Tak dinafikan amalan minum air rebusan rempah ratus tertentu dipercayai baik untuk kesihatan tubuh.Menerusi perkongsian Dr Rose Ruziana Samad, beliau berkongsi resipi rahsia minuman semulajadi yang menjadi amalan Prof Muhaya dalam mengekalkan kecergasan diri dan menguatkan imunisasi badan. Mudah disediakan kerana menggunakan bahan-bahan asas yang sedia ada di dapur sahaja.

Baca Lagi Di Sini:
Patutlah Wanita Digalakkan Minum Air Halia Setiap Hari, Punyalah Banyak Khasiatnya
Air Rebusan Halba, Halia & Serai, Petua Hilangkan Kebas Kaki & Tangan Serta Sakit-Sakit Badan

Berikut perkongsian tersebut;

Saya kongsikan RESEPI AIR SIRAMAN PROF. MUHAYA

Menurut Datuk Prof. Dr. Muhaya Binti Hj. Mohamad, Pakar Oftamologi,ramuan resepi Air Siraman ini mampu meningkatkan imunisasi badan kita.

Ramai di kalangan doktor-doktor perubatan dalam PMC (Prof Muhaya Circle) dah minum dan mengamalkannya. Malah, saya juga telah mengamalkannya sejak Prof berkongsi resepi ini dalam grup PMC Batch 1 pada awal Jan 2020.

Ini adalah antara secret recipe yang beliau amalkan yang membuatkan beliau sentiasa kelihatan penuh energi, sentiasa positif dan ceria malah tampak muda berbanding usia beliau.

Elok diamalkan air ini bagi yang ada rasa lemau, kurang semangat, sakit-sakit badan, sakit kepala dan sebagainya.

IKLAN

Jangan salah tafsir ya. Ini bukan air herba atau rawatan tradisional untuk cegah atau rawat Covid 19 tetapi sekadar air rebusan herba untuk kuatkan imunisasi dan daya tahan badan.

Jom lihat bahan-bahannya:

a. Bunga Cengkih;
b. Bunga Lawang;
c. Buah Pelaga;
d. Kunyit Hidup (sebesar ibu jari, hiris);
e. Halia (sebesar ibu jari, hiris);
f. Serai; dan
g. Kayu Manis

Cara menghasilkannya:

1. Masukkan ketujuh-tujuh bahan di atas ke dalam jag atau cawan. Cadangan menggunakan bekas stainless steel untuk kekal tahan. Minum panas atau suam memberi kesegaran.

IKLAN

2. Tuangkan air panas dan biar seketika untuk bahan-bahan sebati.

3. Siap untuk dihidangkan dan diminum.

IKLAN

4. Boleh digunakan banyak kali, hanya perlu menambah air panas bila hendak meminumnya.

Sebenarnya, inilah juga bahan-bahan wajib yang mesti ada dalam kebanyakan menu ibu-ibu dalam pantang dan mereka yang baru lepas menjalani sebarang pembedahan untuk kuatkan sistem imunisasi dan kembalikan tenaga dalaman.

Boleh share penulisan ini untuk manfaat semua.

InshaaAllah.

MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat, sama-sama kita amalkan untuk meningkatkan imunisasi badan dan kecergasan diri.

Sumber: Rose Ruziana Samad