Rendam Garam Kasar + Lada Hitam, Badan Segar Tak Letih Angin Keluar Kemain Lagi. Jika badan mulai letih lesu, rasa lemah dan tak segar boleh cuba amalkan rendam kaki dengan garam kasar dan lada hitam ini. Ia salah satu kaedah perubatan Islam terutama yang berkaitan gangguan jin atau sihir. Selain itu banyak manfaat yang lain juga untuk kesihatan diri.

Baca perkongsian pengalaman daripada Puan Fida Firdauz ini sendiri apabila mengamalkannya.

Sajalah nak cite jugak walaupun dah ramai tau. Mungkin ade je yang belum tau. First, ni bukan lah kaki saya. Sumpah! Tip ni pun saya tertengok video Ustaz Hanafi. Dah lama tengok, tapi tak buat pun.
Ni link video

Rendam Kaki Dengan Garam Kasar+Lada Hitam, Badan Segar Tak Letih Angin Keluar Kemain Lagi

Beberapa minggu ni, badan saya rasa lemas dan lemah. Cepat letih, asyik ngantuk aje. Jadi saya teringat video ni dan saya cuba. Memandangkan nak pergi jumpa doktor pun lagi tinggi kos, jadi saya cubalah dulu kaedah #jimatcarabijak ni. Eksperimen sendiri lah gitu.

1. Badan Jadi Ringan

Lepas campur bahan-bahan tu, anak saya seronok main garam tu. Macam main pasir laut dia kata. Saya duduk tenang sambil Selawat.Angin keluar dari badan kemain lagi. Penat jugak lah asyik sendawa je, tapi syok habis. Lega, ringan, nyaman, aman, eh, semua lah rase.

2. Sistem Pencernaan Lancar

Kedua, haa ni best. Saya rasa sistem pencernaan dah ada perubahan yang sangat ketara. Sebelum ni memang ada masalah kencing tak lawas, alhamdulilah lepas buat ni dengan izin Allah, lancar dah segala sistem. LEGA.

Macam tu juga buang air besar, lawas. Kalau dipikir macam tak logik je garam + lada hitam ni ada kesan hebat macam ni.

3. Lutut Tak Lagi Sakit

Ok yang ketiga, lutut kanan ni lama dah agak susah sikit nak lipat.Tak tau apa hal, memang kena paksa baru boleh lipat, tapi sakit la jugak.
Hari kedua saya buat je Alhamdulilah dah boleh rasa perubahan. Lutut dah boleh lipat macam biasa, tak rasa sakit dah.
Allahu, hebatnya kuasa Allah.

IKLAN

4. Tidur Nyenyak

Keempat, ni pun paling best. Tidur memang nyenyak gila. Tak sedar ape dah. Ujan lebat malam pun tak sedar.Bila kita dapat tidur nyenyak, kita akan dapat tidur yang kualiti. Walaupun tidur lambat tapi bangun pagi mudah dan tak rasa macam sebelum ni,lemah je nak bangun.

Lagi satu, rawatan ni macam urus balik masa tidur kita. Biasakan buat rawatan ni sebelah malam. Lepas buat rawatan ni mata pun terbuai-buai, terus nak tidur. Jadi otomatik tidur lebih awal. Kalau tak memang lewat saje tidur.

Orang yang susah tidur atau penghidap insomnia memang saya galakkan cuba rawatan ni.

5. Badan Segar Tak Letih

Kelima, lepas buat rawatan ni memang dapat rasa badan segar dan tak cepat letih lagi. Macam bateri kene cas je.

Ikut kata Ustaz Hanafi , rawatan menggunakan garam dan lada hitam ni juga salah satu cara perubatan Islam terutama yang berkaitan gangguan jin atau sihir. Mengamalkan rawatan ni Insyallah dapat mengelakkan gangguan jin. Jadi sebelum buat tu mulai dengan,

IKLAN

Bacaan Bismilah 5
Selawat ke atas Nabi junjungan.
Ayatul kursi
Niatkan moga Allah sembuhkan penyakit dan gangguan yang ada dalam diri kita.

Modal tak sampai RM10 pun.

Garam kasar 2kg (RM2)
Lada hitam 100gm (RM3.90)

Rendam Kaki Dengan Garam Kasar+Lada Hitam, Badan Segar Tak Letih Angin Keluar Kemain Lagi

Jangan lupa minum banyak air ye. 8 gelas/2liter sehari. Kesan rawatan mungkin berbeza-beza. Apapun, kita usaha sebaiknya. Garam, lada hitam ni semua hanyalah asbab, dan hanyalah sebahagian daripada usaha kita. Kesembuhan hanya datang dengan keizinan Allah.

IKLAN

Sila beli garam yang paling kasar supaya tahan lama.

1. Garam jika campur air maka guna sekali saja. Rendam kaki 30 minit sebelum tidur.
2. Jika buat campuran kering seperti dalam gambar ini maka boleh guna berkali-kali. Ada yang kata boleh pakai sampai 30 kali. #jimat

Moga bermanfaat buat semua.

Mesti Baca:Air Garam & Lada Hitam, Penawar Sakit Kulit 3 Hari Kering Sembuh
Baca Lagi Di Sini:Makan BAWANG PUTIH Berdas-Das Angin Keluar, Legakan Perut Badan Rasa Ringan!
Artikel Menarik:Amalkan Minum Air Daun Sup & Bawang Putih, PETUA Ikhtiar Rawat Darah Tinggi

Mingguan Wanita: Banyak khasiatnya apabila merendamkan kaki dengan garam dan lada hitam ni.Boleh cuba amalkan.

Sumber:Fida Firdauz

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI