Dari awal perkenalan, anda sudah tahu status pasangan sama ada dia seorang ‘janda’ atau ‘duda’ yang sudah mempunyai anak. Anda menerima pasangan yang sudah mempunyai anak bermaksud anda turu menerima kehadiran anaknya, hasil perkahwinan terdahulu.

Jangan kerana inginkan pasangan itu, anda tidak endahkan anak atau dipanggil ‘anak segera’ hasil perkongsian hidup pasangan sebelum ini. Lebih teruk lagi bila kita terfikirkan, ‘anak segera’ atau anak tiri ini akan dilayan sebegitu terus seperti dalam gambaran filem-filem Melayu dulu.

Itu adalah pemikiran orang dahulu yang mengatakan ayah tiri atau mak tiri terlalu garang, sehingga ada anak tiri yang di dera atau disisihkan. Ingat, bila anda menerima pasangan, secara tak langsung, anda turut menerima anaknya. Malah, kita boleh tengok di media sosial, selebriti atau artis yang berkahwin dengan pasangan berstatus ‘janda’ atau ‘duda’, mereka menganggap anak itu sebagai anak sendiri. Ini sudah dianggap bonus.

Adalah tidak wajar untuk berfikiran negatif terhadap kehadiran anak segera dalam rumah tangga. Hal ini kerana pendidikan merupakan salah satu langkah untuk menjadikan seseorang individu lebih berfikiran lebih terbuka, di samping pegangan agama yang kukuh dalam penerimaan anak segera ini.

Kerana Cinta

Apabila seseorang itu memilih untuk berkahwin dengan single mother atau single father yang membawa anak-anak bersamanya, seseorang itu perlu mempertimbangkan banyak perkara terutamanya dalam pembahagian masa, yang mana mungkin pasangan tidak dapat memberi perhatian sepenuhnya kepada anda kerana perlu dibahagikan kepada anak mereka.

Selain itu, segala tindakan dan keputusan kita sebagai pasangan perlu mengambil kira kesan terhadap anak-anak pasangan anda. Dengan kata lain, selain cinta yang dicurahkan kepada pasangan, anda juga perlu banyak berkorban dengan kehadiran anak segera ini.

IKLAN

Jika anda belum bersedia apatah lagi untuk mereka yang masih bujang, adalah lebih baik anda berfikir dahulu dan bandingkan dengan tahap kemampuan dan apa yang anda inginkan dalam sebuah perkahwinan.

Ibu Tiri Atau Ayah Tiri

Sebagai ibu tiri atau bapa tiri, peranan itu adalah sama besarnya sebagaimana ibu atau bapa kandung anak segera ini. Hal ini kerana anda mempunyai pengaruh yang besar terhadap pasangan dan anak segera ini.

Apatah lagi, jika anak-anak ini berusia lapan belas tahun dan ke bawah. Peranan anda yang paling penting adalah perlu bertanggungjawab terhadap anak-anak ini seperti dalam pendidikan, makanan dan pakaian.

IKLAN

Sebagai contoh, seorang ibu tiri akan lebih disayangi jika mereka mampu bertindak sebagai seorang pendengar setia kepada anak tiri remaja. Hal ini kerana, remaja sering menghadapi konflik dalam diri.

Selain itu, adalah lebih mulia seorang bapa tiri itu sanggup mengeluarkan sedikit modal membawa anak-anak tiri melancong pada masa cuti sekolah. Ibu dan bapa tiri yang tidak mempunyai belas kasihan terhadap anak-anak kecil ini sangat mengecewakan sehingga timbulnya isu dera, gangguan seksual dan sebagainya.

Baik Buruk Pasangan ‘Berstatus’

Apabila anda membuat sesuatu keputusan yang besar dalam hidup, anda tidak boleh lari bahawa keputusan tersebut mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri. Antara kelebihan memilih pasangan yang berstatus janda atau duda:

IKLAN
  1. Pasangan tersebut perlu mempunyai tahap kematangan dalam mengendalikan tanggungjawab di dalam rumah tangga.

  2. Pasangan hendaklah menimba banyak pengalaman dan ilmu daripada perkahwinan yang lalu.

  3. Selain itu, jika pasangan tersebut mempunyai anak, itu adalah satu bonus untuk anda. Hal ini berlaku jika anda dan pasangan tidak mempunyai anak sendiri, maka pasangan tidak akan mendesak anda kerana mereka telah pun mempunyai anak sebelum menjalinkan perkahwinan bersama.

Kekurangan apabila memilih pasangan yang berstatus janda atau duda pula anda sebagai pasangan perlu banyak berkorban dan perlu bersikap lebih bertolak ansur. Hal ini kerana, dalam perkahwinan tersebut, anda tidak boleh memikirkan diri sendiri sahaja sebaliknya memikirkan tentang individu-individu lain yang hadir dalam perkahwinan anda.

Penerimaan Mentua

Apabila berkahwin dengan pasangan yang masih bujang, bermakna anda telah berjaya mendapat restu daripada kedua-dua ibu bapanya. Namun, dalam situasi sebelum berkahwin. Sudah tentu anda perlu berhadapan dengan keluarga mentua dan inilah masanya untuk anda memainkan peranan.

Antara cara bagi menggalakkan penerimaan mentua ialah:

  • Anda perlu mewujudkan persepsi yang positif tentang si dia dan anak-anak terhadap keluarga anda. Adalah tidak wajar anda berkelakuan memburuk-burukkan pasangan dan anak-anaknya di depan keluarga anda.

  • Bagi anda yang memegang status duda atau janda dan mempunyai anak-anak, anda perlu pandai membawa diri dan mengajar anak-anak untuk berkelakuan yang sepatutnya. Jika pasangan sama-sama memainkan peranan, maka isu keluarga mertua akan dapat diselesaikan.

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI