Mak-mak naik pening bila memikirkan idea menu masakan untuk famili. Petang-petang begini, sambil scroll laman sosial, tiba-tiba muncul gambar kacang tanah.
Apatah lagi bila ada yang berkongsi resepi Kacang Goreng Pedas, memang terliur dibuatnya.
Berebut Anak-Anak Makan
Memandangkan bahan-bahan yang digunakan ada saja di dapur, jadi mak-mak bolehlah terus ke dapur dan sediakan menu kudapan ini. Memang berebut anak-anak makan sambil menonton TV.
Ads
Resipi ini memang mudah dan sedap. Cuma sediakan kacang tanah, telur dan tepung bestari. Selamat mencuba gais!
Kacang Goreng Pedas (Resipi Asal)
Bahan-bahan: 1 kg kacang tanah (basuh dan keringkan) 1 biji telur 1 cawan tepung Bestari pedas
Ads
kacang & telurGaul bersama tepung Bestari
Cara Membuat:
Ads
1. Gaulkan kacang dengan telur hingga rata. 2. Kemudian masukkan tepung sikit demi sikit dan gaul rata. 3. Panaskan minyak. 4. Goreng dalam minyak panas dan api perlu dipasang sederhana sahaja. 5.Kacau-kacau supaya masak sekata dan tidak hangus. 6. Angkat dan toskan minyak. 7 Biarkan sejuk dan sedia untuk dimakan.
Ramai yang dah cuba Kek Milo 3 bahan yang viral baru-baru ini. Namun ramai juga yang kurang berpuas hati dengan hasilnya sebab kek tak jadi gebu atau bantat. Sebenarnya bila guna teknik kukus, kena tahu cara yang betul iaitu bekas perlu ditutup dan jangan bagi air pada penutup pengukus menitik dalam adunan kek.
“Fuhhhhh..lega rasa kejadian memuaskan Kek Milo 3 bahan yang dok viral dalam FB. Macam tak percaya je tanpa tepung kek akan menjadi. Pertama kali cikza buat Alhamdulillah tak mengecewakan. Sangat sedap gebu dan lembut. Cik Kiahhh semua bila lagi nak mencuba?”
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat bagi mak-mak yang nak mencuba Kek Milo Viral 3 bahan ni. Kena tahu tip dan cara yang betul nak buatnya barulah kek naik elok, tak bantat.
Salah satu menu yang cukup popular dan menjadi kegemaran ramai setiap kali ke IKEA pastinya meatball atau bebola daging. Dimakan dengan sos berkrim dan jem lingonberry nya. Buat mak-mak yang teringin nak buat sendiri meatball Ikea ni, boleh cuba resipi yang dikongsian oleh Puan Zan Zafirah Zainal ini.
Menurut wanita ini, resipi tersebut diambil daripada laman rasmi yang dikongsikan oleh IKEA Australia sendiri. Jadi boleh cuba buat sendiri di rumah lebih jimat dan puas hati makan.
“Kisah semalam teringin nak makan meatball IKEA sebelum mula puasa Ramadhan. Tinggal kat luar negara ni memang tak dapat nak beli meatball kat IKEA macam kat Malaysia nun. Maka, kena buat sendiri. Nasib baik IKEA share resepi rahsia dorang. Ikut sebijik sama macam dalam resepi, cuma of course tak guna pork mince ya, ganti pakai halal beef mince 100% sahaja.”
Resepi ni saya dapat dari official page IKEA Australia. Ada beberapa perubahan yang saya buat:
1) Tak guna pork mince (daging babi). Hanya beef mince sahaja 750g.
2) Tak guna vegetable stock dan beef stock. Gantikan dengan 2 kiub pati daging dan 300ml air.
3) Untuk soy sauce (kicap), saya guna kicap lemak manis.
Selamat berpuasa semua!
Untuk yang tak dapat baca resepi dalam gambar, berikut saya sertakan resepi:
750g daging cincang
100g serbuk roti
1 biji bawang besar – cincang halus
1 ulas bawang putih – cincang halus
1 biji telur
5 sudu besar susu full cream
Garam dan lada hitam
1. Campur semua bahan di atas sampai sebati. Bulatkan jadi bentuk bebola daging.Siap gentel meatball. Lenguh juga nak buat ni. Pastikan kepal dengan padat meatball ni supaya tak pecah masa nak masak.
2. Simpan dalam peti beku 20 minit sebelum masak nak bagi keras sikit.
3. Goreng sebentar atas kuali sampai sedikit perang.Tak perlu letak minyak banyak, sikit je sebab meatball ni keluarkan minyak semasa masak.
4. Dah nampak brown sikit, terus masukkan dalam oven. Kalau guna kuali yg tangkai besi macam ni, boleh masuk terus dalam oven. Kalau kuali tangkai plastik, jangan tau. Tak pasal-pasal cair nanti.Masukkan dalam oven selama 30 minit, suhu 180 darjah celcius (oven biasa) atau 160 darjah celcius (fan force oven).
40g mentega
40g tepung gandum
2 kiub pati daging
300ml air
2 sudu kecil kicap lemak manis
1 sudu kecil Dijon mustard
150ml krim masakan/dairy whipping cream
1. Cairkan mentega. Masukkan tepung dan kacau untuk 2 minit.
2. Masukkan kiub pati daging brand apa-apa pun boleh. Saya guna knorr. Kacau kejap sambil pecahkan kiub.
3. Masukkan air sambil kacau perlahan untuk elakkan berketul.
4. Masukkan kicap, dijon mustard dan krim. Ini penting untuk dapatkan rasa kuah sama macam kat IKEA. Dijon mustard. Pastikan Dijon ye, bukan mustard kuning biasa tu. Saya tak pasti kat Malaysia ada jual kat mana. Mungkin pasaraya besar ada jual.
5.Masukkan kicap. Saya guna kicap lemak manis. Tak guna kicap masin sebab kiub daging dah masin.
6.Masukkan dairy cream 150ml.
7. Kacau sampai pekat dan tidak berketul.Kuah Siap!
Hidangkan dengan meatball yang dah siap masak tadi. Letak sikit jem. Kalau ada lingonberry jem, memang sama 100% macam IKEA. Saya guna jem strawberry je.
Resipi rendang di negara kita sebenarnya ada bermacam jenis. Daripada rendang daging, ayam, kambing, sehinggalah kepada rendang buah-buahan seperti betik. Pernah dengar tak?
Masakan Negeri Sembilan cukup sinonim dengan rasa pedasnya. Bak kata orang, kalau tak pedas, bukan masakan Nismilan namanya!
Begitu resipi Rendang Betik atau Rendang Kepaya ini. Sebenarnya resipi ia cukup terkenal di sekitar Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Menurut Puan Mastura Osman (FB: https://www.facebook.com/teachersamer.samerian), yang telah berkongsi resipi ini di fb miliknya, rendang betik ini merupakan masakan tradisi orang lama yang diwarisi turun temurun dan merupakan masakan autentik Negeri Sembilan.
Ia sangat mudah disediakan dan bahan-bahan juga tak terlalu rencam. Malah, rendang ini semakin dipanaskan dan dikeringkan, ia akan semakin sedap dimakan dengan nasi panas-panas.
Apa lagi, bagi mereka yang suka mencuba resipi baru, jom cuba untuk kelainan. Mungkin masakan ini berjaya menarik minat keluarga anda untuk menikmatinya saat berbuka nanti!
Untuk menyediakannya resipi ini, mula-mula tumbuk kasar cili padi, kunyit hidup, ikan bilis dan sebatang serai. Ketepikan.
Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan semua bahan tumbuk tadi. Kemudian goreng hingga naik bau.
Setelah itu, masukkan santan pekat. Masak sampai terbit minyak. Bila kuah telah mula kering sedikit, masukkan hirisan betik tadi dan serai yang dititik. Perasakan dengan garam secukupnya Gaul sekata dan masak sehingga kering. Jika nak berkuah sedikit pun boleh, terpulang ikut kesukaan masing-masing.
Sekiranya mahu kering, terus panaskan lagi. Rendang ini sangat membuka selera jika dimakan bersama nasi putih yang masih panas.
Lagi kejadian kanak-kanak terjatuh dari apartment di Kajang Selangor. Cukup tragis kerana anak lelaki berusia 11 tahun itu masih bersuara waktu jatuh dan akhirnya disahkan pergi buat selama-lamanya.