beza jamu herba dan rempah

Ramai orang makan jamu, tapi berapa ramai yang faham perbezaan jamu herba dan rempah ini. Jauh beza sesebenarnya. Cara pengambilan pun tak sama. Dan tak boleh ambil suka suki sebabnya nanti tak jadi kesan apa pun dalam badan. Sudahnya lain pula yang jadi.

Baca perkongsian daripada Puan Nurul Diyana Kamaludin mengenai beza jamu jenis herba dan dari jenis rempah ini. Sebab kadang timbul persoalan bolehkan makan jamu ketika datang bulan? Ramai pengamal jamu keliru. Nak makan ke tak nak makan. Haa.. moga panduan ini dapat membantu memudahkan anda membuat pilihan.

Ramai Tak Faham Beza Jamu Herba Dan Rempah, Sila Hadam Agar Tak Salah Makan Semasa Haid
Puan Nurul Diyana Kamaludin

Sebenarnya Inilah Beza Jamu Herba Dan Rempah

Terdapat 2 jenis perbezaan jamu iaitu jamu jenis herba dan dari jenis rempah.

Ramai Tak Faham Beza Jamu Herba Dan Rempah, Sila Hadam Agar Tak Salah Makan Semasa Haid
Contoh herba rempah yang dari bahan masakan suri.

Jamu rempah : Ianya jamu yang dihasilkan daripada bahan rempah masakan harian. Misalnya ketumbar, halba, lada hitam dan lain-lain.

Jamu rempah boleh dimakan semasa haid (period). Ada juga sesetengah bidan atau pengusaha menjadikannya dalam bentuk kapsul dan dihasilkan secara tradisional. Misalnya kapsul bawang putih dan halia bentong yang boleh dimakan semasa haid.

Ads
Ramai Tak Faham Beza Jamu Herba Dan Rempah, Sila Hadam Agar Tak Salah Makan Semasa Haid
Contoh jamu herba; 7 akar serapat yang berfungsi untuk merapatkan.

Jamu herba : Ianya dihasilkan daripada pokok herba yang tidak digunakan dalam masakan. Misalnya manjakani, kacip fatimah, serapat dan lain-lain.

Jamu herba dilarang untuk memakannya ketika period. Kenapa?

1. Ini adalah kerana herba-herba ini berfungsi untuk mengecutkan rahim. Jadi bila mak-mak makan jamu berasaskan herba dikhuatutu ia akan mengganggu proses pengeluaran darah haid.

Ads

2. Jika darah haid tak keluar sepenuhnya, ia akan mengakibatkan masalah lain seperti keputihan, bau busuk dan senggugut.

Seeloknya ketika haid, amalkan sahaja REBUSAN SERAI DAN HALIA supaya darah keluar dengan lancar.

Selepas bersih daripada haid, bolehlah anda mula berjamu semula.

Ads

Sumber/Foto: Facebook Nurul Diyana Kamaludin

Ketika Amal Jamu Ketahui Juga PANTANG LARANG Yang Anda Tak Boleh Langgar

Tip Pilih Jamu

1. Pilihlah jamu daripada jenis yang mudah larut. Iaitu ketika dimasukkan ke dalam air adakah ianya mudah dilarutkan atau sebaliknya.
2. Ketika mengambil jamu tradisional, teliti dahulu bahan-bahan yang digunakan tidak mengandungi bahan terlarang seperti steroid, phenybutazone mahupun ubat anti-inflamatori bukan steroid (NSAIDS)
3. Carilah yang ada sijil KKM untuk lebih selamat.

Sumber/Foto : Facebook Nurul Diyana Kamaludin

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI