
Resipi Ayam Bakar Guna Air Fryer, Punyalah Sedap, Licin Sampai Tinggal Tulang
Resipi ayam bakar antara menu yang menjadi kegemaran seisi keluarga. Tidak susah pun hendak menyediakan menu ayam bakar. Dengan hanya menggunakan air fryer, kita boleh menyiapkan ayam bakar dalam tempoh yang singkat.
Mak-mak yang bekerja tentu suka dengan resipi ini bukan? Senang sangat nak sediakan. Balik kerja terus boleh masak. Nak lagi sedap perap dulu sebelum pergi kerja. Selain menu yang sihat kerana tidak perlu menggunakan minyak, menu ayam bakar menjadi menu pembuka selera seisi keluarga.
Mari kita cuba resipi Ayam Bakar Air Fryer seperti yang dikongsikan oleh Munira Ali ini.
RESIPI AYAM BAKAR AIR FRYER
BAHAN-BAHAN:
3 sudu sos tiram
3 sudu sos cili
4 ulas bawang putih
Halia
1 sudu rempah kari
3 sudu madu
2 sudu minyak masak
1/2 sudu besar serbuk lada hitam
2 sudu besar kicap
1/2 sudu makan secukup rasa
CARA MEMBUAT:
1. Perap ayam dengan halia, serbuk lada hitam dan bawang putih yang telah ditumbuk hancur.
2. Masukkan secukup rasa. Selepas itu masukkan bahan-bahan lain.
3. Perap. Lagi lama lagi sedap. Boleh kelar-kelar sedikit ayam supaya bahan mudah meresap dan sebati dengan ayam.
4. Bakar ayam dengan suhu 180’C selama 20 minit. Balikkan dan bakar selama 15 minit lagi. Terbalikkan sekali lagi dan bakar semula selama 5 minit. Ini bergantung pada saiz ayam.
5. Air yang di bawah penapis air fryer bolehlah siram atas ayam bila ayam sudah masak. Lagi nampak ‘juice.’
Sumber kredit: Munira Ali via Resepi Air Fryer (Malaysia)
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kek Milo Viral Tak Bantat,Tutup Penutup Mangkuk Jangan Bagi Air Menitik!

Ramai yang dah cuba Kek Milo 3 bahan yang viral baru-baru ini. Namun ramai juga yang kurang berpuas hati dengan hasilnya sebab kek tak jadi gebu atau bantat. Sebenarnya bila guna teknik kukus, kena tahu cara yang betul iaitu bekas perlu ditutup dan jangan bagi air pada penutup pengukus menitik dalam adunan kek.
Boleh ikut resipi Kek Milo yang dikongsikan oleh Puan Noriza Awang Hamat ini;
“Fuhhhhh..lega rasa kejadian memuaskan Kek Milo 3 bahan yang dok viral dalam FB. Macam tak percaya je tanpa tepung kek akan menjadi. Pertama kali cikza buat Alhamdulillah tak mengecewakan. Sangat sedap gebu dan lembut. Cik Kiahhh semua bila lagi nak mencuba?”
Bahan-Bahan:
2 cawan Milo
4 biji telur
2 Sudu besar susu pekat
Cara Membuat:
1. Blender semua bahan dan kukus selama 1jam.
InfoEkstra
- Cikza tutup dengan penutup mangkuk kaca tak bagi air menitik atas adunan. Disebabkan air menitik la kek tak naik dan menjadi bantat. Kemudian tutup pengukus dengan penutup dia (tak perlu balut dengan kain dah).
- Untuk topping,saya guna serbuk koko, sedikit Planta dan susu pekat.
- Saya guna mangkuk kaca yang dah ada penutup siap-siap.Bekas kaca besar tapak tangan je. Adunan tu tak penuh sis separuh je.
- Guna api sedang. Saya guna kuali je, lapik redai besi dekat bawah.
Baca Lagi Di Sini: Senangnya Buat Souffle Cheesecake, Hanya 3 Bahan & Tak Guna Tepung Langsung!
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat bagi mak-mak yang nak mencuba Kek Milo Viral 3 bahan ni. Kena tahu tip dan cara yang betul nak buatnya barulah kek naik elok, tak bantat.
Sumber: Noriza Awang Hamat
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
2 Bahan Asas Bone Broth Ini Berkesan Nyahkan Virus Demam Bayi, Tapi Mak Jangan Sampai Salah Masak

Apa itu bone broth? Bahasa mudahnya stok yang dihasilkan dari tulang ayam, ikan atau lembu. Cara yang diajarkan oleh Puan Nazifa Mazni ini sememangnya kaya khasiat dan bantu redakan demam bayi sekaligus meningkatkan kekebalan dalam tubuh bayi.
“Asal demam je mesti mak mak buatkan sup kan? Biasanya kalau demam sup la menu utamanya untuk bagi cepat kebah demam.
“Mummy Fateh selalu juga buatkan sup untuk Baby Fateh masa Baby Fateh dah mula makan solid food seawal umur 6 bulan. Seingat Zifa, Zifa buatkan bone chicken broth atau Stok Ayam masa baby Fateh umur 8 bulan.
“Kalau ikut carta makanan, bayi sesuai diberi ayam pada umur 8 bulan. Tapi ada sesetengah Paeds kata 6 bulan pun dah boleh beri. Banyak pendapat pasal pemberian makanan pada bayi yang kadang-kadang buat mak mak pening. Use your naluri ibu..
2 Asas Bone Broth
Stok Ayam sesuai diberikan secara kerap kepada bayi untuk tingkatkan imuniti bayi. Kalau mak mak suka travel tu kan, siap-siap tingkatkan imuniti bayi dengan memasukkan stok ayam dalam makanan bayi beberapa hari sebelum travel. Buatkan sup bagi anak hirup tapi pastikan anak tak alergik dengan ayam.
Asas bone broth adalah:
1. tulang (apa-apa jenis tulang sama ada tulang ayam, lembu, ikan)
2. Cuka ( apa-apa jenis cuka boleh asalkan bukan cuka getah)
Setakat ni Zifa pernah buat tulang ayam, kaki lembu, dan juga tulang ayam campur ikan bilis.
Kenapa Kena Guna Slow / Pressure Cooker
Elakkan guna periuk aluminium sebab kita gunakan cuka untuk membuat stok ayam. Periuk aluminium akan bertindak balas dengan cuka dan menjadi racun dan meresap masuk ke dalam kuah.
Cuka bertujuan untuk pastikan yang zat galian dari tulang akan larut ke dalam sup. Kalau tak guna cuka pun boleh asalkan guna weak acid lain seperti asam keping, asam jawa, limau nipis, lemon atau tomato.
Bahan-bahan Chicken Bone Broth
Kaki ayam
Rangka ayam
1 sudu Cuka (cuka epal, cuka kurma, lemon dan lain-lain)
4 cawan air
Bawang putih
Bawang besar
Halia
Rempah 4 sekawan (optional)
Carrot (optional)
Celery (optional)
Cara Buat
1. Semua bahan dicampurkan bersama kecuali halia, rempah sekawan dan parsley (kalau guna).
Nota:
√ Biasanya Zifa letak halia, rempah sekawan, parsley 30 minit sebelum tutup api, supaya terasa aromanya.
√ Nak gantikan sayur lain pun boleh sebagai ganti sebab asasnya adalah tulang dan cuka. Sayuran lain untuk tingkatkan lagi boleh gunakan sawi, daun bay sebagai ganti parsley, fennel.
√ Tapi janganlah taruk sayur banyak sangat sampai dah tak tahu rasa apa. Umpama taruk kopi, milo, air oren, air sirap, air jagung dalam satu jug. Lepas tu minum, cer kabo rasa apa? Rasa nak muntah ke rasa sedap?
2. Biarkan sekejap dalam periuk bagi sebati dengan cuka. Panaskan periuk. Setiap 20 minit dalam tempoh 2 jam, buang sisa-sisa timbul kat atas tu. Apa ya nak sebut tu.
Berapa Lama Nak Reneh
√ Pressure cooker 1 jam
√ Slow cooker 8 jam
√ Periuk biasa (bukan jenis alumimium) 4 jam.
3. Selepas siap reneh, sejukkan dan tapis. Bahan-bahan yang ditapis bolehlah nak buat masakan lain. Nak beri pada baby rasanya tak sesuai pula sebab dah tak ada nutrient, kan?
4. Lepas sejuk masukkan dalam peti ais, masa tu boleh tengok la stok jadi macam agar-agar. Gedik gedik je.
5. Simpan kat tempat frozen dalam bekas kiub ais. Frozen boleh tahan selama sebulan. Simpan dalam bentuk kiub ais senang. Bila nak buat makanan anak just campak-campak je.
Ini Kebaikan Bone Broth
√ Bila kita sakit tu kan hirup sup ni. Biasanya bila sakit, makan pun tak selera.
√ Hirup sup ni dah ada semua nutrient nak lawan jangkitan virus. Kita boost immune badan dengan khasiat dari bone broth ni.
√ Bone broth juga sangat kaya dengan khasiat kalsium, magnesium, fosforus dan trace mineral.
√ Lemak yang terkandung di dalamnya boleh mengatasi masalah leaky gut yang menjadi punca penyakit ekzema.
√ Bone broth kaya dengan gelatin dan kolagen yang sangat bagus untuk connective tissues, sendi-sendi, ligamen, tendon dan tulang dan gigi yang kuat. Sebab tu bila sejuk, bone broth stock gedik-gedik, sebab ada gelatin.
√ Masa beli kaki ayam pun, pakcik yang jual ayam pun cakap baby bagus bagi sup kaki ayam bagi kuat gigi. Memang kuat pun ni, siap pakej buat bekam kat Mummy and Daddy.
√ Bone broth ni mudah serap jadi baik untuk penghadaman, kurangkan masalah sendi seperti bengkak dan bagus untuk pertumbuhan rambut dan kuku kerana gelatin daripada bone broth.
√ Sebab tu lah masa buat bone broth bila disejukkan akan jadi jeli gedik-gedik. Kalau tak menjadi gedik gedik gelenyar tu maknanya tak jadi.
√ Selalunya bone broth stock ni Zifa letak dalam bubur, pancake, bantai je letak dalam apa-apa masakan Fateh. So, mak mak boleh serbu pasar cari kaki ayam, rangka ayam. Berebut-rebut pula kita ya dengan peniaga ayam goreng pasar malam.
Kata Dato’ Dr. Suriyakhatun Osman Tentang Bone Broth

Saya memang selalu suruh ibu/bapa buat bone broth. Hanya dua bahan yang wajib
1. Tulang
2. Cuka
Ramuan lain adalah untuk berikan rasa yang sedap .
Cuka untuk pastikan yang zat galian dari tulang akan larut ke dalam sup. Guna slow cooker atau pressure cooker . Sup yang dihasilkan boleh ditambah jadi perasa untuk masak nasi, kuah sayur, kuah mee, asas kari dan lain lain.
√ Tulang maksudkan tulang ayam dan kaki ayam, ikan, lembu atau kambing. Ikan bilis pun ada tulang jika tidak dibuang .
√ Laksa pun sup tulang sebab ada tulang ikan dan asam
√ Masak singgang atau asam pedas pun sup tulang juga
Think out of the box dan pastikan keluarga mengambil bone broth sekerap mungkin. Bagi bayi dan kanak kanak yang sedang membesar, hari-hari.
Sumber/Foto: FB Nazifa Mazni Dan Dr. Suriyakhatun via Mingguan Wanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Yana Samsudin Kongsi Resipi Air Tangan Mak, ‘Nasi Beriani Ketam Bertempiaran Lari’

Jika selalu nasi beriani daging lembu, kambing dan ayam, rupanya boleh juga dimasukkan hidangan laut seperti ketam. Baru-baru ini, pengacara dan pelakon Yana Samsudin ada memuat naik perkongsian video memasak bersama mak tersayang. Resipi yang dikongsikan didalam video tersebut merupakan air tangan mak yana sendiri dan dinamakan cukup mencuit hati iaitu ‘Nasi Beriani Ketam Bertempiaran Lari’.
Berikut perkongsian resipi tersebut;
Bahan-Bahan:
Bawang Putih
Bawang merah
Halia
(*ditumbuk)
Serai (diketuk)
Daun Pandan
Kayu manis
Bunga Lawang
3 sudu besar Minyak sapi
2 sudu besar serbuk kurma beriani
3/4 ekor ketam segar
serbuk perasa ajinomoto
sedikit garam
4 cawan Beras
4 cawan air
1 Sudu besar kordial sanquick oren
2 sudu besar santan kotak
Cara Membuat:
1.Masukkan minyak sapi dalam periuk dan tumiskan bawang putih, bawang merah dan halia yang telah ditumbuk.
2.Masukkan pula serai, daun pandan, kayu manis dan bunga lawang, biarkan sehinggan naik bau.
3.Masukkan pula serbuk kurma beriani dan masukkan ketam kacau sebati.
4.Masukkan sedikit garam, serbuk perasa ajinomoto dan masukkan 4 pot beras.
5.Masukkan pula 4 cawan air dan kacau sebati.
6.Masukkan 2 sudu besar santan kotak dan 1 sudu besar kordial sanquick oren.
7.Tutup periuk dan biarkan sehingga nasi masak.
Siap! Selamat mencuba!
A post shared by Yana Samsudin (@yanasamsudin) on
Jadi buat mak-mak yang suka makan nasi beriani dan inginkan kelainan, bolehlah cuba resipi yang dikongsikan ini.
Sumber:Yana Samsudin
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI