Ayam golek kebiasaannya salah satu menu yang wajib ada di Bazar Ramadan atau pasar malam. Jangan bimbang, sebenarnya mak-mak boleh cuba buat sendiri ayam golek dan sos cicahnya di rumah. Ia boleh dibakar dalam oven seekor ayam terus atau dipotong kecil seperti bakar untuk buat BBQ.
Resipi ini dikongsikan oleh anak peniaga Ayam Golek sendiri Puan Aini Salwa Binti Remely, resipi yang maknya buat niaga.
Berikut perkongsian resipi tersebut;
AYAM GOLEK RESEPI MAK SAYA Ni resepi anggaran sahaja sebab ikut yang nisbah mak buat 3 guni bawang, satu periuk besar untuk niaga. So saya bagi dalam nisbah yang boleh buat 2 ekor ayam ye.
Bahan-Bahan (rempah):
10 biji Bawang merah bombay
1 labu Bawang putih
seketul Halia (saiz 2kali ibu jari)
5 batang serai
(*semua ni blend)
Ads
2 sudu kecil Serbuk kunyit
2 ketul gula melaka (mak pakai nisey /gula kabung/gula nira. Belah Terengganu Kelantan banyak jual)
3 sudu kecil garam
Cara Membuat:
*Masak semua bahan di atas sehingga agak pekat/kering)
Rasa secukup rasa. Rempah ni memang agak manis ye, sebab tu ayam elok berkilat bila bakar/golek.
Ambil rempah sapu pada ayam dan perap dalam 1 jam atau lebih, baru bakar.
Bahan-Bahan (Sos Cicah)
10 tangkai cili kering (rebus dan kisar)
5 ulas bawang putih bakar (dikisar)
2 sudu kecil cuka
3 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
1 sudu besar tepung jagung
Ads
Cara Membuat:
*Masak semua dengan air, dah mendidih baru masukkan tepung jagung. Kacau sampai pekat. Dah siap.
Bila sos dah sejuk, tambah dalam sos kacang tanah tumbuk dan bijan .
Ads
Info Ekstra!
Ni mak saya niaga ayam golek, memang ada mesin khas. Jadi kawan-kawan boleh masuk dalam oven seekor terus atau potong belah bakar macam Bbq pun boleh.
MW: Memandangkan tahun ni tiada Bazar Ramadan yang selalu jual Ayam Golek, jadi mak-mak boleh lah cuba buat sendiri di rumah ikut resipi yang dikongsikan ini. Terima kasih berkongsi resipi yang dibuat niaga iya. Semoga bertambah murah rezeki sekeluarga.
Khusus untuk mak-mak yang ada anak usia 8 bulan ke atas, dan selalu stuck nak sediakan menu sedap untuk anak. Boleh cuba 5 resepi berasaskan cream cheese yang sedap ini.
Sesekali cuba masakan ala Cina, ayam masak halia chinese style ini. Mana tahu boleh buka selera mak ayah, lagi-lagi yang terpaksa hadap perintah duduk rumah ini.
Resepi ini dikongsikan Chef Selebriti, Abang Brian semasa sesi Live nya sebelum ini. Mak ayah, silalah cuba resepi enak ini ya.
Abang Brian juga banyak berkongsi resepi secara live di Selera Abang Brian dekat facebooknya.
AYAM MASAK HALIA CHINESE STYLE (HALAL)
30g cendawan shitake kering, direndam semalaman 1 sudu besar minyak 1 sudu besar minyak bijan 2 inci halia, dihiris nipis 2 ulas bawang putih, dicincang 1 ekor ayam dipotong ikut saiz yang diingini 2 sudu besar kicap pekat 250ml stok ayam 1 sudu kecil gula perang secubit garam 1 sudu kecil tepung jagung
Cara Memasak
1. Dalam kuali, tumiskan halia dan bawang putih dalam minyak biasa dan minyak bijan sehingga bau naik.
2. Masukkan ayam dan tumis sehingga tidak berair.
3. Masukkan kesemua bahan lain kecuali tepung jagung dan renehkan sehingga ayam masak sepenuhnya dan cendawan cukup lembut.
4. Tambahkan tepung jagung yang dilarutkan dengan sedikit air dan masak sehingga memekat.
– Boleh jugak gunakan daging untuk gantikan ayam, tapi kalau bahagian berlemak, masak cepat skit…. kalau daging murah sikit yang kurang berlemak, kenalah reneh lama lama atau guna pressure cooker je. – Tambahkan larutan tepung jagung sedikit demi sedikit dan adjust ikut kepekatan yang anda suka.
Ayam percik kebiasaanya merupakan salah satu menu yang wajib ada di Bazar Ramadan atau pasar malam. Ayam percik pula ada pelbagai jenis tapi yang selalunya diminati ramai ialah Ayam Percik Kelantan. Kelainannya adalah pada kuahnya yang pedas dan lemak berkrim.
Memandangkan tahun ini tiada Bazar Ramadan, jangan bimbang mak-mak boleh cuba buat sendiri Ayam Percik stail Kelantan ni di rumah. Cukup mudah!
Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Nur Fariha ini sebagai panduan;
AYAM PERCIK KELANTAN BY CIKHA SI PENJUAL BAJU
Bahan-Bahan (Perap Ayam):
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
halia skit
garam secukup rasa
Bahan untuk kuah:
6 ulas bawang merah
4 tangkai cili kering
santan pekat
1 batang serai
halia
garam
gula
asam keping
Cara Membuat:
1. Kisar bahan perap tadi, kemudian perapkan ayam dengan bahan tersebut selama 30 minit.
2. Bakar ayam sehingga setengah masak dan bila ingin cepat masak boleh kukus dahulu sebelum dibakar.
3. Sementara ayam dibakar, siapkan kuah dengan cara kisar semua bahan kuah tadi.
4. Masak bahan tadi dengan api yang perlahan. Bila kuah sudah pekat masukan garam dan gula secukup rasa.
5. Angkat.
6. Bila ayam sudah nampak garing, lumur dengan bahan kuah tadi dan bakar seketika. Ini supaya bahan kuah meresap ke dalam daging ayam.
7. Terbalikan ayam dan dilumur bahan kuah lagi secara berulang-ulang di kedua-dua belah ayam.
8. Bila ayam sudah nampak garing dan masak bolehlah diangkat. Hidangkan dengan menambah sedikit kuah di atas ayam tadi.
Siap!
MW: Memandangkan tahun ni tiada Bazar Ramadan yang selalu jual Ayam Percik, jadi mak-mak boleh lah cuba buat sendiri di rumah ikut resipi yang dikongsikan ini. Selamat Mencuba!
Black hadiahkan kereta mewah idaman isteri. “Kadang-kadang kita terlalu mencari yang sempurna, sampai terlupa untuk hargai yang selalu ada di sisi” Inilah ungkapan penuh...