. paling best buat jeruk buah kelubi, fuhhhhh rangup dan tidak kecut tau.
9. Ok ni rupa nye jelitawan ni selepas berendam semalaman.
10. Tapis buang semua air rendaman tu (tak perlu basuh ya) masa ni gigit rasa masih rangup ada masin dan masam sikit.
11. Ok masakkan gula, kalau suka jeruk rasa manis boleh boh gula lebih,tapi saya suka rasa jeruk yang masam-masam manis.
12. Dah tapis tadi, masukkan ke dalam balang macam ni.
13. Setelah air gula sejuk, baru la masukkan dalam balang tadi. Tunggu betul-betul sejuk tau, jangan curah panas-panas pulak, lepastu simpan peti ais 1 malam lagi.
14. Ni rupa jelitawan tadi lepas bermalam 1 hari lagi. Dah boleh makan. Inshaallah jeruk ni masih rangup tidak lembik.
Air gula yang kita letak tu lepas sebati dengan buah, air akan berasa masam-masam manis dah. Bukan manis leting macam masa mula-mula nak letak tu,sebab tu saya biarkan semalaman lagi dia dalam peti ais.
Jeruk rangup krup krap & tidak lembik juga tiada bahan pengawet.
Info Ekstra!
Ada beza sikit guna garam kasar dan garam biasa.Tapi boleh je guna garam biasa, cuma sukatan kurangkan dari 2 genggam sebab garam kasar tak semasin garam biasa/halus.
Air tengok keadaan buah banyak mana, kalau 6 biji ni saya guna 500ml je air.Yang penting jangan cair sangat dan jangan pekat sangat air gula, sebab nanti air dalam buah tu keluar juga.
Paling lama saya pernah simpan dalam peti ais sebulan, lepastu habis jeruknya. Tak pernah dapat test simpan lama, lagi pon jeruk ni tiada bahan pengawet.
Selamat mencuba, moga sedikit ilmu ini bermanfaat buat semua.
Mingguan Wanita: Ada buah mangga muda di rumah, mak-mak boleh cuba buat jeruk ikut cara dan tip yang dikongsikan ini. Memang sedap, rangup tak lembik dan paling penting tanpa bahan pengawet.
Nasi adalah antara masakan yang mesti dihidangkan di meja makan pada pagi Syawal. Tak kiralah nasi beriani, nasi minyak, nasi dagang dan macam-macam jenis lagi. Selain aneka jenis nasi, lotong juga antara hidangan yang sering kali dihidangkan di pagi raya.
Apa kata kali ini cuba masak Nasi Beriani Tulang Daging dan Lotong Daun Pisang sebagai sajian istimewa untuk keluarga. Walau pun PKP, raya tetap raya! Resipi ini telah dikongsikan oleh Nur Adlina Badarudin https:///nuradlina.badarudin.9
NASI BERIANI TULANG KAMBING
BAHAN-BAHAN NASI:
500 gram beras basmathi 750 ml air rebusan tulang 1 labu bawang besar – dihiris 2 ulas bawang putih – dihiris 5 cm halia – dihiris nipis 1 sudu besar serbuk rempah beriani 1 sudu teh garam 1 sudu teh serbuk pati ayam/daging 1 sudu teh serbuk lada hitam 1 sudu teh air mawar 1 sudu teh kewra 1 sudu teh perwarna kuning 1 sudu besar minyak sapi untuk menumis
BAHAN-BAHAN UNTUK AIR REBUSAN TULANG:
300 gram tulang kambing 1liter air (atau lebih) 5 cm kulit kayu manis 6 biji buah pelaga 2 kuntum bunga cengkih 1 kuntum bunga lawang
CARA MEMASAK:
Untuk menyediakan air rebusan tulang kambing; Rebus tulang, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan bunga lawang di dalam satu periuk sehingga isi tulang benar-benar empuk. Anggaran masa 1-2 jam proses merebus. Air boleh ditambah dari masa ke semasa sehingga daging benar-benar lembut. Ketepikan.
Untuk menanak nasi, cuci dan basuh beras. Tapis dan ketepikan.
Di dalam kuali, panaskan minyak sapi dan tumis bawang besar, bawang putih, halia hingga wangi. Tutup api. Ketepikan.
Masukkan beras, air rebusan tulang bersama rempah-rempah yang direbus sekali, tulang kambing, air ros, air kewra, bahan tumis, garam, serbuk lada hitam dan pati ayam/daging ke dalam periuk nasi elektrik.
Kacau dan masaklah nasi seperti biasa hingga masak. Apabila nasi telah masak, titiskan perwarna kuning pada nasi dan kacau rata.
Sedia untuk dihidang bersama lauk pilihan.
TIP: Sukat air rebusan tulang sehingga ukurannya menjadi 750 ml. Jika air rebusan tersebut kurang daripada jumlah tersebut, bolehlah dicampur dengan air biasa. Biasanya air ros dan kewra boleh dibeli di kedai-kedai runcit India.
LONTONG DAUN PISANG
BAHAN-BAHAN:
400 gram beras Daun pisang secukupnya 1 1/2 liter air
BAHAN UNTUK KUAH LODEH:
2 helai fucuk kering – rendam dan gunting kecil 2 keping tauhu – potong keping-keping dan digoreng 2 paket tempe – potong keping-keping dan digoreng 1 bungkus kecil suhun – rendam 1/2 batang lobak merah – potong memanjang 6 batang kacang panjang – potong 3cm panjang 100 gram kubis – potong kecil 100 gram udang kering – kisar 1 labu bawang besar – kisar 2 ulas bawang putih – kisar 3 cm lengkuas – kisar 1 batang serai – kisar 1 kiub ikan bilis 1/2 sudu teh serbuk kunyit 500 ml santan pekat 600 ml air Garam dan gula secukup rasa Minyak untuk menumis secukupnya
CARA MEMASAK:
Untuk membuat lontong; Beras dibasuh dan ditapis. Ketepikan.
Daun pisang dibentuk seperti gelungan berukuran lebih kurang 2-3 cm. Buat 2-3 kali gulungan supaya daun tidak mudah koyak. Sematkan bahagian bawah daun dengan pencungkil gigi atau ‘stepler’ dan masukkan 2/3 beras daripada tinggi daun. Sematkan kembali bahagian atas daun pisang. Ulang hingga selesai. Ketepikan.
Masukkan lontong tadi ke dalam periuk, masukkan air dan rebuslah hingga lontong benar-benar masak dan padat seperti merebus ketupat. Angkat dan ketepikan.
Untuk membuat kuah lodeh: Panaskan minyak di dalam periuk, tumis bahan-bahan yang telah dikisar tadi. Masukkan kiub ikan bilis, serbuk kunyit, gula dan garam secukup rasa. Tumislah hingga terbit wangi dan pecah minyak.
Masukkan air, fucuk, tahu, tempe dan lobak merah, masaklah selama 5 minit atau sehingga fucuk benar-benar masak.
Kemudian masukkan santan dan kacang panjang. Apabila kacang panjang telah agak empuk, masukkan kubis dan suhun masaklah selama 3 minit lagi. Tutup api.
Sedia untuk dihidang bersama lontong.
TIP: Anggaran lontong daun pisang antara 6-9 keping.
Masak apa nanti untuk berbuka puasa? Tentu ramai yang sedang berpuasa enam atau ganti puasa bulan Ramadan lepas. Apa menu untuk petang ni untuk berbuka? Aneka lauk pauk berkuah seperti masak lemak cili padi, lemak putih dan sup pasti akan membuatkan selera anda terbuka tatkala berbuka puasa.
Jom cuba Kurma Telur Puyuh dan Masak Lemak Cili Padi Udang Cendawan. Rasanya menyengat habis! Selamat mencuba.
KURMA TELUR BURUNG PUYUH
BAHAN-BAHAN:
20 biji telur burung puyuh – rebus dan buang kulitnya
1 biji kentang – belah enam (wedges)
1 biji limau kasturi
2 biji tomato – belah empat
I paket kecil rempah kurma – dijadikan pes
2 cawan santan pekat
Sedikit minyak untuk menumis
2 biji cili hijau – dibelah dua
2 biji cili merah – dibelah dua
1 biji bawang besar – kerat 4
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Minyak masak secukupnya
BAHAN TUMIS:
5 biji bawang merah – hiris halus
4 ulas bawang putih – hiris halus
1 inci halia – hiris halus
1 batang kulit kayu manis
2 bunga lawang
3 buah pelaga
3 bunga cengkih
CARA MEMBUAT:
Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bahan-bahan tumis sehingga kekuning-kuningan.
Masukkan pes rempah kurma dengan sedikit air dan kacau perlahan sehingga terbit minyak.
Masukkan air dan kentang, masak sehingga kentang lembut.
Masukkan santan pekat dan telur burung puyuh, kacau rata dengan api perlahan. Masukkan buah tomato, cili merah dan cili hijau dan bawang besar. Kacau rata dan perasakan dengan garam secukup rasa. Perah limau kasturi. Kacau perlahan sehingga kuah pekat. Masukkan garam secukup rasa.
Sekiranya rasa sudah seimbang, tutuP api dan sedia untuk dihidangkan bersama nasi panas.
MASAK LEMAK CILI PADI CENDAWAN DENGAN UDANG
BAHAN-BAHAN:
250 gram udang – bersihkan dan toskan
1 paket cendawan tiram
1 labu bawang besar – hiris kasar
15 biji cili padi – ditumbuk halus
½ inci kunyit hidup – ditumbuk halus
2 batang serai – diketuk
2 cawan santan pekat
5 cawan santan cair
Garam secukup rasa
CARA MEMBUAT:
Masukkan cili padi yang telah ditumbuk bersama kunyit hidup, serai dan santan cair ke dalam periuk.
Masak sehingga mendidih. Biar agak lama supaya cili betul-betul masak.
Masukkan udang, cendawan dan bawang besar bersama garam secukupnya. Masak sehingga menggelegak.
Masukkan santan pekat. Kacau selalu supaya tidak pecah minyak. Perasakan dengan garam secukupnya.
Sekiranya rasa sudah seimbang, boleh matikan api dan sedia untuk dihidangkan.
Pemergian Roslina Yusof, isteri peniaga air balang yang tabah melawan diabetes, menyentuh hati ramai. Suami setia, Ah Yauddin Ahmad, reda isteri pergi selepas sempat mengucapkan kata cinta terakhir.