Raya dah raya, sekarang mak-mak mula berniat untuk puasa sunat syawal, tak kurang juga yang mula berpuasa ganti disebabkan ada hari-hari yang tidak mengizinkan untuk berpuasa dalam bulan Ramadan tempoh hari.
Ada yang berkira-kira, gantikan puasa yang wajib dulu dan barulah lakukan yang sunat. Ada yang kata boleh gabungkan sekali. Waima, macam mana sekalipun, kita buat KERANA ALLAH TAALA.
Ini perkongsian pendapat oleh Zulkifli Che Noh tentang apa yang diperkatakan tentang puasa sunat syawal mahu pun puasa ganti. Menurutnya:
Pernah suatu ketika, kami berkonvoi ke rumah seorang teman di sebuah kampung di Besut, Terengganu. Tujuannya untuk ziarah raya Aidilfitri.
Hari itu, 2 Syawal. Setibanya di sana, kami terkejut kerana suasananya seolah-olah masih di bulan Ramadan. Sunyi sepi. Pendek kata, macam tak raya lah.
Berbeza sekali dengan kebanyakan tempat, kemeriahan suasana hari raya begitu terasa terutama minggu pertama Syawal. kadang-kadang budaya rumah terbuka lajak hingga ke Zulkaedah.
“Mi, guane senyap tuppah sini, pakat gi mane belake?” (Mi, kenapa suasana senyap sunyi, ke mana semua orang pergi?) soalku kepada seorang sahabat selaku tuan rumah.
Ads
“Sinning memang gining, raya sebetor je pagi 1 Syawal, raya hok merioh, ‘Raya Kubur’!” (Kat sini memang begini, raya sekejap sahaja pagi 1 syawal, yang meriah ‘Raya Kubur’!) jawabnya.
“Raya Kubur?” Kami semua melopong, seram.
“Biasanya, orang di sini akan terus sambung ‘puasa enam’ bermula 2 Syawal. Setelah selesai, mereka akan sambut ‘Raya Enam’. Aktiviti utama, ziarah kubur, gotong royong dan makan-makan!” sambungnya lagi.
“Oh … begitu “
Ads
Hadis Sahih
Hadis mengenai puasa sunat Syawal adalah hadis sahih. Berdasarkan hadis tersebut, Imam Syafie, Hambali dan Hanafi menghukumkan puasa enam hari di bulan Syawal adalah Sunat Muakkad iaitu sangat dituntut.
Ada pun menurut mazhab Maliki, terdapat satu riwayat daripada Imam Malik bin Anas bahawa beliau tidak pernah melihat mana-mana ilmuan dan ahli fekah melakukan puasa tersebut, dan tidak sampai pada beliau riwayat daripada golongan salaf yang berpuasa enam hari pada bulan Syawal.
Bahkan ada sesetengah ilmuan memakruhkannya kerana bimbang orang jahil akan menganggapnya sebagai sebahagian daripada Ramadan.
Ads
Di dalam masyarakat kita di Malaysia, umum mengetahui dan menyedari tentang hukum sunat puasa syawal. Jarang sekali berpegang sebagai wajib.
Namun, kadang-kadang penekanan yang berlebihan dengan menetapkan tempoh masa yang tertentu untuk memula dan mengakhirkan amalan tersebut dibimbangi menimbulkan kekeliruan.
Hari Raya Kubur
Tambahan pula jika ia disertakan dengan acara-acara tertentu bagi merayakannya, umpama ‘Hari Raya Enam’ atau ‘Hari Raya Kubur’.
Sebaliknya, jangan kita terlalu memandang ringan pula sehingga langsung tidak mengerjakannya. Pilihlah mana-mana hari yang kita selesa sepanjang Syawal untuk kita berpuasa. Kerana ia jelas mempunyai kelebihan yang besar iaitu seumpama berpuasa sepanjang tahun.
MW: Moga dapat dijadikan panduan untuk kita semua.
Tahniah Mingguan Wanita ucapkan buat pelakon Datin Niena Baharun yang selamat melahirkan cahaya mata keduanya yang juga merupakan seorang bayi perempuan di sebuah pusat perubatan di ibu negara.
Niena mendirikan rumah tangga dengan Datuk Aliff Firdaus Abdul Hadi pada 1 Februari 2018 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Adiel Mikael yang kini berusia dua tahun.
Ibu ini juga turut berkongsi berita gembira tersebut menerusi laman Instagramnya bersama muat naik foto pertamanya dengan permata hatinya itu.
Tanggal 24 Oktober Cukup Istimewa
Menariknya, pelakon yang mula dikenali menerusi drama Sayangku Kapten Mukhriz itu berkata, tarikh kelahiran anak keduanya itu jatuh pada tarikh yang sama dengan cahaya mata sulungnya iaitu pada 24 Oktober, selain disambut doktor yang sama.
“Syukur Alhamdulillah! Allah Maha Pengatur. Pada tarikh yang sama, tempat yang sama dan doktor yang sama.
“Our little girl is born, 24.10.2020,” ujarnya.
Dalam perkongsian sama, Niena turut meluahkan rasa bersyukur dan mengucapkan terima kasih di atas ucapan serta doa yang dikirimkan buat dirinya dan keluarga.
Dua Biji Kek Hari Jadi Buat Tersayang
Bukan itu saja malah menerusi perkongsian yang lain Niena telah memuat naik gambar-gambar sambutan hari jadi buat kedua anak kesayangannya yang diatur oleh suaminya. Dua biji kek disediakan buat cahaya mata mereka dan diraikan di dalam wad.
“Thank you Allah for everything. #doublecelebration #24102018 #24102020” kongsi Niena lagi.
Mahligai yang baru dibina oleh Hannah Delisha dan suami, Imam Shah sejak semalam telah menjadi tular apabila timbulnya spekulasi yang mendakwa kononnya ibu Hannah, Noor Ashikin Ahmad tidak merestui perkahwinan tersebut.
Spekulasi tersebut khabarnya tercetus selepas ibu Noor Ashikin memuat naik bait-bait puisi berjudul Hikayat Antah Berantah yang memberi bayangan seolah-olah tidak merestui perkahwinan anak perempuannya.
Bukan itu saja malah, dalam setiap hantaran yang dikongsikan sejak 23 Februari lalu itu turut disertakan dengan tanda pagar #ibutidakrestu.
Ibu Mentua Hannah Delisha “Allah Tentukan Segalanya”
Terbaru menerusi hantaran di entri Instagram milik ibu mentua Hannah, Mariana Yati yang juga seorang pelakon veteran Singapura telah memberi respons.
“Syurgamu merestuimu anakku” tulisnya disertakan dengan sekeping gambar bersama anak dan menantunya sewaktu majlis pernikahan.
Menerusi hantaran entri yang berbeza, Mariana Yati mendoakan yang terbaik buat rumah tangga anak dan menantunya.
“SubhanAllah. Allah menentukan segalaNya. Semoga mahligai yang dibina sampai ke Syurga.”
“Imam & Hannah Teruskan Bersabar”
“Doaku tidak akan putus menjadi penghalang segala musibah. Allah itu Al-‘Alim. Ingat itu Imam & Hannah, teruskan bersabar. Mummy sayang kamu berdua. Semoga Allah melindungimu anak-anakku,” luahnya lagi.
Hannah dan Imam telah bernikah pada 18 Februari yang lalu, malah perkahwinan mereka juga mengejutkan ramai kerana sebelum ini tidak pernah ada gosip cinta antara Hannah dan Imam.
Keluarga Zayn Rayyan gembira dibebaskan, kongsi momen berpelukan dan menulis “akhirnya bersatu kembali…”. Semalam kisah keluarga adik Zayn Rayyan yang mati dibunuh menerima sorotan media.
Siapa pembunuh anak syurga ini masih menjadi tanda tanya kerana tiada pengakuan bersalah dari kedua ibu bapanya, Ismanira Abdul Manaf dan Zaim Ikhwan yang sebelum ini direman hampir dua minggu bagi membantu siasatan kematian anak mereka.
Keluarga Zayn Rayyan Gembira Dibebaskan
Kisah keluarga ini terus dramatik apabila datuknya, Zahari Mohd Reba, 56 dan nenek Zayn Rayyan, Hasni Zakaria, 56 turut ditahan polis bagi membantu siasatan namun telah dibebaskan dari tahanan polis semalam.
Begitu juga keduanya ibu bapanya turut dibebaskan semalam di Mahkamah Seksyen Petaling Jaya dengan jaminan sebanyak RM10,000 seorang.
Disatukan kembali sebagai sebuah keluarga, satu video yang dikongsi oleh datuknya, Zahari Md Reba di akaun facebooknya memperlihatkan keluarga ini berpelukan gembira selepas disatukan kembali sebagai ahli keluarga.
Kongsi Momen Berpelukan Dan Menulis “Akhirnya Bersatu Kembali…”
Pertemuan mereka berlaku di rumah selepas datuk dan nenek dibenarkan pulang dengan jaminan polis kira-kira jam 2.30 petang.
Dalam video pendek itu, ahli keluarga mengucapkan syukur kerana mereka akhirnya bersatu semula selepas ujian hebat yang menimpa mereka sekeluarga.
“Alhamdulillah, akhirnya bersatu semula,”demikian caption yang ditulis di video berkenaan. Dapat dilihat Hasni Zakaria memeluk erat menantunya, Ismanira Abdul Manaf.
Dalam pada itu, di facebooknya, datuk Zayn Rayyan ini menulis :-
Salam..
Hari ni Khamis@13/6/24, Allah S.W.T mempertemukan Mommy, Daddy, Tok Ayah, WanM i dengan Mateen dan keluarga kami.
Kami sungguh terharu peristiwa yang tidak akan akan kami lupakan sepanjang hidup kami.
Kami bersyukur kepada Allah S.W.T yang telah memakbulkan doa kami, keluarga kami, sahabat-sahabat kami serta seluruh rakyat Malaysia yang perihatin.
“Rasa dunia ini milik akak…inilah respon gembira usahawan pandan yang terpilih menerima Anugerah Ibu Inspirasi Mingguan Wanita X Nona di Malam Gala baru ini.
Kisahnya membesarkan 8 anak dengan air mata hingga hampir meracun mereka kerana tidak tahan dengan ujian tetapi akhirnya bangkit memerah keringat demi memberi pendidikan buat anak-anak.
Kisah usahawan pandan berjaya ini cukup memberikan inspirasi dan dirinya menitip pesanan buat ibu-ibu yang membesarkan anak sendirian.
“Pandanglah diri akak. Jadilah ia satu perkongsian kehidupan,” katanya yang tidak pernah menyangka menerima anugerah dari Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah dalam hidupnya.
Malam gala Ibu Inspirasi dibawakan oleh @alkauthareduqids_hq, diserikan oleh @sabihahgoldhq
Kisah mengharukan tentang Dr Siti Ruqyah Adnan yang kehilangan ayahnya beberapa jam sebelum konvokesyen, namun tetap bangga menunaikan impian ayah untuk melihatnya bergelar doktor.