Air Asam walaupun simple, tapi kena pandai buat barulah rasanya ‘menyengat’ dan sedap! Lebih-lebih lagi untuk dicicah dengan ikan, daging mahupun ayam bakar. Nak dapatkan resipi air asam yang sedap boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Afy AL Habibi ini.

Baca lagi Di sini:
Rupanya Rahsia Buat Air Asam Sedap,Tambah Kerisik & Belacan Tak Perlu Dibakar, Barulah Rasanya Asli!
Api Besar Set 7 Minit, Baru Telur Rebus Air Asam Cantik Macam Ni

Resepi Air Asam Ketagih

Kenapa saya letak namanya ketagih?
Sebab boleh buat kita rasa nak makan hari- hari. Rasanya memang sedap
gilaaa.

Kawab fb saya semua dah pakat share resepi ni. Terliur kata mereka. Rugi pula rasa tak panjangkan untuk yang lain. Sebenarnya versi ini saya buat untuk diet. Nak cicah dengan ikan bakar ke, daging atau ayam bakar semuangam.

Pesanan terakhir, rugi sangat tak cuba. Ikuti resepinya di bawah okay.

Bahan-bahan Diperlukan (Dibakar):

2 biji bawang merah
1 biji bawang besar Holland
1 biji tomato
3 ulas bawang putih
2 inci belacan

*Belah dua bahan di atas, bakar atas pan non stick kecuali belacan.

IKLAN

1 biji lemon
Perah jusnya. Asingkan biji. Ambil sekali sari buah.
3 tangkai cili padi hijau
3 tangkai cili padi merah

Cara Membuat:

1. Masukkan semua bahan-bahan tadi dalam pengisar.

2. Tambahkan sekali 1 1/2 gelas air asam jawa.(Segenggam besar asam jawa + 1 1/2 gelas air) * Ikut kepekatan yang diingini*

IKLAN

3. Masukkan juga 1 sudu besar garam bukit dan 1/2 sudu besar gula perang. Kemudian kisar selumatnya.

4. Selepas dikisar, masukkan stok air asam ke dalam bekas kedap udara. Simpan dalam peti.

Info Ekstra!

  • Cara hidangan untuk kesegaran berpanjangan.
  • Ambil beberapa sudu besar stok air asam. Masukkan dalam mangkuk.Tambahkan potongan bawang merah, tomato dan cili padi. Sedia dihidangkan.

IKLAN
  • Untuk kelainan rasa air asam versi Thai, boleh juga masukkan hirisan daun ketumbar dan bunga kantan.
  • Jika ingin tambahkan sekali hirisan lemon, kawan perlu terus menikmati air asam. Tak boleh biar lama. Sebab pahit kulit lemon akan merosakkan rasa air asam.

Selamat mencuba.

MW: Bagi penggemar air asam, boleh cuba resipi yang dikongsikan ini. Sedap dinikmati sebagai pencicah daging, ikan atau ayam bakar.

Sumber: Afy AL Habibi