Kredit foto: Sinar Harian

Sudah sampai ajalnya, tak terlambat walau seminit. Remaja ini dikatakan cukup ringan tulang bantu mangsa banjir, namun takdir Alllah dia meninggal dunia jatuh perahu ketika menghulurkan bantuan.

Akhlaknya harus diberi pujian, semoga keluarga mangsa tabah menghadapi ujian berat ini. Semoga syurga menjadi balasan buatnya. Al-Fatihah.

Remaja Meninggal Jatuh Perahu

Seorang remaja lelaki maut akibat lemas selepas terjatuh dari perahu ketika membantu memindahkan penduduk kampung di Kampung Manjor di Kuala Krai pada malam Rabu lalu.

Mayat Mohammad Hakimin Rahim, 20, ditemukan oleh ahli keluarganya di dasar sungai pada jam 8.30 pagi Khamis.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Suzaimi Mohammad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10 malam Rabu berhubung kejadian itu dan melancarkan gerakan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Remaja Ringan Tulang Bantu Mangsa Banjir, Meninggal Dunia Jatuh Perahu

Operasi juga disertai pasukan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Krai yang mencari mangsa di lokasi kejadian serta sekitarnya.

IKLAN

Baca Juga Di sini:

“Saya Tak Dapat Turun Padang, Keadaan Tak Mengizinkan” Siti Hantar Bantuan Kepada Mangsa Banjir

‘Masak Berkawah, Memandu Sendiri..’ Agong Prihatin Santuni Mangsa Banjir Di Pahang

Tersangkut Dalam Banjir, Susu Pampers Anak Tinggal Sikit, Jadi Asbab Bantu Orang Lain

IKLAN

Untuk info lebih menarik, klik saja di sini. 

Remaja Ringan Tulang Bantu Mangsa Banjir

“SAR bersambung pada pagi ini (Khamis) dan dimaklumkan mayat dijumpai oleh ahli keluarga di dasar sungai tempat dia terjatuh,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.

Beliau berkata, remaja berkenaan merupakan seorang yang ringan tulang dan banyak membantu penduduk kampungnya semasa berlaku banjir.

“Bagaimanapun, laporan mengatakan mangsa pengsan dan kejang kerana kesejukan serta kepenatan sebelum terjatuh tersebut hanya dapat disahkan oleh doktor.

IKLAN

“Mayat dihantar ke Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai untuk bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematiannya,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua BBP Kuala Krai, Penolong Penguasa Bomba Muhammad Rizwan Ar-Rafee Parsimin berkata, SAR pada malam Rabu berdepan kesukaran kerana keadaan gelap, selain hujan dan air naik di beberapa kawasan rendah.

MW: Pihak MW merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa. Sesungguhnya apa yang dilakukan remaja harus dijadikan contoh kepada anak-anak di luar sana. Tidak semua remaja sebayanya sanggup bersusah-payah membantu orang lain. Walaupun sedih denga napa yang telah berlaku, tentu saja mak ayahnya berbangga dengan akhlaknya.

Sumber: Sinar Harian

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI