Aiskrim vanila homemade. Selalunya, nak cepat dan mudah, mak-mak beli saja kat kedai. Tapi, bila anak-anak makan, sekali hadap saja. Maklumlah kegemaran anak.
Kalau nak dikira, dari segi harga pun boleh tahan juga, bergantung pada jenama juga. Satu dah gernti tak cukup. Tambah-tambahkalau perasa vanila atau coklat.
Apa kata kita buat sendiri aiskrim vanila homemade. Rasanya sama macam kedai. Lagi jimat dan mudah untuk mak-mak buat banyak.
Buat penggemar tegar aiskrim, boleh buat sendiri. Rasanya sedap dan memang jimat banyak. Paling best, hanya guna blender saja.
Bahan:
1 tin susu cair
Setengah tin susu pekat (boleh kurangkan kalau tak nak manis)
1 sudu besar ovalate
2 penutup esen vanila (nak sedap guna creamy vanilla)
1 sudu kecil tepung jagung
Caranya:
Kisar semua bahan di atas sehingga likat.
Selepas itu masukkan ke dalam bekas.
Letak dalam peti ais sejuk beku.
2-3 jam dah boleh makan dengan anak-anak.
Ads
Selamat mencuba.
Mingguan Wanita : Senang sangat nak buatnya. Anak-anak pun mesti suka. Kalau nak perasa milo, boleh saja letak milo pula kan.
Masuk saja bulan Ramadan, mak-mak tentu dah fikir nak buat biskut raya kan! Tahun ni boleh dikatakan harga biskut raya pun boleh tahan juga, jadi lebih baik buat snediri baru puas hati.
Namun, tak semua mak-mak ‘rajin’ nak buat biskut raya. Bimbang tak menjadi, keras, hangus, kembang dan sebagainya. Daripada membazir, lebih baik beli saja.
Bagi mak-mak yang baru belajar nak buat biskut raya tahun ini, boleh dapatkan panduan ini, mungkin ia boleh membantu dan jadikan biskut raya ‘terpaling’ sedap yang pernah buat, kan!
Beberapa tip yang bukan setakat untuk mak-mak amatur tapi boleh dijadikan panduan buat semua. Maklumlah, ada masanya sukatan dah betul tapi tetap tak jadi. Boleh rujuk panduan ini.
1) Gunakan mentega yang agak sejuk kerana jika menteganya terlalu lembut, ia akan cepat cair – akibatnya biskut menjadi leper dan gelap.
2) Jangan gunakan telur saiz besar kerana kandungan putih telur yang lebih. Putih telur pula mengandungi air. Itu yang membuat biskut terlalu kembang dan susah nak garing walaupun dibakar lama.
3) Jangan pukul telur terlalu lama bila membuat biskut kerana ia akan menambah angin ke dalam doh – mengakibatkan biskut gelembung ketika dibakar.
4) Jika menggunakan mesin pengadun, jangan pukul terlalu lama ketika masukkan tepung, jika tidak ‘gluten’ daripada tepung itu akan membuat biskut menjadi keras.
5) Selalu ‘rehatkan’ doh sebentar sesudah diadun. Jangan terus mencanai atau membakarnya. Jika membuat chocolate chip, selalu ‘rehatkan’ doh di peti sejuk selama lima hingga 10 minit dahulu sebelum membakarnya.
6) Apabila doh sudah siap diadun, bahagikan ia kepada beberapa bahagian untuk disejukkan dan ‘direhatkan’. Jangan ‘rehatkan’ kesemua doh itu dalam satu mangkuk. Ambil satu persatu doh yang mahu digunakan. Sebab jika kita gunakan semua dohnya sekaligus, doh itu akan mula keluar minyak – menjadikan biskut cepat gelap walaupun baru sahaja dibakar.
7) Jika membakar biskut chocolate chips, tidak boleh oles loyang dengan mentega. Harus gunakan baking paper atau parchment paper. Jika tidak, biskut chocolate chips itu akan kembang, leper dan cepat hangus.
8) Bagi biskut seperti makmur, sugi dan yang lain yang kita inginkan hasilnya garing, harus gunakan loyang yang dioles dengan mentega.
9) Pastikan ketuhar sudah dipanaskan sekurang-kurangnya 15 minit sebelum mula membakar biskut atau kek.
10) Jika membakar biskut beberapa loyang sekali gus, lebih baik gunakan fungsi kipas di ketuhar. Jika ketuhar tidak ada fungsi kipas, tukar posisi loyang itu sesudah 10 minit dibakar – yang di atas ditukarkan ke bawah dan yang bawah dinaikkan ke atas dan sebagainya.
11) Jangan tinggalkan biskut di atas loyang terlalu lama sesudah keluarkan dari ketuhar. Biarkan ia di atas loyang itu selama 3-5 minit sahaja dan kemudian pindahkan ke atas ‘cooling rack’. Setiap biskut akan ada wapnya (condensation) bila sudah dibakar dan apabila diletakkan di atas ‘cooling rack’, wap itu akan kering. Itu yang membuat biskut itu lebih garing dan tahan lama.
12) Pastikan biskut benar benar sejuk sebelum dimasukkan ke botol.
13) Untuk biskut yang mengandungi ‘peanut butter’, lebih baik jika ianya disimpan di peti sejuk kerana ‘peanut butter’ itu mungkin akan membuat biskut menjadi cepat tengik.
Mingguan Wanita : Moga ia memberi panduan buat mak-mak yang nak buat biskut raya tahun ini ye.
Resipi Original KEK BATIK Rangup ‘Crunchy’ 4 Bahan Terpaling Sedap! Kek atau Biskut batik antara kegemaran ramai. Resipi asal dulu-dulu kek ini memang hanya guna 4 bahan dan teksturnya lebih rangup, berbanding yang telah diolah dengan pelbagai bahan sekarang rasanya yang lebih lembut.
Bagi mak-mak yang suka kek batik asli jenis crunchy dan rangup ni boleh cuba resipi yang dikongsikan ini. Memang sedap dan mudah nak buat.
Lama tak buat kek batik nie, masa dulu saya selalu cakap macam mana boleh kek tu berlapis-lapis biskut tu. Banyak kali cuba buat last=last tak jadi.
Satu hari saya tengok kat YouTube cara buat dan bahan pun 4 je.Buttercup, susu pekat, biskut marie dan milo. Saya try buat alhamdulillah rezeki jadi sampai nie saya masih guna resepi ni 4 bahan dan jadi.Nie resipi kek batik @ biskut Batik
1. Panaskan kuali masukkan buttercup, bila dah cair perlahankan api, masukkan susu pekat gaul rata.
2. Siap tutup api masuk Milo gaul sampai sebati, takde ketulan Milo.
3. Kemudian masukkan biskut Marie yang dipatahkan dan gaul sampai sebati.
4. Loyang alas kan kertas minyak atau pun plastik, saya guna loyang size 26×26. Letak sampai habis dan ratakan, tekan pakai senduk besi.
5. Baki coklat dekat kuali boleh ambik letak kat atas mana yang tak kena coklat, saya tabur Nestum untuk bila potong dan letak atas tak melekat satu sama lain. Siap masuk dalam peti ais 2 jam boleh potong.
Mingguan Wanita: Nak ikutkan memang ini resipi kek batik asli dulu-dulu. Jenis rangup tak lembut, namun sangat sedap. Apa pun bergantung citarasa masing-masing suka kek batik yang rangup atau lembut.
Cantik Kejadian BISKUT BUNGA CINA 3 Bahan Bakar Dalam Kuali! Kadangkala tekak teringin nak makan biskut yang dibakar sendiri, namun oven pula rosak. Sebenarnya mak-mak tetap boleh bakar biskut dalam kuali, guna dapur gas je.
Boleh cuba resipi biskut mudah Biskut Bunga Cina yang dikongsikan oleh Puan Noriza Awang Hamatini. Bakar dalam kuali pun cantik kejadiannya. Boleh buat raya nanti.
Oven rosak, sis teringin nak buat biskut. Sis cuba pakai kuali je. wowww cantik kejadian. Sis buat biskut Bunga Cina yang dulu-dulu punya.
1. Kacau Planta dengan susu pekat kemudian masukkan tepung jagung uli manja dengan tangan je.
2. Kalau masih lembik adunan tambah sikit-sikit tepung jagung. Hiasan terpulang pada masing-masing. Saya guna acuan pecah 14.
1. Boleh guna pan, kuali atau periuk bertutup. Alas pelapik besi untuk sokong alas dulang serta dapur gas. Penutup kuali pastikan ada aliran udara supaya biskut naik cantik dan sekata.
2. Tak perlu letak air atau pasir dalam pan. Sebab dah letak alas pelapik besi sebagai sokongan untuk dulang biskut.
3. Sebelum mulakan kerja membakar, panaskan sekejap kuali dan alas pelapik besi dalam 10 minit, kemudian barulah letak dulang untuk bakar biskut.
4. Gunakan api paling kecil sepanjang proses membakar.
5. Sukatan masa membakar ikut jenis biskut. Contoh biskut bunga cina ambil 15 minit / sehingga kekuningan.
6. Tak perlu sapukan minyak pada dulang biskut.
Siapa cakap tanpa oven maka tiada biskut raya? Lepas ni boleh la buat sendiri biskut raya, tak ada dah ‘kuih tunjuk’. Selamat mencuba!
Seorang ibu, Zaharullail Basir, 52 ditemukan meninggal dunia dengan tiga kesan tikaman pada badan di rumahnya di Taman Sultan Abdul Halim, Jalan Tanjung Bendahara, di sini semalam.