Sedapnya resipi campak-campak udang masak berempah ni. Kalau suka berkuah mak-mak boleh tambah air sikit. Bukan apa menu udang ni memang boleh pelbagai ikut citarasa.Jika selalu buat resipi yang sama je, boleh cuba kelainan ikut resipi ni. Memang mudah, campak-campak je. Makan pula dengan nasi panas-panas.
Boleh cuba resipi daripada Puan Natasha Qalisyaini sebagai rujukan;
Udang masak berempah, Resepi campak-campak.
Bahan-Bahan:
1/2 Kilo Udang
2 sudu besar rempah kari babas Ayam/ikan
2 sudu besar serbuk Cili
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar Kicap ABC
1 sudu kecik lada hitam
Sedikit garam &perencah secukup rasa
1@2 tangkai Daun kari
Bawang putih & bawang merah (dihiris)
Sedikit air
Minyak untuk menumis
Cara Membuat:
1. Panaskan minyak dan masukkan semua bahan-bahan rempah dan sos di atas.Masak sampai pecah minyak dan tambah air sikit-sikit je.
2. Bila dah pecah minyak, baru masukkan udang, garam dan serbuk secukup rasa.
23 adik beradik bukan asal keluarga senang, Wawa Zainal akui hidupnya dulu sangat susah. Begitulah luahan dari pelakon Wawa Zainal tentang keluarganya.
Aktres kelahiran Sabah yang kini sedang meniti kejayaan dalam perniagaan bersama suami Aeril Zafrel yang turut menerajui Wawa Cosmetics akui untuk mencapai apa yang dimilikinya pada hari ini bukanlah mudah.
Menerusi sebuah video yang tular menerusi Tik Tok Instagram Ril _Glamrs, Wawa sudi berkongsi tentang perjalanan hidupnya.
Malah dia juga menceritakan dia bukan daripada keluarga yang senang dan berada.
Latar belakang keluarganya yang besar terdiri daripada 23 orang adik beradik.
“Hidup saya sangat susah. Kalau dapat makan lauk ayam tu sudah sangat special bagi kami,” kata Wawa sebak.
Paling menyedihkan, kehidupannya dahulu sangat susah sehingga terpaksa berkongsi sebiji telur dengan adik-beradik.
“Meronta-ronta ingin keluar dari kesusahan, selepas SPM saya cuba menghantar gambar ke sebuah produksi dan Alhamdulillah mereka menerima saya.
“Ketika itu saya berhijrah ke Kuala Lumpur, tak ada duit pun.
“Kemudian saya mula berlakon,” kata Wawa yang ketika itu tekad mengubah nasib dengan bergelar pelakon.
Ternyata dengan kegigihannya, kini Wawa dan suami dimurahkan rezeki.
Menerusi ruangan komen di Tik Tok Instagram Ril _Glamrs warganet ramai yang memuji berkat dan kesabaran Wawa.
Sejak sekolah dibuka sepenuhnya, orang paling sibuk untuk memastikan murid mendapat makanan terbaik tentulah pengusaha kantin sekolah. Mesti pelbagai perancangan bagi memastikan anak-anak murid dapat makanan sebaiknya bila tiba waktu rehat.
Paling seronok, tentulah murid. Setelah sekian lama tidak membeli makanan di kantin sekolah dan sebelum ini masa rehat hanya makan di dalam kelas saja disebabkan pendemik covid-19. Mesti tak sabar nak tahu menu-menu menarik yang dijual nanti.
Tertarik dengan post di Facebook tentang seorang pengusaha kantin sekolah yang menjadikan seperti kantin ala cafe. Makanan yang dijual juga cukup menarik. Melihat pada gambar-gambar yang dikongsi pun kita boleh tahu betapa seronoknya murid bila banyak pilihan makanan.
MW sempat menemubual pengusaha kantin ini, Mohd Fahmi Ahmad, 39 tahun yang diusahakan bersama isterinya, Nadirah Azizan, 38 tahun.
Menurut Mohd Fahmi, kantin SK Taman Seri Wang, Sg Petani ini kantin ke 3 dan sebelum ini pernah mengendalikan kantin di SKM Aman Jaya, Sungai Petani dan Sek Kebangsaan Pauh Jaya, Pualau Pinang.
“Tercetusnya idea ini kerana saya bermula dengan membuka cafe di Puncak Alam, Selangor. Apabila berhijrah ke negeri kelahiran, saya mendapatkan tender untuk menjadi pengusaha kantin. Dari situlah saya cuba untuk lakukan dan jayakan sebuah kantin sekolah menjadi ala cafe,” katanya yang mempunyai 12 tahun pengalaman dalam pengusahaan ini.
Bagi memastikan kantin sekolah seperti ini, dia sanggup membuat ‘full renovation’ termasuklah dekorasi bilik makan guru dan tempat makan. Lebih membanggakan, segala pengubahsuaian ini menggunakan kos dia sendiri tanpa bantuan mana-mana pihak.
“Malah, idea untuk membuat pengubahsuaian kantin ini kerana murid sekolah ini ramai dan ia memberi semangat untuk jadikan kantin lebih baik. Saya juga tidak pentingkan keuntungan berlebihan kerana bagi saya kepuasan guru dan murid lagi penting,” katanya yang telah berjaya menjadi Johan Kantin Terbaik Kebangsaan pada tahun 2019.
Dengan menu yang menarik seperti nasi berlauk, hidangan barat (chicken chop, spagetti, carbonara), nasi goreng, mee goreng, minuman dan sebagainya tentu akan terfikir berapa ramai pekerja dan masih sempat untuk sediakan semua hidangan ini?
Kata Mohd Fahmi, mereka bermula sewal jam 5.30 pagi dan mempunyai seramai 11 orang pekerja termasuk seorang chef yang kreatif. Mungkin akan terfikir terlalu ramai pekerja bagi sebuah kantin sekolah.
“Kebanyakan pekerja saya terdiri daripada ibu tunggal, B10 dan anak yatim. Dari sinilah saya dapat berkongsi rezeki dengan mereka. Kita jangan kedekut untuk bayar gaji pekerja. Kerana mereka jugalah kita, pelbagai menu dapat disediakan,” katanya.
Menjadi pengusaha kantin, sudah tentulah pelanggan terdiri daripada guru dan murid saja. Dengan pelbagai menu ini juga boleh dikatakan 90% guru dan murid akan membeli makanan di kantin.
“Bila kita harapkan guru dan murid, jadi dah tentulah kena pelbagaikan menu untuk menarik mereka datang membeli. Dari segi harga pun kami tetap standard seperti sekolah-sekolah lain.
Berkenaan dengan harga makanan pun, Mohd Fahmi tidak nafikan turut menerima komen yang mengatakan deko kantin dan harga begini kerana sekolah bandar dan murid-murid pun dari kalangan orang berada.
“Jangan buat perbandingan. Baik sekolah bandar atau kampung, boleh saja buat cara ini. Nak seribu daya. Jangan anggap kantin yang kita usahakan itu hanya sekadar untuk cukup makan dan pendapatan yang biasa-biasa saja,” katanya yang mahu ubah dari biasa kepada luar biasa.
Biasa Ke Luar Biasa
Dalam pada itu, Mohd Fahmi turut memberi nasihat kepada pengusaha kantin di luar sana supaya tidak mementingkan keuntungan. Jadikan yang biasa kepada luar biasa dan lakukan usaha-usaha positif dengan perubahan yang baik.
“Jangan takut untuk buat menu baru atau banyak makanan. Selalunya, ada berfikiran, kalau buat menu baru murid tak makan. Sebenarnya, bila ada menu baru, murid seronok untuk cuba dan membeli,” katanya yang memegang prinsip menjual sambil bersedekah pada murid.
Mohd Fahmi juga memiliki perniagaan makanan di Jeniang, Kedah iaitu Restoran Nasi Kukus Ayam Cincang dan Manggo Shake yang sangat popular di situ.
Indahnya kisah yang dikongsikan pelawak terkenal Shuib Sepahtu dalam melayan keinginan arwah isteri, Siti Sarah mahu nasi dan masak telur mata sewaktu hayatnya masih ada. Berbuatlah baik dengan pasangan tanpa berkira.
Biar pun ketika itu dirinya cukup penat dan jam pula sudah 2 pagi, Shuib tetap bangun masakkan lauk yang arwah isteri hajatkan.
Siti Suryani Yaakop berkongsi semula kisah yang pernah meninggalkan kesan mendalam kepada pelawak ini.
Tadi lalu di wall saya ni. Tiktok Shuib. Dia cerita tentang satu kisah.
Masa tu arwah Siti Sarah masih ada. Tengah sarat mengandung. Menjadi kebiasaan Shuib buatkan makanan untuk arwah jam 11-12 malam macam tu.
Tapi hari tu jam 2-3 pagi gitu, arwah kejut Shuib dan kata dia lapar. Dia minta nasi. Lauknya nak telur mata dan kicap. Shuib penat. Dah jam 2 pagi. Lagipun esok dia ada kerja. Tapi Sarah merayu kata dia teringin.
Akhirnya Shuib buat juga. Walaupun dalam keadaan marah. Dan masa dia baring semula nak tidur tu, dia nampak Sarah makan. Selera sungguh. Walau cuma berlaukkan telur kicap.
Jadi Shuib kata dia rasa terkilan sebab ‘termarah’ walau dalam hati. Tapi mujur dia buat jugak. Jika tidak tentu dia akan lebih terkilan lagi.
Dan dia pesan. Selama mana boleh buat baik dengan orang keliling, buatlah baik dengan cara terbaik. Terutama orang yang kita sayang. Sebab kita tak tahu bila orang itu akan pergi tinggalkan kita.
Buatlah dengan sehabis ikhlas.
Benar.
Buat baik pada orang terutama ahli keluarga sendiri kesannya bukan pada orang tu pun. Tapi pada diri kita sendiri juga. Supaya kita puas hati bagi sepuas hati apa yang kita boleh selama kita boleh. Supaya kita takda rasa apa-apa kekurangan dan penyesalan sebab tak sempat buat kebaikan saat dia perlu.
Dan saat kita mampu.
Buat benda macam ni kadang masa nak buat tu memang penat. Lagi-lagi kalau kita sendiri pun tengah tak larat. Tapi penat lagi bila tak sempat buat.
Penat yang lebih mendalam. Dan lebih lama.
Mingguan Wanita : Sentiasalah berbuat baik dengan pasangan dan ikhlas memelihara hubungan yang tuhan anugerahkan untuk kita. Walaupun sekadar masak telur mata untuk isteri.. InsyaAllah yang baik-baik nanti berbalik pada anda.
Suami imamkan sendiri jenazah Nadiah Kasumawati, urusan mandi dilakukan anak perempuan arwah. Tanda akhir kasih seorang suami buat isteri tercinta dengan menjadi imam kepada jenazah isterinya.