Bersihkan ayam pun ada caranya dan bahagian tertentu yang perlu di buang barulah tak berbau hanyir. Mungkin ada mak-mak yang tak tau, kena pastikan kantung bulat berhampiran tongkeng dibuang terlebih dahulu, sebelum ayam tersebut dibasuh bersih.
“Ada sikit perkongsian tip pembersihan ayam supaya tak berbau najis dan hanyir (bau reban),sebelum ni saya dah share kat wall saya”
“Kalau nak elakkan ayam bau najis, sila buang kantung bulat yang saya bulatkan tu. Kantung tu orang cakap kelenjar tapi memang berbau najis. Kebanyakan kantung tu berbentuk separuh bulat sebab dah terpecah masa ayam diproses.So kena perati betul-betul sebab warna kantung tu macam warna daging ayam, kedudukannya betul-betul kat bawah tongkeng ayam tu. Buang jangan tak buang.”
Ads
“Sepit sikit dengan pisau, pastu tolak je.Kantoi kat kedai makan saya terjumpa mende ni kat ayam goreng depa, patutla bau semacam. Tobat tak pegi dah. Buang juga bahagian-bahagian yang geleber-geleber bawah thigh tu, juga bahagian-bahagian yang anda tak suka dan yang part kotor (paru-paru dia paling kuat bau).”
Ads
Cuci Dengan Tepung Gandum
“Last sekali,cuci ayam pakai air yang dicampur tepung gandum(tepung lain boleh jugak,tapi tepung gandum paling berkesan). Letak sesudu pun dah ok, gaul-gaul dan bilas. Boleh try bau sendiri beza dia sebelum dan selepas,then baru boleh masak apa-apa je yang anda suka yea,gerenti selera sabab dah tak hanyir.
Semoga perkongsian ni berguna untuk semua terutama pada yang belum tau tu yea,selamat memasak semua.
Tip Pilih, Cara Ukur Masa Nak Beli Bra, Rahsia ‘Aset’ Nampak Cantik Terletak.
Setiap wanita mempunyai saiz dan jenis payudara yang berbeza. Memilih bra bukan sekadar cantik pada pandangan mata. Faktor utama yang perlu diambil kira ketika memilih bra adalah ukuran yang tepat serta keselesaan.
Sebenarnya masih ramai melakukan kesalahan ketika memilih bra yang sesuai dan selesa walaupun telah meningkat usia. Kesannya ‘aset’ anda lari bentuknya.
Bagi wanita selepas bersalin, ukuran aset anda juga akan berubah. Maka sebab itulah pentingnya anda memilih bra dengan saiz yang betul. Pernahkah anda mengalami kesukaran dalam memilih bra?
Buat wanita yang telah bergelar ibu amat penting untuk anda memilih dan memakai bra yang betul. Ini bagi memastikan agar aset anda akan kelihatan ‘elok terletak.’ Tentu anda tidak mahu aset anda yang satu ini nampak ‘jatuh’ bukan?
Berikut dikongsikan tip bagi memudahkan anda memilih bra yang tepat.
CARA UKUR SAIZ BRA MENGGUNAKAN PITA UKUR
Anda boleh mengukur saiz bra sendiri di rumah dengan mengambil dua ukuran yang dinyatakan sebelum ini dengan pita ukur.
1. UKUR LILIT BAJU DALAM
Ukur (inci) kawasan pinggang yang terletak betul-betul di bawah lilitan bra anda, bahagian bawah dada. Pastikan anda menarik pita pengukur dengan ketat tetapi jangan terlalu ketat.
2. UKUR SAIZ CUP
Kemudian, ukur di sekeliling badan pada bahagian payudara (di mana puting anda berada). Juga jangan terlalu ketat, cukup pastikan ia tidak terlalu longgar. Catat ukuran dalam inci.
3. KEPUTUSAN (A, B, C ATAU D)
Sebaik sahaja anda mempunyai dua nombor, anda perlu mencari perbezaan antara mereka untuk menentukan saiz cup anda. Saiz cup tolak saiz ukur lilit, perbezaan yang dicatatkan adalah saiz cup anda.
*Jika saiz cup sama dengan saiz ukur lilit, anda adalah cawan A.
*Jika saiz cup 1 inci lebih daripada saiz ukur lilit, anda adalah cawan B.
*Jika saiz cup 2 inci lebih daripada saiz ukur lilit, anda adalah cawan C.
*Jika saiz cup 3 inci lebih daripada saiz ukur lilit, anda adalah cawan D.
*Jika saiz cup 4 inci lebih daripada saiz ukur lilit, anda adalah cawan DD.
*Jika saiz cup adalah 5 inci lebih daripada saiz ukur lilit, anda adalah cawan E.
*Dan sebagainya.
Ukuran ini adalah titik permulaan sahaja. Anda mungkin perlu mencuba banyak bra untuk mencari yang sesuai.
TIP MEMILIH BRA
1. Pastikan jalur memanjang di sekeliling belakang anda berasa tegang tetapi tidak terlalu ketat kerana ia merupakan sumber sokongan utama daripada bra anda. Kebanyakan sokongan harus datang dari jalur bra bukan tali bra.
Pemilihan bra yang salah, akan membuatkan anda berasa sangat tidak selesa dan akan menyebabkan bonjolan atau tanda yang tidak sedap dipandang.
2. Jika cup pada bra kelihatan berkedut atau mempunyai ruang di bawah lengan, kemungkinan saiz cawan terlalu besar untuk anda. Manakala sebaliknya, jika isi di bawah lengan atau bahagian atas cup bra membonjol, itu tandanya bra yang anda pakai terlalu kecil.
3. Kalau anda memakai bra berwayar, jalur bawah di bra harus diletakkan dengan kemas pada sangkar rusuk dan harus duduk tepat di antara payudara anda untuk memberikan ruang pemisahan dan sokongan yang baik.
4. Cuba pasangkan bra pada cangkuk tengah untuk memberi banyak ruang pelarasan, kerana badan anda mungkin berubah.
5. Jangan lupa untuk melaraskan tali bra untuk mencari kedudukan yang paling selesa.
Anda sudah pun tahu cara mengukur dan memilih bra yang betul bukan? Jadi selepas ini tiada lagi masalah untuk membeli bra. Tiada lagi masalah beli bra tapi tak selesa dipakai!
Beras baru beli tak buka pun lagi bungkusannya, boleh ada kutu beras. Seringkali mak-mak tertanya-tanya macam mana boleh ada boleh ada kutu dalam beras, walaupun sewaktu beli beras masih elok, bebas kutu. Bukan apa bila ada kutu beras ni, ia menjadi punca nasi yang dimasak cepat hancur dan tak tahan lama, mudah basi.
Kutu beras / Bubuk / Rice Weevil macam mana dia boleh ada dalam beras kita walaupon pack beras kita tu baru dibeli dan tak bukak pun lagi ?
Jemput baca thread simple ni berkaitan kutu beras dan cara nak basmi.
Kutu beras atau Rice Weevil ni merupakan serangga di dalam kategori Stored Product Pest. Sumber makanan serangga ni adalah biji benih gandum, tepung dan beras.
Bertelur Dalam Beras
Macam mana dia boleh ada dalam beras walaupon beras tu kita baru beli ?
Serangga ni sebenarnya dia bertelur di dalam beras tu sendiri. Dia akan jadikn sebutir beras kita tu sebagai tempat menyimpan telur dia. Caranya adalah dengan menebuk isi dalam beras tu sehingga kosong.
Bila dah sampai tempoh matang serangga ni akan keluar dari beras yang jadi tempat tinggal dia kemudian dia akan meneruskan hidup dengan memakan beras yang lain. Dalam masa yang sama dia akan biakkan lagi telur dia ke dalam beras yang lain.
Sebab tu bila kita jarang masak cepatlah dia keluar, yang rajin masak nasi tu binatang ni tak sempat keluar sebab kita dah masak beras yang ada telur dia tu sekali jadi nasi, dapatlah extra protein ..tapi takde masalah pon kalau termakan telur kutu beras ni.
Cuma kalau beras yang ada masalah kutu ni beras dia cepat hancur, kalau dimasak nasi tu jadi tak tahan lama dan cepat basi sebab dah contaminated.
Cara Basmi Kutu Beras
Macam mana nak keluarkan kutu beras ni ?
Serangga ni dia sangat sensitif dengan suhu.
Paling mudah jemur je tengah panas bawah matahari dalam 15-20 minit. Nanti kutu tu keluar sendiri dari beras. Pasti kan beras tu kita tebar atas talam ya, mudah skit dia nak lari.
Macam mana pulak cara nak elakkan kutu beras ni ?
1. Letak daun Bay Leaves
Daun bay leaves boleh jadi repellent pada kutu beras sebab bau yg dihasilkan.
2. Lada hitam
Biji lada hitam is highly toxic pada serangga ni. Tabur je sikit dalam bekas beras tu.
3. Vacuum Pack
Simpan beras dalam vacuum pack boleh mengelakkan dari telur kutu beras menetas.
4. Simpan beras dalam freezer
Yang ni jarang la orang buat, tapi still berkesan sebab kutu beras sensitif juga dengan suhu sejuk. So dia tak boleh nak hidup lah.
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif #sewingworldgallery
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bunga tulip. Selalu kita tengok dalam video dengan macam-macam warna yang sangat cantik. Mulalah berangan-angan nak ke tempat yang ada tanaman itu sebab ia antara bunga yang berbeza dengan lain.
Lagipun, dengan keadaan cuaca di Malaysia, mustahil untuk kita tanma sendiri bunga tulip. Dikatakan terdapat 100 jenis bunga dan ia hanya hidup di kawasan selatan Eropah, utara Afrik, Asia dan Iran.
Rupanya, kita sendiri boleh tanam bunga tulip di rumah. Ztak perlu ke luar negara pun semata-mata untuk melihat keindahan bunga ini.
Ini cara yang boleh kita buat untuk tanam bunga tulip di rumah.
1. Masukkan bebawang tulip dalam peti ais selama seminggu.
2. Kemudian, Isi botol kaca yang tidak berpenutup dengan beberapa biji batu dan masukkan sedikit air.
.
3. Letak bebawang tulip atas batu tadi. Pastikan bebawang tulip tak bersentuhan langsung dengan air untuk elakkan bebawang dari reput. (Tetapi bebawang tulip perlu dekat dengan air untuk merangsang pertumbuhannya)
4. Letak dalam suhu bilik sahaja.
5. Kalau air makin kurang. tambah sikit demi sedikit supaya air kekal di bawah batu.
.
6. Selepas beberapa hari, akar mulai tumbuh dan menuju ke arah air di bawah batu.
7. Batang tulip akan mula mekar di bahagian atas.
.
8. Lama-kelamaan akan bertukar menjadi tulip dewasa
.
.
Selamat Mencuba!
Mingguan Wanita : Menarik ni. Bolehlah beli benih tulip nanti. Cuba tanam kat rumah dan tengok hasilnya.