Adakalanya tekak memang teringin sangat nak makan laksa. Tapi part yang paling ‘bercinta’ dan rasa malas betul waktu nak kena siang ikan, nak carik-carik isi ikan tu, memang renyah dan leceh.Makan masa pula tu nak buatnya.
Namun menurut perkongsian resipi daripada Puan Nazra Queen, ada cara mudah untuk hasilkan laksa yang cepat dan dapat disiapkan dalam masa 30 minit, tapi tetap sedap macam kita gunakan ikan segar, iaitu dengan menggunakan sardin dalam tin.
Mak-mak pastikan tin sardin sentiasa tersedia dalam simpanan di dapur.Cuti panjang hujung minggu ni, kalau ada tetamu yang datang ‘mengejut’ boleh lah cuba resipi laksa ekspress ni.
Bahan-Bahan:
1 kg Laksa
Air secukupnya untuk didihkan laksa
Ads
Cara Membuat:
Panaskan air dalam periuk.Bila air mendidih masukkan laksa dalam 3 hingga 5 minit.Tutup api & toskan airnya.
Kuah Laksa Bahan-Bahan:
2-3 keping asam keping
belacan saiz ibu jari
10tangkai cili kering direbus hingga lembut (jika tak suka pedas boleh kurangkan)
1 batang bunga kantan
2biji bawang besar
1 tin Sardin (saiz kecil)
1 liter air
Ads
Cara Membuat:
1. Kisar asam keping, belacan, cili kering, bunga kantan dan bawang besar sehingga hancur.
2. Setelah hancur, masukkan 1 tin sardin saiz kecil beserta sos sardin dan kisar sekali lagi.
3.Curahkan ke dalam periuk, selepas itu masukkan pula air penuh mengikut sukatan blender tersebut.(sukat air guna blender).
4.Letak daun kesum yang telah dibasuh.Jangan buang batang daun kesum kerana ia menambahkan aroma pada kuah laksa.
5.Masuk garam &perasa secukup rasa. Didihkan atas api sehingga daun kesum jadi layu dan bahan-bahan kisar sebati dengan kuah.
Ads
6.Boleh dihidangkan bersama telur,salad,timun,bawang,cili, bawang dan sebagainya.
Sedapnnya makan ‘Korean Garlic Cheese Bread’ yang tengah viral ni. Ramuan utamanya ialah bawang putih, mentega dan krim keju. Sedap tak terkata dapat makan panas-panas, kerana rotinya rangup di luar dan lembut didalam dengan keju yang mencair.
Tak perlu susah payah nak uli doh roti atau tiada oven di rumah, kerana ada cara mudah buat ‘Korean Garlic Cheese Bread’ sendiri di rumah. Boleh juga guna roti burger dan bakar sahaja dalam air fryer je. Tetap menjadi dan sedap rasanya.
Boleh cuba resipi dan cara buat ‘Korean Cream Cheese Garlic Bread’ guna Air Fryer yang dikongsikan oleh Puan Mahani Hussain ini
“Korean Garlic Cheese Bread, tak perlu buang masa menguli roti. Saya guna roti burger sahaja. 160° 6 minit guna Philip Air fryer.”
*Campur semua bahan dan kacau rata.
Masukkan ke dalam pipping bag.. ketepikan.
Jika tak nak muak boleh perah sedikit air limau nipis.
Bahan sapuan
150 gm mentega
Sebiji telur
2 sudu besar susu pekat manis
1 sudu besar madu / brown sugar
6 ulas bawang putih cincang halus
Parsley/ oregano
*Cairkan mentega, masukkan semua bahan dan kacau sebati.
Cara Membuat:
1.Roti dipotong 6 bahagian, jangan putus.
2.Masukkan cream cheese hingga penuh.
3.Kemudian, sudukan bahan sapuan di celah-celah potongan roti tadi. Tuang hingga diatas roti, lagi banyak lagi sedap.
4.Panaskan air fryer dalam 5 minit baru masukkan roti. Adunan ni cukup untuk 10 ketul roti burger.
MW: Wah sedapnya roti ni. Terasa kelembutan roti, cheese yang cair dengan harum wangi bau bawang putih dan mentega. Mak-mak yang nak cara ringkas,ikut resipi yang dikongsikan ini. Tak perlu uli doh roti atau risau takde oven. Beli je bun nya dan bakar dalam air fryer. Siap! dan rasanya tetap sedap. Nak bawa bekal untuk anak sekolah pun sesuai sangat.
Buat penggemar sotong dan kentang goreng, resipi mudah ini memanglah wajib kena cuba! Gandingan protien dan karbohidrat, gerenti boleh buat perut kenyang dan pastinya sedap. Nak buat pun mudah sangat bahan-bahan pun tak banyak. Mak-mak bolehlah cuba buat dirumah, anak-anak mesti suka & makan bertambah.
1. Potong Kentang panjang-panjang, kemudian sumbatkan padat-padat dalam sotong.Kemudian ketepikan.
2. Campurkan Tepung Bistari dengan tepung beras serta telur sebiji. Bancuh seperti nak buat cekodok. Jangan pekat dan jangan pula cair.
3. Celup sotong satu persatu dan goreng dengan api kecil sehingga kekuningan. Dah siap goreng, boleh dicicah dengan sos cili dan mayonis. Confirm sedap!
Sedapnya! Bagi penggemar masakan Cina, tengok gambar pun dah boleh dibayangkan akan kesedapan hidangan tersebut. Kali ini dikongsikan tiga masakan asli Cina yang sangat sedap dan mudah dibuat iaitu Ayam Masak Bijan, Deep Fried Shimeji Mushroom With Salted Egg Yolk dan Ayam Masak Kiub Halia Bersama Madu.
Tak susah mana pun. Ikut je cara-cara yang dikongsikan itu. Hidangan ini juga tak pedas, jadi anak-anak pun boleh makan. Jimat masa dan tenaga kerana tak perlu masak lauk lain untuk mereka. Selamat mencuba!
Sedapnya…Ini Resipinya Tau!
AYAM MASAK BIJAN
BAHAN-BAHAN:
1/3 ekor ayam – bahagian dada, bersihkan
1 ulas bawang putih
1 biji bawang merah
3 inci halia
Garam dan gula
3 sudu makan sos tomato
2 sudu makan bijan – digoreng tanpa minyak
1 cawan minyak masak
CARA MEMASAK:
Ayam dipotong kecil dan digoreng. Ketepikan.
Bawang putih, bawang merah dan halia ditumbuk.
Tumis bahan tumbuk hingga terbit wangi dan tambahkan sos tomato, gula dan garam secukup rasa. Kacau sebati.
Masukkan ayam yang telah digoreng dan gaul dengan bahan tumisan tadi. Taburkan bijan di atasnya.
Angkat dan sedia dinikmati.
DEEP FRIED SHIMEJI MUSHROOM WITH SALTED EGG YOLK
BAHAN-BAHAN:
50 gram Shimeji Mushroom – bersihkan dan asingkan tiap batang
40 gram serbuk kuning telur masin
20 gram serbuk keju parmesan
5 gram serbuk pati ayam
100 gram planta
Tepung jagung
Sedikit air
Sedikit garam
Minyak masak
CARA MEMASAK:
Di dalam satu mangkuk, campurkan tepung jagung dengan air. Kacau hingga ia sebati. Celup sudu ke dalam adunan dan jika adunan boleh melekat pada belakang sudu, bermakna adunan sudah sedia).
Celup cendawan Shimeji satu persatu ke dalam adunan tadi.
Panaskan minyak di dalam kuali hingga 190C. Goreng cendawan secara ‘deep fried’ sehingga ia bertukar menjadi kuning keemasan. Angkat dan toskan dengan tisu dapur. Ulangi langkah hingga selesai. Ketepikan.
Panaskan planta di dalam kuali dan masukkan serbuk kuning telur masin, serbuk ayam, gula dan keju parmesan. Kacau sekata.
Masukkan satu persatu cendawan yang telah digoreng tadi ke dalam adunan tersebut dan goreng. Hidangkan ketika panas.
SEDAPNYA AYAM GORENG KIUB JERUK HALIA DAN SOS MADU….
BAHAN-BAHAN:
½ ekor ayam – bersihkan, potong kecil
Air secukupnya – untuk rebus
Minyak masak
BAHAN UNTUK KIUB JERUK HALIA MADU:
200 gram halia muda
75 gram cuka putih
100 gram gula
30 gram madu
BAHAN UNTUK PERAP:
1 biji telur
50 gram tepung jagung
Sedikit serbuk ayam
Sedikit sos tiram
Sedikit garam
CARA-MEMASAK:
Untuk membuat kiub jeruk halia madu; potong halia menjadi kiub kecil. Jerang air dan bila panas, masukkan halia dan rebus seketika. Angkat dan tapis. Ketepikan.
Masak gula bersama cuka sehingga mendidih dan masukkan madu.
Masukkan pula potongan halia tadi dan masak seketika. Sejukkan dahulu sebelum disimpan di dalam peti sejuk selama dua hari. Keluarkan ketika hendak masak.
Untuk memasak hidangan ini; ayam dipotong kecil dan perap dengan serbuk ayam, sos tiram, telur, tepung jagung dan sedikit garam. Gaul sebati. Ketepikan.
Panaskan minyak di dalam kuali, goreng ayam yang telah diperap sehingga masak sepenuhnya. Angkat, tos dan ketepikan.
Tinggalkan sedikit minyak di dalam kuali, panaskan dan masukkan kiub jeruk halia madu, goreng seketika dan masukkan ayam goreng tadi. Gaul sekata.
Pakar Patologi tolak kemungkinan Zara Qairina ditolak atau diserang dalam inkues. Memasuki hari kedua perbicaraan menentukan cara kematian arwah Zara Qairina, di Mahkamah Koroner...