
Setiap pagi tentu tidak lengkap tanpa minum segelas teh tarik. Kalau minum di kedai, gandingan airnya tentulah roti canai. Rasa lemak berkrim dan kaww itu yang membuatkan kita rasa ketagih nak minum.
Ada sesetengah mak-mak fail bila buat teh tarik. Tidak pekat dan rasanya tidak berlemak seperti yang biasa kita minum di kedai. Ada mak-mak yang lebih suka buat dengan teh uncang berbanding serbuk. Maklum saja, nanti nak kena tapis pula.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Cara Buat TEH ROZEL, Simpan Tempat Kering Boleh Tahan Sampai Setahun!
TEH TARIK Kaw& Macam Jual Tepi Jalan, Letak Sikit Esen Vanila!
Info Lebih Menarik DI SINI
Tip Teh Tarik Berlemak
Rupanya, ada rahsia nak pastikan teh tarik berlemak dan sedap. Pertama sekali, nak bagi teh pekat kenalah guna teh serbuk dan paling penting kena letak sedikit garam. Barulah berlemak dan padu.
Ingat, jangan letak garam berlebihan pula. Masin pula
Inilah yang dikongsikan oleh Muhammad Danial Alimin dalam tiktoknya. Nanti bolehlah mak-mak cuba buat di rumah nanti.
@danialalimin TEA TARIK BERLEMAK PADU…apa anda dapat?? #danialalimin #fyp #fyppppppppppppppppppppppp #fypdongggggggg #makanan #minuman #tiktok #tiktokviral ♬ original sound – Muhammad Danial Alimin

Mingguan Wanita : Ada macam-macam cara nak bagi teh tarik sedap. Sesetengahnya rebus dulu tehnya dan kali ini, cara mudah, letak sedikit garam, baru sedap berlemak.
Sumber: Muhammad Danial Alimin (@danialalimin – tiktok)
Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
https://t.me/bangkitwanitaMW
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Habis Ikhtiar Ubat Hospital, Batuk Demam On Off Beransur Pulih Cuba Petua Orang Tua-Tua

Isi Kandungan
TogglePeritnya bila serentak kena batuk, demam yang sekejap baik dan berulang sakit lagi.Badan lesu, rasa sesak didada, pernafasan jadi tidak lancar dan anak tekak pun sakit membengkak akibat kerap batuk. Lebih kasihan bila anak-anak kecil yang kena.
Jika dah cuba macam-macam cara dan ubat tak berkesan, sampai habis ikhtiar guna ubat hospital, mak-mak boleh cuba petua orang tua-tua yang dikongsikan ini. Manalah tau berkesan dan serasi, semoga beransur pulih.
Baca perkongsian daripada D Suraya Osman ini sebagai rujukan;
HABIS IKHTIAR UBAT HOSPITAL.. CUBA PETUA ORANG TUA-TUA
Asbab baiknya batuk Adrian Hakeem (4tahun) yang demam on off almost 4 minggu.Mula-mula dah baik berulang kembali. Baik lusa jadi semula demam panas + batuk sesak nafas.
Ubat batuk,ubat kahak dah dekat 3 botol..sedut gas semua dah buat. Sentiasa mengantuk…lesu tak larat makan pun tak nak.
Saya bertawakal jelah..cuba PETUA MADU (7 Sudu Besar)+ 3 ulas Bawang Putih + ½ Bawang Merah kecil diracik halus.
Rendam/perap 1jam baru guna. (Saya buat lebih masuk peti ais)
Dengan izin TUHAN, beransur pulih. Sekali makan je terus tak demam, kurangnya batuk.
Dah 4 hari amal 3ml sekali makan pagi dan malam sudah memadai.
Ibu mana tak risau anak demam 2 klinik pakar pergi tak baik-baik. Pergi hospital, ubat punggung ubat makan semua bagi. Antibiotik pun makan, tetap tak jadi apa. Hanya berserah kepada Tuhan yang Satu.
Selamat Mencuba! Semoga bermanfaat.
Mesti Baca:Amal PETUA Perahan Limau Kasturi+Kicap, Elok Serasi BATUK Cepat Sembuh!
Baca Lagi Di Sini:Bertahun Amalkan Makan Bawang Putih Bakar, PETUA BERKESAN Setiap Kali BATUK BERKAHAK!
Artikel Menarik:Penting Ambil Tahu Jenis Batuk Yang Dialami & Ubat Sesuai Berkesan Dalam Merawatnya!
Mingguan Wanita: Boleh cuba petua yang dikongsikan ini nanti, manalah tahu serasi batuk pun cepat sembuh.Apa-pun iya sebagai ikhtiar, tak salah untuk kita mencuba.
Sumber: D Suraya Osman
JEANS BURUK JANGAN BUANG, SERTAI KELAS JAHITAN KAMI. BUAT TOTE & SHOPPING BEG
Klik link untuk daftar: https://toko.ideaktiv.com/product/kelas-jahitan-kreatif/

Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery
Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nak BERCUCUK TANAM Kena Ada Hari-Hari Sesuai, Barulah Hidup Subur

Isi Kandungan
ToggleSekarang ni tak kisah tinggal kat kampung atau bandar mesti ambil peluang untuk bercucuk tanam. Kalau di kampung tanahnya luas memang seronok dengan pelbagai tanaman. Tapi, kalau kat bandar, tanam dalam pasu pun dah ok dah.
Biasanya, pokok yang biasa mak-mak tanma tentulah pokok bunga untuk mencantikkan taman depan rumah. Tak kurang juga yang suka menanam pokok-pokok untuk kegunaan memasak seperti serai, kari, ulam raja, cili dan banyak lagi.
Seronoknya, bila masa mak-mak bercucuk tanam, pokoknya tumbuh merimbun dan ‘tak habis makan’ sampaikan boleh bagi sedekah pada jiran-jiran lagi.
Tapi, ada juga yang berkali-kali menanam tetap tidak subur, pokok mati lagi. Kononnya ‘tangan panas’ tak sesuai untuk menanam pokok.
Nak bagi pokok subur bukan hanya dengan meletakkan baja semata-mata. Sebenarnya, kalau nak bercucuk tanam, mak-mak kena tengok hari yang sesuai. Inilah yang dikongsikan oleh Muhaimin Azman. Moga ia boleh dijadikan panduan buat mak-mak dan bolehlah tengok hari apa dan pokok apa yang sesuai untuk tanam.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Tanam Pokok Cili Cara PANGKAS, Tak Perlu Semai, Mudah Dan Cepat Tumbuh
Manfaatkan Masa Anda Di Rumah Tanam Pokok Dalam Pasu, Kurangkan Belanja Dapur
Info Lebih Menarik DI SINI
Bercucuk Tanam Pada Hari-Hari Sesuai
Mak-mak boleh buat rujukan hari-hari apa untuk menanam pokok-pokok kesukaan.
1. Menanam pada hari pokok diciptakan
2. Menanam pada hari tertentu menurut petua melayu
3. Menanam mengikut tarikh bulan bulan melayu
4. Menanam pada peristiwa-peristiwa tertentu
1. Hari Pokok Diciptakan
“ Allah swt telah menciptakan tanah pada hari SABTU, menciptakan di bumi gunung-gunung pada hari AHAD, menciptakan pepohonan pada hari ISNIN, menciptakan yang tidak disukai pada hari SELASA, menciptakan cahaya pada hari RABU, menyebarkan binatang melata di bumi pada hari KHAMIS, menciptakan Adam pada hari JUMAATsetelah asar yang merupakan akhir penciptaan di akhir waktu dari waktu-waktu hari Jum’at yaitu antara asar hingga malam.” (HR Muslim)

2. Menanam Pada Hari Tertentu Menurut Petua Melayu
Ahad : Pokok berbuah kecil seperti limau, rambutan, ciku dan sebagainya.
Isnin : Pokok ubi, ubi kayu, keledek dan sebagainya
Selasa : Sayur sayuran, jagung dan sebagainya.
Rabu : Bunga-bungaan
Khamis : Biji-bijian, kacang, padi
Jumaat : Pokok berbuah besar seperti durian, nangka dan manggis
3. Menanam Mengikut Tarikh Bulan Melayu
Haribulan:
1, 11 dan 21 : Hari Akar – tanaman yang sesuai di tanam ialah yang mengeluarkan ubi seperti keledek, keladi, ubi kayu dan sebagainya.
2, 12 dan 22 : Hari Batang – seperti tebu dan serai
3,13 dan 23 : Hari Daun – seperti sawi, bayam, kangkung
4, 14 dan 24 : Hari bunga – seperti orkid
5, 15, 25 : Hari buah – seperti mangga, kelapa dan jambu
5. Menanan Mengikut Peristiwa
Seperti kelahiran anak, perkahwinan dan sebagainya.
Contoh: Jika menanam pokok kelapa sempena memperoleh anak pertama, maka sesudah anak itu besar kita boleh beritahu pada anak “Inilah pokok sama jadi dengan anak..” sudah pasti dia akan memerhatikan perkembangan pokok itu selari dengan pertambahan umurnya.
MW: Kalau sebelum nie, asyik tak berjaya saja tanam pokok, bolehlah tengokkan tarikh dan hari yang sesuai. Mana tahu menjadi. Sekadar panduan untuk semua.
Sumber: Muhaimin Azman
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tak Nak Minum Air Kosong Ini. Tak Sedap, Rasa Manis…”

Isi Kandungan
ToggleIni kisah air kosong, tetapi minum di luar bukan di rumah. Nak dijadikan cerita minggu lepas saya pergi ke Padang Besar, Perlis. Sebenarnya saya tidak merancang untuk ke sana. Kebetulan selepas balik dari menghadiri majlis pertunangan adik bongsu di Jitra, Kedah, kami terus ke sana kerana sepupu ingin ke Padang Besar.
Apa yang saya hendak cerita ini sebenarnya bukan bertujuan untuk mengaibkan tetapi sekadar untuk mengingatkan.
Siapa yang pernah pergi ke Padang Besar sudah pasti akan tahu suasana di kawasan arked membeli-belah di sana. Ini kali pertama saya ke sana. Apa yang saya lihat adalah seperti apa yang saya jangkakan.
Banyak pilihan kedai boleh dituju untuk membeli-belah. Banyak juga kedai-kedai makan. Apa yang saya hendak ceritakan di sini adalah mengenai pengalaman saya makan di salah sebuah kedai makan di situ.
Kami tiba pada waktu petang. Disebabkan kami ramai, sudah pastilah susah mencari meja makan yang boleh menempatkan kami yang ramai. Saya cuba mencari meja-meja kosong dari satu kedai makan ke satu kedai makan.
Akhirnya setelah berlegar-legar di hadapan deretan kedai makan, saya dapat lihat ada meja kosong. Pada waktu itu dalam hati tidak terfikir soal apa kedai itu jual. Asalkan dapat duduk dan berlindung dari panas matahari, sudah cukup.
Berkaitan soal makan, saya bukannya jenis memilih. Apa sahaja yang halal dan boleh masuk ke dalam tekak, saya boleh terima.
Cuma apa yang saya hendak cerita adalah mengenai kebersihan. Saya tidak kisah makan di gerai asalkan bersih. Berbalik kepada kedai makan yang saya pilih, dari segi luaran kedai itu tidaklah kotor dan tidaklah bersih. Sederhana sahaja.
Jika ikutkan hati memang tidak mahu masuk. Tetapi sebab tidak ada pilihan dan dalam rombongan kami ini ada bayi dan kanak-kanak kecil, terpaksalah mencari tempat untuk mereka berlindung sambil minum.
Selepas pesan makanan, kami menunggu makanan disiapkan. Ketika menunggu makanan itu disiapkan saya terlihat pelayan yang mengambil pesanan makanan kami itu menghisap rokok. Sambil hisap rokok dia mengambil pesanan makanan.Terdengar bisik ayah dan emak di sebelah mengenai pelayan yang menghisap rokok itu.
Jika ikut hati hendak sahaja keluar. Tetapi kami bersangka baik. Mungkin pelayan itu sahaja yang menghisap rokok. Tukang masaknya tidak.
Selepas itu, air tiba. Kami pun mula minum air. Sedang saya minum air, tiba-tiba emak yang berada di sebelah menunjuk kepada saya. Saya lihat apa yang ditunjuk oleh emak. Rupa-rupanya emak melihat cara wanita yang menjual air di hadapan kedai makan itu sedang membasuh cawan.
Saya tanya pada emak, apa yang hendak dilihat. Emak kata wanita itu basuh semula cawan recycled yang sepatutnya dibuang. Bagi pembeli yang membeli, cawan itu boleh dibawa pulang. Saya tidak sangka cawan yang sama yang telah digunakan oleh pembeli yang makan di kedai makan itu akan diguna sama dan diberi pada orang lain.
Cara wanita itu basuh cawan pula saya anggap kurang bersih kerana dia hanya celup-celup sahaja ke dalam air. Sewaktu emak saya basuh tangan di sinki sama wanita itu membasuh cawan itu, emak lihat hanya ada sedikit sahaja sabun. Rupa-rupanya sabun itu digunakan untuk basuh cawan dan juga basuh tangan.
Selain cawan recycled yang diguna semula, rupa-rupanya straw minuman juga telah diguna semula. Rasa loya tekak apabila mendengar kata adik ipar yang kebetulan duduk berdekatan dengan tempat wanita itu membasuh cawan dan straw.Kata adik ipar lagi, straw yang telah dibasuh itu dihantar semula ke bahagian dapur kedai.
Saya tidak mahu menuduh tetapi jika tidak digunakan semula, buat apa straw itu dicelup dalam air dan diletak dalam bekas dan dihantar semula ke dalam dapur kedai? Daripada pengalaman saya, biasanya straw tidak akan dibasuh jika tuan kedai tidak mahu menggunakannya semula.
Nasib baik saya dengar cerita daripada adik ipar saya hanya selepas kami sampai di rumah. Kalaulah saya tahu ketika saya minum sudah pasti akan keluar balik apa yang sedang diminum.
Mendengarkan cerita adik ipar itu juga membuatkan saya teringat apa yang keluar daripada mulut anak buah. Anak buah saya ini memang tidak minum air bergula. Tekak dia hanya boleh terima air kosong.
Patutlah semasa berada di kedai makan itu dia tidak mahu minum air kosong. Dia kata air kosong itu rasa manis. Tidak sedap.

Pada pandangan anda semua kenapa dia kata air kosong itu manis dan tidak sedap. Dalam fikiran saya hanya ada dua tekaan.
Tekaan pertama, gelas yang digunakan untuk mengisi air kosong itu tidak dibasuh sebersih-bersihnya sehingga boleh rasa air gula minuman sebelum ini.
Tekaan kedua, mungkin straw yang digunakan itu masih ada sisa-sisa air gula di dalamnya.
Mungkin ada yang loya tekak apabila membaca ini kan? Pada saya rasa loya itu sudah hilang. Yang ada hanya rasa kecewa.
Saya rasa kisah kami ini bukan hanya pernah dialami oleh kami sekeluarga. Mungkin ada pembaca di luar sana yang turut mengalami yang sama.
Kesimpulannya, selepas ini jika saya mahu masuk ke kedai makan di kawasan sibuk seperti di Padang Besar ini, saya akan lihat dengan lebih teliti terlebih dahulu.
Mungkin hanya kedai yang saya pergi itu sahaja yang melakukan perkara ini. Mungkin kedai makan lain tidak buat perkara sama. Tetapi selepas ini saya akan lebih berhati-hati.
Pesan saya kepada pemilik kedai makan di kawasan tumpuan pelancong sebegini janganlah ambil mudah soal kebersihan. Anda mungkin tidak sedar ada mata yang memandang tanpa sengaja.
Sekali terkena sudah pasti tidak akan mahu terkena buat kali kedua. Fikir-fikirkanlah kesannya pada perniagaan anda dan kesihatan orang ramai.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI