Memang istimewa resipi kimchi air tangan ibu ini, ia paling sedap, kena selera dan citarasa sendiri serta secukup rasa! Eas ranggup, segar, pedas, masam manis masinnya sempurna!
Bagi yang selalu tengok drama Korea, pasti perasan hidangan tradisi masyarakat di sana antaranya seperti Kimchi ini. Rasa sayur jeruk kobis, pedas manis,masam dan manis yang sangat sesuai dimakan dengan bubur nasi, nasi goreng dan ramen.
Sebenarnya boleh buat sendiri Kimchi ni di rumah je. Malah terjamin kebersihan serta status halalnya kerana kita tahu ramuan dan bahan-bahan yang digunakan.
Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Aisyah Humaira ini
Kimchi dari air tangan ibu yang disayangi.Paling sedap dan kena dengan selera. Masa zie mengandungkan baby Khalid haritu sampai mengidam lah kimchi umi ni.. Alhamdulillah umi trus buatkan.
Ranggup, segar, pedas, masam, masin dan manisnya sempurna sedikit rasa lemak-lemak dari serbuk cili. Pernah beli di pasaraya tak boleh telan banyak. Masam, masin sangat dan terlalu kuat rasa jeruk. Zie kongsi disini resipi kimchi My mom
Bahan Sayur:
1 biji Kobis panjang pilih yg besar
1 batang lobok merah- dihiris halus memanjang
1 tangkai Daun bawang
1 genggam Daun kucai
½ biji sengkuang dihiris nipis memanjang
1 sudu kecil Bijan disangai (optional)
Garam kasar secukupnya untuk perap kobis
Bahan Pes:
4 sudu besar serbuk cili babas atau mengikut pedas disukai
4 susu besar cili kisar/cili boh
6 sudu besar cuka makan
3 sudu besar minyak bijan
Sos ikan secukup rasa
Gula dan garam secukup rasa
Ads
Bahan Kisar:
1 biji epal fuji
½ biji buah lai/pear
2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci Halia
1 sudu makan Udang kering
Cara Membuat :
1.Cuci kobis hingga bersih. Hiris ikut saiz disukai dan tabur garam kasar di setiap helaian kobis perap 1jam siap perap bilas kobis dengan air sambil tekan-tekan buang air masin dari kobis. Toskan tekan-tekan lagi supaya kering air pada kobis (kalau air banyak nanti kimchi jadi terlalu berkuah.
Ads
2.Dalam bekas besar masukkan semua bahan pes dan bahan kisar lalu kacau sebati.Cuba rasa sedikit, pes kimchi mesti rasa pedas-pedas, manis, masin dan masam.
3.Masukkan kobis dalam bekas berisi pes tadi bersama semua bahan sayur diatas dan ratakan pes pada keseluruhan sayur. Siap.
4.Enak makan yang baru siap. Ranggup-rangup dan boleh jerukkan perap simpan dalam peti.
Mingguan Wanita: Menarik juga buat kimchi sendiri di rumah. Sesekali nak tukar selera Korea atau nak layankan anak-anak yang suka makanan korea ni, boleh cuba ikut resipi yang dikongsikan ini. Memang sedap rasa sempurna, pedas, manis, masam dan masin.
Tak semua orang menjadi bab-bab masak nasi. Nasi biasa pun kadang-kadang lembik dan tak cukup masak. Inikan pula nak masak nasi lemak, nasi minyak atau beriani. Dah puas alter sana, alter sini, kadang-kadang tak kena gak.
Kali ini Nieza Nor Hamnira berkongsi tentang tip nak masak nasi lemak yang senang. Guna formula yang dia bagi. Pasti jadi!
“Tip masak nasi lemak ini, guna formula bagi mak-mak yang masih mencari cara nak masak nasi lemak dengan masak elok dan cantik. Pasti jadi, sedang-sedang, elok-elok air dan rasa lemaknya. Nak guna beras basmathi boleh, beras biasa pun boleh . Lebih- kurang kan airnya ikut muai beras.
“Formula 1: 1: 0.5 Contoh = 1 cawan beras : 1 cawan air : ½ cawan santan ( nak bagi selamat supaya tak jelantah, lebhikan dalam satu sudu lagi santan)
Tip nak bagi lagi sedap; Garam, gula, sedikit butter/minyak (untuk longkahkan antara buti nasi). Tumbukkan halia, bawang merah, bawang putih dan daun pandan. Kacau dan rasakan santannya, barulah tekan on kat rice cooker.
Selamat mencuba.
MW: Lepas nie, mak-mak dah tak perlu risau nak masak nasi lemak takut tak jadi. Guna formula nie aje. Pasti jadi.
Sebenarnya tak susah pun nak buat resepi coleslaw super sedap yang rasanya enak dan berlemak. Yang penting, bahan yang digunakan tepat. Ini cara paling mudah, tapi rasanya memang enak lemak berkrim.
Bahan-Bahan Buat Coleslaw
1 mangkuk Kubis – hiris halus
1 mangkuk lobak merah hiris halus
2 sudu besar mayones (Guna jenama ladies choice)
Sedikit gula
11/2 sudu besar susu tepung penuh krim
Sedikit limau nipis/oren
Step 1
Kubis dan lobak merah yang dah dihiris nipis tu jadikan 1 mangkuk.
Step 2
Masukkan 2 sudu mayones. Kalau tak ada jenama atas tu boleh saja gunakan apa-apa jenama yang anda suka. Gaul rata.
Step 3
Tambah sedikit gula. Ikut cita rasa anda. Masa ini cubalah rasa nak manis ke kurang manis ke, terpulang..
Step 4
Masukkan susu tepung ikut sukatan yang diberi.
Step 5
Perahkan sedikit limau nipis/oren/lemon (mana yang ada di peti ais andalah kiranya). Ini nak bagi tindak balas dan memasakkan bahan-bahan lain.
Step 6
Gaul rata dan biarkan adunan selama 12 jam dalam peti ais. Kalau dah tak sabar boleh saja terus dimakan.
Nota : Kubis hijau boleh juga diganti dengan kubis ungu atau campurkan sekali.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Jika sebelum ni mak-mak ada rasa ragu-ragu nak beli Kuey Tiau di kedai, dari segi kandungan bahan yang digunakan, kini tak perlu bimbang lagi. Ini kerana boleh buat sendiri je kuetiau di rumah. Paling penting tidak menggunakan bahan pengawet mahupun perasa tambahan.
Hanya guna 3 bahan utama iaitu, tepung beras, garam, tepung ubi dan air. Caranya pun mudah, malah diyakini lebih selamat, bersih dan suci bila kita buat sendiri.
Jemput baca perkongsian resipi macam mana nak buat kuetiau ini seperti yang dikongsikan oleh Puan Hanita Isman ini.
Jom buat kwayteow (kuetiau) di dapur sendiri. Dijamin bersih, suci dan halal. Nak bagi family makan pun senang hati kan? Nak resipi tak? Ke semua orang dah tau?
Atas permintaan ramai saya share resepi di post asal:
OK ni ya resipinya. Mudah je.
Bahan-Bahan:
500gm tepung beras *Beli Di Sini
250gm tepung ubi *Beli Di Sini
1.5L air
Cara Membuat :
1. Bancuh semua bahan dan tapis.
2. Selepas itu kukus dalam dulang macam kukus laksam tu 3 minit.
3. Angkat dan tunggu sejuk sikit baru keluarkan dari dulang.
4. Sapu minyak sebelum dilapis ya.
5. Lipat dua, kemudian bolehlah dipotong memanjang.
Mingguan Wanita : Mudah je nak buat sendiri kuetiau di rumah. Dijamin bersih, suci dan halal tak perlu was-was. Boleh ikut resipi yang dikongsikan ini, guna 3 bahan je rupanya.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Ismanira didapati bersalah abaikan Zayn Rayyan. Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini memutuskan, Ismanira Abdul Manaf didapati bersalah atas kesalahan pengabaian terhadap anak autistiknya,...