Setiap pagi buntu juga nak fikirkan menu sarapan yang sesuai untuk anak-anak. Lebih-lebih lagi jika anak jenis 'memilih' nak makan apa. Jika tiada idea nak buat 'wraps' apa, boleh cuba idea 'Breakfast Dip' ini, iaitu buat wraps chips dan cicah pulak dengan telur hancur! Anak-anak mesti suka.
Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Zatil Arip ini. Memang menarik.
Hari tu saya beli gardenia wraps walaupun masa tu tak ada idea nak masak apa lagi.Tapi anak-anak tak berapa minat makan wrap. Isi je dema kutip nanti.
Saya dok pikir apalah nak dibuat dengan gardenia wrap ni?
Maka tercetuslah idea resepi sarapan mudah ni pagi tadi:
Breakfast Dip
Bahan-Bahan: Telur Hancur (scramble eggs)
Ads
4 biji telur
Setengah cawan susu segar
Garam
Lada hitam
Tomato-dadu
Bawang-dadu
Daun ketumbar-hiris
Sehiris lemon
Cara Membuat:
1.Cairkan mentega, masak telur yang telah dikacau sebati dengan susu segar, garam dan lada hitam. Guna api perlahan je sambil kacau-kacau.
2. Kemudian masukkan dalam mangkuk dan perah dengan sedikit lemon.
3. Taburlah apa yang kita suka nak cicah sekali. Kalau masuk timun potong dadu pun sedap ni.
Ads
Cara menukarkan wrap kepada tortilla chips:
1. Sapu wrap dengan minyak zaitun.
2. Potong menjadi bentuk segitiga-segitiga kecil.
3. Pindahkan dalam loyang/tray, tabur garam dan lada hitam jika suka.
4. Bakar suhu 180°C selama 7-8 minit atau sehingga kerangupan yang disukai.
Siap chips utk dicicah dengan telur hancur dadih.
"Umi esok buat macam ni lagi tau!"
Haa..berjaya ler tu.
Ads
Baca Lagi DiSini:
'Pizza' Segera Guna Mission Wraps, Sapu Sos, Tabur Toppings, Gulung, Susun & Bakar!
DIY NACHOS Chip Mudah Guna Wraps Gardenia, Bakar Dalam Air Fryer!
MW: Menarik resipi yang dikongsikan ni. Sesuai sangat disediakan untuk menu sarapan pagi anak. Kalau takde idea nak buat wraps apa, boleh cuba resipi breakfast dip yang dikongsikan ini. Mudah dan sedap!
Sumber: Zatil Arip
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Menariknya bila boleh buat minuman yogurt sendiri. Berbanding yang dijual dipasaran pastinya mempunyai bahan pengawet, pewarna dan kandungan gula yang tinggi. Ia sangatlah membahayakan kesihatan. Menurut perkongsian Sumaiyah Abdullah kali ni mak-mak boleh buat minuman yogurt sendiri je. Jika ada tanam pokok buah mulberry dirumah, bolehlah cuba buat yogurt perisa ini.Rasa masam manisnya sempurna betul-betul rasa macam minuman yogurt yang ada dipasaran.
Berikut antara perkongsian resipi tersebut;
“Dah viral minuman yogurt atau berkultur bahaya sebab kandungan gulanya tinggi, kita boleh bikin sendiri je kat rumah. Paling penting tanpa pengawet. Tak susah pun. Semudah abc, macam-macam buah kita boleh pilih. Kali ni saya nak kongsi yogurt mulberry.Betul-Betul rasa macam minuman yogurt. Masam manis tu sempurna.
Buah mulberry yang dah masak ranum. Yang ni dah manis. Korang nak pilih buah lain pun boleh, macam nenas, mangga, strawberi, epal, apa-apa je lah, asalkan buah itu tak terlalu masam.
Bahan-Bahan:
Natural yogurt
Gula organik
Buah Mulberry
Cara Membuat:
1.Lenyekkan mulberry dalam pan atau periuk.
2.Masukkan air dan panaskan sekejap. Jangan sampai menggelegak.
3.Tapis dan sejukkan.
4.Masukkan yogurt asli dan gula organik. Sukatan suka hati. Nak pekat, tambah lebih. Yang penting gula jangan lebih-lebih.
5.Shake atau blend je.
6.Jadilah minuman yogurt tanpa pewarna dan pengawet. Sejukkan dalam peti, anak balik sekolah terus minum.
Mesti ramai peminat cheesecake kan, sedapnya kalau dapat makan sejuk-sejuk. Rata-Rata mak bercinta nak buat cheesecake sebab rasa payah. Tetapi ini resipi paling mudah dan boleh gunakan bahan yang ada di dapur anda sahaja.
Resepi ini hasil pengkongsian Wan Suryana dalam group Masak Apa Hari Ini. Ikuti perkongsian Wan Suryana ini :
Teatime ini teringin pula cheesecake sejuk-sejuk. Nak keluar beli kek malas pulak drive, dengan panas gila hari ni, baik ler berkurung je sambil godek-godek bahan apa ada kat dapur.
Ni cheesecake versi simple ya. Senang gila nak buat, even kampung people macam lailers pun boleh buat. Huhuu. Resepi dah disertakan sekali tu. Sila-sila.
Mini cheesecake
Bahan-bahan:
Base:
3 cup biskut marie – kisar halus
1/2 cup butter – cairkan
Tuang butter dalam adunan biskut marie. Gaul sebati. Sudukan dalam paper cup, tekan2 bagi padat, simpan dalam peti ais sekejap.
Kek keju:
250 gram cream cheese
2 biji telur
1/2 cawan gula (saya pakai 3 sudu besar saja)
1/2 sudu besar jus lemon
1 1/2 sudu besar tepung gandum
Langkah-langkah: Putar cream cheese dan gula. Masukkan telur, putar. Masukkan jus lemon, tepung. Gaul sebati. Sudukan atas adunan biskut marie tadi. Bakar 160 darjah selsius selama 16 minit. Hias dengan topping pilihan.
MW: Bagi mak-mak yang ingin mencuba resipi cheesecake sejak sekian lama, mungkin resepi ini patut anda cuba. Paling penting cheesecake ini di makan sejuk-sejuk selepas disimpan dalam peti ais buat seketika. Selamat mencuba.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Rupanya mudah je jika mak-mak nak buat sendiri aiskrim perisa Kacang Merah di rumah. Lebih puas hati dan jimat bila buat sendiri. Boleh ‘adjust’ ikut kesesuaian citarasa kita. Nak kurang manis, berlemak, lebih kacang dan sebagainya. Rasanya kacang merahnya yang manis dan lemak berkrim dimakan sejuk memang sedap lalu ditekak lebih-lebih lagi ketika cuaca panas.
Boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh Puan Siti Norazliana ini.
“Panas-panas ni layan Aiskrim Kacang Merah sedap jugak.Siapa peminat aiskrim ni kita geng”
Kat sini Mekna ada share resipi. Selamat Mencuba ye
Bahan-bahan:
Kacang merah (lebih kurang 300grm )
1.5 liter air masak
1 cawan gula
1/2 cawan susu pekat
1 satu kotak santan (kecil)
1 tin susu cair
3 sudu tepung pulut
3 sudu tepung jagung
Sedikit sirap
Sedikit garam
Cara Membuat:
1.Rendam kacang semalaman, selepas itu rebus sampai empuk dan lenyek.
(Lagi lama rendam kacang lagi bagus senang empuk)
*kacang merah saya suka letak banyak, lagi sedap. Resipi diatas anggaran sahaja.
2. Masukkan 1.5 liter air + 1 cawan gula masak atas dapur sampi gula hancur.
3. 3 sudu tepung pulut + 3 sudu tepung jagung bancuh dan tuang dalam air
gula tu. Kacau sampai tepung larut. Nak senang guna mixed
4. Masuk 1/2 susu pekat, 1 kotak santan yang kecik, 1 tin susu cair.
5. Masukkan garam sikit, sirap sikit untuk bagi color cantik. Buka api kecik kacau sampai mendidih. Last sekali masuk kacang yang ditumbuk tu kacau sampai kacang sebati.
Tutup api.
6. Masukkan dalam plastik aiskrim dan bekukan.
Siap! Selamat Mencuba!
MW: Mudah je buat aiskrim kacang merah ni dan lebih jimat bila buat sendiri. Manis, lemak berkrim secukup rasa, anak-anak pun mesti suka.
Black hadiahkan kereta mewah idaman isteri. “Kadang-kadang kita terlalu mencari yang sempurna, sampai terlupa untuk hargai yang selalu ada di sisi” Inilah ungkapan penuh...