Gara-gara hobi kesayangan memang ada orang yang sanggup melakukan apa saja. Biarlah orang nak kata apa pun.Mak-mak yang ada banyak koleksi pinggan mangkuk kesayangan tu, jika risau hilang, pecah atau dicuri pernah tak terfikir nak jadikan hiasan pada dinding rumah? Memang tak dapat bayangkan pinggan mangkuk biasanya dipakai untuk kegunaan harian, dijadikan hiasan memenuhi dinding rumah.

Obses Porselin

Akibat terlampau obses dengan porselin dan punyalah sayang seorang lelaki warga Vietnam sanggup menghiasi rumahnya dengan 10,000 pinggan, mangkuk dan tembikar diperbuat daripada bahan itu.

Punyalah Sayang, 10 Ribu Pinggan Mangkuk PORSELIN Dijadikan Hiasan Dinding Rumah!

Jadi Perhiasan Dinding Sejak 25 Tahun Lalu

Oddity Central melaporkan, Nguien Van Truong, 58, menjadikan barangan itu sebagai perhiasan di dinding rumahnya, sejak 25 tahun lalu. Dia mula menggemari perhiasan porselin selepas bersara sebagai anggota tentera dan kembali ke tanah air di kampung Kieu Son yang terletak di wilayah Vinh Phuc.

Punyalah Sayang, 10 Ribu Pinggan Mangkuk PORSELIN Dijadikan Hiasan Dinding Rumah!

Baca Lagi di sini:

IKLAN

Bahaya Guna Pinggan Mangkuk Bercorak, Beri Kesan Pada Kesihatan Wanita Hamil & Bayi

Kenapa Kena Pastikan Basuh Pinggan Mangkuk & Buang Sampah Dulu Sebelum Tidur, Ini Sebabnya!

Pengumpul Barangan Antik Porselin

Selepas itu, Truong menjadi tukang kayu dan mengumpul pelbagai barangan antik yang diperbuat daripada porselin. Dia kemudian berjinak-jinak sebagai pengumpul sehingga sanggup menjelajah sehingga ke wilayah di utara Vietnam semata-mata untuk mendapatkan barangan berkenaan.

IKLAN

Punyalah Sayang, 10 Ribu Pinggan Mangkuk PORSELIN Dijadikan Hiasan Dinding Rumah!

Lelaki itu juga terpaksa berbelanja besar bagi mendapatkan koleksi diinginkan yang sebahagian besarnya dihasilkan pada abad ke-17 dan ke-18.

Pada awalnya, Truong mahu menjual semula koleksi porselinnya, namun melupakan hasrat itu kerana terlampau sayangkan barangan itu.Bagaimanapun, hobi itu sukar diterima oleh keluarganya memandangkan dia perlu mengeluarkan belanja besar.Adakalanya, lelaki itu sanggup meminjam wang asalkan dapat membeli perhiasan berkenaan.

IKLAN

Punyalah Sayang, 10 Ribu Pinggan Mangkuk PORSELIN Dijadikan Hiasan Dinding Rumah!

Truong berkata, dia menjadikan barangan porselin itu sebagai dekorasi dinding rumahnya kerana khuatir ia pecah atau dicuri. Menurutnya, dekorasi dilakukan itu juga caranya untuk memastikan koleksi porselin miliknya terus terpelihara.

MW: Kalau dah jadi hobi dan barangan kesayangan tu memang sanggup buat apa sahaja. Biarlah orang nak kata apa. Tapi kalau kita ada koleksi pinggan mangkuk banyak kat rumah pun, sanggup ke jadikan perhiasan dinding macam ni?

Sumber: Hmetro

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI