PENGIRAN Muda ‘Abdul Mateen Bolkiah selamat bertunang dengan pasangan pilihannya, Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah pada Selasa di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan, Brunei hari ini.
Majlis Istiadat Menerima Tanda Diraja dan Pertunangan Diraja berlangsung dengan rombongan Pengantin Diraja Lelaki menyampaikan hantaran pertunangan dikenali sebagai ‘Tanda Diraja’.
Ads
Foto: @support.anishaik
Istiadat Menghantar Tanda Diraja dan Pertunangan Diraja berlangsung dengan rombongan Pengantin Diraja Lelaki menyampaikan hantaran pertunangan dikenali sebagai ‘Tanda Diraja’ kepada rombongan Pengantin Diraja Perempuan.
Yang Amat Mulia Pengiran Maharaja Setia Diraja Sahibul Irshad Pengiran Abdul Rahim mengetuai delegasi Pengantin Diraja Lelaki.
Ads
Foto: Borneo Bulletin/RAFI ROSLI
Majlis disempurnakan mengikut adat dan tradisi Diraja Brunei. Turut berangkat ke istiadat tersebut ialah Yang Amat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik Sultan Hassanal Bolkiah.
Istiadat perkahwinan pasangan diraja itu akan berlangsung selama 10 hari, dimulakan dengan Majlis Istiadat Bersuruh Diraja, yang berlangsung pada Ahad lalu.
Ads
Foto: @support.anishaik
Dijadualkan majlis pernikahan pasangan ini akan berlangsung pada 11 Januari. Acara puncak iaitu Majlis Bersanding Pengantin Diraja akan berlangsung di Istana Nurul Iman pada 14 Januari.
Pasangan diraja itu kemudian akan menyertai perarakan mengelilingi ibu kota Brunei, Bandar Seri Begawan, manakala majlis resepsi pula dijadual diadakan pada malam 15 Januari.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Misteri ketukan pintu di Kuala Pilah, wanita kongsi nampak lembaga hitam seram merangkak tepi rumah. Misteri kejadian pintu di rumah penduduk di Kampung Kepis, Kuala Pilah semakin menyeramkan apabila seorang penduduk ternampak lembaga hitam menyerupai manusia malam.
Jika 10 hari lalu, hanya bunyi ketukan menggangu malam mereka, kali ini makhluk seram itu memunculkan diri dan dilihat merangkak di tepi rumah seorang penduduk.
Menurut Haslinda Hassim, 54, mendakwa ternampak makhluk berkenaan ketika berada di luar bahagian dapur pada 9.40 malam, sebelum lembaga hitam itu menghilangkan diri dalam gelap.
“Sebelum itu, anak sulung berusia 17 tahun keluar manakala saya hanya bersama seorang lagi anak berada di rumah. Tidak lama kemudian anak sulung menghubungi saya memaklumkan supaya menutup semua pintu dan tingkap kerana ada sebuah rumah yang sudah diganggu.
“Kemudian anak balik bersama kawannya dan menyuruh saya buka pintu dapur. Tiba-tiba kami terdengar bunyi seperti objek jatuh di bahagian hadapan rumah,” katanya ketika ditemui di rumahnya Kampung Kepis Hilir, di sini, hari ini.
Memetik laporan Harian Metro, jelasnya, disebabkan rumahnya tinggi, dia melihat dengan jelas ke arah objek jatuh berkenaan dan ternampak lembaga dalam posisi seperti merangkak.
“Pada mulanya saya menyangka ia hanya ilusi atau trauma yang dialami sebelum menoleh sekali lagi. Kali kedua melihatnya, lembaga itu juga menoleh ke arah saya sebelum bangun dan lari ke arah jalan besar dan hilang dalam kegelapan,” katanya.
Menurutnya, sehingga awal pagi tadi, sudah empat kali rumahnya diganggu dengan kejadian terakhir 2.30 pagi tadi yang mana ‘dia’ mencakar dinding serta bunyi seolah cuba mengumpil tingkap kaca.
Sementara itu, seorang lagi penduduk, Mariam Johit, 67, berkata, anaknya sempat bertentang mata dengan lembaga berkenaan selepas terdengar pagar rumah seperti digoncang.
“Ini kali kelima rumah kami diganggu. Malam tadi ketika saya bersama dua anak dan cucu berada di rumah kira-kira 9 malam, kami terdengar pintu pagar di hadapan rumah digoncang.
“Anak (Noreennor Mohd Noor, 38) menyelak langsir dan ternampak ‘dia’ berdiri di luar rumah. Anak jerit, ‘orang mak’ sebelum dia bergegas membuka pintu dan keluar, namun mahkluk itu lari ke arah tepi rumah.
“Anak dengar bunyi tapak kaki berlari sebelum ia hilang begitu sahaja. Malah ahli keluarga berdekatan dan penduduk kampung yang mengepung rumah kami tidak menemui sebarang jejak,” katanya.
Sementara itu, anak Mariam, Marina Mohd Noor, 47, berkata, ada pihak yang mempermainkan cerita mengenai gangguan itu sedangkan mereka sekeluarga tertekan dan tidak dapat tidur malam.
“Kami tidak cukup tidur kerana takut, Noreennor terpaksa mengambil cuti, anaknya pula dimasukkan air di hospital kerana kejadian ini. Malah anak-anak kami tidak bersekolah kerana takut dan penat.
“Perkara ini tidak kena pada batang hidung sendiri, mereka boleh mempersendakan cerita ini. Kami bukan mencari publisiti dengan mereka cerita seperti ini,” katanya.
Bagi Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Kepis Hilir, Mohmmad Sah Sulaiman, 44, dia mahu gangguan di sekitar Kepis itu segera ditamatkan.
“Sudah lebih seminggu ia berlarutan dan keadaan di kampung ini huru-hara. Penduduk. Ketakutan sehingga pergi ke tandas dalam rumah sendiri pun perlu berteman.
“Selain bacaan yasin dan solat hajat, petang ini kami akan memanggil pengamal perubatan Islam bagi melihat situasi di sini,” katanya.
“Pernah putus cinta tak sebab suara garau macam lelaki? Jom dengar perkongsian Nazrah, gadis bersuara unik seperti lelaki. Memang sempoi orangnya, happy go lucky sangat.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Zarul atau nama sebenarnya Zairulkefli Husin turut menemani isteri tersayang, Intan Nur Fathihah menghadiri Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan di Istana Negara baru-baru ini. Menerusi perkongsian Zarul, isterinya telah dikurniakan Pingat Pangkuan Negara (PPN) oleh Yang Di Pertuan Agong.
Menerusi laman web Bahagian Istiadat dan Urus Setia Persidangan Antarabangsa, Pingat Pangkuan Negara merupakan pangkat keenam dalam keluarga Darjah Yang Mulia Pangkuan Negara. Seramai 341 penerima diraikan pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan di Istana Negara. Pingat berkenaan juga tiada had bagi keanggotaannya.
Selebriti yang pernah bertugas sebagai pramugara Penerbangan Malaysia Airlines selama 17 tahun ini tampil segak mengenakan persalinan Baju Melayu rona hitam lengkap bersampin songket.
Untuk rekod, Zarul dan isterinya, Intan Nur Fathihah mendirikan rumahtangga pada 26 April 2009.
Ini merupakan perkahwinan kedua Zarul di mana dia mempunyai seorang anak perempuan, Puteri Ayu Nur Arisya, hasil daripada perkahwinan pertamanya bersama bekas isteri, Ayu. Selain bergiat aktif dalam bidang nyanyian dan lakonan, Zarul juga aktif sebagai seorang YouTube Vloger (ZARUL UMBRELLA).
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Fazura & Fattah tak rancang tambah cahaya mata dalam masa terdekat. Pasangan pelakon popular Nur Fazura dan Fattah Amin ketika ditemui sewaktu menghadiri majlis tayangan perdana filem lakonan mereka berjudul Pendekar Awang Darah: Indera Gajah akui setakat ini tiada perancangan untuk menambah cahaya mata kedua dalam masa terdekat.
Pasangan itu juga menerangkan mereka sepakat mengenai hal tersebut dek kerana komitmen terhadap kerja dan enggan mengganggu sebarang tawaran kontrak.
“Buat masa ini memang tiada berita mengenai kehamilan yang ingin dikongsi.
“Saya dan Fattah mengambil langkah merancang keluarga kerana kesibukkan kami.
“Kalau boleh tak naklah hamil dalam keadaan masih bekerja.
“Lagipun kami perlu patuh dengan kontrak yabg sudah ditandatangani.
“Saya tidak mahu disebabkan hamil, komitmen terhadap kerja terjejas,” ungkap Fazura ketika ditanya tentang perancangan anak kedua.
Fazura yang juga ibu kepada Nur Fatima Aisya, 3 tahun ini juga menerangkan sepanjang menjayakan watak sebagai Ketua Srikandi bernama Sayang yang mahir berkuda dan memanah dirinya sangat berhati-hati kerana boleh menjejaskan kesihatan wanita.
Dalam filem terbitan Studio Kembara Sdn Bhd itu Fazura memegang watak sebagai Sayang yang juga isteri kepada Awang lakonan Fattah.
“Memang setiap hari saya berdoa semoga tak jatuh bila menunggang kuda sebab tidak mahu organ peranakan terjejas.
“Takut tak dapat nak menimang cahaya mata lagi.
“Syukur tiada sebarang masalah di lokasi.
“Selain pernah belajar menunggang kuda masa kecil, saya juga ada keserasian dengan kuda yang ditunggang itu,” kongsinya lagi.
Filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah bakal ditayangkan bermula 11 Januari. Selain Fazura, Fattah, filem ini turut menampilkan pelakon lain seperti Nadhir Nasar, Wan Hanafi Su, Amir Ahnaf, Nam Ron, Heliza Helmi dan Amerul Affendi.
Terang Fazura lagi dirinya suka pada watak yang dibawa kerana memperjuangkan kisah wanita.
“Saya suka dengan watak dalam filem ini.
“Saya juga seorang yang memperjuangkan kisah wanita.
“Pastinya seronok membawakan watak sebegini,” jelasnya.