
Kalau mak-mak nak dapatkan kulit sihat dan cantik seiring dengan amalan berpuasa ini. Mak-mak kenalah usaha amal jus resepi awet muda waktu buka puasa ini.
Tak perlu dah nak telan kolagen bagai. Cuma amal secara konsisten. Hasilnya, tengok kulit wajah Nurasykin Ali ini.. flawless lagi mulus.
“Apa kata dari ibu-ibu buka puasa minum air manis lemak dan gula tinggi macam air sirap, teh ais, bandung. Baik ibu cuba Jus Awet Muda ini.”
So simple dan sedap! Bukan takat awet muda je tau, susu badan ibu pun jadi banyak.
Kak ekin guna bahan dari ulam pegaga, epal lemon dan madu.
Selain minuman ni baik untuk ibu, jus ni pun sangat baik untuk suami.
Khasiat pegaga tu sangat lah banyak. Buatkan ibu awet muda sebab pegaga ni dapat suburkan rambut, bina kolagen secara semulajadi, tingkat tenaga, lancarkan peredaran darah, penghadaman dan macam-macam lah.
Ok jom cikidaut bahan dan cara buat Jus awet Muda.
Cara Buat Jus Awet Muda





Sumber/Foto : Nurasykin Ali
Makluman : Artikel ini diterbitkan dengan keizinan daripada penulis asal.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Masak Sendiri NASI ARAB, Cara Buat Kuah Sup Berempah Paling Penting!

Isi Kandungan
ToggleSedapnya makan Nasi Arab, pulak tu letak dalam dulang makan beramai-ramai satu keluarga. Memang meriah. Jika selalu beli je di restoran Arab, mak-mak boleh buat sendiri je Nasi Arab ni di rumah. Lebih jimat dan berbaloi. Paling penting bila nak buat Nasi Arab ni adalah kena pandai buat sup berempahnya. Barulah jadi.
Mak-mak boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Nur Aisya ni. Mudah je guna bahan-bahan yang ada di dapur je. Tak perlu beli rempah atau pes nasi arab.
“Try buat Nasi Arab pakai bahan-bahan kat rumah je. Alhamdullilah menjadi dengan jayanya. Menu berbuka semalam untuk 6 orang makan.
Kongsi jugak la mana tau ada yang berkenan”.
Untuk resepi nasi dan ayam ada kat setiap gambar dengan step-stepnya sekali.Ni resepi untuk salatoh dan salsa.
Salsa/Sambal arab
Cili api
Cili besar
Tomato
Bawang putih
Daun ketumbar
Garam sedikit
(blend semua bahan diatas perah sedikit jus lemon)
Salatoh
Tomato
Timun
Bawang besar
(potong kiub bahan-bahan diatas)
Pudina hiris (saya guna ketumbar gak.. Benda takde)
Gaul semua bahan dalam 1 bekas. Letak sedikit gula dan garam. Perah sedikit lagi jus lemon. Siap!
Ok part ni paling penting untuk dapatkan rasa Nasi Arab tu
Bahan-Bahan (Sup):
Ayam saya guna 3 whole leg
1 biji Bawang besar (kalau besar guna separuh)
1 biji Tomato
1 sk jintan manis
1 sk lada hitam
1 sk biji ketumbar
Buah pelaga 3 biji
1 kiub ayam
1/2 sk serbuk kunyit
1 sk rempah kurma
2 sudu minyak masak
Sedikit garam
Cara Membuat:
Rebus sampai ayam masak. Air rebusan tadi digunakan untuk masak nasi.Dan selebihnya saya buat sup untuk makan dengan nasi.Sedap. Rasa sup berempah.
Bahan-Bahan (Nasi)
Sebiji Bawang besar
1 inci Halia
3 sekawan (kayu manis/bunga cengkih/bunga lawang)
Cara Membuat:
1.Panaskan majerin/butter dan kalau nak sedap minyak sapi.Masukkan bahan-bahan hiris dan 3 sekawan tadi.Tumis sampai garing ye.
2.Masukkan beras, gaul bersama bahan tumis.Tumis sehingga garing. Baru nasi sedap.Beras basmathi rendam dulu 30 minit ye.
3.Air rebusan ayam tadi, masukkan dalam periuk.
4.Beras dah siap macam ni.Kalau beras biasa sukatan macam biasa la ye.Tapi kalau basmathi saya guna 1 cup beras = 2 cup air.
5. Nasi dah pon siap.Bila nasi dah kering.Tuang la pewarna.Minyak carotina ke(ni Mohd Radzi Azizi ajar). Tutup dulu, lepas 10 minit baru boleh kacau nasi dan jangan lupa daun ketumbar. Ni yang buat bau dia sedappp. Minyak carotina tu, minyak masak kalernya merah. Taip je kat search carotino nanti keluar.Saya memang menumis guna minyak tu.
Bahan-Bahan (Perapan Ayam):
Angkat ayam dari air rebusan.. Saya perap guna bahan ni
Serbuk cili
Serbuk kari
Sos tiram
Garam
Perasa
1 sudu Madu/gula
2 sudu Minyak masak

Cara Membuat:
1. Perap kejap je sambil-sambil siapkan nasi.Lepas tu panggang.
2. Bakar pada suhu 150 api atas sahaja selama 30minit.Nanti dah bakar 15 minit, keluarkan sekejap dan sapu lebihan bahan perap tadi. Bakar semula, nanti ayam kilat dan cantik.
3. Ayam dah siap! Ayam ni boleh je dimasak sekali dalam nasi… Tapi saya lebih suka aroma panggang.
Dah siap. Hidanglah macam mana pun.Asal kenyang. Sup tu saya ambil dari air rebusan ayam tadi.Untuk salsa dan salatoh, resepi kat atas ye.
Selamat Mencuba!
Baca Lagi Di Sini: Wanita Ini Kongsi Rahsia Masak Nasi Ayam Sedap, Adaptasi Resipi Bekas Masterchef Istana Buckhingham
MW: Mudah je kan nak buat Nasi Arab sendiri di rumah. Mak-mak boleh cuba resipi yang dikongsikan ini.
Sumber: Nur Aisya
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Lontong Kali Kedua Sempena Syawal, Buat Makan Ramai-Ramai Memang Seronok!

Isi Kandungan
ToggleLontong dan Kuah Lodeh selalu dihidangkan ketika sarapan pagi atau juga hidangan di hari raya. Memang sedap nasi impit dimakan bersama kuah lodeh dan sambal tumis ikan bilis mahupun kuah kacang. Menu ini sangat terkenal di negeri Johor.Nak buat lontong ni agak renyah, tapi bila masak bersama-sama dan makan beramai-ramai memang seronok dan berbaloi.
Berikut perkongsian resipi yang dikongsikan oleh Puan Afieyza Isahak. Menurutnya, lontong ini adalah gabungan beberapa resipi dan rasanya memang sedap dan puas hati.
“Lontong kali kedua sempena Syawal.Kali pertama buat masa hari raya pertama. Dalam keadaan demam panas, syukur ada mak saudara yang sudi tolong kisar rencah sebab tak larat sangat. Kemudian gagahkan diri untuk masak makan ramai-ramai. Alhamdulillah.”
“Cuma tekak orang demam, tak berapa nikmat sangat bila menjamah. Jadi, hari ni buat kembali dan alhamdulillah, puas hati.”
“Cik Fieyza kongsi resipi andai ada yang belum pernah cuba buat.Resipi ni hasil gabungan daripada beberapa resipi”
Nasi Himpit (direbus)
Bahan Kisar :
Bawang besar
bawang putih
serai
lengkuas
halia
buah keras
kunyit hidup
udang kering
ikan bilis
Sayur-Sayuran:
Lobak merah
kacang panjang
tauhu(goreng terlebih dahulu)
udang
pucuk(rendam sekejap)
tahun(suun)-basuh sahaja
Santan sekotak besar
kiub ikan bilis
asam keping
bahan perasa
Telur rebus
Sampingan : Sambal tumis ikan bilis/kuah kacang

Cara Membuat :
1.Tumis bahan kisar hingga pecah minyak.
2.Masuk air untuk kuah.
3.Masukkan lobak merah, kacang panjang dan asam keping.
4.Masak hingga mendidih, masukkan kiub ikan bilis, udang dan tauhu goreng yang dipotong dadu.
5.Tuang santan dan sayur pucuk serta bahan perasa.
6.Bila mendidih, masukkan tahun (suun) dan tutup api. Boleh tabur hirisan cili besar.
•••Sediakan mangkuk, masukkan beberapa ketul nasi himpit, tuang kuah kemudian letak sambal tumis dan telur rebus. Dah boleh ngap setelah bismillah.
Selamat Mencuba!
MW: Sedapnya makan lontong. Memang berbaloi buat makan ramai-ramai.Sesuai untuk majlis makan-makan rumah terbuka.
Sumber:Novelis Afieyza Isahak
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
ROTI GULUNG SARDIN Tak Serap Minyak, Goreng Cukup Sekali Balik Je!

Isi Kandungan
ToggleRoti gulung sardin celup tepung memang sedap dan mudah disediakan. Baik untuk menu sarapan pagi mahupun untuk minum petang. Namun selalunya jika tak tahu cara betul goreng roti gulung sardin ni, ia akan serap minyak dan jadi lembik.
Puan Siti Noor Hidayah Samah ada kongsikan resipi dan caranya agar roti gulung sardin tak serap minyak.
ROTI GULUNG SARDIN
INTI SARDIN
1 tin sardin (Saya ambik isi ikan je tak ambik sosnya pastu hancur-hancurkan ikan)
1 biji bawang besar (Cincang halus)
3 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
3 sudu besar mayonis
Garam
Gula
Cara Membuat:
1. Tumis bawang hingga wangi.
2. Masukkan sos tomato dan sos cili. Kacau sekejap.
3. Masukkan ikan sardin dan kacau sebati.
4. Perasakan dengan garam & gula.
5. Masak hingga sedikit kering.
6. Tutup api dapur & masukkan mayonis. Kacau rata.
7. Masukkan inti ke dalam roti dan gulung kemas-kemas. Ketepikan.
BANCUHAN TEPUNG
1 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung beras
1/4 cawan tepung Bestari original (Kalau suka pedas guna yang spicy)
2 sudu besar marjerin
2¼ cawan air
Cara Membuat:
*Masukkan semua bahan ke dalam blender & kisar.
*Celupkan roti tadi ke dalam bancuhan & goreng hingga masak.
Tip Ekstra!
- Tips tak nak bagi roti serap minyak jangan balik-balikkan banyak kali masa goreng. Cukup sekali balik je.
Selamat mencuba!
Baca Lagi Di Sini:
Punyalah Senang Nak Buat Roti Telur Sardin Viral Sedap Ni! Sesuai Makan Musim Hujan, Ini Caranya
Masak Sambal Sardin Goreng Dulu Ikan, Kurangkan Bau Hanyir & Lebih Sedap!
Mingguan Wanita: Boleh cuba resipi Roti Gulung Sardin ni nanti. Pastikan waktu menggoreng, balikkan sekali sahaja barulah ia tak serap minyak.
Sumber: Siti Noor Hidayah Samah
JOM SERTAI GRUP TELEGRAM BANGKIT WANITA MW
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW

Mingguan Wanita juga boleh diikuti di
YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial
Telegram: https://t.me/bangkitwanitaMW
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita
Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI