Resipi MAC & CHEESE Sukatan Untuk 30 Bekas, Jamuan Akhir Tahun Sekolah Anak! Macam-macam idea untuk mak-mak buat untuk jamuan akhir tahun anak. Senang Lebih mudah sebenarnya bawa bekas pek individu macam ni, mudahkan kerja cikgu, malah jika tak habis anak-anak pun boleh bawa balik.
Boleh cedok idea yang dikongsikan oleh Puan Jaja Mohd Zaid ini untuk jamuan akhir tahun sekolah anaknya sebagai panduan;
Pagi-pagi tangan mak hang dah jadi sotong Echa oii..hihi.. Semoga kawan-kawan awak suka la Mac&Cheese kebabom mama ni. Sedap tau.. kihkih.
Letak siap-siap dalam bekas macam ni, senang nak makan tak yah susahkan cikgu-cikgu dah. Tak sempat makan, hangpa bawak balik la noh.
RESEPI MAC & CHEESE MAMA ECHA :
(Sukatan untuk 30 bekas)
Bahan-Bahan:
2 tin PREGO Mac&Cheese
1 peket Sosej (hiris nipis)
1 tin Cendawan butang (hiris) ½ kotak besar Susu full cream
½ kotak besar Udang 30pcs (letak setiap bekas). Buang kulit. Rebus asing. Rebus kejappp je.
2 peket Macaroni Kimball (tak sampai pon 2 peket). Rebus asing sampai empuk.
1-2 sudu besar Oregano
6 ulas Bawang putih (tumbuk)
3 sudu besar Butter
Gula/garam/perasa
Bekas untuk isi
Ads
Cara Membuat :
Rebus Makaroni sampai lembut.
2.Panas butter.Tumis bawang putih jangan sampai garing sangat. Masuk sosej+cendawan untuk kasi masak.
3. Masuk 2 tin Mac&cheese Prego tu dan susu full cream. Masuk oregano sikit. Biar mendidih sampai pekat sikit. Selepas itu, masukkan macaroni yang dah rebus tu.
Masuk gula+garam+perasan siket.
4. Gaul rata sampai sebati. Bubuh dalam bekas sampai penuh.
5. Atas sekali hias dengan udang yang dah rebus asing tu.
Mingguan Wanita: Menariknya idea Mac&Cheese bawa dalam bekas individu begini. Mudahkan kerja cikgu malah jika tak habis pun anak-anak boleh terus bawa balik.
‘Wacky Cake’ Kek Coklat Lembap SEDAP, Senang Buat Tanpa Telur, Susu & Mentega! Sesekali tekak teringin nak makan kek coklat yang lembap, lembut dan sedap namun bahan-bahan seperti telur, susu dan mentega tiada di rumah, boleh cuba resipi yang dikongsikan ini. Memang mudah!Musim cuti sekolah ni, boleh buat dengan anak-anak sekali.
Wacky Cake @ kek gila. Sangat popular jugak kek ni, dekat negeri mat saleh, kek ni lembut, lembap dan easy coklat kek. Kenapa gila kerana dibuat tanpa telur, susu atau mentega, sangat cepat dan senang disediakan.
1 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
3 sudu besar serbuk koko
1 sudu kecik baking powder
1 sudu kecil baking soda
1/2 sudu kecil garam
1/2 cawan minyak
1 sudu besar cuka
1 sudu kecil esen vanilla
1 cawan air suam
* 2 sudu kecil nescafe( ini saya letak lagi sedap)
1.Gaul semua bahan kering, lepas tu campur dengan bahan basah. Gaul dengan sudu ke sudip ke boleh. Saya tak pakai mixer.
2. Bakar 180c /30minit.
Step by step takda, tak sempat nak ambik gambar, yang da siap je, yang ni buat muffin, nak buat style loyang pun boleh.
SAMBAL BILIS Kering Salted Egg, Lauk Favorite Anak Bawa Balik Asrama!Sambal bilis kering memang sedap dimakan dengan nasi putih atau bubur nasi.Sesuai sangat kalau malas nak masak dan nak sediakan lauk ringkas untuk keluarga. Malah anak-anak nak bawa balik lauk ni ke asrama pun boleh sangat, sebab ia lebih tahan lama.
Sambal bilis kering ‘salted egg’ ni memang mak-mak wajib cuba sendiri di rumah, sebab secukup rasa masin manis pedas, warna pula menarik oren kemerahan.
Dah lama tak masak stail ni. Biasa masak sambal basah ikan bilis untuk nasi lemak.Lauk sambal ikan bilis kering ni menjadi favourite saya dan kami sekeluarga. Paling best anak bawak lauk ini balik asrama.
CikMa nak share resepi sambal bilis kering salted egg. Ada sesiapa yang suka makan sambal ikan bilis kering? Ala-ala macam sambal ikan bilis garing Che Nor.
Jom kita kongsi resepi sambal ini. Makan dengan nasi panas atau bubur nasi bersama telur goreng sarang/telur masin pun sodap. Sesuai untuk bekalan tambahan bila nak travel jauh. Kiranya lauk kecemasan kalau tak rajin nak masak lauk-lauk yang lain. Wow..ummphh cer gini .
Resepi sambal bilis garing/kering salted egg.
500 gram cili kering kerinting pedas@ cili kering besar tak pedas. Nak mix cili pun ok je. (Terpulang mana yang suka pedas)
500 gram ikan bilis kopek.
Bawang goreng segera.
Gula halus/gula pasir ( dikisar)
garam bukit. ( pilihan)
Serbuk cheese. ( pilihan)
2 ketul kuib ayam- brand maggie.
Serbuk secukup rasa- brand maggie.
Serbuk salted egg-brand bestari.
Minyak masak untuk goreng cili kering/ikan bilis/kuib ayam.
1. Gunting cili kering kecil-kecil. Tapis dalam bekas jaring untuk buang biji cili. Basuh cili kering sekejap dan tos bagi kering. Kemudian goreng dalam minyak panas sekejap je. Goreng kasi garing. Jangan sampai hangus ye.Cili kering bau hangit..nanti tak sedap sambal tu.
Jangan guna gula sepaket/cili kering sikit beno.. karang manis meleting pulak sambal ikan bilis ni. Agak-agak ikot sesedap rasa tekak masing-masing nak masin manis pedas.
Saya guna cili kering yg jenis BESAR dan TAK PEDAS. Anak-anak dan suami tak tahan pedas.
2. Kemudian guna hand blender atau blender kering. Kisar bersama sedikit garam. Biar sederhana halus sehingga menjadi cili flakes.
3. Ikan bilis digoreng sampai garing. Bahagi kepada 2 bahagian. Kisar sederhana halus dan kasar.
4. Panaskan minyak. Bila dah panas, ambil 4 camca besar minyak goreng tadi, masukkan 2 ketul kiub ayam dan hancurkan sehingga sebati dengan minyak.
5. Kacau hingga sebati. Guna api paling kecil sekali.
6. Kemudian, masukkan cili kering blender, ikan bilis goreng, bawang goreng, gula halus, serbuk perasa, serbuk salted egg, serbuk cheese (terpulang nak letak atau tidak).
7. Sentiasa gaul semua bahan tadi dalam 5-8 minit untuk sebatikan bahan-bahan supaya tidak hangus dan tutup api. Sejuk kan terlebih dahulu sebelum masukkan dalam bekas.
8. Ada rasa pedas manis masin. Sambal ikan bilis pun bau wangi cheese/salted egg. Menarik tau warna sambal ni bila semua bahan-bahan dah sebati. Warna merah oren sambal ni.
9. Dah siap sambal kering ikan bilis garing/kering salted egg. Sedia untuk dimakan.
Saya buat untuk sekilo dapat dalam bekas balang sederhana. Bau wangi tau.. Rasa manis masin pedas.
Beli cili kering besar dah siap packing. Yang ni tak pedas tau.Tak pening kepala nak timbang balik kt umah.
Tempat terhad dan yuran RM100 sajerrrr.
Apa anda dapat jika jadi vendor?
* Ruang berniaga dan mempromosi bisnes di Fiesta Homebakers MW X CSR
• Link IG atau FB akan disenaraikan dalam artikel portal Mingguan Wanita
• Peluang memenangi produk CSR sebagai vendor paling aktif mempromosi
• Peluang memenangi produk CSR sebagai booth vendor paling cantik & kreatif
• Peluang memenangi produk CSR sebagai vendor paling pantas habiskan 200 biskut
sampel
• Sijil penghargaan penyertaan
• Diberi keutamaan untuk mengikuti siri fiesta yang lain.
• Apron dan topi chef eksklusif CSR
• Goodie bag dari CSR
Berbaloi-baloi. Dengan yuran RM100, anda menerima
ROI penyertaan sebagai vendor bernilai RM3,000!
#fiestahomebakersmingguanwanitacsr #himpunanakakakakbakers #ushaushabiskutraya #biskutraya2023
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Resipi ayam goreng, bukan goreng yang biasa hanya letak kunyit dan garam saja. Sebenarnya, kalau mak-mak ada idea nak bagi lagi sedap, boleh campurkan masukkan bahan yang boleh menyedapkan lagi.
Walaupun kita tahu resipi ayam goreng ini yang selalu mak-mak buat itu sudah cukup untuk menarik anak-anak makan. Tapi ada lagi resipi yang mak-mak harus cuba.
Bukan setakat anak-anak suka tapi satu keluarga akan suka. Apa yang bestnya, mak-amk gerenti akan rajin masak resipi ayam goreng ini.
Ayam goreng memang sedap dan kebiasaan kita akan letak kunyit dan garam saja. Kali ini kita cuba cara ini pula.
Suami dan anak-anak memang suka. Rasanya sampai ke isi, garing di luar dan juicy di dalam. Dijamin sedap dan membuatkan kita rajin nak goreng ayam.
Bahan:
½ kilo ayam (boleh ambil bahgian kepak)
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk Kari ikan (BOLEH BELI DI SINI: https://invl.io/clgvsa9)
1 sudu kecil serbuk perasa
½ sudu kecil garam
2 ulas bawang putih – ditumbuk halus
Minyak masak
Caranya:
1. Campurkan semua bahan di atas dan gaulkan dengan kepak ayam.
2. Perap ayam tadi lebih kurang 30 minit.
3. Selepas itu bolehlah goreng seperti biasa.
Mingguan Wanita : Nampak biasa saja tapi rasanya itu buat anak-anak suka.
Penemuan mayat wanita dalam beg di sebuah rumah kosong di Pedas dipercayai berkaitan kehilangan Suri sejak 15 Disember. Siasatan diteruskan bagi mengenal pasti identiti dan suspek terlibat.