Resipi Asam Pedas Melaka & Johor, Kuah Pekat Secukup Rasa Sedapnya!

Share

Asam pedas yang sedap, pastinya kuah pekat dan sedap secukup rasa masam dan pedasnya. Nak buat asam pedas yang betul-betul kaw, ada caranya. Malah bahan aroma seperti lada hitam, daun limau purut, daun kesum atau pudina untuk dimasukkan dalam kuah juga berbeza mengikut jenis ikan.

Mak-mak penggemar asam pedas, masakan yang terkenal daripada Selatan tanah air ni, bolehlah cuba resipi yang dikongsikan oleh Nur Izaitul Fatihah Suhaimi ini.

Berikut perkongsian resipi tersebut;

“Ni resepi Asam Pedas Melaka dan Johor yang saya buat jual. Ramai yang tanya resepi. Jadi saya sertakan resepi sekali gambar asam pedas yang dah siap masak.”

Resipi Asam Pedas Melaka & Johor

Bahan-Bahan:

3 inci kunyit hidup
1/2 inci halia ( jika siakap, mayong and pari)
3 ulas bawang putih
9 biji bawang merah kecil
1/2 inci belacan (jika suka)
*Kisar semua di atas

3 senduk cili kisar (cili kering, rebus dan kisar )
Serai sebatang (ketuk)
Asam jawa besar bola pingpong (ambil pati)

Kuah Pekat Secukup Rasa Sedapnya!

Cara Membuat:

1. Tumis serai dan yang blender sampai kekuningan.

2. Masukkan cili kisar, tumis sampai garing.

3. Masukkan air asam jawa.

4. Masukkan daun (kesum /pudina/limau purut/lada hitam) Biar sampai mendidih.

5.Masuk garam dan masukkan ikan. Kalau nak tambah terung, tomato dan bendi pun boleh. Siap. Boleh makan.

Info Ekstra;

Ikan yang sedap:

Lada hitam: pari, jenahak, siakap, merah
Limau purut: kembung, tenggiri (paling best ), merah, jenahak
Daun kesum: mayong, cencaru, pari, siakap, keli (ikan yang kuat bau)
Pudina: semua

Asam pedas yang sedap, pekat kuahnya dan secukup rasa masam serta pedasnya. Mak-mak yang suka asam pedas boleh cuba resipi ini.

Sumber : Nur Izaitul Fatihah Suhaimi

Baca artikel berkaitan: Asam Pedas Ikan Kembung Lemak SEDAP, Tumis Cabai Kena Lama, Biar Betul-Betul Masak!

Resipi Asam Pedas Ayam Berempah, Lengkap Cara Buat, Senang Nak Masak!

Pes Asam Pedas Power Orang Johor Ini Pekat Dan Sedap, Berguna Ketika Kesuntukan Masa

IKLAN