Kita asyik minta anak-anak kecil minum susu tapi jarang kita ingatkan ibu bapa yang sudah tua untuk minum susu. Padahal kita tahu ia penting bagi memastikan tubuh yang sudah tua itu tidak kekurangan nutrisi.
Lagi pun kita sendiri selalu dengar mereka ini mengeluh tentang tubuh badan yang cepat penat dan tak sesihat dulu kan? Dan sebagai anak, kitalah yang kena ambil tahu pilihan susu paling elok untuk orang tua.
Perlu diketahui selain susu formula berasaskan susu lembu yang ditawarkan untuk warga emas di pasaran, susu kambing juga adalah alternatif terbaik untuk diamalkan oleh mereka. Malah Rasulullah sendiri meminum susu kambing dan memelihara ternakan ini.
Kelebihan orang tua yang minum susu
Sebenarnya ada banyak rahsia kebaikan susu kambing yang tidak kita diketahui terutama untuk warga emas. Ia mempunyai sumber kalsium yang sangat baik. Kandungan kalsium dalam secawan susu kambing mampu membekalkan 32.6 peratus nilai kalsium sehari.
Bagi warga emas mengalami masalah kolesterol tinggi susu kambing membantu menurunkan paras kolesterol dan bekerja lebih baik bagi yang memiliki masalah usus. Ini kerana susu kambing kaya dengan asid lemak anti-mikroba.
Ads
Susu ini juga kaya dengan riboflavin yang sangat membantu dalam penghasilan dan pengekalan tenaga di dalam tubuh.Jadi kuranglah ayah dan mak kita mengeluh badan lemah dan lesu.
Menariknya susu kambing juga lebih mudah dihadam, hanya dalam tempoh 20 minit berbanding susu lembu yang memakan masa dua jam untuk dihadam.
Jangan risau tentang alahan kerana susu kambing amat sesuai untuk orang yang mempunyai alahan dan masalah pencernaan.
Masukkan dalam menu sarapan
Bagi menjadikan amalan minum susu kambing satu rutin, mak ayah mungkin boleh memasukkannya dalam menu sarapan. Jika sebelum ini biasa dengan rutin sarapan makan sekeping roti atau sepiring nasi goreng serta segelas susu lembu, apa kata kalau gantikannya dengan susu kambing. Susu kambing adalah pilihan yang lebih sihat terutama apabila ia mentah dan organik.
Sesuai untuk anak juga
Bukan saja baik untuk orang tua, susu kambung ini juga sesuai untuk anak-anak. Kalau ikutkan susu ibu adalah yang terbaik di dunia, tiada tandingannya. Tetapi harus kita fahami tidak semua ibu ada rezeki menyusukan anak sepenuhnya. Jadi susu kambing boleh dijadikan alternatif terbaik untuk diberikan kepada bayi.
Ads
Susu kambing ini boleh diminum dari umur 6 bulan keatas hinggalah orang tua, jadi kita tidak perlu membeli susu khas untuk anak-anak.
Kelebihan Susu Tepung Kambing Harwany Gold Goat
Kalau anda nak menikmati susu kambing tanpa was was, boleh memilih dengan susu kambing keluaran Harwany. Selain telah mendapat pengiktirafan daripada Jakim, Susu Kambing Gold Goat keluaran Harwany juga tiada bau hamis kambing dan tanpa gula tambahan.
Setiap pek Gold Goat mengandungi 18 paket dan boleh didapati dalam dua perisa iaitu Perasa Asli dan Coklat dengan tawaran harga RM24.90 dan RM26.90.
Ads
Bagi yang ingin lebih khasiat, Harwany juga menawarkan Susu Kambing Gold Goat sejak Oktober 2017 lagi. Produk ini boleh didapati di Guardian, AEON, Farmasi dan Kedai Jamu terpilih di Malaysia.
Mungkin ada yang rasa harganya sedikit mahal daripada susu lembu tetapi kalau manfaat yang diberi jauh lebih baik, apa salahnya pilih susu kambing.
Dalam pada itu pengeluar produk susu kambing Harwany juga telah melantik pengacara TV dan penyampai radio IKIM FM Muhammad Tajdid Hadhari Romli sebagai menjadi duta produk Susu Kambing Harwany Gold Goat.
Menurut pengurusan pihak Harwany, pelantikan Hadhari sebagai duta produk bersesuaian dengan imejnya dan sesuai menjadi ejen promosi. Ini secara tak langsung akan meningkatkan dan merancakkan lagi sektor perniagaan industri minuman kesihatan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Trend “jual diri” sewa jadi kekasih di hari raya, bayar RM80 dapat pegang tangan. Jaga maruah perempuan walau trend hanya gurauan. Di media sosial, terutama di twitter kecoh tentang sewaan menjadi kekasih di hari raya.
Di mana gadis yang merasakan diri “hot market” dan memiliki wajah menarik memberanikan diri menyewa diri sendiri untuk dibawa pergi beraya dan rumah terbuka.
Trend “Jual Diri” Sewa Jadi Kekasih Di Hari Raya
Dengan hanya bayaran antara RM200-RM250, iklan “menjual diri” ini meletakkan ciri-ciri seperti boleh berlakon menjadi girlfriend, friendly, pandai berborak, boleh betulkan sampin/ songkok/ rambut, tukang dengar masalah, boleh suap makanan dan extra charge RM80 jika nak pegang tangan.
Sekali pandang, ia dilihat seperti ada unsur-unsur gurauan kerana dari tweet di media sosial, baik gadis bertudung dan free hair turut mengiklankan perkhidmatan ini dan disebar luas di media sosial.
Tetapi kalau benar ia gurauan, perlu diingati malu itu adalah sebahagian dari iman. Zaman Jahiliyah dahulu, mereka menanam anak perempuan kerana dianggap beban sehinggalah kedatangan Islam yang memuliakan golongan ini dan meletakkan darjat mereka ke tempat tertinggi.
Tetapi semakin menghampiri penghujung dunia, gurauan meletakkan maruah perempuan ke bawah tapak kaki.
Dari satu tweet @Amirul Ruslam, katanya, sewa diri jadi kekasih ini adalah trendyang merosakkan sifat malu seseorang muslim.
Dengan tambahan lain @add on RM10, R70,RM80 dah dapat pegang tangan. Begitulah murahnya maruah dan kehormatan diri kita.Katanya lagi, no wonder hilang dara/teruna kerana berzina makin dianggap suatu kebanggaan.
Ntah lah, bagi aku trend/gurauan “sewa diri jd + 1” adlh trend yg merosakkn sifat malu seseorang muslim itu.
— 𝙍𝙈𝙄𝙍𝙐𝙇 (Inni Mutazawwij) (@AmirulRuslam) April 26, 2023
Apa yang menusuk dari kata-katanya bahawa perempuan jangan nak demand tinggi-tinggi hantaran kalau semurah ini.
Ini kalau jenis perempuan dah pernah “dipegang” ni duit hantaran kahwin pun dah tak yah la minta tinggi2 ye.
Yg lelaki yg bt service + 1 ni pun tak pyh nk demand ciri2 isteri yg baik lebih2.
Yela kan, maruah & kehormatan diri sendiri pun dijual sekitar RM10-90 je.
Sedar diri.
— 𝙍𝙈𝙄𝙍𝙐𝙇 (Inni Mutazawwij) (@AmirulRuslam) April 27, 2023
Carian Mingguan Wanita juga dapati selepas trend ini tular, ia menerima kecaman yang banyak dari orang ramai. Dan akaun twitter gadis-gadis yang mengiklankan diri juga sudah dinyah aktifkan selepas bertalu-talu menerima kecaman.
Kalau buat sos sendiri, ini akan jimatkan kos kaum mak-mak yang ada keluarga besar dan sangat berguna kalau anda ada niat nak berniaga sebab semua resepi yang dikongsikan Puan Rohaizan Saari sangat mudah!
Macam mana buat, mak-mak boleh rujuk bahan-bahan apa yang diperlukan, nanti boleh buat stok dalam peti di rumah.
Mayonis, sos lada hitam, sos cili semuanya saya buat sendiri, jimat! Lagi-lagi kalau buat untuk berniaga ini semua nak save… buat sndiri terjamin kebersihannya. Dapat pujian sedap dan kekalkan rasanya!
Tak perlu beli lagi. Kalau nak kuantiti yang banyak gandakan je ye resepinya.
Kuantiti resepi yang saya share ni tak banyak, mayonis dan sos chili, boleh tahan dalam sebulan kalau simpan dalam freezer. Black papper saya tak pasti, saya berniaga jadi tak sempat simpan lama dah habis!
Saya buat lagi, seminggu 2 kali buat kuantiti seperti dalam gambar tu. Cuba sikit dulu, kalau ok baru buat banyak ya kawan-kawan.
Mayonis
Telur 4 biji (yang belum dimasak, ambil putih dan kuning telur sekali)
Gula 4 sudu besar
Garam satu sudu besar
Lemon separuh biji (air perahan lemon, kalau tak ada boleh gantikn dengan sesudu besar cuka makan)
Minyak masak 2 cawan.
Ketahui Cara Buat:
Masukkan semuanya kecuali minyak dan blend, bila dah sebati baru masukkan minyak dan pastikan blend hingga putih likat.
Kemudian masakkn dengan api yang paling kecil kacau hingga pekat. Jangan sampai mendidih pula ye. Ikut pekat yang kita mahu je. Dah sejuk blend kan untuk dapatkan tekstur yang halus… siap!
Resepi sos black papper
2 sudu lada hitam direndam slme 4 jam (kalaau nk rasa lebih pedas boleh lebihkan) diblend dgn air rendaman tu sekali..
Tepung gandum 3 sudu besar
1 biji Bawang holland dicincang
Kiub ayam seketul
Air secawan
3 sudu besar butter
Sos lada hitam 2 sudu besar (tak ada pun tak apa)
Sos tiram 2 sudu besar (kalau x nak isi pun tak apa)
Kicap 2 sudu untuk warna (tak isi pun tak apa)
Ini cara-cara:
Cairkan butter.
Masukkn bawang dan lada hitam sehingga naik bau dan masukkn tepung kacau-kacau hingga sebati. Masukkn air dan kiub ayam. Kemudian kicap untuk warna yang kita mahu. Masuk gula jika mahu, garam dan serbuk perasa. Masak hingga kepekatan yang kita mahu… siap!
Buat Sos Cili Thai
Lada besar 10biji (buang biji)
Lada kecil merah 5 biji (kalau nak pedas boleh lebihkan)
Bawang putih 3 @ 5 ulas
Gula secawan (boleh lebih dan kurangkan jika mahu)
Tepung jagung 3 sudu atau lebih. Untuk memekatkn (bancuh bersama sdikit air)
Garam sdikit
Cuka 2 sudu besar
Air 4 cawan
Cara Untuk Buat:
Lada diblend dengan bawang putih.
Masukkan dalam periuk dan masak sehingga didih. Kemudian masukkn gula cuka garam sedikit. Air 4 cawan (boleh lebihkn) dan bancuhan tepung jagung. Kacau hingga kepekatan dan ikut kemanisan yang kita mahukan. Siap.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pelakon cantik, Rozita Che Wan yang lebih mesra dengan panggilan Che Ta alami cedera terseliuh kaki. Katanya, ‘betullah malang tak berbau. Benda kalau sudah hendak jadi, apa daya kita hendak menghalangnya.’
Kerana seorang pelakon tambahan yang terpijak kain Che Ta, ibu kepada Aaisyah Dhia Rana ini terjatuh sampai terseliuh kaki kirinya di set pengambaran drama Dayang Senandung, yang dijalankan di sebuah hotel dekat Puchong.
Katanya, waktu itu dia melakonkan babak dikerumuni peminat. “Depa rempuh betui-betui macam main rugbi. Lutut dah berbalut.” Itulah yang buatkan Che Ta jatuh. Ia juga memberi kecederaan kepada bahagian lututnya.
Bukan saja berbalut lutut, malah Che Ta terpaksa menggunakan tongkat dan diberi cuti selama seminggu untuk berehat.
“Huru-haralah jadual saya selepas ini.”
Rozita Che Wan di set pengambaran drama Dayang Senandung bersama pelakon Hun Haqeem.
Redha Dengan Ujian
Walaupun, kaki terseliuh Che Ta tetap redha dengan ujian yang menimpa dirinya. Malah, kongsinya di instagramnya, sakit itu penghapus dosa.
“Orang yang sakit juga selayaknya semakin bergembira mendengar berita ini karena kesusahan, kesedihan dan rasa sakit karena penyakit yang ia rasakan akan menghapus dosa-dosanya.”
Dan biar pun dalam keadaan sakit-sakit itu, Che Ta tetap kelihatan cantik menawan. Memang tak de sapalah boleh lawan. Anggun jelita gitu.
Sehinggakan bila Che Ta kongsi gambar bertongkat di instagram, ramai yang memuji gaya ‘letoopan’ Che Ta tu. Artis lain pun tak mengagumi kecantikan ibu anak tiga yang kekal anggun sentiasa.
Masih dalam keadaan tak sihat ini, Che Ta tetap bersedia untuk berlakon drama Dayang Senandung. Katanya, jika pengarah benarkan dia menjayakan babak dalam keadaan duduk, dia sedia melakukannya.
“Cuma saya kena tengok keadaan dan perkembangan lutut ini. Saya juga tak mahu menyusahkan produksi dan tak selesa bertongkat di set.”
Shu Shukri "sekolahkan" Hafidz Roshdi, "dah kalah tu kalahlah, nafkah anak sesen pun tak bagi. Hari ini, di instagram storiesnya, pempengaruh Nurul Shuhada Mat...