Apabila seorang wanita sudah berkahwin, seluruh jiwa dan raganya hnaya pada suami tercinta. Bahkan hidup seorang isteri, segalanya bergantung pada suami. Segala apa yang nak dilakukan perlu mendapat restu daripadanya.
Bergantung sepenuhnya bukan bermakna isteri tidak boleh berdikari dan tak mampu berbuat apa-apa tanpa suami. Tetapi, sebenarnya, suami adalah tempat untuk dia bercerita atau meluahkan perasaan.
Perasan tak kalau marah macam mana pun, makanan ataus meja tetap ada untuk suami dan anak-anak. Merajuk atau sakit hati, semua kerja rumah siap kan. Suami kenalah faham dan cubalah mengerti perasan isteri, lebih-lebih lagi bila bercakap. Jangan buat ‘dono’ aje.
Apa yang dikongsikan oleh Abu Hurairah Asifa boleh suami di luar sana jadikan panduan. Suami adalah orang yang paling dekat dan dialah yang isteri cari dan tempat untuk bermanja. Betul tak?
Isteri,
Kalau dia lapar, dia akan cari suaminya dulu.
Bila dia nak marah, memang dia tunggu suami dia balik dan lepaskan kemarahan.
Kalau dia bergaduh dengan kawan, dia pun akan cari suami juga.
Ads
Begitu juga dia stress, sebelum dia baling kerusi, dia pergi kat suami cubit dan tumbuk-tumbuk dulu.
Dan, apa saja yang terbuku di hati, kepala, buku lali, muka dan semua anggota, lepasnya pasti ke suaminya.
Itulah realiti wanita yang sedang hidup dengan kita ni.
Suami Lebih Akal
Sebab itu, Allah ciptakan kita sebagai suami ni akal kasi lebih. Jiwa pun ada banyak lebih. Dan kekuatan serta apa saja memang di lebihkan pada lelaki. Baca saja apa firman dalam Al-Quran.
“Lelaki itu pemimpin”
Pegang tu masa isteri buat muka singa, ketika isteri terketar-ketar tahan marah tak beli susu anak kita.
Malah, pegang tu masa isteri tadi cakap sayang, tapi lepas lima minit dia tiba-tiba rasa nak lempang.
Lihatlah nanti bagaimana nanti isteri melalui frasa melawan nafsunya yang amat kuat, tetapi dia berjaya hadapi dengan seorang hero yang bernama suami.
Ads
Sabarnya suami, menyejukkan isteri dan sabarnya suami, membuatkan isteri akan fikir teruknya perangai aku ni.
Jika sabarnya suami, akan menambah cinta dalam hati isteri.
Itulah kekuatannya untuk menolak semua lelaki yang tidak ada kena mengena dalam hidupnya sebagai isteri.
Inilah bahan utama ketika bersembang dengan kawan-kawannya, bila kawannya menceritakan sisi buruk seorang suami, dan dia boleh berkata,
“Sabarlah. Doakan suami kita. Dia kan Allah bagi kita pada”
Itu yang akan keluar dari mulutnya.
Setelah hatinya di didik dengan sabar dan kasih sayang suaminya.
Sebab itu kita yang suami, balik saja rumah, 30 minit pertama adalah menentukan bagaimana untuk berjam-jam kehidupan berumahtangga seterusnya.
Pulang ke rumah, lipatlah lengan baju dan bersedia membantu isteri, buka hati dan bersedia mengisi ruang kosong anak-anak dan isteri.
Ads
Apabila pulang ke rumah, letak sekejap serabut untanya masalah kerja dan senyumlah walau itu amat pahit sebenarnya.
Kalau kita tanya,
“Siapa suruh buat?”
“Nabi kita. Rasulullah saw buat”
Memenangi hati isteri, dengan menjadi sebenar suami.
Bukan sekadar jadi lelaki.
#sweeterapi
MW: Kerana suamilah, orang yang paling rapat dan tempat dia meluahkan rasa hati. Fahamilah wahai suami!
Apabila anak kecil seusia 2 tahun 9 bulan ini memperdengarkan bacaan surah dari Al Quran, Allah.. sejuknya rasa hati yang mendengar. Kita yang orang luar pun dah rasa seronok, mak dan ayahnya lagilah bahagia.
Akui ibunya, Nurul Shahida Lukman, 27 anak tunggalnya itu, Ahmad Ziyyad Bin Mohd Zahir sudah memahami, kenal ABC dan nombor sejak berusia 8 bulan.
Agar lebih dekat dengan jiwa mak-mak, MW menghubungi ibu hafiz cilik ini bertanyakan apakah amalan-amalan yang menjadi sandarannya sejak mengandungkan Ahmad Ziyyad, melalui fasa berpantang sampailah sekarang.
7 Panduan Tanpa Memaksa Anak Usia 2 Tahun Dekati-Hafaz Al Quran
Pertama : Masa Mengandung Saya Pun Baca Al Quran
Sepanjang mengandung saya amalkan membaca Al Quran dan beri Ahmad Ziyyad mendengar audio. Baby dalam kandungan dah boleh dengar dunia luar rahim.
Ini Surah Wajib Dibaca Ketika Saya Hamil
Semasa hamil, ibu ini mewajibkan dirinya membaca surah-surah ini setiap hari. Iaitu surah Al Mulk, Surah Luqman, Surah Yusuf, Surah Maryam dan surah Al Kahfi.
Kedua : Ini Makanan Yang Takkan Saya Ambil Waktu Hamil
Makanan semasa mengandung pun Nurul Shahida menjaga dengan penuh teliti. “Saya tak ambil minuman atau makanan yang ada kandungan kafien, makanan jajan pun saya tak makan.”
Ketiga : Hari Pertama Ziyyad Lahir Ini Amalannya
Dalam tempoh berpantang, tak adalah amalan-amalan yang lain. Saya berpantang macam biasa. Cuma sejak hari pertama dia lahir, saya dah beri dia dengan Al Quran.
Keempat : Pasang Juz Amma Dalam Kereta
Saya selalu pasang audio ngaji. Malah Saya selalu pasang juzz amma dalam kereta. Qari kanak-kanak pilihan saya untuk Ziyyad. Tak pernah pasang lagu-lagu dengan hiburan-hiburan dalam kereta.
Saya tak nak bagi hati dia gelap. Susah nak terima ilmu. Qari favourite Ziyyad, Muzammil Hasballah dan Mishary Rashid. Yang ini saya selalu pasang di rumah sambil-sambil dia main.
Saya gantikan hiburan lagu kanak-kanak dia dengan Al Quran.
Kelima : Ziyyad Sentiasa Dengan Saya
Kerjaya Nurul Shahida sebagai pemilik butik pengantin memerlukan wanita ini bergerak sentiasa. Ziyyad tak pernah ditinggalkan. “Kalau saya pergi setting pelamin pun saya bawa dia sekali.
“Tak pernah tinggal, 24 jam ada dengan saya.”
Keenam : Saya Baca Al Quran Untuk Ziyyad Ikut
Selalu saya baca Al Quran bagi rangsang minat dia untuk ikut baca Al Quran sekali. Lepas maghrib, dia dah tau dah. Selesai saja solat dia akan ambil Al Quran, buka mana-mana surah yang dia nak.
“Saya tolong bacakan sepatah demi sepatah ayat untuk dia ikut. Lama-lama dia jadi lancar dan cam ayat Al Quran itu kat mana mula dan berhenti baca kat mana.”
Ketujuh : Saya Bukan Penghafaz Al Quran, Ziyyad Buat Saya Usaha Jadi Contoh Terbaik
Sejujurnya saya bukan jenis penghafaz Al Quran. Tapi sejak ada anak, saya berusaha untuk menghafaz sekali dengan Ziyyad supaya dia boleh ikut contoh yang terbaik daripada saya dan suami.
Banyak surah-surah yang saya hafal dulu untuk tunjuk ajar dia hafal. Bila Ziyyad biasa dengan Al Quran, ilmu-ilmu lain pun dia senang nak terima. Alhamdulillah sekarang dia dah mula pandai membaca. Alhamdulillah..
Ziyyad Belajar Melalui Persekitaran Sekeliling
12 keping gambar ini antara contoh lain yang mak ayah boleh ikut. Ini cara nak bagi anak lebih peka dengan persekitaran, merangsang kebijaksanaan mereka melalui 6 deria yang ada di sekeliling mereka.
“Dari zaman yadd bambam lagi setiap apa yang yadd tengok dan pegang, umi perincikan benda tu. Ciri seperti warna, bentuk, tekstur, rasa dan bilangan. Tengok kat setiap gambar-gambar umi terangkn satu-satu.”
Banyak lagi perkongsian ilmu keibu bapaan yang dekat dengan jiwa mak-mak yang boleh dicontohi dalam facebook Nurul Shahida.
Semoga mak-mak di luar sana akan dapat mengikut jejak langkah Nurul Shahida yang melatih anaknya dengan memulakan latihan pada dirinya sendiri. Agar diri mak itu sendiri dapat menjadi teladan untuk anak ikuti.
Potato.. Ziyyad suka kentang. Bagi dia sentuh, rasa texture sentuhan. Bagitau ciri potato bulat, warna coklat. Tunjuk kat dia beza kentang saiz besar dan saiz kecil.
Bakul umi nak letak kain pun dia main. Boleh mencirikan bakul ni. Bakul warna hijau @ green. Kat pemegang ni ade warna putih. Bentuk kat lubang tu square.
Set alphabet ni Yadd ada banyak set. Entah la berapa set dah umi beli. Setiap kali gi kedai dia minta beli. Takpe, ada banyak-banyak boleh dia belajar mengeja sambil susun-susun.
Kat butik pengantin umi pun Yadd boleh reka mainan dia sendiri guna benang-benang. Umi nak jahit baju pengantin ni Yadd.
Alif ba ta pun boleh ajar guna benang.
Belajar alphabet guna cotton bud
Ganti nombor 1 yang hilang dengan benang. Dia yang buat sendiri.
Kira guna syiling
Naik dan turun tangga sambil kira secara menaik dan menurun.
Lalu kat sawah padi. Boleh ajar warna. Kalau ada bangau dan lembu kat situ boleh terus tunjuk. Hehe..
Manalah tak sedih bila tahu suami ada wanita lain, tambah pula saat anak-anak sedang membesar. Namun itulah ujian kecil buat wanita ini, apa yang dia lagi tak sangka tetiba suami menyesal dan balik padanya setelah dia bertindak apa yang dinasihatkan ustaz.
Nak tahu lebih jauh cerita ini, baca perkongsian Ustaz Ebit Lew ini…
Seorang wanita sedih suaminya ada wanita lain. Selalu menyakitkan hatinya kerana memiliki ramai kawan perempuan. Paling menyedihkan setelah berpenat menjaga suami dan anak-anak sehingga dewasa suaminya selalu membuatnya sakit hati.
Isterinya menangis dan bertanya apa patut di buat. Dia rasa bodoh dan tiada berupaya lagi. Dia perlukan suami nya dan ayah kepada anak-anaknya. Tapi macam suaminya sudah semakin hilang perasaannya pada keluarga. Katanya Saya dapat rasa akan ditinggalkan suami.
APA PERLU BUAT…
Jawab saya semuanya ada dalam 2 rakaat solat dan doa. Setiap hari nak buat apa-apa atau ada hajat segera solat sunat serta minta dan cerita pada Allah.
Bila kita terbiasa minta pada Allah dengan yakin doa kita sentiasa dikabulkan. Jangan ada syak. InsyaAllah bila dah dapat nanti kita akan terasa jemu nak cerita pada selain Allah. Allah akan sentiasa ada bila rasa cukuplah Allah. Menangis pada Allah. Bila dapat Allah, segalanya yang kita inginkan Allah akan beri dan lebih dari apa yang kita boleh fikirkan. Jaga solat fardhu di awal-awal waktu.
Takdir Allah pagi-pagi sebelum Subuh suaminya menangis dan minta maaf padanya. Suaminya tak berhenti menangis. Suaminya tanya kenapa sayang tinggalkan abang. Sampai hati sayang. Berulang dia merayu isterinya. Rupanya dalam mimpi dia nampak isterinya pula yang curang dan jahat padanya. Dia diberi perasaan yang isterinya tengah rasai. Dia terus berubah dan bertaubat..ya Allah..ya Allah.
Dia menangis masa bercerita. Benarlah ustaz, kita selalu minta selain Allah. Kita ada nikmat yang besar yakni solat dan doa. Allah akan selesaikan semua masalah kita dunia dan akhirat. Kita degil cari yang lain. Kita telah terlupa Allah pemilik segalanya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Anak kecil sebenarnya mempunyai imaginasi yang besar. Dan imaginasi yang besar itulah kelak memandaikan anak belajar cari duit bila besar.
Wanita ini, usahawan Bidara Lab, Farlina Abdul Rahaman berkongsi cerita bagaimana dari sebuah imaginasi dari zaman kanak-kanak mampu menjadikan dirinya cemerlang dan berjaya.
Di kampung, sewaktu saya masih kecil… ada banyak buah buahan yang nenek tanam. Tanpa pengetahuan ibu, saya panjat pokok sejak dari kecil. Saya panjat secara senyap senyap. Sebab, Jika ibu tahu mesti dah kena marah.
Masa tu setiap kutipan hasil buah, saya akan hantar ke kedai cina depan rumah atuk. Uncle cina tu akan ambil buah buah yang banyak saya pungut tu dengan upah yang sangat sedikit. Kadang kadang hanya 20 sen. Paling banyak dapat cuma 50 sen. Dulu, upah 50 sen tu dah kira banyak. Dapat beli macam-macam jenis jajan.
Bila saya di bangku sekolah rendah pula, saya minat sangat nak tolong cikgu berniaga di koperasi sekolah. Tapi, saya tak terpilih untuk membantu koperasi jualan tersebut. Sewaktu saya di sekolah menengah, alhamdulillah saya terpilih untuk menjawat jawatan untuk Ahli Tunas Bestari. Jawatan saya ketika itu ialah sebagai Pengurus Pemasaran.
Masa sekolah, saya perlu cari business apakah yang sesuai untuk dibuat jualan. Masa tu, semua ahli jawatan kuasa bersepakat untuk menjual air tembikai dan buah jambu. Nak tahu berapa jualan kami sehari? Bolehlah geli-geli RM100 sehari. Budak budak sekolah macam ikan piranah beratur nak beli air tembikai fresh.
Tip Didik Anak Mudah Cari Duit
Di situ, saya mulai rasa seronok dapat pegang duit. Di minda saya mulai tertanam mudahnya cari duit. Sehinggalah sekarang, minda saya tertanam perkataan “Mudah cari duit”
Hati hati dengan apa yang kita sebagai ibu ayah tanam pada minda anak-anak. Sentiasa benarkan mereka berimiginasi besar. Sentiasa membenarkan mereka berimpian nak jadi apa sahaja yang mereka mahu.
Benarkan mereka menyentuh dan merasai kereta idaman mereka. Benarkan mereka melukis bangunan impian mereka. Pecahkan tembok pemikiran mereka kecil. Jangan kerana kita takut untuk berimpian. Kita juga musnahkan impian anak anak kita.
Shu Shukri "sekolahkan" Hafidz Roshdi, "dah kalah tu kalahlah, nafkah anak sesen pun tak bagi. Hari ini, di instagram storiesnya, pempengaruh Nurul Shuhada Mat...