luahan nedim

Luahan Nedim Nazri Aziz, suami kepada Nora Danish di instagram jelas menunjukkan rasa kecewa di hatinya apabila dia tidak dibenarkan berjumpa anak hasil perkahwinan pertamanya iaitu Mohamed Nedrin atau Dre.

Nedim menerusi laman sosial Intasgram memuat naik foto bersama isterinya, Nora Danish memberitahu, dia sudah membawa perkara itu ke mahkamah bagi menuntut hak penjagaan sebagai seorang bapa.

“Kepada anak saya Nedrin, ayah mahu awak kuat, ayah mahu awak sihat dan gembira. Hanya Allah mengetahui betapa ayah merinduimu. Tapi tidak mengapa, ayah berjanji tidak akan merosakkan nama kamu ke dalam masalah ini, ayah lakukan ini selepas tidak diberi peluang untuk hubungi dan bercakap dengan kamu.

“Hari ini adalah hari pertama ayah ke mahkamah dan berjanji apa yang ayah mahu ialah separuh hak penjagaan untuk meluangkan masa bersama kamu. Ayah tidak meminta hak penjagaan penuh kerana ayah tahu yang terbaik untuk kamu untuk dibesarkan dengan kasih saya ibu dan bapa,” tulisnya.

Nedim bersedia dan reda apa juga keputusan yang akan ditentukan oleh mahkamah tidak lama lagi, sekurang-kurangnya dia mempunyai bukti bahawa dia telah berusaha memperjuangkan haknya sebagai seorang bapa kepada kanak-kanak itu.

“Saya sentiasa mendengar lagu-lagu kegemaran kami bersama iaitu You Are My Sunshine bagi mengubat kerinduan. Itu sahaja yang membuakan ayah berada dekat dengan kamu. Ayah juga berjanji akan terus memperjuangkan hak untuk menjaga kamu,” ujarnya.

Sementara itu, menerusi Instastory, Nedim menulis luahan seakan-akan ada pihak yang cuba menjauhkan dia dengan darah dagingnya.

“Bismillah, ya Allah, kau tahu yang sebenar dan terbaik, aku reda dan serahkan padamu, manusia jahat yang cuba ingin menjauhkan anak dari darah dagingnya adalah perbuatan keji, tulisnya.

Nedim sebelum ini pernah berkahwin dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Nabilah Khan pada 2011 dan berpisah pada 2013. Pasangan itu dikuniakan cahaya mata iaitu Nezrin berusia lima tahun.

Dia kemudian dengan Nora Danish pada 30 Mac lalu selepas tiga tahun bercinta.

Nora sebelum ini pernah berkahwin dan dikurniakan seorang anak lalaki Putera Rayqal berusia lapan tahun.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI