Ads

Raya Aidilfitri Mengadu Sakit Perut, Pada Hari Lahir Anak Sulung, Isteri Pergi Buat Selama-lamanya

Isteri Pergi
Isteri Pergi

Berat untuk seorang suami tempuh ujian isteri pergi secara tiba-tiba, raya Aidilfitri mengadu sakit kemudian jatuh pada hari lahir anak sulungnya, orang rumahnya kembali kepada Sang Pencipta selepas disahkan menghidap kanser perut.

Raya Aidilfitri Mengadu Sakit Perut

Raya Aidilfitri Mengadu Sakit Perut, Pada Hari Lahir Anak Sulung, Isteri Pergi Buat Selama-lamanya

Perkongsian itu dimuat naik Shahrizal Mahadi menerusi Threads, yang mengakui tidak menyangka kesakitan dialami isterinya sejak Mac lalu berakhir dengan pemergian insan tersayang.

Lebih memilukan, isterinya, Nurul Afiqah Rahman, menghembuskan nafas terakhir pada 17 April, iaitu tarikh sama dengan hari lahir anak sulung mereka.

“Sekejap sahaja rasa kehidupan keluarga sempurna semula selepas rawatan di Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru selesai. Lebih kurang sebulan.

Ads

“Pada Aidilfitri tahun ini, dia (isteri) mula mengadu sakit perut. Kami sudah pergi ke beberapa klinik, tetapi kesakitan itu tidak berkurang.

“Akhirnya kami ke (hospital pakar) KPJ untuk mendapatkan keputusan dengan lebih cepat. Sekali lagi kami diuji dengan berita yang sangat berat apabila doktor mengesahkan dia menghidap kanser di bahagian perut,” katanya.

Isteri Pergi Buat Selama-lamanya

Raya Aidilfitri Mengadu Sakit Perut, Pada Hari Lahir Anak Sulung, Isteri Pergi Buat Selama-lamanya

Ads

Ujar Shahrizal, meskipun bersedih dengan pemergian pasangan, namun dia tetap bersyukur kerana segala urusan pengebumian isterinya dipermudahkan.

“Percaturan ALLAH itu sangat indah walau berat. Di saat terakhirnya, diberikan peluang yang tidak ternilai untuk berada di sisi (isteri) menemani detik sakaratul mautnya.

“ALLAH hadirkan insan-insan hebat yang membantu menguruskan segalanya. Dipermudahkan pemergiannya pada hari yang paling mulia, penghulu segala hari,” luahnya di medsos.

Ads

Raya Aidilfitri Mengadu Sakit Perut, Pada Hari Lahir Anak Sulung, Isteri Pergi Buat Selama-lamanya

Anda mungkin berminat dengan

Dalam pada itu, Shahrizal turut berkongsi video sambutan hari lahir isterinya yang sempat dirakam pada 25 Mac lalu.

“Video kegembiraan terakhir sempat rakam masa hari lahir isteri, 25 Mac dan 17 April tahun ini, isteri pergi buat selamanya, pada hari lahir anak sulung kami,” katanya.

Sumber: Shahrizal Mahadi

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

Dikhianati Tunang

Dikhianati Tunang Lagi Beberapa Hari Nak Nikah, Ibu Kongsi Anak Ketagih...

Dikhianati Tunang Lagi Beberapa Hari Nak Nikah, Ibu Kongsi Anak Ketagih Alkohol, "Biarlah Dunia Menjauh Ibu Ada...