Masih panas di media sosial tentang penceraian pasangan Muhammad Radzi Abdul Wahid (Ude) yang merupakan pemuzik bebas dan isteri pertamanya, Intan Liyana yang mana dia meluahkan emosinya tidak tahu apa salahnya sehingga suaminya itu sanggup memfailkan permohonan cerai.

Sambil melepaskan apa yang terpendam dan mengalirkan air mata, Intan meluahkan…

“Sampai hari ini, saya masih sayangkan Ude. Bersedia atau tidak, saya terima dan reda lafaz cerai yang akan dibuat suami,”

Netizen Bagi Semangat

Rata-rata netizen dari kaum wanita sangat memahami dengan ujian berumah tangga dan ramai yang turut memberikan kata-kata semangat buat Intan dengan apa yang berlaku.

Apa yang agak mencuit emosi, Intan sempat menyatakan yang Ude seorang suami dan bapa yang baik serta penyayang, hubungan suami isteri menjadi renggang sejak November lalu. Ude pula mengakui sudah mengahwini pelakon Izreen Azminda pada Ogos tahun lalu.

IKLAN

Kalau ikutkan Intan Liyana dan Izreen Azminda hanya sempat menjalani hidup bermadu selama enam bulan.

“Kami sudah tak sebumbung sejak November lepas dan saya masih menetap di rumah yang disediakan Ude bersama anak-anak,” katanya lagi.

IKLAN

Komen Dari Pihak Izreen Tentang Kes Cerai

Berbalik pada situasi Izreen Azminda pula, dia tak nak mencampuri urusan Ude dan Intan sebab rasa dia tak berhak memberi sebarang ulasan mengenai perceraian itu.

IKLAN

“Saya pasti apa saja yang keluar daripada mulut saya akan diputar-belitkan dan dipersalahkan di kemudian hari seperti sebelum ini apabila berita pernikahan kami didedahkan.

“Saya tak pernah bertanya mengenai mereka berdua. Saya rasa itu jalan terbaik bagi mengelakkan konflik.

“Jadi apabila mereka membuat keputusan untuk berpisah, saya juga tak tahu puncanya dan saya tak ada hak untuk mengambil tahu kerana takut nanti disalah anggap dan dipersalahkan kemudian,” katanya memetik dari Harian Metro.

Nota Hakak:

Kita tak tahu apa yang pasangan ini lalui tetapi orang kata, poligami lebih banyak mengundang derita isteri. Malah dalam sesetengah kes, poligami menyebabkan rumah tangga sebelumnya aman damai bertukar gerhana dan porak peranda. Tak semua lah jadi begitu, ada yang berpoligami tetapi hidupnya makin bahagia.

Hmm… Hakak doakan baik-baik moga ujian rumah tangga ini ada hikmahnya. Siapa tahu esok-esok semuanya akan kembali jernih. Dalam surah al-Nisa’ ayat 3, Allah berfirman yang antara lain bermaksud:

“Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka) maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain), dua, tiga dan empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan ) seorang sahaja yang demikian itu adalah untuk mencegah supaya kamu tidak melakukan kezaliman.”

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI