
Tak semua suka hias dalam rumah dengan pokok-pokok hidup. Sebabnya risau ada binatang kecil yang ‘tak diundang’ menumpang nanti. Pulak tu, satu hal nak siram tiap-tiap hari. Tak kena cara, boleh mati pulak pokok tu.
Bagi mak-mak yang masih rasa nampak ruang tamu, ruang dapur atau bilik kosong, boleh cuba letak pokok kecil dalam balang air ini. Ada macam-macam jenis. Lepas tu tak perlu risau nak siram. Cantik dan rasa tenang je.
Ini antara perkongsian oleh Huda Zainal tentang beberapa pokok yang boleh mak-mak letak dalam rumah nanti. Mesti cantikkan!.
“Selain mampu membersihkan udara dalam rumah, menjadikan pokok hidup sebagai hiasan dalam rumah mampu mengurangkan tahap stress. Pokok hidup dalam rumah mampu mewujudkan rasa tenang dalam diri.
“Namun bagi yang tidak pernah membela pokok akan timbul kerisauan paling utama, takut pokok mati, terlupa siram ataupun kehadiran serangga dalam rumah.
“Bagi yang ingin menjinakkan diri dengan pokok hidup dalam rumah, teknik meletakkan pokok di dalam air adalah langkah pertama untuk bermula.
Meletakkan pokok yang mampu hidup dalam air sangat bagus untuk yang kesibukan kerana pokok yang diletakkan di dalam air tidak memerlukan penjagaan yang rapi berbanding yang ditanam dalam pasu bertanah.
“Banyak pokok yang mampu hidup tanpa tanah, hanya perlu direndam sahaja dalam balang berisi air.
Antara pokok yang sesuai ialah:
Pothos
Lucky bamboo
Spider plant
English ivy
Monstera

Wandering jew
chinese evergreen
Flamingoblume
Snake plant
Sumber: Huda Zainal
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nak AWET MUDA & Hilangkan Kedut, Minum Jus Limau Kasturi, Modal Murah Sangat!

Setiap kita mesti nak kelihatan awet muda. Tapi sayangnya, ada sesetengah daripada kita, umur masih lagi muda tapi bila tengok wajahnya seperti umur 40 an. Sedihnya.
Tapi yang paling seronok bila orang cakap kita awet muda, walaupun sudah berusia 40 an tapi bila pandang seperti di awal 30 an.
Begitulah. Ada yang sampai sanggup berhabisan semata-mata untuk nampak awet muda.
Perkongsian daripada Habibah Badar Bajrai cukup menarik, tak perlu keluarkan kos yang banyak. Cukup dengan menggunakan limau kasturi pun boleh membantu anda untuk kelihatan awet muda.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Petua Segarkan Badan, Minum Air Campuran Ini, Kulit Pun Cantik & Awet Muda
Kongsi Petua Hilangkan Jerawat Dan Jeragat Paling MURAH, Patutlah Wanita Thai Cantik-Cantik!
Info Lebih Menarik DI SINI
Awet Muda Dengan Limau Kasturi
Siapa kata, nak nampak muda kena keluar banyak belanja?
Kali ini ada satu petua untuk muka nampak awet muda. Guna limau kasturi saja.
Limau kasturi ini, orang tak pandang, ada pun kalau nak buat sambal belacan memang akan dicari.
Cara nak guna senang sangat.
2 biji limau kasturi diperah dalam satu gelas air. Baca doa, bismillah, selawat dan minum. Itu saja.
Agak masam dan jangan jangan tambah gula. Minum terus.
Kalau nak senang dan mudah untuk dijadikan stok. Perah banyak-banyak dan letak dalam bekas ais batu. Bekukan.
Bila nak minum guna, ambil seketul dan masukkan dalam satu gelas air.
Limau kasturi ini ada anti oksida yang luar biasa dan kadar
Nak lagi senang, korang perah lelebih. Letak kat bekas air batu. Bekukan dia. Bila bila nak guna, ambik jek seketul, campak dalam satu gelas air.
Kalau nak tau, limau kasturi ni ada anti oksida yang luar biasa dan kadar phloretinnya lagi tinggi dari teh hijau.

Selain itu, limau kasturi ini ada ferulik yang membuatkan kulit kelihatan muda remaja. Boleh membantu hilangkan kedut pada kulit.
Mingguan Wanita : Kalau nak beli, belilah lebih-lebih dan bolehlah guna untuk awet muda pula ye!
Sumber: Habibah Badar Bajrai
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Wanita Ini Kongsi 10 Barang Nak Jadikan Dapur Lebih Kemas Dan Sistematik

Isi Kandungan
ToggleSesekali, nak juga kemas dapur bagi cantik. Walau tak guna bajet yang banyak, kebanyakan mak-mak memang suka dengan idea menarik yang dikongsikan oleh Doktor Hani Mynis ini. Orang kata, buat terapi mata sebelum memasak!
Tambah pula, barang-barang yang digunakan untuk mengemas sangat murah tetapi menarik. Nah, untuk ‘godek’ dapur anda di hujung minggu nanti, jemput cuci mata barang-barang apa yang diperlukan dulu.
10 barang penstoran dapur wajib beli di Eco!
Ramai yang tanya hani macam mana nak jadikan dapur lebih kemas, sistematik dan tersusun (organised) dan setiap kali soalan ini ditanya jawapan hani satu shj : PENSTORAN! Hehe
Penstoran sangat penting untuk sesuatu ruang lebih tersusun, tak kiralah ruang rumah yang mana satu. Macam biasa yang selalu hani cakap
“Setiap benda mesti ada rumahnya!”
Dan bila ditanya kat mana nak beli barang-barang penstoran ni, mestilah Eco!
Kat dapur hani boleh dikatakan 80% bekas penstoran datangnya dari Eco, dan walaupun harganya Rm2.10, kalau pandai pilih bekas yang bersesuaian mesti akan dapat maksimumkan ruang penstoran kat dapur.
Seperti dijanjikan, Hani kongsikan 10 idea penstoran dapur hani yang datangnya dari kedai Eco.
#1 Bakul
Bakul ialah barang penstoran kegemaran hani yang pertama. Hani suka gunakan bakul dalam satu-satu ruang (rak atau laci) untuk cipta beberapa ruang.
Tips hani untuk beli bakul.
Hani lagi suka bakul bertapak segi empat dari bulat. Lebih menjimatkan ruang dan cantik dari segi visual.
Untuk sesuatu ruang, pilih bakul yang sama bentuk, jenis dan warna supaya lebih seragam.
Pilih sama ada bakul bertutup atau tidak mengikut keadaan ruang dan barang yang diisi dalam bakul.
Bonus kalau dapat pilih saiz bakul yang ngam-ngam muat dalam ruang tu. Hani pernah kongsi tutorial macam mana nak beli bekas yang ngam muat-muat dalam satu ruang tu sebelum ni.
Hani gunakan bakul untuk “pecahkan” satu ruang yang besar (seperti laci) kepada bahagian yang lebih kecil. Kiranya wujudkan laci dalam laci gitu. Supaya barang-barang dalam laci lebih tersusun dan berada di”rumahnya”. Wajib label!
Hani gunakan bakul untuk simpan baking tools dan botol-botol air.
Pilihan bakul di eco.
#2 Bekas tipuware
Barang penstoran kedua yang bagi hani pelbagai-guna ialah bekas-bekas tipuware. Kalau masuk eco, memang rambang mata hani tengok bekas tipuware yang pelbagai bentuk, saiz dan warna.
Sama macam bakul, ni tips hani masa nak beli bekas tipuware.
Hani lagi suka bekas bertapak segi empat dari bulat. Lebih menjimatkan ruang dan cantik dari segi visual.
Untuk sesuatu ruang, pilih bekas yang sama bentuk, jenis dan warna supaya lebih seragam.
Pilih bekas yang boleh ditindih (stackable) untuk menjimatkan ruang.
Tetapkan tema warna dapur supaya senang nak beli bekas-bekas tipuware di eco.
Bekas yang boleh ditindin menjimatkan ruang sebab kita memaksimumkan penggunaan ruang dengan cara menggunakan ruang vertikal.
Pilih bekas yang boleh ditindan dan sesuai dengan saiz ruang. Pastikan setiap bekas dilabel untuk memudahkan mencari barang.
Bekas bekal makanan yang ada pembahagi macam ni hani rasa sempurna untuk letak sabun dan span basuh pinggan. Buat lubang kat tapak bekas utk elakkan bekas bertakung kalau perlu. Bonus sbb bekas ni bertutup, malam-malam lepas siap kemas dapur hani akan tutup bekas ni.
Pilihan bekas di eco yang warna warni.
Hani gunakan bekas eco untuk penyimpanan sayur.
Dan protein.
#3 botol rempah kaca
Botol rempah kaca ni bagi hani nampak mahal walaupun harga nya rm2. Tambah-tambah dengan label. Tapi bahagian besi kat penutup nya cepat berkarat kalau tak betul cara penjagaannya.
Hani dah guna setahun tapi so far masih ok tak berkarat. Ni tips utk elakkan penutup bekas ni berkarat
Bila lap dengan kain lembap (semasa nak bersihkan) wajib lap semula dengan kain kering. Jgn biarkan dia kering sendiri

Jangan letak kat tempat lembap.
Bekas ni pun ada dua bentuk. Satu bertapak segi empat dan satu bertapak bulat.
#4 bekas kedap udara
Hani guna bekas ni utk simpan pes2 yang hani buat setiap hujung minggu. Bekas kedap udara ni buatkan pes lebih tahan lama. Hani guna untuk pes bawang putih dan bawang putih + halia utk pes ni bertahan dua tiga minggu.
Rasa sangat berbaloi dengan harga rm2 dia.
#5 rak pengetus pinggan
Hani simpan pinggan utk tetamu dalam ni supaya bila tetamu datang hani angkut dengan rak ni sekali g basuh dan susun semula kat dalam rak ni.
Pilihan rak pengetus pinggan kat eco.
#6 rak kecil
Rak kecil ni hani rasa sempurna untuk tambah ruang penstoran kat sesuatu ruang. Macam hani letak kat atas sinki ni utk hani letakkan botol sabun dan aksesori sinki. Bahagian bawah hani letak bekas bekal makanan yg hani letak sabun dan span basuh pinggan
Bonus sebab bahagian besi nya diperbuat dr stainless steel. So takkan berkarat.
Kakinya boleh dilipatkan so jimat ruang bila tak digunakan.
#7 jaring besi, s hook dan command hook
Hani gunakan untuk sangkut penapis-penapis hani.
#8 magazine holder
Hani gunakan untuk simpan aluminium foil, cling wrap dan ziplock hani. Hani tampal kat pintu tuk maksimumkan penggunaan ruang kat dapur hani. Magazine holder ni hani beli kat ikea tapi baru-baru ni hani nampak kat eco pun dah jual.
Magazine /book holder kat eco. Boleh balut dengan wallpaper kalau nak custom kan ssesuai dengan dekor dapur.
#9 pants hanger
Hani gunakan pants hanger untuk sangkut plastik sampah yang jenis gulung. Supaya senang nak ambil. Dan juga untuk jemur kain lap yang lembap.
#10 bakul magazine holder
Untuk hani susun botol-botol kegunaan pembersihan dan pencucian.
Semoga mendapat idea dan bermanfaat.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Petua Balut Kaki Dengan ‘Aluminium Foil’ Selama Sejam Bantu Legakan Sakit Sendi, Selesema, Keletihan

Balut kaki dengan aluminium foil. Dengarnya nampak meacam pelik dan sukar nak percayai. Maklum sajalah, ia biasa digunakan di dapur untuk masakan tapi kali ini digunakan untuk rawat masalah kesakitan.
Mungkin rama yang tidak tahu dengan balut kaki dengan aluminium foil selama sejam boleh mengurangkan masalah kesihatan yang dihadapi. Namun, sebenarnya produk ini sangat bagus untuk merawat penyakit seharian kita.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: LESUNG BATU Tahan Lama Tak Mudah Pecah, Rendam Dulu 24 Jam Sebelum Guna!
Petua Paling Simple, Hilangkan Rasa Sakit Lutut Guna Lemon, Buat Dua Kali Sehari
Balut Kaki Dengan Aluminum Foil, Kurangkan Masalah Kesihatan
Membalut kaki dengan menggunakan aluminium foil ini banyak faedah dan kebaikan. Conrohnya baik untuk hilangkan keletihan, melegakan sakit sendi, melembutkan kesakitan akibat melecur dan boleh digunakan untuk membantu menyembuhkan daripada selsema.
Bukan setakat itu saja, ada banyak faedah daripada penggunaan aluminium foil, bukan setakat untuk memasak saja.
1. Ia dijadikan penyelamat untuk menpercepatkan kita menggosok pakaian. Lipat sehelai pakaian di sekeliling sekeping foil dan kemudian seterika. Secara tak langsung, kedutan pada kedua belah bahagian dapat dihilangkan.
2. Gunting tumpul? Tidak menjadi masalah. Jika anda menggunakan aluminium foil, gunting akan menjadi tajam. Apa yang anda perlu lakukan ialah mengambil sekeping foil dan kemudian potong menjadi kepingan yang lebih kecil. Itu sahaja!
3. Selain itu, bagi menghilangkan kesejukan yang teruk, ambil 5-7 helai aluminium foil dan balut kaki. Biarkan selama sejam. Kemudian, tanggalkan dan selepas itu balut kembali kaki. Ulang setiap petang. Selepas 2 malam, akan nampak perbezaan.
4. Bagi yang mengalami masalah sendi, boleh balutkan di bahagian yang sakit sebelum tidur. Lakukan selama 7 malam.
5. Bagi yang mengalami keletihan, letakkan beberapa helai aluminium foil di dalam peti sejuk selama 2-4 jam. Kemudian, letakkan helaian pada muka terutamanya di bahagian kelopak mata dan pipi seperti memakai masker.
Walaupun aluminium foil ini boleh membantu mengurangkan kesakitan tapi pastikan mendapat khidmat nasihat doktor juga.
Mingguan Wanita : Ingatkan aluminium foil untuk memasak saja tapi ada kebaikan lain yang boleh kita manfaatkan.

Sumber: Tips & Tricks
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI