Sekejap sahaja masa berlalu, rupanya sudah hampir 2 minggu penyanyi kesayangan ramai Datuk Seri Siti Nurhaliza,39 telah menjalani tempoh berpantang.Berita gembira yang dikongsikan oleh ibu kepada Aafiyah ini, beliau telah berjaya menurunkan berat badan sebanyak 14 kilogram hanya dalam masa 15 hari.
Menerusi laman Instagram miliknya, rahsia penurunan berat badan yang cepat oleh isteri kepada Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa ini disebabkan banyak berjaga dan puterinya kuat menyusu.
“Alhamdullillah, Harini hari ke 15 ibu & Siti Aafiyah selepas bersalin Dato’ Dr. Vernon (doktor Aafiyah) & Datin Dr Suhaiza(Doktor Siti) gembira dengan perkembangan kami berdua.Ibu gembira sebab dah susut 14kg sebab berjaga & Aafiyah kuat minum susu ibu. Terima Kasih anak ibu tolong ibu.Alhamdullillah.”
Sementara itu,Duli Yang Maha Mulia Tengku Puan Pahang juga sudi mencemar duli menziarahi Siti Aafiyah, selain rakan selebriti daripada negara jiran, pendakwah Oki Setiana Dewi serta pereka fesyen Dato’ Jovian Mandagie dan isteri Datin Nina Ismail Sabri.
Tidak dapat dinafikan selain menjaga pemakanan, penyusuan susu ibu memang dapat membantu mak-mak menurunkan berat badan dengan cepat sewaktu dalam berpantang.Semoga Datuk Seri Siti Nurhaliza, dapat kembali langsing dan mencapai berat badan yang diimpikan.
Nooryana luah perasaan rindu, “sentiasa menunggu kepulanganmu tak kiralah selama mana masa diambil.
Nooryana Najwa Najib, puteri tunggal kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membuat satu hantaran sedih bercampur rindu terhadap papanya di insta stori miliknya.
Nooryana Luah Perasaan Rindu
Dalam hantaran tersebut, Exco Pergerakan Puteri UMNO ini memuat naik gambar ayahandanya berbaju warna merah sambil meletakkan instrumen piano lagu berjudul ‘Fix You’ nyanyian Coldplay.
“Sentiasa Menunggu Kepulanganmu, Tak Kiralah Selama Mana Masa Diambil…”
Hantaran dimuat naik oleh Nooryana atau mesra disapa Yana itu dan menulis sentiasa menunggu kepulanganmu tak kiralah selama mana masa diambil.
Hari ini, Lembaga Pengampunan telah memendekkan hukuman penjara terhadap Najib kepada enam tahun dan tarikh beliau dibebaskan adalah pada 23 Ogos 2028 berbanding 12 tahun yang dikenakan sebelum ini.
Dalam surat edaran kepada media, Mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kali ke-61 yang bersidang pada 29 Januari lalu turut mengurangkan denda kepada RM50 juta berbanding RM210 juta sebelum ini.
“Najib dipersetujui untuk dibebaskan pada tarikh pembebasan awal iaitu 23 Ogos 2028 dan denda perlu dibayar iaitu sebanyak RM210 juta dikurangkan kepada RM50 juta.
“Sekiranya denda tidak dibayar, tempoh penjara Najib akan ditambah setahun di mana tarikh pembebasan beliau pada 23 Ogos 2029,” katanya dalam kenyataan.
Pada 28 Julai 2020, Najib disabit oleh Hakim Nazlan Ghazali, yang ketika itu hakim Mahkamah Tinggi, kerana salah guna kuasa, pengubahan wang dan pecah amanah jenayah dalam kes SRC International, melibatkan dana berjumlah RM42 juta.
Dalam pada itu, Urusetia Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya berkata, sebanyak lima kertas pengampunan termasuk permohonan Najib telah dipertimbangkan oleh Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah.
Suka Dengar Nasihat Mak Jenny Ni! Jangan Lupa Solat & Buat & Buat Baiklah Dengan Mak Ayah
Allahu suka dengar nasihat Mak Jenny! Memang sangat bermakna buat anak-anak di luar sana. Jangan lupa solat dan ingatlah berbuat baiklah pada ibu bapa insyaAllah hidup akan diberkati Allah SWT.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ibunya tak ada tanda-tanda sakit, cuma sakit perut tiba-tiba. Kemudian anak ini, Umira Morad bawa ibunya ke klinik. Sampai rumah dia pun siapkan bubur nasi untuk ibu.
“Mak makan sikit je.. tak sampai 2 sudu pun.” Anak ini tak sedikit pun menyangka. Itulah suapan terakhir ibunya sebelum dijemput Ilahi untuk selamanya.
Sebak baca catatan anak ini.
Bubur Nasi Terakhir Untuk Mak
Mak pergi jua 12122020. Dari khamis mak tak lalu makan. Mak cakap sakit perut.. muntah-muntah tapi takda sisa. Angin ja keluar.. bawak mak gi klinik, doc cakap gastrik. Balik rumah sama jugak macam takda perubahan.
Jumaat tengahari buat bubur kat mak. Mak makan sikit-sikit ja tak sampai 2 sudu pun. Tengok mak makin tak boleh tahan. Mak dah mula cakap yang bukan-bukan.
Decide bawa gi hospital. Kena admit 2.45 pagi mak cakap mak lenguh. Tak boleh tidur. Duduk salah, mengiring salah, semua serba tak kena. Tak lama lepas tu tiba-tiba mak sejuk. Mak cakap, “Manja awat sejuk sangat ni.” Tiga helai selimut nurse bagi. Ketar-ketar mak bergegar katil wad.
Picit kaki mak, urut belakang mak, pegang tangan mak, peluk mak.
Mak cakap, “Manja mak lenguh ni.”
“Ya mak, cheq picit mak..”
Pukul 4.45 pagi tiba-tiba mak senyap. Mak dah tak gerak. Doc bagitau jantung mak dah berhenti 25 minit dan dorang bantu dengan alat mesin dorang.. doc bagitau suruh bagitau keadaan mak kritikal pada semua family terdekat. Mak pergi usia 68 tahun jam 10 pagi.
Doc sahkan jangkitan kuman usus. Doakan arwah mak ya, SITI MERYAM BINTI ZAKARIA @ SITI MERYAM ANAK EMBUN.
Innalillahiwainnailahirojiun
al-Fatihah
Arwah Mak Pergi Senyum Ja..
Jelas anak ini lagi, catatannya ini sekadar mahu berkongsi kenangan bubur terakhir ibunya. “Takda niat nak raih simpati atau meratap kematian.
Cuma Mira rasa perlukan sokongan untuk terus kuat. Perlukan ruang untuk lepaskan apa yang terbuku di hati.”
Katanya, ibunya sakit sekejap sangat. “Sekelip mata mak yang dicintai pergi. Rasa kelan dunia hanya Allah ketahui. Arwah mak pergi senyum ja..macam tengah tidur. Muka mak bersih bersinar ja tengok.. mandikan mak pun mudah. Orang mandikan mak cakap sendi-sendi mak lembut senang nak mandikan. Sempat ambilkan wuduk tuk mak buat kali terakhir.
Orang yang mandikan mak juga sedekah semua upah yang depa terima, depa bagi balik depa sedekah untuk mak.
Sembahyangkan jenazah mak pun budak-budak tahfiz turut serta sekali solat dan mendoakan mak.. terima kasih semua yang mendoakan mak, yang uruskan jenazah mak, yang hadir tengok arwah mak.. terima kasih sangat-sangat.
Mira pernah kehilangan arwah akak dan abang.. yes kami 3 beradik saja. Lepas akak dan abang takda memang Mira jaga mak ayah.. Cuba semampu boleh tunaikan apa yang mak ayah nak. Teringin nak makan apa cepat-cepat belikan. Jangan tangguh-tangguh. Sekarang mak dah takda.. mak dah pergi ikut arwah abang dan akak. Doakan Mira serta keluarga untuk kuat terima ujian ni.
Hidup mesti diteruskan. Percaya qada qadar Allah. Allah uji sebab Allah sayang.. Allah uji sebab Dia tahu kita mampu. Alhamdulillah Mira bersyukur. Sekarang tinggal ayah sendirian. Mira akan jaga ayah.. akak, abang, mak jangan risau.. manja akan jaga.
Manja tu nama panggilan mak selalu panggil.. dah takda sapa lepas ni panggil manja dah.
Terima kasih korang hadir dalam komen untuk berikan kekuatan pada kami sekeluarga.. TQ suami tersayang, sebab awak saya kuat.
To anak-anak sedara kaklong, kakngah, abang chik, sama-sama tolong maksu jaga tokwan na.. Tu ja satu-satunya kekuatan yang kita ada sekarang ni.”
MW : Sebak kisah bubur nasi terakhir untuk mak ini. Al Fatihah.. semoga Allah ampunkan dosa-dosa Allahyarham SITI MERYAM BINTI ZAKARIA @ SITI MERYAM ANAK EMBUN dan tempatkan rohnya di kalangan orang-orang beriman.
Bila bercuti atau out-station, tempat penginapan yang paling mudah dan senang untuk kita bermalam tentulah hotel atau motel, bergantung kepada bajet juga kan. Boleh dikatakan anak-anak pun suka tidur hotel.
Namun, dalam keseronokan menginap di hotel, motel mahupun mana-mana tempat penginapan sekalipun, kita kena juga hati-hati. Bimbangnya ada kamera tersembunyi.
Bukan tidak percaya dengan hotel-hotel yang ada tapi sekadar untuk peringatan, mungkin ada orang yang ambil kesempatan. Jadi, kalau nak menginap di mana-mana tempat penginapan, kena hati-hati terutamanya bimbang ada kamera tersembunyi.
Ada cara dan teknik untuk kita mengesan adanya kamera tersembunyi dalam bilik hotel, motel atau mana-mana tempat sekalipun. Boleh ikut panduan ini.
Kita tak tahu mungkin ada rumah persinggahan, hotel, motel atau tempat penginapan kamera tersembunyi. Tapi, ada cara mudah untuk tahu bilik kita menginap itu ada kamera atau tidak.
Caranya:
1. Sebaik sahaja memasuki bilik hotel, tutup lampu di dalam bilik hotel
2. Keluarkan telefon pintar dan buka kamera.
3. Pilih pada bahagian video dan tekan rekod.
4. Bergerak sekeliling bilik dan rakan semua lampu atau segenap ruang.
5. Apa yang perlu dicari ialah LAMPU MERAH dalam video. Jika melihat lampu merah bermakna terdapat kamera dalam kedudukan itu. Kamera video mampu menangkap pencahayaan infra merah denga mudah.
Mingguan Wanita : Moga kita terselamat dari penganiayaan begini.
Jom jadi vendor akak-akak bakers biskut raya terpaling sedap dan meletup di FIESTA HOMEBAKER USHA-USHA BISKUT RAYA anjuran Mingguan Wanita dan CSR Sugar.
Isteri pelik bekas suami tuntut rumah jadi harta sepencarian, "sesen tak bayar tolong drill langsir saja. Seorang wanita tampil meluahkan rasa terkejut dan kecewa...