Pressure Cooker atau Periuk Tekanan antara peralatan memasak di dapur yang menjadi idaman kebanyakan mak-mak. Manakan tidak penggunaan periuk ini cukup memudahkan urusan memasak pelbagai jenis masakan untuk hidangan anak-anak dan keluarga tersayang.
Antara Kelebihannya:
Jimat Masa
Punyalah banyak masa mak-mak yang dapat dijimatkan dengan menggunakan periuk ini kerana ia mempercepatkan proses memasak. Sebagai contoh, jika selama ini merebus daging sehingga empuk di periuk biasa, memerlukan masa 1 hingga 2 jam. Tetapi dengan menggunakan periuk tekanan, daging biasanya akan empuk dalam masa lebih kurang 30 minit sahaja.
Namun jika pertama kali menggunakan periuk tekanan ini, mak-mak perlu lebih berhati-hati dengan cara penggunaannya. Ini kerana tekanan udara dan wap panas daripada periuk boleh mengundang bahaya dan akibatkan kecederaan pada diri jika tidak tahu cara menggunakannya dengan betul.
Jenis & Harga:
Cara menggunakan pressure cooker mungkin agak berbeza dari segi tetapan untuk setiap jenama periuk tekanan, tetapi asas penggunaan periuk tekanan adalah sama. Periuk tekanan juga ada dalam bentuk periuk tekanan elektrik dan juga periuk tekanan dapur gas. Harga periuk tekanan elektrik biasanya lebih mahal berbanding harga periuk tekanan dapur gas.
Contoh Periuk Tekanan Elektrik:
Antara jenama popular untuk periuk tekanan elektrik adalah Noxxa dan Philips.
Contoh Periuk Tekanan Dapur Gas:
Antara jenama yang popular untuk periuk tekanan dapur gas adalah Butterfly, Trio dan Tefal.
Ads
Berikut adalah cara asas penggunaan periuk tekanan (pressure cooker) yang mak-mak perlu ambil tahu:
1.Bagi menggunaan periuk tekanan elektrik, perlu baca manual penggunaan kerana kebanyakan model datang dengan butang pilihan mengikut jenis masakan.
2.Masa masakan biasanya telah ditetapkan. Berbanding periuk tekanan dapur gas, semuanya perlu dilakukan secara manual.
3.Pastikan penutup ditutup dengan betul dan ketat. Perkara ini adalah penting untuk memastikan tekanan udara tidak keluar daripada periuk semasa proses memasak.
Ads
4.Pastikan punat wap dipasangkan sebelum memasak menggunakan periuk tekanan dapur gas. Punat wap ini adalah bertujuan untuk mengawal tekanan di dalam periuk agar tidak terlalu tinggi atau terlalu rendah.
5.Setelah cukup masa memasak, matikan api dan cabut punat wap untuk melepaskan wap di dalam periuk tekanan.
6.Jangan buka dahulu! Tunggu sehingga sejuk atau sehingga tiada wap keluar dari punat wap. Jika terus buka tutup periuk, kebarangkalian besar periuk tekanan akan meletup!
Ads
7.Jika daging masih belum empuk, tutup rapat semula periuk tekanan tersebut, pasang punat wap, hidupkan api dan masak lagi daging tersebut 5 ke 10 minit lagi. Kemudian matikan api, cabut punat wap dan tunggu semua wap keluar.
Peringatan Penting!
Antara kesilapan besar yang sering dilakukan serta sangat berbahaya adalah membuka periuk tekanan tanpa melepaskan wap terlebih dahulu. Ini akan menyebabkan ‘letupan’ dan boleh menyebabkan kecederaan yang serius.
Penggunaan periuk ini ketika memasak memang cukup mudah jika tahu cara betul menggunakannya.Namun, sentiasalah beritahu kepada anak-anak dan keluarga tentang cara betul penggunaan periuk tekanan ini. Pantaulah cara mereka menggunakannya, apatah lagi jika tak biasa menggunakan periuk ini kerana ia boleh mengundang bahaya dan mendatangkan kecederaan pada diri.
Tiada apa yang lebih membahagiakan buat mak ayah apabila melihat anak-anak sihat dan dapat menjalani kehidupan normal seperti kanak-kanak lain.Selepas melalui pembedahan selama 11 jam, sepasang kembar siam perempuan yang bercantum di bahagian dada di Michigan, Amerika Syarikat akhirnya dipisahkan.
Sarabeth dan Amelia yang berusia setahun dianggap melalui keajaiban kedua dalam hidup mereka.Ia memandangkan pakar perubatan tidak menyangka mereka akan selamat ketika dilahirkan.
Karakter & Personaliti Berbeza
Portal Mirror melaporkan, ketika dilahirkan, kembar perempuan itu mempunyai dua pasang tangan, dua pasang kaki, namun berkongsi hati.
Bapanya, Phil memberitahu sebuah blog dia tidak percaya kedua-dua anaknya itu tidak lagi bercantum dan tidur di katil yang berbeza.
“Sarabeth dan Amelia adalah dua budak berbeza, dengan karakter serta personaliti sendiri,” katanya.
24 Doktor Terlibat
Dalam pada itu, prosedur berkenaan membabitkan lebih 24 doktor daripada pelbagai bidang kepakaran dan jururawat.Mereka mengambil masa dua jam hanya untuk mempersiap kembar itu bagi menjalani pembedahan.
Selain itu, mereka menggunakan model tiga dimensi dan kod warna untuk membezakan bahagian tubuh Sarabeth serta Amelia.Untuk membolehkan kembar itu dibedah, pakar bedah plastik turut memasukkan alat khas bagi mengembangkan tisu.
Pakar kardiologi kemudian mengasingkan struktur di bahagian dada, sementara pakar paediatrik membahagikan hati dikongsi oleh pasangan kembar itu.
Pasukan sama turut menggunakan pewarna bagi memastikan bahagian hujung hati terbabit.
Sementara itu, ibu kembar berkenaan, Alyson berkata, dia tidak sabar untuk menyaksikan kedua-dua anaknya itu membesar.
“Saya tidak sabar melihat mereka merangkak dan berjalan,” katanya.
Tiada apa yang lebih membahagiakan buat mak ayah apabila melihat anak-anak sihat dan dapat menjalani kehidupan normal seperti kanak-kanak lain.Selepas melalui pembedahan selama 11 jam, sepasang kembar siam perempuan yang bercantum di bahagian dada di Michigan, Amerika Syarikat akhirnya dipisahkan.
MW: Tahniah atas kejayaan pembedahan ini. Semoga pasangan kembar ini, membesar dengan sempurna dan kembali sihat menjalani kehidupan normal seperti kanak-kanak lain.
Resipi lempeng kampung. Antara hidangan arapan yang mak-mak buat. Sedapnya kalau dicicah dengan kari, sambal ikan bilis. Nak mudah, ada juga yang biasa cicah dengan gula pun.
Nak buat pun, bahan tak adalah susah sangat pun. Cuma, ada kalanya tak akan sama dengan mak-mak buat. Sesetengahnya ada tak menjadi, bila masak agak keras dan ada yang tak kena.
Sebenarnya, resipi lempeng kampung ini paling mudah dan senang. Kalau dah bosan dengan hidangan yang biasa, boleh buat. Gandingkan dengan kari atau sambal ikan bilis. Confirm, satu keping tak cukup.
Tahniah diucapkan buat pelakon Ayda Jebat yang telah selamat bergelar isteri isteri kepada pengacara Nabil Mahir, 33, dengan hanya sekali lafaz, di Masjid Al Taqwa, Taman Tun Dr Ismail pada petang Jumaat.
Pasangan ini terdahulu, mencuri tumpauan ramai apabila mengadakan majlis pertunangan secara atas talian pada 28 Ogos lalu, selepas menjalin hubungan cinta selama beberapa bulan.
Malah mereka juga membuka tirai perkahwinan selebriti tanah air bagi kalendar 2021 apabila memilih untuk disatukan sebagai pasangan suami isteri pada hari pertama tahun baharu.
Ayda Jebat & Nabil Mahir Selamat Bernikah
Akhirnya pasangan ini selamat disatukan.
Pasangan selebriti popular ini telah dinikahkan oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Ustaz Rozimi Zamri.
Pada majlis pernikahan ini, Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat, 33, menerima mas kahwin berupa seutas gelang emas dan tujuh dulang hantaran berbalas sembilan. Bagaimanapun jumlah wang hantaran dirahsiakan atas perminataan keluarga kedua belah pihak.
Majlis Pernikahan Secara Sederhana
Majlis pernikahan pasangan ini diadakan secara sederhana itu mengikut rutin normal baharu dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat, selain hanya hanya dihadiri ahli keluarga dan rakan terdekat.
Ayda juga melahirkan rasa bersyukur apabila selamat disatukan dengan suami dan majlis dirancang berjalan lancar.
“Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar meskipun berada dalam norma baharu.
“Di sebalik pandemik Covid-19 yang membataskan banyak perkara, saya dan Nabil memilih melangsungkan perkara yang wajib,” ungkapnya.
Menyentuh tentang cahaya mata, pasangan itu tidak menolak dikurniakan rezeki dalam terdekat dan mengakui sudah bersedia menggalas tanggaung jawab dalam rumah tangga.
“Kami sudah lama mengimpikan saat ini dan bersedia menimang cahaya mata, secepat mungkin, insyaAllah,” katanya.
Air mata terakhir Zara Qairina, bersumpah & nafi mencuri sebelum temui ajal. Inkues kematian pelajar, Zara Qairina membuka kisah memilukan apabila arwah dilaporkan menitiskan...