detoks timun

Flawless dan mulusnya kulit wajah Cik Puan Amyra Nabila Hasnol ini. Jerawat pun macam takut-takut nak hinggap. Sebelum ini MW pernah kongsikan tips minuman bersihkan rahim. Kali ini resepi detoks timun jimat ini memang super senang nak buat. Resepi detoks si cantik ini pun tak membazir, sebab hampasnya boleh dijadikan masker wajah. Panduannya disertakan dalam artikel.

Bahan-bahan

1 batang timun (Tidak perlu buang kulit)
2-3 cm halia (Hiris)
1-2 batang serai (Hiris)
Madu 3 sudu plastik

Resepi Detoks Timun Jimat, Hampasnya Campur Putih Telur Jadikan Masker Lepas 2 Minggu Flawlesslah Kulit Wajah

Cara-cara

1. Campurkan semua bahan kemudian blender sampai halus
2. Tapis airnya
3. Fuhh ! Siap ! Mudahnya. Sudah boleh minum dengan selamat!

IKLAN

Resepi Detoks Timun Jimat, Hampasnya Campur Putih Telur Jadikan Masker Lepas 2 Minggu Flawlesslah Kulit Wajah

Kesan Selepas Minum

Disarankan minum 2x sehari (30 minit sebelum makan pagi & 30 minit sebelum makan malam)

Selepas 1-2 minggu korang boleh lihat hasilnya.

IKLAN

Tips Manja

Hampas yang diblender tu campur dengan putih telur dan tampal di muka.

Biar kering. Dalam 30 minit bilas.

IKLAN

Resepi Detoks Timun Jimat, Hampasnya Campur Putih Telur Jadikan Masker Lepas 2 Minggu Flawlesslah Kulit Wajah

Kelebihan

? Membuang toksin dalam badan
? Merawat masalah buasir & sembelit
? Membantu mengempiskan perut
? Menghilangkan bau badan

Sumber/Foto: Amyra Nabila Hasnol via Mingguan Wanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI