
Menurut Puan Surihati MrF, resepi Solok Ikan ini daripada mentuanya yang sememangnya berniaga di bazar setiap kali bulan Ramadan.
Kalau sebelum ini kita biasa makan solok lada saja. Jadi kepada mak-mak yang nak cuba resepi ini, boleh rujuk pada gambar di bawah.
Bahan-bahan Buat Solok Ikan:
Solok ikan
Ikan kembung nk guna ikan selayang / ikan sardin pun boleh.
Tapi sedap guna ikan kembung.
Pilih jangan yang keras sangat supaya senang nak buang tulang dan isi.
Masa buang isi dan tulang kena lembut agar kulit dan kepala tak tertanggal nanti jadi tak ada kepala tak cantik.
Bawang merah
Bawang putih
Serai
Halia
Telur – jika ikan sikit tak payah
(semua bahan tu dikisar dan gaul dengan isi ikan)
Isi kelapa parut muda (sedang) dan tua ( cmpur dan kena sama 1:1)
Daun kesum-jika suka, mayang halus
Garam
Gula
Ajinomoto-jika suka
Gaul semua dengan isi ikan dan bahan-bahan yang dikisar.
Petua:
Minyak jangan terlalu panas.
Ikan mesti tengelam semua dalam minyak.
Masa goreng jangan usik sangat ikan yang tengah goreng takut nanti isi akan terlerai dari ikan.
Nanti ikan akan timbul just balik-balik sekejap dan toskan.
Haaa… senang kan? Yang penting, menu ini lain daripada yang lain. Selamat mencuba, ya!
Wanita Ini Kongsi Resipi Minuman Yang Sesuai Diamalkan Ketika Dalam Rawatan Kanser

Penyakit kronik seperti kanser sukar dirawati namun ia tidak mustahil untuk disembuhkan.Selain menjaga kesihatan dengan melakukan senaman, amalan minuman dan pemakananan yang sesuai sewaktu dalam proses rawatan juga mampu membantu merawati penyakit ini.
Menerusi perkongsian seorang ibu Puan Nor Hashimah Sulaiman yang juga Pengerusi Persatuan Sokongan Kanser Kanak Kanak PPUKM (CAKNE), beliau berkongsi resipi minuman kesihatan yang dilakukan untuk anaknya, yang kini merupakan bekas penghidap penyakit kanser otak.
“Semasa saya menjaga anak dalam rawatan kanser otak (pembedahan, radioterapi dan kemoterapi) saya selalu rasa buntu hendak memberi minuman apa yang sesuai untuk dia minum. Maklumlah kanak kanak memang begitu ditambah pula dengan rawatan yang berat ini. Alhamdulillah, kita memohon pada Allah… Diilhamkan pada saya yang sedang termenung di waktu petang 2007 minuman ini. Dia pula suka sangat dengan minuman ini. Air teh hijau, serai dan kurma merah.Alhamdulillah anak saya dah sembuh, namun dia masih suka dengan minuman ini.”
Bahan-Bahan:
2 batang serai yang diketuk
1 sachet Teh hijau
3 biji kurma merah
sedikit gula tebu/ jus lemon
1 liter air
Cara Membuat:
1.Rebuskan kesemua bahan-bahan tersebut sehingga mendidih.
2.Kemudian, selepas mendidih, ditambahkan dengan gula tebu dan jus lemon mengikut citarasa.
Semoga perkongsian ini bermanfaat dan tidak salah mencuba.
Sumber: Puan Nor Hashimah Sulaiman
SAMBAL GEPREK Resipi Asal Jogjakarta,Tak Perlu Dimasak Hanya Letak Minyak Panas!

Bagi peminat sambal dan masakan yang pedas-pedas, kena cuba buat sendiri sambal ayam geprek ini sendiri. Memang sedap dan lain daripada yang lain. Istimewanya, ramuannya sambalnya tak perlu dimasak, hanya perlu di geprek (lenyek) dengan minyak panas.
Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Juwita Afifah ini.Katanya resipi ini adalah resepi asal sambal geprek iaitu dari Jogjakarta, Indonesia.
Berikut perkongsian tersebut;
SAMBAL GEPREK PALING ENAKKK
Haritu saya ada share resepi sambal penyet kan. Harini saya nak share pula resepi sambal geprek.
Ayam geprek ni berbeza dengan ayam penyet dan berbeza juga dengan ayam gepuk. Sebab ayam geprek mesti digoreng dengan ayam celup tepung yang takde tulang (boneless/fillet). Ayam celup tepung ni saya tak buat sendiri. Beli yang frozen je kat tesco. Sebab nak cepat.
Sambal juga berbeza. Kalau sambal penyet, kena masak dua kali atas api. Sambal geprek tak perlu masak, sama macam sambal gepuk. Hanya letak minyak panas.
Cuma sambal gepuk tak perlu digaul dengan ayam, dan sambal geprek pula memang kena gaul rata dengan ayam.
Resepi ni sedikit berbeza, tapi memang paling sedap di tekak saya. Macam biasa, saya godek-godek dan ambil dari blog orang Indonesia. Katanya, resepi ini adalah resepi asal sambal geprek iaitu dari Jogjakarta.
Baca Lagi Di Sini:
Sambal Belacan Mak Ajar Lagi Sedap Goreng Dulu, Tahan Lebih Lama
Sambal Tumis Tempoyak Petai Pedas Paling Sedap, Tak Cari Lauk Lain!
Wanita Ini Kongsi Rahsia Nasi Ayam Penyet Yang Simple, Paling Penting Resipi Sambalnya!
Ayam geprek Bunda Juwita
Bahan-bahan :
Cili padi
Cili besar (dicincang kasar)
Bawang putih
Kacang gajus
Minyak panas bekas goreng ayam
Cara-caranya :
1. Letak cili padi, garam, kacang gajus dan bawang putih ke dalam lesung. Saya guna lesung cobek yang suami beli dari Jogjakarta.
2. Lumatkan lah semua bahan tu guna lesung.
3. Masukkan cili besar.
4. Masukkan pula minyak bekas goreng ayam yang sedang panas. Paling panas direct dari kuali lagi bagus. Supaya sambal tu masak sikit. Takdelah mentah sangat. Perut pun selamat. Gittew.Ni gambar dah letak cili besar. Lepastu letak minyak panas. Dalam 3 sudu. Ni saya ambil direct dari kuali. Sebab dalam kuali tengah goreng ayam. Kalau ambil minyak yang tak berapa panas, nanti tak berapa menjadi tau.
5. Dah letak minyak, dia akan keluar bunyi berdesir.Gaul rata.
6. Masukkan ayam celup tepung yang dah digoreng.
7.Geprek-kan ayam tersebut bersama dengan sambal.
8.Dan gaul dengan sambal.
9.Dah siap. Boleh dimakan bersama nasi putih. Fuhh. Memang bertambah ni. MashaAllah. Sedapnya. Boleh makan dengan tauhu/tempe. Ni saya goreng tauhu celup tepung jugak.
Selamat mencuba semua.
P/s : Geprek = lenyek/tumbuk dengan perlahan sehingga nipis.
Juwita Afifah
MW:Sedapnya sambal geprek ni. Mak-mak yang suka makan pedas-pedas boleh cuba resipi yang dikongsikan ni. Makan dengan nasi putih je pun, dah boleh bertambah-tambah nasi.
Sumber: Juwita Afifah
Cara Buat ‘Flour Tortilla’ Homemade, Tahan Berbulan Simpan Dalam Freezer, Nak Makan Panaskan!

Selalunya, kalau nak makan tortilla nak kena cari kedai yang khas atau kedai western. Sebabnya tak semua kedai yang hidangkan menu ini. Lagi-lagi kalau yang nak berdiet, sesuai juga untuk makan ini.
Sebenarnya, nak buat tortilla ini tak adalah susah pun. Cuma kenalah ada bahan dan alat khas untuk tortilla ini. Nak tahu cara membuatnya boleh ikuti perkongsian daripada Ummu Ashraf ini.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Resipi Roti Sosej Cheese Makan Tak Cukup Satu, Bekal Seisi Rumah!
Resipi Ikan Masam, Lagi Sedap Perap 2-3 Hari Baru Goreng, Ada Penggemarnya!
Tortilla Homemade, Sekali Buat Dapat 12 Keping
Buat sendiri flour tortilla sebab dengan cara ini dapat tahu minyak yang digunakan dari sumber sayuran.
Bahan: 12 keping flour tortilla
3 cawan tepung roti / protein tinggi
1 sudu teh garam
1 sudu teh baking powder
1/3 cawan minyak sayuran (sunflower oil)
1 cawan air suam.
Cara Membuat:
1. Campurkan semua bahan kering. Kacau. Masukkan minyak. Gaul hingga jadi macam serbuk roti.
2. Masukkan air dan uli hingga adunan tidak melekit dan halus bila disentuh.
3. Bahagi pada 12 bebola. Tutup dengan kain basah. Rehatkan sekurangnya 20 minit hingga semalaman.
4. Gunakan TORTILLA PRESS yang boleh dibeli di Shopee, tapi boleh juga dicanai nipis macam capati.
5. Masak dalam frying pan tanpa minya dalam 1 minit untuk belah pertama, terbalik kan dan masak lagi 20-30 saat.
6. Angkat dan tutup dengan kain lembap, biar tortilla panas saling berwap untuk melembutkan satu sama lain.
7. Buat hingga habis adunan. Sejukkan dan boleh simpan dalam freezer.
Tip: Berbulan juga tahan kalau dalam freezer. Nak guna, panaskan balik atas frying pan.
Mingguan Wanita : Bukan setakat mak-mak je suka, anak pun suka makan. Letak kepingan ayam, salad, mayonis dan sos cili. Sedappp.
Sumber: Ummu Ashraf
Jom daftar sekarang!!! KELAS JAHITAN KREATIF
Klik link untuk daftar: https://toko.ideaktiv.com/product/kelas-jahitan-kreatif/
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita