Setiap keluarga pastinya ada signature dish atau menu istimewa yang WAJIB dihidangkan setap kali tibanya Hari Raya.Ia menjadikan sesuatu menu itu, cukup dinanti-nantikan pada pagi raya.Selain menu seperti rendang, kuah kacang,sayur lodeh,Ayam Sambal Bali merupakan menu wajib yang dihidangkan oleh keluarga wanita ini.
Berikut antara perkongsian resipi oleh Tyra Adnan;
“Resepi hari raya yang wajib ada dalam keluarga Kak Tyra.Selalu masak ni masa raya je,tapi kalau tak raya pun boleh sebab simple je bahan-bahan dia.”
*Hidangan untuk 1kg Ayam
Bahan-Bahan yang wajib ada:
Ayam 1kg Kak tyra ambik bahagian peha ja
Serai 5batang diketuk
Daun kari 4 tangkai
Kicap,kak Tyra guna jenama Mudim sebab famous kat Kedah (Kicap guna untuk renjis 5kali/sampai warna merah merah coklat githuuu)
Sos tiram 1 sudu besar
Gula , garam , perasa
*Segenggam cili kering
*Bawang besar 3 biji (lagi banyak bawang lagi sedap)
*Bawang putih 3 ulas
*Halia lebih kurang 1cm
*Belacan besar setengah ibu jari pun dah ok
(Bahan bahan yang bertanda * dikisar sekali)
Ads
Cara Membuat:
1.1Kg ayam yang dah dibersihkan dan selawat,toskan.Kunyit dan garam tak perlu letak banyak sangat.
2.Panaskan minyak untuk goreng ayam,tak perlu garing sangat separuh masak bagi juicy sikit.Then angkat.
3.Lebihan minyak goreng ayam tadi kita keluarkan,tinggalkan agak agak dalam 4 senduk.Masukka serai yang telah diketuk sampai separa coklat/naik bau aroma serai.
Ads
4.Kemudian masukkan daun kari.Goreng sampai garing ya bukan sampai hangus.Api sedang2 saja.
5.Kemudian masukkan bahan bahan yang di blend tadi.Tumis sampai naik bau dan pecah minyak.
6.Masukkan gula garam dan renjiskan kicap dalam 5 kali macam tu dan sos tiram,biar agak sampai merah-merah coklat macam dalam video.
Bukan mudah sebenarnya mahu melaksanakan solat sunat di taman syurga Raudhah. Sebabnya nak menjejak ke sana saja ada masa-masa tertentu yang ditetapkan. Ikuti perkongsian penulis buku Diari Umrah Pertamaku, Suhaili Mohd Zain tentang pengalamannya masuk ke Raudhah dan boleh solat semahu-mahunya dengan cara paling selamat dan tenang.
Perkongsian Suhaili yang lebih senang dipanggil Sally ini agak panjang, namun berbaloi untuk disimpan dan dihayati terutama buat para jemaah yang bakal berangkat ke tanah suci Makkah kelak.
Malam ini Sally nak kongsi pengalaman masuk ke Raudhah di mana anda boleh solat semahu-mahunya. Cara paling selamat, paling aman, tidak bertolak, tidak perlu berlari dan paling penting boleh berdoa dan bersolat tanpa ada gangguan dari Jemaah lain dan pengawal Arab wanita.
Alhamdulillahh kali ini Sally berpeluang 4 kali memasuki Raudhah. Itu pun sebab sehari Sally demam. Kalau tidak pastinya setiap hari paling tidak 2 kali sehari pasti hendak mengunjungi makam Rasulullah SAW. Itulah tempat yang menjadi idaman setiap muslim jika di Tanah Madinah Al Munawwarah.
Berlainan dengan pengalaman umrah pertama, kali ini Sally memilih untuk memasuki Raudhah mengikut keadaan Sally sekarang. Sally tidak boleh berlari dan bertolak-tolakan.
Mengandung 3 bulan membataskan pergerakan agresif Sally. Lebih-lebih lagi membawa bonda bersama yang baru sahaja recover dari stroke.
Kali pertama beliau masuk ke Raudhah mengikuti kumpulan kerusi roda. Tapi apabila Sally amati keadaan, seperti biasa, strategi Sally buat dan susun secantiknya. Yang paling penting adalah kesabaran. Masuk dan sabar menunggu. Tidak perlu tergopoh-gapah.
Waktu yang paling sesuai untuk memasuki Raudhah bagi wanita adalah selepas Subuh dan selepas Isyak. Pastinya melalui pintu masjid no 25. Tidak perlu terburu-buru atau tunggu di masjid selepas solat.
Sally nasihatkan anda balik dulu selepas solat. Selepas Subuh misalnya, balik ke hotel untuk sarapan dulu. Berehat, buang air, berwuduk dan sebagainya dan sebagusnya kenakan jubah dan khimar berwarna hitam supaya tidak diganggu oleh pengawal Arab wanita kerana kita nampak serupa dengan orang Arab, Pakistan dan sebagainya.
Dan kalau boleh beg umrah yang diberikan oleh travel agen tu digantung di dalam telekung atau tidak dibawa langsung. Kerana beg itu adalah pengenalan kita dan dah dikenalpasti kita dari Malaysia.
Selepas berwuduk dan mengenakan pakaian serba hitam, kembali ke masjid Nabawi mengikuti pintu 25 sekitar pukul 8.00 pagi dan terus ke bahagian depan.
Penghadang kayu antara ruangan wanita dan lelaki telah dibuka. Laluan ini adalah laluan menuju ke Raudhah. Waktu ini anda tidak perlu berebut dan tidak perlu bertolak dan berhimpit. Hanya perlu berjalan lemah lembut dan terus ke Raudhah.
Maybe kali pertama pergi, anda boleh mengikuti kumpulan mutawif tetapi untuk sekian kalinya, better pergi sendiri. Lagi kecil group lagi senang pergerakan kita dan sukar dicam oleh pengawal wanita arab.
Kita boleh menyelit di mana-mana kumpulan. Jika anda nak masuk selepas Isyak, balik dulu ke hotel untuk dinner dan sekitar pukul 10.00 malam kembali ke masjid Nabawi mengikut cara yang Sally jelaskan di atas tadi.
Selepas melalui penghadang kayu, anda akan masuk ke kawasan dataran Raudhah. Dari sini sudah kelihatan makam Rasulullah di bahagian hujung iaitu kawasan bilik Siti Fatimah.
Anda boleh duduk dulu di dataran Raudhah, solat tahiyatul masjid, berzikir, baca al Quran dan apa-apa sahaja di sini. Biasanya Sally lebih suka masuk selepas Isyak. Sally tunggu sahaja di sini lebih kurang 1 jam setengah.
Tidak terasa lama jika waktu yang ada diisi sebaiknya. Biarkan sahaja kumpulan lain masuk terlebih dahulu. Kita sabar sahaja menunggu. Bila orang sudah tidak ramai, sekitar 1-2 kumpulan sahaja, kita sudah boleh mula menyelit masuk.
Sampai giliran kumpulan yang kita menyelit tadi, berjalanlah menuju ke Raudhah dan menghimpit ke kiri rapat ke makam Rasulullah SAW. Tidak perlu terus ke karpet hijau. Biasanya Sally duduk dahulu di karpet merah. Sampai salam sahabat dan sebagainya.
Bila keadaan agak reda, Sally akan masuk terus ke karpet hijau, rapat ke dinding dan mula bersolat di situ. Oleh kerana keadaan kita di bahagian tepi dinding, jadi tiada siapa yang akan menolak.
Jika ada 3-5 orang sekumpulan, beraturlah dan pastikan semua mendapat tempat di tepi dinding. Solat taubat dahulu dan kemudian solat hajat. Satu solat hajat untuk satu hajat dan disambung lagi solat dan solat dan solat. Doa dibaca ketika setiap sujud terakhir.
Solat sambung menyambung tanpa henti. Tidak pernah ada kekuatan untuk solat sebanyak itu. Jika di Malaysia, solat sunat hajat 2 rakaat sekali sahaja. Dhuha pun paling banyak 6 rakaat. huhuhu.. tetapi bila di Raudhah rasa seperti tidak mahu berhenti solat.
Jangan sesekali berdoa mengangkat tangan dan duduk termenung menangis. Pengawal Arab wanita akan menghalau kita keluar secepatnya. Tapi jika kita kekal dalam keadaan solat, mereka tidak akan ganggu atau menyuruh kita berhenti dan keluar.
Biasanya Sally akan menyertai kumpulan masuk ke Raudhah sekitar pukul 11.30 malam selepas sejam setengah menunggu. Dan kami habiskan masa lebih kurang 1 jam di dalam Raudhah.
Selepas solat di dinding bahagian kiri, bergeraklah ke kanan seolah-olah ingin keluar. Tapi masa ini Sally akan rapat ke bahagian depan berdekatan dengan tiang Siti Aisyah dan ambik peluang bersolat di situ.
Kawasan tengah Raudhah sekitar pukul 12.30 malam agak lengang. Dan kita boleh bersolat di mana sahaja. Pengawal Arab wanita sudah mula untuk meminta jemaah keluar dari Raudhah kerana pukul 1 pagi mereka akan menutup Raudhah bagi wanita dan buka peluang untuk jemaah lelaki pula pada pukul 2 pagi.
Dan waktu ini, kita akan rasa puas, aman dan rasa macam dah habis doa nak dibaca dan bersolatlah taubat sebanyaknya. Jika kita masuk berebut- rebut dan tergopoh gapah dan bersesak kemungkinan kita berpeluang solat sekali sahaja.
Alhamdulillahh kali ini Allah berikan jalan yang terbaik buat Sally dan keluarga. Bonda, nenda dan kakanda amat berpuas hati dan semua kembali ke hotel dengan senyum puas dan syukur pada peluang yang Allah berikan.
Sally harap perkongsian Sally ini dapat dimanfaatkan dan anda juga berpeluang ke Raudhah dan rebutlah peluang beribadat di sana. Sally tidak mengikuti mana-mana mutawif kerana rasakan agak susah bergerak dalam kumpulan yang besar. Dan ada yang tergopoh untuk balik dan selesai awal.
Sally lebih suka santai dan punyai lebih masa di sana. Cubalah, anda akan lebih rasa manisnya. Jangan pernah serik memasuki Raudhah dan sentiasalah semai rasa rindu untuk ke sana sepanjang di Madinah.
Di sini Sally kongsi video malam terakhir Sally di Raudhah pada 11hb Dec 2017. Video pertama di dataran Raudhah tempat Sally menunggu dengan sabar dan video ke dua sekitar pukul 12.35pagi saat Sally hendak meninggalkan Raudhah. Keadaan agak lengang.
Semoga anda juga dapat mengunjungi Taman Syurga. Amin.
Sumber/Foto : Facebook Suhaili Mohd Zain
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Kanser payudara merupakan kanser yang paling tinggi kejadiannya di kalangan wanita dan juga kanser paling tinggi kejadiannya di kalangan rakyat Malaysia!
Statistik dan angka ini sudah tentunya tidak asing lagi bagi kita, namun ianya amat membimbangkan di kalangan semua wanita, betul?
Nak tahu lebih jauh tentang kanser payudara dari sudut punca yang boleh berlaku, ikuti perkongsian daripada doktor Dr Ezairy M Sallih ini…
1. Tanda paling kerap adalah benjolan atau penebalan pada lapisan kulit/tisu payudara.
2. Tanda-tanda lain adalah perubahan pada saiz atau bentuk payudara.
3. Terdapat lelehan dari puting atau perubahan pada warna dan rupa kulit payudara.
4. Walaubagaimanapun, Kadang kala, tidak ada sebarang tanda sehinggalah kanser payudara telah merebak.
1. Segera dapatkan nasihat dan pemeriksaan bersama doktor jika anda mempunyai tanda-tanda seperti di atas.
2. Doktor akan menggunakan suatu jarum untuk mengeluarkan cairan atau sedikit tisu dari benjol tersebut.
3. Ini akan menunjukkan sama ada benjol tersebut adalah ketumbuhan berbahaya atau pun tidak.
4. Doktor juga boleh melakukan biopsi di mana sebahagian atau keseluruhan benjol dikeluarkan dan dihantar ke makmal untuk dipastikan sama ada ianya kanser atau bukan kanser.
5. Pemeriksaan ultrasound boleh juga digunakan untuk mengenalpasti jenis ketulan atau ketumbuhan tersebut.
6. Lakukan pemeriksaan payudara sendiri di rumah. Perhatikan jika ada apa- apa perubahan pada tisu payudara seperti perubahan pada saiz, benjolan, kulit berkedut atau lelehan dari puting.
7. Untuk wanita berusia kurang dari 40 tahun, anda perlu berjumpa doktor untuk pemeriksaan di klinik atau hospital jika terdapat benjolan. Untuk wanita berumur lebih dari 40 tahun, cara yang paling berkesan adalah mamogram. Walaubagaimanapun, doktor perlu juga melakukan pemeriksaan klinikal.
8. Yang terakhir, namun paling penting bagi saya ialah JANGAN sekali-kali tinggalkan follow up dan temujanji bersama doktor. JANGAN cuba-cuba buat rawatan alternatif atau bomoh-bomoh dengan andaian kanser tersebut akan sembuh. Fikirlah sepuluh kali sebelum berbuat demikian. Jangan sampai terlambat!
Sayangi diri anda dan orang yang mengasihi anda.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Siapa sangka resipi yang dibuat pada mulanya hanya untuk suka-suka makan sendiri untuk keluarga juga akhirnya boleh menjadi salah satu pendapatan sampingan.Menerusi perkongsian oleh Wan Hartini Wan Zainodin, beliau kongsikan resipi Tofu Begedil yang dibuat berniaga dan diambil tempahan.
“Mula-mula sekadar suka-suka sekarang dah jadi side income Alhamdulillah.Sape suka tofu bergedil? Ada yang nak resipi tak? Meh saya kongsikan.Saya mohon doakan saya dipermudahkan urusan dunia dan akhirat.Amin.silalah share…semoga bermanfaat.
Bawang goreng
Daun bawang
Cili padi
Cili besar merah buang biji
Cili besar hijau buang biji
1. Rebus kentang hingga empuk
2. Goreng dada ayam bersama sebiji bawang holland, perasakan.
3. Sesudah Kentang empuk, masukkan isi ayam Dan semua bahan-bahan yang disenarai diatas.
4. Potong tauhu dengan gunting bentuk ‘X’.
5. Sumbatkan tauhu.
6. Celup telur Dan goreng dalam minyak secara ‘deep fry”
1. Cili kering digoreng dengan minyak pastu kisar.
2. Gula melaka satu potong cairkan ngan sedikit air.
3. Campurkan cili tadi kedalam gula
4. Campurkan kicap jalen secukup rasa
5. Perasakan dengan cukup rasa Dan sedikit garam
6. Campur dengan sesudu Tepung jagung untuk pekatkan sos
7. Kalau suka sos cair tambahkan sedikit air
8. Sangai kacang tanah…buang kulit tumbuk kasar
9. Setelah sos masak taburkan bijan Dan kacang.
Tauhu ni agak renyah nak buat.Walau bahan-bahannya kelihatan senang.
Selamat Mencuba!
Sumber: wan hartini wan zainodin via mahn
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!